LANGKAH BIJAK MENJELANG PEPERIKSAAN

;DSelamat Bertemu kembali di arena Engkabang. net. Setiap hari membaca tulisan terpapang di sini, namun belum berkesempatan untuk menyumbangkan sesuatu buat manfaat bersama. Hari ini memberi kesempatan untuk menyaksikan langkah-langkah kejayaan yang bakal dilalui oleh semua anak-anak didik yang disayangi semua.
Kami...semua guru-guru anda, sentiasa mendoa dan mengingati tiap jejak langkah menuju kejayaan.
Silakan baca dengan tumpuan yang berpusat agar anda memahami apa yang dimaksudkan dengan langkah bijak menuju kejayaan.
SELAMAT MEMBACA.Persediaan menjelang peperiksaan lebih merupakan persediaan minda. Kaedah pembelajaran bukan lagi menjadi persoalan utama. Pelajar yang telah lama bersedia adalah pelajar yang beruntung manakala pelajar yang lalai hingga ke saat akhir adalah pelajar yang rugi.
Persediaan mental juga amat penting kerana turut mempengaruhi prestasi semasa peperiksaan. Persediaan mental ini tetap merupakan perjuangan para pelajar ke arah mengejar kejayaan cemerlang. Pelbagai petua dan panduan perlu dipatuhi oleh pelajar untuk mencapai ke arah kejayaan ini, antaranya;
1. Bertenang dan lapangkan fikiran, elakkan tekanan perasaan.
2. Buat ulang-kaji bagi topik yang difikirkan penting.
3. Tidur mencukupi. Ini bertujuan untuk memelihara tenaga yang secukupnya semasa hari peperiksaan. 4. Menjaga kesihatan diri supaya dapat mengelakkan daripada demam atau kemalangan. Badan yang tidak sihat akan menyebabkan otak kurang cekap. 5. Makan makanan yang berkhasiat dan berzat. Hindari makanan yang boleh melemahkan tenaga dan melembapkan minda. 6. Bangun tidur awal pada setiap pagi. 7. Bagi pelajar Islam, perbanyakan sembahyang hajat. 8. Membaca nota-nota ringkas yang telah disediakan. 9. Mengadakan senaman untuk mengeluarkan peluh. 10. Beriadah dan berekreasi di tempat yang sesuai. Udara yang bersih dan badan yang cergas akan menenangkan minda dan melapangkan fikiran. 11. Hindari sebarang masalah dengan sesiapa sama ada rakan, keluarga atau guru. Jangan bergaduh dengan rakan-rakan atau bermusuhan dengan guru. Jangan menderhaka dengan ibu bapa dan jangan kurang ajar dengan guru. 12. Meminta doa dan restu ibu, bapa dan guru-guru. 13. Belajar pada waktu yang difikirkan sesuai. 14. Mengkaji bentuk-bentuk soalan peperiksaan dengan bantuan guru dan rakan-rakan. 15. Menjawab soalan-soalan yang sama seperti format peperiksaan yang sebenarnya. 16. Datang lebih awal ke dewan peperiksaan sebelum peperiksaan bermula. Ini membolehkan pelajar sempat bertemu dan berbincang dengan rakan-rakan. Ini akan dapat mengurangkan ketegangan.
17. Menyediakan segala kelengkapan peperiksaan yang diperlukan sebelum menjelang hari peperiksaan. 18. Bersarapan sebelum masuk ke dewan peperiksaan dengan sarapan yang berzat supaya tenaga fizikal dan minda cukup untuk menghadapi peperiksaan. 19. Datang ke tempat peperiksaan dengan kenderaan yang lebih selamat dan cepat. Jangan datanglewat. Ini hanya akan meresahkan pelajar dan menggugat kelancaran pemikiran pelajar. 20. Elak mengadakan perbincangan tentang topik hangat atau kaedah menjawab sebelum peperiksaan. 21. Meminta ibu bapa atau ahli keluarga yang terdekat menghantar pelajar ke tempat peperiksaan. Sokongan moral sebegini amatlah penting. 22. Mematuhi arahan peperiksaan yang telah ditetapkan. 23. Membaca arahan pada setiap kertas soalan. 24. Menjawab soalan berpandukan soalan yang dipilih. 25. Pastikan pelajar menjawab semua soalan yang dikemukakan mengikut arahan yang dinyatakan. 26. Memulakan peperiksaan dengan membaca Bismillah. 27. Menjawab soalan yang pelajar fikirkan mudah dan betul terlebih dahulu, jangan mengambil masa yang lama untuk satu-satu soalan yang sukar dijawab. 28. Berserah kepada Allah dan yakin bahawa anda akan beroleh kejayaan selepas bekerja keras.
SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN BUAT SEMUA PELAJAR DI SELURUH NEGARA DAN SEMOGA ANDA AKAN BERJAYA DENGAN CEMERLANG. JADILAH KEJAYAAN ANDA SEBAGAI KEBANGGAAN YANG AMAT BERNILAI BUAT HADIAH KEPADA IBU BAPA, GURU, BANGSA, AGAMA DAN NEGARA.
Untuk kesinambungan perhubungan ilmu di persada maya ini, dipersilakan dengan penuh takzimnya kepada anda semua untuk berziarah ke blog saya iaitu:
MENULIS GAYA SENDIRI
http://websitifatimah.sosblog.comSEMOGA AKAN DAPAT MANFAAT BERSAMA.