Home   Forum   Help Search Calendar Links Login Register   **
Welcome, Guest. Please login or register.
Did you miss your activation email?
May 23, 2012, 01:35:53 PM

Login with username, password and session length
Program
EduWebTVLatih TubiLINUSManaging Challenging SchoolsGerakan Memperkasakan SekolahLDPICTL SMICTL SRMalaysian Grid for Learning (MyGfL)ProtimPPSMISIP
Recent
[Today at 11:32:41 AM]

[Today at 11:27:19 AM]

[Today at 09:15:28 AM]

[Today at 09:02:40 AM]

[Yesterday at 10:00:09 PM]

[Yesterday at 09:48:51 PM]

[Yesterday at 05:59:40 PM]

[Yesterday at 02:31:06 PM]

[Yesterday at 02:26:36 PM]

[Yesterday at 02:25:12 PM]
 

Pages: [1] 2 3   Go Down
  Print  
Author Topic: Boring Betul Sejarah  (Read 3024 times)
0 Members and 1 Guest are viewing this topic.
Kuan Swee Khim
SMK Kidurong
Teacher
Full Member
*

Fame: 1
Offline Offline

Posts: 174



« on: September 03, 2008, 09:22:04 AM »

Buat renungn bersama,

Ingin saya menarik perhatian tuan-tuan dan puan-puan tentang masalah pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah ini.

Suara hati anak-anak murid sekarang jelas memperlihatkan bahawa rata-rata anak murid kita menganggap Sejarah sebagai subjek yang cukup "boring".  Mereka tidak berminat untuk belajar subjek ini. Oleh itu, minta mana-mana pihak yang prihatin tentang masalah ini untuk berkongsi idea dan pengalaman agar masalah tersebut dapat diatasi.

Terima kasih.     
Logged

SMK Kidurong
Tang Wei Lin
SMK Bandar Bintulu
Student
Novice Member
*

Fame: 0
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 41


4C


« Reply #1 on: September 03, 2008, 03:08:50 PM »

ya.. saya juga berasa boring semasa membaca sejarah atau semasa cikgu mengajar Sad... Tetapi tahun ini... saya x berasa boring dlm subject ini lagi... kerana cikgu saya selalunya akan membuat satu tajuk yang panjang menjadi satu cerita yang menarik.... ataupun... cikgu saya juga akan menyuruh  pelajar membuat pembetangan sacara  berkumpulan... kami akan memilih tajuk dan membuat pembentangan seperti  bercerita(berkaitan dgn tajuk), membuat satu forum, menjadikan satu sub tajuk kpd sebuah lagu............ Bukan itu sahaja, cikgu saya juga akan memberi kuiz kpd pelajar selepas habis mengajar satu bab.. hal ini juga dpt membantu pelajar mengimbas kembali apa yg telah cikgu mengajar.... Wink

  Harap ini dapat membantu....
Logged

Tang Wei Lin
4C
SMK Bandar Bintulu
Kuan Swee Khim
SMK Kidurong
Teacher
Full Member
*

Fame: 1
Offline Offline

Posts: 174



« Reply #2 on: September 05, 2008, 09:42:31 PM »

Terima kasih saudari Tang Wei Lin kerana memberi respon tentang isu yang dibangkitkan.

Diharap cikgu-cikgu subjek Sejarah dapat mempelbagaikan pedagogi dan menggunakan pendekatan yang lebih kreatif untuk mengubah set minda (mind set) anak murid sekarang yang rata-rata tidak berminat belajar Sejarah.

Semoga kita semua berjaya. Terima kasih.

Daripada: Kuan Swee Khim
             SMK Kidurong, Bintulu  Smiley      
 
Logged
Bryan Rundi
SMK Bandar Bintulu
Student
Newbie
*

Fame: -1
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 9


Giving My Best!


« Reply #3 on: September 07, 2008, 07:27:58 PM »

sbnrnya..sbg pelajar..sy tdk menganggap mt pljrn sej sbg suatu mta pljrn yg mmbosankan. Cuma yng membuat peljar mempunyai perspektif sebegitu adalah kerana kaedah yng digunakan oleh cikgu smasa proses pengajaran dn pmbeljaran(P&P) adalah kurang brkesan kpda peljar zaman skrng. Cnthnya, sekiranya seorang guru hanya mmbaca fakta yg trdpt dlm buku teks shja, pelajar pun boleh buat! Dlm hal ini juga, sering kali ckgu mnyuruh pelajar mmbuat nota. Apa guna mmbuat nota, jika pelajar sndri msh blm memahami konteks atau isi fakta yg disampaikan?? Prkara ini sering saya lihat melalui pnglaman sya sendiri dan apa yg saya lihat sbagai pelajar melalui kwn2 sya yg lain. Oleh itu, saya mencadangkan guru2 sejarah seharusnya mencari cara alternatif utk menyangkal perspektif ini (sej mta pljran boring). Mungkin sya tidak mmpunyai idea yg bernas trhdp masalah ini, tp sya amat2 berharap agar prkara ini tidak berlaku..
Perspektif sebegini perlu diubah dgn segera!! Wink
Logged

Bryan Rundi
Form 4B
SMK Bandar Bintulu
Raizal Hj Zaine
PPD Bau

Master Member
*

Fame: 26
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1227


Membujur lalu, melintang patah !!!


WWW
« Reply #4 on: September 07, 2008, 07:40:48 PM »

sbnrnya..sbg pelajar..sy tdk menganggap mt pljrn sej sbg suatu mta pljrn yg mmbosankan. Cuma yng membuat peljar mempunyai perspektif sebegitu adalah kerana kaedah yng digunakan oleh cikgu smasa proses pengajaran dn pmbeljaran(P&P) adalah kurang brkesan kpda peljar zaman skrng. Cnthnya, sekiranya seorang guru hanya mmbaca fakta yg trdpt dlm buku teks shja, pelajar pun boleh buat! Dlm hal ini juga, sering kali ckgu mnyuruh pelajar mmbuat nota. Apa guna mmbuat nota, jika pelajar sndri msh blm memahami konteks atau isi fakta yg disampaikan?? Prkara ini sering saya lihat melalui pnglaman sya sendiri dan apa yg saya lihat sbagai pelajar melalui kwn2 sya yg lain. Oleh itu, saya mencadangkan guru2 sejarah seharusnya mencari cara alternatif utk menyangkal perspektif ini (sej mta pljran boring). Mungkin sya tidak mmpunyai idea yg bernas trhdp masalah ini, tp sya amat2 berharap agar prkara ini tidak berlaku..
Perspektif sebegini perlu diubah dgn segera!! Wink

Adik Bryan.. pertamanya tahniah kerana anda tidak menganggap subjek sejarah ini membosankan..
Sebenarnya nota yang baik ( berbentuk peta mida ) tetap penting untuk menambahkan pemahaman seseorang pelajar... Apa yang paling penting, tanam sikap cintakan subjek ini bukan untuk lulus peperiksaan semata-mata...
Topik ni pernah saya komen sebelum ini..
Rujuk : SEJARAH ITU INDAH
Logged

Raizal Hj Zaine
Penyelia Pembangunan, Perolehan & ICT
PPD Bau.
Azlina Mat Jamil
SMK DATO HARUN, JALAN BERNAM 8,
Teacher
Master Member
*

Fame: 59
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 1960


sentiasa ingin berada satu langkah di hadapan


WWW
« Reply #5 on: September 08, 2008, 08:52:50 AM »

Sejarah selalu dikaitkan denga subjek yang boring.kenapa??

Saya juga itu anggapan yang sama ada dalam fikiran pelajar-pelajar saya.tapi saya cuba pelbagaikan teknik pemberian nota.saya gunakan lembaran grafik di mana pelajar-pelajar akan mengisi isi-isi penting dalam peta minda, jadual, carta dan pelbagai lagi.alhamdulillah, ada kemajuan dari segi pencapaian kadar kelulusan.kelulusan sejarah di sekolah saya amat rendah.spm 2007 hanya 46% yang lulus.tahun ini, saya jangkakan akan lebih teruk kerana pelajar-pelajar tingkatan 5 tahun ini merupakan pelajar-pelajar yang agak rendah pencapaian akademiknya.

tapi saya rasa bersyukur kerana pada tahun ini saya telah menghadiri satu bengkel yang saya rasa jawapan kepada permasalahan saya selama ini.bengkel ini begitu bermakna pada saya walaupun agak terlambat dijalankan di bahagian Mukah, sekurang-kurangnya saya telah menemui satu langkah untuk menjadikan P&P Sejarah jadi lebih menarik. Teknik TOC yang saya pelajari begitu menarik. ada teknik awan, teknik main-main dan tenik EAP. dan saya akan dan telah gunakan untuk proses ulangkaji.

respon yang saya perolehi, pelajar-pelajar ada yang mengatakan, alangkah baiknya dibuat dari awal tahun. saya akan gunakan dalam P&P saya pada tahun-tahun yang akan datang.

Saya yakin SEJARAH akan menjadi subjek yang disukai. Smiley Smiley
Logged

SMK DATO HARUN,
JALAN BERNAM 8,
45500 TANJUNG KARANG,
SELANGOR DARUL EHSAN.
(Mulai 1 Disember 2009)
  RASIONAL TANPA EMOSI-KAKU... EMOSI TANPA RASIONAL-GILA...
Kuan Swee Khim
SMK Kidurong
Teacher
Full Member
*

Fame: 1
Offline Offline

Posts: 174



« Reply #6 on: September 08, 2008, 09:08:57 PM »

Cikgu Raizal. Cikgu Azlina dan Adik Bryan Rundi,

Terima kasih atas respon positif dan cadangan yang membina itu. 

Semoga segala idea yang dicurahkan itu akan dapat membantu anak murid kita untuk meminati Sejarah seterusnya meningkatkan bilangan pencinta ilmu Sejarah!

Terima kasih.
Logged
Azlina Mat Jamil
SMK DATO HARUN, JALAN BERNAM 8,
Teacher
Master Member
*

Fame: 59
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 1960


sentiasa ingin berada satu langkah di hadapan


WWW
« Reply #7 on: September 09, 2008, 06:20:37 AM »

welcome..
ilmu ada di mana-mana.so, teruskan usaha. Smiley
Logged
Joyce May
SMK Tatau
GSTT
Full Member
*

Fame: 3
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 195


gonna study again....


« Reply #8 on: September 09, 2008, 06:37:23 AM »

jangan lupa....sejarah itu pemangkin kepada jati diri kini dan masa hadapan. .... Grin sekali sekala apa salahnya menoleh ke belakang ....memperingati kembali sejarah silam ....dari situlah nanti kita belajar meminati sejarah termasuklah subjek sejarah.... Cheesy
Logged

Joyce May Ling Liong
GSTT
SMK TATAU
Azlina Mat Jamil
SMK DATO HARUN, JALAN BERNAM 8,
Teacher
Master Member
*

Fame: 59
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 1960


sentiasa ingin berada satu langkah di hadapan


WWW
« Reply #9 on: September 09, 2008, 08:56:05 AM »

Betul tu.kalau tak ada sejarah, kita tak dapat belajar dari kesilapan yang telah dilakukan oleh orang-orang dalam tamadun terdahulu.
Logged
Kuan Swee Khim
SMK Kidurong
Teacher
Full Member
*

Fame: 1
Offline Offline

Posts: 174



« Reply #10 on: September 10, 2008, 08:05:42 PM »

memang betul pandangan saudara saudari. Namun, di mana silapnya sehingga timbulnya rasa boring belajar Sejarah dalam kalangan pelajar masa sekarang?

Terima kasih.
Logged
Rabani Ahmad
PPD Simunjan

Master Member
*

Fame: 31
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1303



« Reply #11 on: September 10, 2008, 08:20:28 PM »

Saya paling minat sejarah. dari dulu lagi... entah mengapa ia semacam suatu yang mencabar. Belajarlah sejarah...
Logged

Penolong Penyelia,
PPD Simunjan
Azlina Mat Jamil
SMK DATO HARUN, JALAN BERNAM 8,
Teacher
Master Member
*

Fame: 59
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 1960


sentiasa ingin berada satu langkah di hadapan


WWW
« Reply #12 on: September 11, 2008, 08:14:07 AM »

mungkin kita perlu renung-renungkan sebab utamanya...
ini dari pandangan ikhlas saya.

faktor utama ialah niat kita sebagai guru.saya yakin kalau niat kita ikhlas, pelajar-pelajar kita akan lebih tertarik dengan apa yang kita ingin sampaikan.kita sendiri sebagai guru boleh jadi penarik utama untuk pelajar-pelajar kita meminati sesuatu subjek itu.bukan sahaja SEJARAh malah subjek-subjek lain juga.kita perlu muhasabah diri sendiri, buat refleksi dan kenalpasti kelemahan sendiri.cuba cari kekurangan sendiri.mungkin kita jumpa jalan penyelesaiannya. Smiley
Logged
Rabani Ahmad
PPD Simunjan

Master Member
*

Fame: 31
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1303



« Reply #13 on: September 11, 2008, 01:52:28 PM »

tapi perancangan sekolah juga memainkan peranan penting. maksud saya bilakah masa subjek sejarah itu diletakkan. kalau asyik2 last period, bebudak dah sibuk nak balik(sesi petang), dan panas membara, kelaparan, (sesi pagi) memanglah sejarah akan menjadi boring.

Sejarah adalah subjek yang saling berkaitan antara bab, topik dan subtopik- kalau dah kantoi satu, dan tak cepat2 recover, memang ia akan jadi satu masalah dan lambat laun akan membosankan.
Logged
Azuadi Bin Shafii
SMK Santubong
Teacher
Novice Member
*

Fame: 0
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 32



« Reply #14 on: September 11, 2008, 01:54:44 PM »

Sabar! Kita kan cikgu.. Grin
Logged

Azuadi Bin Shafii
SMK Santubong
93050 Kuching
Sarawak
Azlina Mat Jamil
SMK DATO HARUN, JALAN BERNAM 8,
Teacher
Master Member
*

Fame: 59
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 1960


sentiasa ingin berada satu langkah di hadapan


WWW
« Reply #15 on: September 11, 2008, 03:15:03 PM »

saya tak ada masalah dengan jadual.tahun ni tingkatan 5 sekolah saya,saya sorang saja yang ajar.6 kelas.paling lewat pun masa sejarah dalam jadual saja habis pukul 12.30.itupun untuk 3 masa sahaja.yang lain,awal2 masa P&P.tapi kalau yang akhir2,saya buat soalan saja.ataupun semak nota dan latihan yang diberikan,perbincangan atau pembentangan. Smiley
Logged
Rabani Ahmad
PPD Simunjan

Master Member
*

Fame: 31
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1303



« Reply #16 on: September 11, 2008, 03:32:22 PM »

Satu lagi, saya rasa kita perlu menjadikan topik yang diajar itu dekat dengan pelajar. sebabnya, masa saya belajar sejarah dahulu terutamanya ting 6, nak faham sejarah islam di india, atau sejarah asia tenggara yang berkaitan dengan china cukup seksa kerana terasa jauh dengan kita. kalau sejarah melaka tu, biasa saja kerana ia dekat dan biasa dengan kita.

tapi kekadang terlalu dekat pun menyebabkan kita ambil mudah
Logged
Azlina Mat Jamil
SMK DATO HARUN, JALAN BERNAM 8,
Teacher
Master Member
*

Fame: 59
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 1960


sentiasa ingin berada satu langkah di hadapan


WWW
« Reply #17 on: September 12, 2008, 06:29:49 AM »

sebab itu set induksi itu penting.bila saya nak kaitkan dengan apa yang nak diajar,saya akan pastikan pelajar dapat tahu konsepnya.contohnya semasa mengajar topik bab 8 tingkatan 5 tentang pembangunan di Malaysia dalam Rancangan Malaysia ke 4, saya soalan pelajar tentang kereta yang digunakan oleh salah seorang guru d sekolah saya.beliau menggunakan proton saga.jadi bila pelajar menjawab, saya kaitkan dengan pembinaan kilang proton di Shah Alam dalam rancangan malaysia ke empat.tapi kalau belajar tentang dunia luar,saya lebih suka gunakan grafik. Smiley
Logged
Kho Ah Tau
SMK Pusa

Junior Member
*

Fame: 0
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 65



« Reply #18 on: September 12, 2008, 06:53:00 AM »

Secara keseluruhannya saya memang minat mata pelajaran sejarah dari T1 hinggalah T6A. Faktor kenapa biring belajar sejarah bagi saya ialah yang pertama kita sendiri. Adakah kita belajar sejarah semata-mata untuk peperiksaan ataupun lebih kepada pengetahuan tentang sesuatu sejarah itu. Guru yang mengajar bukanlah faktor sebenar kita boring belajar sejarah. Cara penyampaian mengajar atau belajar mata pelajaran sejarah ialah bagaimana kita mendalami dan memahami apa yang kita baca dan seterusnya mengaitkannya dengan kehidupan semasa kita sebagai seorang pelajar ataupun guru.
Logged

Kho Ah Tau
SMK Pusa
Rabani Ahmad
PPD Simunjan

Master Member
*

Fame: 31
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1303



« Reply #19 on: September 12, 2008, 08:23:40 AM »

well, setiap orang mempunyai sebab, pandangan dan cara yang berbeza. yang penting, kita analisis dan ambil dan cuba apa sahaja cadangan. guru yang baik sentiasa memikirkan cara yang terbaik dalam p&p nya (mengharapkan muridnya faham dan berjaya)
Logged
Pages: [1] 2 3   Go Up
  Print  
 
Jump to:  

Members
Total Members: 24890
Latest: EINEKORSZP
Stats
Total Posts: 254442
Total Topics: 21166
Online Today: 356
Online Ever: 718
(May 16, 2012, 08:58:21 PM)
Users Online
Users: 9
Guests: 240
Total: 249
PIPPBahagian Pembangunan Kurikulume-Paymente-Hasil
Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1.16 | SMF © 2011, Simple Machines | Sitemap Valid XHTML 1.0! Valid CSS!
Page created in 0.131 seconds with 26 queries.