Home   Forum   Help Search Calendar Links Login Register   **
Welcome, Guest. Please login or register.
Did you miss your activation email?
May 23, 2012, 09:05:11 PM

Login with username, password and session length
Program
EduWebTVLatih TubiLINUSManaging Challenging SchoolsGerakan Memperkasakan SekolahLDPICTL SMICTL SRMalaysian Grid for Learning (MyGfL)ProtimPPSMISIP
Recent
[Today at 08:48:39 PM]

[Today at 08:37:00 PM]

[Today at 08:15:59 PM]

[Today at 07:47:07 PM]

[Today at 11:32:41 AM]

[Today at 09:02:40 AM]

[Yesterday at 10:00:09 PM]

[Yesterday at 09:48:51 PM]

[Yesterday at 05:59:40 PM]

[Yesterday at 02:31:06 PM]
 

Pages: [1]   Go Down
  Print  
Author Topic: Ujian Diagnostik Matematik dan Sains  (Read 1876 times)
0 Members and 2 Guests are viewing this topic.
Mohd Zahari Bin Ariffin
SMK Seri Kota, Melaka
Teacher
Senior Member
*

Fame: 20
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 318


Salam Perpaduan untuk semua


WWW
« on: September 03, 2008, 11:25:47 PM »

Assalamualaikum ....

Saya adalah salah seorang guru yg mengendalikan Ujian Diagnostik ini. Tetapi saya ingin menyuarakan beberapa pandangan ttg hal ini.

Masa Perlaksanaan Ujian Diagnostik

Untuk makluman, saya menerima surat berkenaan ttg ujian ini perlu dilakukan pada bulan Ogos manakala maklumat ini perlu di key in pada awal Oktober nanti. Sedangkan ada beberapa topik pada masa ini yg belum sempat saya habiskan memandangkan kebanyakkan pelajar kelas saya amat lemah dalam matematik.

Kandungan modul tersebut ada lebih daripada 10 modul yang perlu disiapkan oleh pelajar dan guru subjek berkenaan perlu menganalisis setiap jawapan pelajar. Pada pendapat saya, ini akan mengambil masa yang agak panjang.

Dua soalan yang ingin saya utarakan ...
a) Mengapa Ujian Diagnostik ini tidak dibuat selepas peperiksaan PMR? Bukankah lebih baik jika masa genting yg sebegini di isi dengan membincangkan soalan-soalan topikal Matematik dan Sains memandangkan peperiksaan PMR terutamanya semakin hampir

b) Sekadar ingin bertanya, apa kepentingan ujian Diagnostik ini dijalankan? Mengapa perlaksanaannya di buat hampir dengan peperiksaan PMR? Apakah kerelevanannya ...

Sebenarnya ingin saya jelaskan disini, saya amat optimis dan menyokong penuh pada perlaksanaan ujian diagnostik matematik & sains dan saya bukanlah ingin memberi komentar yg negatif ttg hal ini. Apa yang penting kini, saya cuma berharappihak yang berautoriti terhadap perlaksanaan ujian Diagnostik ini dapat menjelaskan ttg hal ini dan membantu dalam menyelesaikan konflik yang saya alami.

Logged

Mohd Zahari Bin Ariffin
Guru Akademik
SMK Seri Kota, Melaka
Sabihah Shuhada
SMK Kidurong
Teacher
Novice Member
*

Fame: 0
Offline Offline

Posts: 26



« Reply #1 on: September 04, 2008, 09:26:44 AM »

saya mengajar sains form 3. so, saya pn kne wt diagnostik test. memang sgt x sempat nk abs kn. pelajar saya pn pelajar yang lemah. 2 masa dpt siapkan 1 module sj. tu pn tidak dibincangkan jawapan. saya terus bagi jawapan. sekarang saya kesuntukan masa untuk habiskn diagnostik. saya sendiri dh tak tahu nk buat mcm mana nk abis kn diagnostik test tu. saya juga ada minta guru2 pendidikan jasmani bantu. saya cuma ada seminggu je lagi utk habiskan sbb 15hb pelajar dh exam utk trial 3. data perlu dihantar pada 19hb sept. kalau ujian diagnostik diberi awl, boleh dihabiskan, tak ada masalah
Logged

SMK Kidurong
Azlan Bin Karim
SK Pati Serian
Teacher
Veteran Member
*

Fame: 13
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 660


If you want to change... You must change first!


« Reply #2 on: September 05, 2008, 09:09:13 AM »

Assalamualaikum...
Saya setuju gak kalau ujian diagnostik ni dijalankan selepas peperiksaan PMR & UPSR.
Hanya membazir masa utk menjalankan ujian sebelum peperiksaan,alangkah baiknya kalau masa tersebut digunakan untuk mengulangkaji subjek2 tersebut bersama-sama anak murid kita sendiri. Sekadar cadangan sahaja. Apa2pun ujian tersebut dah dilaksanakan..... Smiley Wink Cheesy Grin Angry Sad Shocked Cool Huh Roll Eyes Tongue Embarrassed Lips sealed Undecided Kiss Cry
Logged

Guru Data/SUP
SK Pati, Serian
Kennedy Lichon
SK Engkudu Saratok
Teacher
Junior Member
*

Fame: 0
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 61


Garang ke ?


« Reply #3 on: September 05, 2008, 09:42:20 AM »

Salam sejahtera...

Saya pun bersetuju dengan cikgu-cikgu semua...saya juga mengajar tahun 6 dan 5 matematik ( itupun saya sebenarnya menyambung kerja yang tak selesai kerana cikgu tersebut berpindah ) ...memang sangat - sangat membebankan ... bayangkan saya terpaksa mengejar topik ( walaupun sebenarnya saya sebelum ini ialah guru sains ) dan saya terpaksa "belajar" semula matematik . seperti mana cikgu , saya pun adakalanya tidak berbincang dengan murid , hanya beri saja jawapan . UPSR dah dekat lepas tu ujian pra lagi..lepas tu ujian diagnostik ..kena pulak hantar pelaporannya..memang pening..saya bersetuju jugak jika ujian tu dilakukan selepas habis UPSR / PMR ..masa ni biarlah kita "hantam" habis-habisan dengan ulangkali dan latihtubi murid...kitapun tak le tertekan sangat ... 
Logged

Kennedy  Lichon
SK Engkudu , Saratok
Banzaiiiiii......!!!!
Rosie Tanis
SMK Menumbok, Sabah
Teacher
Senior Member
*

Fame: 3
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 337


Sabah


« Reply #4 on: September 05, 2008, 12:54:29 PM »

saya pun setuju ujian diagnostik tu diajalankan selepas PMR..kalau tak pun hantar Ujian diagnostik tu awal tahun, biar guru habis 1 bab buat UD tu..laporan kenalah hantar hujung tahun..sebab memang tak sempat kalau nak dihabiskan semua modul..sekolah kami buat 1 modul ja.. Cool
Logged

Rosie Tanis
KK High School
"Giving the best of me"
Cheong Chai Lan
SMK Demak Baru
ICT Teacher
Full Member
*

Fame: 0
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 107



« Reply #5 on: September 09, 2008, 08:33:17 PM »

Saya telah menjalankan kesemua modul Sains Tingkatan 3 untuk pelajar-pelajar saya.  Saya amat tertarik dengan soalan-soalan yang digubal. Pada pendapat saya, soalan-soalan itu amat berguna untuk mengenalpasti kelemahan pelajar saya.  Tetapi, masa untuk menjalankan pemulihan tidak cukup kerana lambat mengendalikan ujian itu.
Jadi, saya bercadang akan menggunakan modul itu selepas mengajar satu-satu topik.  Mudah-mudahan UD itu akan dapat mempertingkatkan prestasi pelajar-pelajar saya.
Logged

Cheong Chai Lan
SMK Demak Baru, Kuching
William Hii
SMK Merapok
Teacher
Junior Member
*

Fame: 1
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 97



« Reply #6 on: September 10, 2008, 06:11:46 AM »

Ujian Diagnostik ini memang ada kebaikannya. Hanya pengagihan bahan modul ini terlalu lambat.

Sekiranya bahan modul ini dapat diedarkan pada awal tahun dan guru mata pelajaran dapat menggunakannya selepas siap setiap topik, itu akan lebih baik dan dapat mencapai matlamat sebenar UD ini.

Memang tidak dapat dinafikan, pelajar Tingkatan 3 kini sibuk dengan ulangkaji untuk menduduki peperiksaan PMR. Guru mata pelajaran sibuk memberi ulangkaji dan tip-tip akhir sebelum mereka menduduki PMR bulan depan.

Oleh itu, sekolah saya telah menetapkan 3 hari untuk menyiapkan UD bagi 23 modul Matematik dan Sains Tingkatan 3 supaya kerja-kerja kemasukan data-data ke dalam aplikasi yang disediakan dapat dilakukan.
Logged

SMK Merapok, Lawas
Spero il collegamento dell'affetto, l'intero mondo circostante, amico di periferia!
Suzilawati Bt. Norily
SK Temala Kem Plywood
Teacher
Newbie
*

Fame: 0
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 8



« Reply #7 on: November 01, 2008, 07:15:55 AM »

Hai Kengkawan semua,

Saya memang setuju dengan pendapat kalian.  UD tu sepatutnya dihantar awal tahun biar ianya tidak membebankan.  Bagi sekolah saya, ianya amat membebankan kami guru Tahun 6 tahun nie.  Dahlah guru M3 n Sains terpaksa print sendiri kesemua mudule  Cry, lepas tu nak buat analisis setiap murid, mana masa nak kejar ujian - ujian lain dari PPGM,MGB dan Zon lagi.  Apapun ia nya semua dah berlalu. Harap dengan usaha kita nie students kita berjaya. Tahun hadapan kita tak nyawa - nyawa ikan lagi sebab semua Module UD M3 n SN sudah lengkap dari Tahun 4 - 6. bolehlah mula dari awal.  UD nie amat membantu pelajar kita.
 Huh Roll Eyes Grin Wink
Logged

SK Temala Kem Plywood
Pages: [1]   Go Up
  Print  
 
Jump to:  

PIPPBahagian Pembangunan Kurikulume-Paymente-Hasil
Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1.16 | SMF © 2011, Simple Machines | Sitemap Valid XHTML 1.0! Valid CSS!
Page created in 1.074 seconds with 25 queries.