Home
Forum
Help
Search
Calendar
Links
Login
Register
Welcome,
Guest
. Please
login
or
register
.
Did you miss your
activation email?
February 23, 2012, 09:58:46 AM
1 Hour
1 Day
1 Week
1 Month
Forever
Login with username, password and session length
Program
Recent
ICT Teaching Courseware
by
Masbi bt Hj Bojeng
[
Today
at 09:51:14 AM]
Kembar 11 Orang Sekaligus...
by
Sabariah Bt Abang Wahab
[
Today
at 09:46:54 AM]
Cuepacs tuntut naik gaji ...
by
Sabariah Bt Abang Wahab
[
Today
at 09:43:48 AM]
Cuepacs tuntut gred 1-54 ...
by
Firzhan Ali Bin Hamid Ali
[
Today
at 09:00:35 AM]
Cuepacs tuntut gred 1-54 ...
by
Firzhan Ali Bin Hamid Ali
[
Today
at 08:57:32 AM]
Hebahan Semakan Tawaran b...
by
Felix Chuo Sing Tiing
[
Today
at 08:45:36 AM]
Bengkel Program ADD
by
Tamizi bin Karem
[
Today
at 08:06:29 AM]
ROKIAH ABDUL AZIZ(SMK SER...
by
ROKIAH ABDUL AZIZ
[
Today
at 01:15:16 AM]
PENATARAN PENTAKSIRAN BER...
by
Philip Michael
[
Today
at 12:08:06 AM]
15,000 guru ijazah tidak ...
by
Ali Bin Likal
[
Yesterday
at 11:47:22 PM]
[
Announcements
] [
Introduce Yourself
] [
ICT
] [
Prasekolah
] [
LINUS
] [
KSSR
] [
UPSR
] [
PMR
] [
SPM
] [
STPM
] [
School
] [
Classroom
] [
Clubs & Uniformed Bodies
] [
JPN
] [
SPA
] [
SICT
] [
SPP
] [
SPS
] [
SPPK
] [
SPSPK
] [
SPI
] [
SPsK
] [
JNJK
] [
PPD
] [
Program
] [
Computer & Internet
] [
Let's Hear It From You
] [
Membergroup
]
engkabang.net
>
Forum
>
Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia
>
900 Pengajian Am
>
RAMALAN SOALAN KARANGAN STPM 2008
Pages: [
1
]
2
Go Down
« previous
next »
Print
Author
Topic: RAMALAN SOALAN KARANGAN STPM 2008 (Read 11445 times)
0 Members and 1 Guest are viewing this topic.
Zulkarnain Farihin Mustakim
SMK Sacred Heart Sibu
Teacher
Master Member
Fame: 119
Offline
Gender:
Posts: 1350
RAMALAN SOALAN KARANGAN STPM 2008
«
on:
September 08, 2008, 09:10:12 PM »
Guru-guru yang dihormati, marilah kita berkongsi ramalan karangan pengajian am yang bakal keluar dalam STPM 2008. Mungkin ramlan cikgu akan mengena dan ini akan membantu pelajar-pelajar kita untuk mendapat keputusan yang agak baik. Kalau boleh sediakan soalan dan rangka jawapan sekali. Terima kasih.
Logged
Zulkarnain Farihin Mustakim @ Philip anak Seli
SMK Sacred Heart, Sibu, Sarawak
Zulkarnain Farihin Mustakim
SMK Sacred Heart Sibu
Teacher
Master Member
Fame: 119
Offline
Gender:
Posts: 1350
Re: RAMALAN SOALAN KARANGAN STPM 2008
«
Reply #1 on:
September 08, 2008, 09:47:23 PM »
RAMALAN 1
SOALAN
Fenomena blog semakin mendapat perhatian sejak akhir-akhir ini di negara kita. Pelbagai jenis blog wujud di alam maya, ada blog yang cenderung kepada kebaikan dan tidak kurang pula yang membawa kepada keburukan. Bincangkan kebaikan dan keburukan kewujudan blog dalam konteks negara kita Malaysia.
JAWAPAN
Blog merupakan blog adalah website yang isinya berupa tulisan-tulisan yang merupakan pandangan peribadi dari pemilik blog. Kebiasaannya blod bersifat komentar di mana pembaca boleh memberikan tanggapan terhadap isu yang ditulis dan penulis blog akan membalas balik komentar tersebut. Kewujudan blog memang membawa banyak kebaikan dan juga keburukan kepada masyarakat di negara kita.
Kebaikan blog ialah kita dapat menyuarakan pendapat kita tentang apa sahaja isu yang berlaku. Kita boleh melahirkan idea dan bakat yang terpendam dengan menghasilkan tulisan-tulisan yang berkualiti dalam blog sendiri. Dalam hal ini, kadang-kadang apa yang kita suarakan dalam blog boleh diterima oleh para pembaca dan bermanfaat untuk mereka. Sebagai contohnya, jika kita berminat menulis rencana mengenai isu-isu semasa tetapi tiada ruang untuk kita berbuat demikian, maka kita boleh menjadikan blog sebagai medan untuk melahirkan idea kita. Tuntasnya, blog memang membantu kita dalam menyuarakan pendapat mengenai sesuatu perkara.
Selain itu, blog keusahawanan dan perniagaan di internet dapat membantu kita melahirkan lebih banyak usahawan internet yang berjaya di Malaysia. Sebagai contohnya, Irfan Khairi yang menjadi jutawan internet berkat dari kemahiran beliau menghasilkan blog berkaitan dengan perniagaan internet. Tambahan pula, dengan menggunakan blog tersebut kita boleh memberikan nasihat, bimbingan, dorongan dan panduan berguna kepada individu yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan internet. Ini secara tidak langsung dapat membantu dalam meningkatkan pendapatan negara.
Walau bagaimanapun, blog yang disalahgunakan boleh membawa pelbagai keburukan. Penularan budaya menfitnah individu tertentu menggunakan blog semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini. Fitnah yang tidak berasas tentang isu-isu sensitif seperti menyentuh mengenai hak keistimewaan orang Melayu di Malaysia boleh mencetuskan masalah polarisasi kaum jika dibiarkan berlarutan. Terdapat juga segelintir penulis-penulis blog yang begitu berani mengkritik dan mempersoalkan ketuanan Yang di-Pertuan Agong yang menjadi simbol kedaulatan negara ini dalam blog mereka. Perkara ini harus diberikan perhatian yang serius.
Kritikan terhadap kerajaan yang memerintah dan para pemimpin bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan di alam maya. Pelbagai tomahan dan hasutan serta cacian dilontarkan tanpa bukti yang kukuh dan jelas. Pembaca-pembaca blog pula mudah percaya akan perkara yang mereka baca dalam blog sehingga terpengaruh. Akibatnya, kredibiliti dan kewibawaan seseorang pemimpin dan kerajaan yang memerintah selalu dipersoalkan oleh masyarakat. Fenomena ini jika dibiarkan boleh menghuru-harakan negara kita.
Konklusinya, blog harus digunakan ke arah kebaikan bukannya cenderung kepada keburukan. Sesungguhnya, banyak kemaslahatan yang dapat kita peroleh jika blog digunakan untuk menyalurkan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Jadilah, masyarakat yang matang dan berilmu demi merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020 yng kita impi-impikan.
Logged
Zulkarnain Farihin Mustakim
SMK Sacred Heart Sibu
Teacher
Master Member
Fame: 119
Offline
Gender:
Posts: 1350
Re: RAMALAN SOALAN KARANGAN STPM 2008
«
Reply #2 on:
September 08, 2008, 09:52:46 PM »
RAMALAN 2
SOALAN
Gejala rasuah kian berleluasa dan semakin membimbangkan penduduk di negara kita kerana kesannya amat teruk kepada kesejahteraan negara serta keharmonian masyarakat. Bincangkan punca-punca dan langkah-langkah untuk mengatasi gejala rasuah di Malaysia.
Fenomena rasuah sering dikaitkan dengan istilah tumbuk rusuk atau makan suap dan konotasi ini membawa maksud yang negatif kepada imej sesebuah masyarakat itu. Semakin tinggi kadar rasuah di sesebuah negara itu maka semakin rendahkan persepsi masyarakat luar terhada kemampuan rakyat negara terbabit untuk melakukan sesuatu terutama dalam aspek ekonomi. Jelaslah, fenomena sosial ini mempunyai pelbagai imlikasi, punca dan langkah yang efektif untuk menanganinya.
Punca yang ketara tentang gejala ini sering dikaitkan dengan masalah ketelusan sistem pentadbiran kerajaan kita. Masyarakat menganggap masaah rasuah ini bermaharajalela kerana kerajaan tidak memiliki satu sistem yang telus terutama dalam aspek pemberian tender dan projek lain yang menyebabkan ramai pekerja awam mengambil kesempatan daripada kelemahan itu untuk mengambil wang secara haram ini. Ketiadaan sistem pemantauan yang berkesan telah menyebabkan ramai kaki tangan awam yang terangsang untuk melakukan jenayah yang keji ini. Jelaslah, masalah ini berleluasa apabila tiadanya satu ketelusan dalam sistem tadbiran awam negara kita.
Selain itu, masalah jenayah kolar putih ini turut merebak lantaran sikap masyarakat kita yang tidak peka dengan polemik masalah ini secara terperinci. Ada kalangan masyarakat yang menganggap masalah ini merupakan asam garam kehidupan yang harus dan telah dialami oleh semua negara di dunia ini. Persepsi sedemikian menyebabkan mereka menganggap tindakan mengambil rasuah dan memberi rasuah itu sudah menjadi satu kebiasaan yang tidak pernah dimalukan oleh sesiapa sahaja. Maka, kurangnya pemahaman masyarakat terhadap masalah rasuah ini menyebabkan masalah ini menular secara pantas dalam masyarakat kita terutama yang tinggal di bandar-bandar besar.
Apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah rasuah ini? Sudah pasti tindakan awal ialah kerajaan membuktikan kesungguhan mereka dalam menangani kemelut ini dengan menahan, mendakwa dan menghukum pesalah-pesalah rasuah tanpa mengira kedudukan mereka. Rakyat masih beranggapan bahawa masih ada pihak-pihak tertentu yang mengambil rasuah tetapi mereka tidak di bawa ke muka pengadilan yang menimbulkan rasa tidak ppercaya rakyat akan keikhlasan kerajaan menangani isu ini. Kesungguhan kerajaan mendakwa atau menyeret mereka ini ke mahkamah akan memberi satu peringatan agar mereka tidak mengambil rasuah pada peringkat awalnya. Sesungguhnya, tindakan tegas kerajaan mendakwa semua pihak yang terlibat tanpa memilih bulu akan memberi petanda bahawa pengamal rasuah akan menerima hukuman yang setimpal dan menakutkan mereka untuk melakukan jenayah ini.
Usaha kerajaan untuk menakutkan pesalah rasuah dan masyarakat boleh dicapai menerusi satu kempen iklan yang efektif. Kempen yang dilancarkan itu mestilah menggunakan media massa secara holistik iaitu daripada akhbar hinggalah ke internet untuk memastikan semua khalayak masyarakat menerima kempen tersebut. Semua imej atau aksi yang dipaparkan melalui iklan itu mestilah berupaya meninggalkan kesan atau menjadikan masyarakat berfikir dua kali sebelum mereka menerima rasuah. Jadi, kempen yang begitu mudah tetapi berkesan menjadi satu wahana yang baik dalam peperangan memerangi amalan rasuah ini.
Konklusinya, semua faktor dan langkah mengatasi kemelut sosial ini harus diteliti dan dipantau oleh semua pihak dengan berkesan. Perubahan paradigm masyarakat terhadap rasuah perlu berlaku terlibat dahulu jika masalah ini hendak diatasi hingga ke akar umbinya. Kelewatan untuk mengatasi masalah ini mampu menjadikan negara kita satu negara yang begitu sukar untuk dipercayai dan diuruskan pada masa hadapan. Mungkin konsep mencegah daripada mengubatinya lebih berkesan dalam memastikan rasuah terus berkubur dalam tempat yang sepatutnya.
Logged
Zulkarnain Farihin Mustakim
SMK Sacred Heart Sibu
Teacher
Master Member
Fame: 119
Offline
Gender:
Posts: 1350
Re: RAMALAN SOALAN KARANGAN STPM 2008
«
Reply #3 on:
September 08, 2008, 09:57:15 PM »
RAMALAN 3
SOALAN
Masalah sosial yang paling kritikal dan hangat diperkatakan ialah masalah keganasan rumah tangga. Bincangkan punca-punca berlakunya masalah.
Keganasan rumah tangga ditakrifkan sebagai tindakan ganas yang melibatkan fizikal yang dilakukan oleh suami terhadap isterinya sehingga membawa kemudaratan yang teruk. Tindakan penderaan fizikal ini boleh ditentukan melalui kesan-kesan calar, luka, lebam dan patah yang dialami oleh seseorang isteri itu. Terdapat pelbagai faktor penyebab yang perlu difahami dan langkah pencegahannya supaya masalah ini mampu dikawal penularannya terutama dalam kalangan pasangan muda negara.
Penularan polemik sosial ini boleh dikatakan berpunca daripada corak pemikiran masyarakat kita terutama kaum lelaki yang menganggap diri mereka sebagai ketua rumah yang mutlak. Konsep ini dijelmakan menerusi semua arahan suami harus dipenuhi dan dilaksanakan dengan segera oleh isteri yang bakal menimbulkan kesan negatif jika gagal dibuat dengan sebaik mungkin. Sikap suami yang terlalu mendesak isteri supaya mematuhi arahannya menyebabkan gejala negatif ini mudah berlaku. Jelaslah, sikap lelaki yang ego menjadi penentu kemelut ini terus berlaku dalam kalangan masyarakat kita.
Polemik ini turut menular kerana meningkatnya tekanan di pejabat yang menyebabkan ada golongan lelaki yang tidak berupaya untuk menahan impak psikologi bebanan ini. Masalah kerja yang dialami itu terus dibawa pulang ke rumah yang menyaksikan ramai yang menjadikan isteri mereka sebagai tempat meluahkan perasaan marah mereka itu. Tindakan mendera yang mungkin pada peringkat awal dilakukan tanpa sedar terus menjadi-jadi seiringan dengan bertambahnya tekanan yang dialami di pejabat. Mungkinkah kaum lelaki harus lebih peka dengan bijak mengawal tekanan pejabat daripada terus menjejaskan pertimbangan mereka?
Selain itu, kemelut sosial ini turut meningkat saban tahun kerana kurangnya pendedahan wanita terhadap hak mereka dalam sesuatu perhubungan itu. Kegagalan wanita untuk memahami hak mereka sebagai pasangan menyebabkan mereka seolah-olah merelakan penderaan yang dialami itu. Keadaan ini pula diburukkan dengan keadaan ketiadaan tempat untuk mengadu masalah ini. Oleh itu, masalah yang memalukan ini terus wujud kerana wanita masih kabur tentang hak mereka dalam kehidupan zaman moden.
Malah, kemelut ini turut dikaitkan dengan pandangan masyarakat yang menganggap masalah rumah tangga sebagai satu masalah peribadi seseorang. Persepsi ini menyebabkan masyarakat terus menyepi diri walaupun mengetahui wujudnya masalah ini dalam kalangan jiran mereka. Keengganan masyarakat untuk melibatkan diri secara serius dalam isu ini turut menyukarkan mangsa untuk mendapatkan nasihat dan panduan menyelesaikan masalah ini. Justeru, masalah ini terus wujud dalam diri seseorang itu seperti api dalam serkam yang secara senyap-senyap memusnahan kehidupan seseorang insan itu.
Kesimpulannya, semua faktor di atas menjadi satu pemangkin yang mewujudkan kemelut sosial ini. Kegagalan individu untuk mengawal perasaan mereka menjadi penentu dalam menyelesaikan masalah yang tidak mengira kaum, umur dan tahap pendidikan ini. Kegagalan untuk membendung polemik ini berupaya untuk membawa kemusnahan institusi keluarga negara. Peribahasa 'sudah habis madu sepah dibuang' menghuraikan betapa mudahnya kasih sayang antara manusia menghilang.
Logged
Kifli Hj Ahmad
SK Sg. Ladong
Teacher
Veteran Member
Fame: 7
Offline
Gender:
Posts: 536
All The Best
Re: RAMALAN SOALAN KARANGAN STPM 2008
«
Reply #4 on:
September 08, 2008, 10:05:23 PM »
Wow, kalau ada Guru mengajar UPSR mcm nie di SKNT, pasti meletup keputusan UPSR.
Logged
SK Sg. Ladong,
Simunjan
Zulkarnain Farihin Mustakim
SMK Sacred Heart Sibu
Teacher
Master Member
Fame: 119
Offline
Gender:
Posts: 1350
Re: RAMALAN SOALAN KARANGAN STPM 2008
«
Reply #5 on:
September 08, 2008, 10:30:10 PM »
RAMALAN 4
SOALAN
Barah payu dara bagaikan pembunuh nombor satu wanita pada abad ini. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan penyakit berbahaya ini.
JAWAPAN
Barah payudara adalah merupakan ketumbuhan malignan yang terjadi daripada tindakan sel yang bermula dari bahagian payudara. Ianya berkembang melalui proses pembahagian yang melebihi kadar keperluan organ serta seterusnya menyerang organ serta tisu-tisu yang berhampiran. Sel-sel barah ini juga mampu untuk membebaskan dirinya daripada ketumbuhan asal sekaligus memasuki saluran darah serta sistem perlimpahan (Lymphatic system). Inilah juga cara serta kaedah penyakit barah payudara menyerang bahagian-bahagian organ lain para penghidapnya. Proses penjangkitan ini juga dikenali sebagai metastasis.
Sekiranya seorang wanita mempunyai ibu atau adik beradik perempuan (waris perempuan terdekat) yang pernah menghidapi kanser payudara pada usia yang agak muda, risiko ia akan menghidapi kanser payudara akan meningkat 2 kali ganda dan risiko ini akan meningkat 4 kali ganda sekiranya 2 atau lebih waris terdekat menghidapi kanser payudara. Untuk lelaki, risiko meningkat sekiranya, bapa, adik beradik lelaki atau anak lelakinya menghidapi kanser payudara. Saudara mara seorang lelaki yang menghidapi kanser payudara mempunyai risiko tinggi. Ada laporan yang mengatakan 60% lelaki pengidap kanser payudara mempunyai saudara wanita yang menghidapi kanser payudara.
Pemakanan telah dikatakan mempengaruhi kadar kanser di antara negara-negara. Walaubagaimanapun kajian telah menunjukkan bahawa kaitan antara kadar kanser payu dara dan pemakanan adalah lemah atau tidak secara langsung. Pengambilan minuman beralkohol telah membuktikan peningkatan risiko 1.4 sehingga 2.0 kali ganda. Wanita yang gemuk selepas putus haid mempunyai risiko yang meningkat. Ini adalah kerana lemak mengandungi oestrogen dan pada wanita seperti ini paras oestrogen lebih tinggi.
Pengambilan pil perancang pada jangka masa yang lama dikaitkan dengan peningkatan risiko dalam lingkungan 1.2 kali. Rawatan hormon gantian (THG) dalam bentuk campuran oestrogen dan progestogen sering diberikan. Dos oestrogen yang diberikan adalah rendah dan risiko kanser akan meningkat 1.8 kali hanya selepas penggunaan selama 5 tahun. Selepas 5 tahun risiko meningkat 2.6 kali. Keputusan untuk menerima rawatan THG bergantung kepada berapa faktor. Data mengenai manafaat terhadap penyakit kardiovaskular dan penyakit osteoporosis makin menggalakkan.THG juga bermanfaat kepada wanita yang mempunyai gejala gejala putus haid seperti ‘hot flush’ dan perubahan perasaan. Kanser payudara yang dikaitkan dengan THG didapati mudah dirawati dan kurang merebak. Ini mungkin kerana wanita-wanita ini lebih sering melakukan mamogram dan kanser dikesan lebih awal. Walaubagaimanapun implikasi risiko dan faedah penggunaan THG perlu dikaji dengan teliti. Penggunaan THG dipertimbangkan apabila faedah mengambilnya adalah melebihi risikonya.
Pendedahan radiasi seperti sinar-X semasa usia atau sebelum usia 30 tahun boleh meningkatkan risiko terhadap kanser payudara tetapi pendedahan seperti ini jarang sekali berlaku Pendedahan kepada letupan bom atom boleh meningkatkan risiko sebanyak 3 kali ganda. Risiko radiasi diperolehi daripada data pendedahan tinggi seperti mangsa letupan bom atom, pelombong uranium, mangsa pendedahan gas radon, pesakit tuberculosis yang pernah mengalami floroskopi ulangan (satu cara pemeriksaan yang tidak dilakukan lagi) dan pesakit yand didedahkan radiasi untuk rawatan penyakit mastitis dan penyakit Hodgkins. Dos yang didapati merangkumi 250mGy – 20Gy (25 sehingga 2000rads). Dos seperti ini tidak digunakan semasa pemeriksaan diagnostik
Kesimpulannya, setiap wanita harus peka dengan masalah kanser payu dara dan berusaha untuk mencegahnya demi kesejahteraan diri dan keluarga. Amalan gaya hidup sihat dapat membantu kita daripada dijangkiti penyakit yang berbahaya ini.
Logged
Hasiah binti Pukim
SMK Rosli Dhoby
Teacher
Full Member
Fame: 3
Offline
Gender:
Posts: 177
hasiahpukim smkrd sibu
Re: RAMALAN SOALAN KARANGAN STPM 2008
«
Reply #6 on:
September 08, 2008, 10:35:27 PM »
terima kasih cikgu zul
perkongsian yang banyak manfaat
saya sudah buat salinan untuk pelajar saya
saya gunakan untuk subjek bahasa Melayu.
tajuk ni 'meletup' la cikgu zul
Logged
SMK Rosli Dhoby
bukan senang nak senang, tidak susah nak susah
Kuan Swee Khim
SMK Kidurong
Teacher
Full Member
Fame: 1
Offline
Posts: 174
Re: RAMALAN SOALAN KARANGAN STPM 2008
«
Reply #7 on:
September 08, 2008, 10:45:08 PM »
Terima kasih cikgu.
Bahan yang dikongsi itu akan saya serah kepada guru yang mengajar P.AM di sekolah saya untuk dimanfaatkan.
Logged
SMK Kidurong
Zulkarnain Farihin Mustakim
SMK Sacred Heart Sibu
Teacher
Master Member
Fame: 119
Offline
Gender:
Posts: 1350
Re: RAMALAN SOALAN KARANGAN STPM 2008
«
Reply #8 on:
September 09, 2008, 09:53:03 AM »
RAMALAN 5
SOALAN
Malaysia merupakan antara sebuah negara membangun yang berjaya melaksanakan misi penerokaan angkasa lepas. Pada pendapat anda, apakah kepentingan misi ini kepada negara kita.
JAWAPAN
Malaysia telah berjaya mencipta sejarah dalam bidang aeroangkasa apabila angkasawan pertama negara, Datuk Sheikh Muzaffar Syukor memulakan misi penyelidikan di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada tahun lepas sempena ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-50. Penghantaran angkasawan pertama negara itu, sekali gus menempatkan Malaysia dalam kumpulan elit 37 negara di dunia yang berjaya menakluki angkasa lepas sejak kejayaan misi pertama manusia ke cakerawala oleh angkasawan bekas Soviet Union, Yuri Gagarin pada 12 April 1961. Sesungguhnya, program ini membawa banyak kemaslahatan kepada negara kita jika diteliti secara mendalam sehingga ke akar umbi.
Pada hemat saya, sains angkasa dapat menambahkan pengetahuan dan kefahaman kita terhadap kewujudan alam dan keselesaan alam semulajadi. Sains dan teknologi angkasa boleh dibahagikan kepada dua aspek iaitu sains angkasa lepas dan industri penerbangan. Teknologi angkasa lepas boleh dilihat daripada tiga bidang iaitu kajian dan penerokaan angkasa lepas dari segi kefahaman kita tentang alam semulajadi. Aspek ini mempunyai dua bidang utama iaitu astronomi dan pengembaraan angkasa lepas untuk tujuan komunikasi. Khususnya penggunaan satelit perhubungan. Dalam mengeksploi angkasa lepas dari segi komunikasi akan melibatkan kemajuan sains dan nilai komersil.
Sejumlah berbillion ringgit setiap tahun untuk industri angkasa. Industri angkasa berada pada era kemuncak teknologi baru dalam beberapa bidang. Penemuan-penemuan baru dalam bidang angkasa kerap menyumbangkan kearah banyak industri lain, termasuk oeronautik, komunikasi, kejuruteraan aeroangkasa, komputer. Malah kita tidak harus melepaskan peluang untuk menceburi malah memimpin industri angkasa. Walau bagaimanapun industri angkasa yang berjaya mestilah melaburkan suoser-suoser dalam aspek penyelidikan dan pembangunan dalam usaha mencari dan memperkenalkan keluaran dan kepercayaan.
Kerjasama antarabangsa merupakan saluran utama dalam mengembangkan sains dan teknologi terutamanya dalam bidang penggunaan teknologi antarabangsa. Buat masa ini, bidang penerokaan angkasa merupakan contoh yang jelas dalam kerjasama antarabangsa dan sangat penting demi kepentingan semua negara. Di Malaysia amnya, memang tidak dinafikan lagi bahawa pembangunan sains dan teknologi angkasa mesti selaras dengan aktiviti angkasa antarabangsa. Faktor ini bukan sahaja dari segi pasaran untuk industri, tetapi sebagai jalan masuk kepada teknologi dan tenaga mahir.
Industri angkasa menawarkan peluang untuk Malaysia membangunkan industri berkaitan dengan kepentingan sains dan tentera diangkasa. Pada alaf yang canggih ini, dengan kedatangan sistem komunikasi satelit, sistem pandu arah satelit dan penderiaan jauh, industri angkasa yang lebih kepada bidang komersil telah diperkenalkan. Pasaran buOleh itu kerjasama antara rakyat Malaysia perlu dipupuk untuk menstabilkan dan memantapkan industri angkasa dinegara ini dalam melahirkan generasi bijak dan berprestij untuk kecemerlangan negara.
Oleh itu kerjasama antara rakyat Malaysia perlu dipupuk untuk menstabilkan dan memantapkan industri angkasa dinegara ini dalam melahirkan generasi bijak dan berprestij untuk kecemerlangan negara. Sesungguhnya, program seumpama ini bukan pembaziran melainkan suatu lagi tanda kemajuan kegara dalam bidang sais dan teknologi.
Logged
John Dana
SMK Durin
Teacher
Novice Member
Fame: 1
Offline
Gender:
Posts: 39
Don’t see mistakes as bad. Overcome&Learn from it.
Re: RAMALAN SOALAN KARANGAN STPM 2008
«
Reply #9 on:
September 09, 2008, 05:25:18 PM »
Terima kasih cikgu zul utk semua sampel soalan ramalan yang dikongsikan terutamanya untuk isu program penerokaan angkasa lepas...Sgt berguna utuk saya&pelajar2 saya. :)Bagaimana pula dgn karangan Bhgn C???
Logged
John Dana
Guru Data
SMK Durin, Sibu
Keep working hard, learning from mistakes, and growing in skills.
Zulkarnain Farihin Mustakim
SMK Sacred Heart Sibu
Teacher
Master Member
Fame: 119
Offline
Gender:
Posts: 1350
Re: RAMALAN SOALAN KARANGAN STPM 2008
«
Reply #10 on:
September 09, 2008, 09:35:40 PM »
RAMALAN 6
SOALAN
Setiap kali menjelang hujung tahu kebanyakan negeri di Semenanjung Malaysia akan mengalami banjir. Bincangkan punca-punca dan langkah-langkah untuk mengatasi masalah ini.
JAWAPAN CADANGAN
Banjir ialah keadaan air yang menenggelami atau mengenangi sesuatu kawasan atau tempat yang luas.
Banjir besar yang berlaku di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sumatera pada bulan Disember 2006 dan bulan Januari 2007 dianggap paling teruk dalam tempoh 100 tahun, menyebabkan lebih kurang 100,000 orang terpaksa tinggal di pusat pemindahan banjir di negeri Johor. Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan berlakunya banjir dan langkah-langkah yang wajar harus diambil bagi meminimumkan kesan banjir di negara kita.
Hutan merupakan satu kawasan yang menempatkan pelbagai jenis tumbuhan dan haiwan. Selain itu hutan juga boleh dijadikan sebagai pengimbang ekosistem dunia dengan merendahkan kadar suhu. Hutan menyerap air hujan yang turun ke permukaan bumi dengan kadar antara dua peratus hingga 20%. Kemudian air yang diserap akan dialirkan ke anak-anak pokok melalui akar. Ada juga proses pemeluwapan dilakukan dengan membebaskan semula titisan-titisan air ke udara. Dengan ini berlaku kitaran air secara semula jadi. Pemusnahan hutan menyebabkan hujan terus turun ke bumi tanpa diserap oleh tumbuhan. Hujan yang turun dengan lebat menyebabkan air mengalir dengan banyak ke dalam sungai. Sungai tidak mendapat menampung air hujan dalam jumlah yang banyak. Pada masa ini limpahan air sungai akan berlaku mengakibatkan banjir.
Hakisan sungai yang kerap berlaku disebabkan oleh dua faktor iaitu hakisan berlaku secara semula jadi dan pembuangan sisa domestik manusia.Faktor semula jadi ini berlaku apabila hujan turun dengan lebat, air akan mengalir deras and menghakis tebing-tebing sungai. Akhirnya tanah tebing akan runtuh dan membentuk satu mendapan di dasar sungai. Seterusnya sungai akan menjadi cetek. Begitu juga dengan aktiviti manusia yang suka membuang sisa-sisa domestik seperti sampah-sarap dan sisa-sisa industri ke dalam sungai boleh menyebabkan sungai menjadi cetek dan pengaliran air tersekat. Apabila hujan lebat turun, sungai yang telah menjadi cetek akibat hakisan semula jadi atau pencemaran tidak dapat menampung atau megalirkan air hujan yang banyak. Akhirnya air sungai akan melimpah ke tebing dan dengan ini banjir akan berlaku
Kegiatan pembalakan di mana penerokaan di kawasan pinggir sungai digemari menyebabkan tanah terhakis dan runtuh ke sungai. Keadaan yang sama juga berlaku apabila aktiviti pembalakan yang giat dilakukan di lereng-lereng bukit.
Oleh itu pemeliharaan hutan merupakan cara yang baik untuk mengatasi masalah banjir. Hutan boleh dijadikan kawasan tadahan yang mampu menyerap air hujan daripada mengalir terus ke bumi. Hutan boleh berfungsi sebagai bunga karang (sponge) dengan menyerap air hujan dan mengalir dengan perlahan-lahan ke anak-anak sungai. Ia juga bertindak sebagai penapis dalam menentukan kebersihan dan kejernihan air. Hutan mampu menyerap air hujan pada kadar 20%. Kemudian air hujan ini dibebaskan kembali ke atmosfera melalui sejatan pemeluwapan. Hanya dengan ini sahaja pengurangan air hujan dapat dilakukan.
Banjir kilat yang berlaku terutamanya di bandar disebabkan pembuangan samapah dan sisa industri ke sungai dan parit. Bagi menangani masalah ini, kesedaran kepada masyarakat perlu didedahkan supaya aktiviti negatif ini tidak terus dilakukan seperti mengadakan kempen mencintai sungai dan sebagainya. Badan-badan tertentu juga harus bertanggungjawab menentukan sungai sentiasa bersih dan tidak dijadikan tempat pembuangan sampah. Kejadian banjir merupakan malapetaka yang tidak dapat dielakkan terutamanya apabila membabitkan hujan lebat. Bagaimanapun usaha seharusnya dibuat untuk mengurangkan akibat banjir. Manusia juga harus sentiasa berwaspada dengan kejadian ini.
Konklusinya, banjir adalah bencana alam yang kerap dialami di seluruh dunia. Oleh itu, manusia yang mempunyai akal dan fikiran perlu berusaha untuk meminimumkan kesan banjir kerana pelbagai malapetaka boleh berlaku semasa banjir melanda.
Logged
Grace William
SMK Kubong
Student
Full Member
Fame: 1
Offline
Gender:
Posts: 173
Re: RAMALAN SOALAN KARANGAN STPM 2008
«
Reply #11 on:
September 10, 2008, 09:01:52 PM »
tQ cikgu zul!really appreciate it!~
Logged
Grace William
6A3
SMK Kubong, Limbang
Sidi Aji
SMK Balai Ringin
Teacher
Junior Member
Fame: 0
Offline
Gender:
Posts: 62
Re: RAMALAN SOALAN KARANGAN STPM 2008
«
Reply #12 on:
September 10, 2008, 09:06:40 PM »
Tq. cikgu bagus betul soalan ramalan tersebut.
Logged
SMK Balai Ringin
Sidi Aji
SMK Balai Ringin
Teacher
Junior Member
Fame: 0
Offline
Gender:
Posts: 62
Re: RAMALAN SOALAN KARANGAN STPM 2008
«
Reply #13 on:
September 10, 2008, 09:10:26 PM »
Cikgu, sekolah saya baru mulakan Kelas Tingkatan 6 Sastera tahun ini. Saya kebetulan mengajar m/p tersebut. Boleh cikgu bantu jika ada contoh soalan STPM Sastera dari sekolah cikgu. Tq
Logged
Zulkarnain Farihin Mustakim
SMK Sacred Heart Sibu
Teacher
Master Member
Fame: 119
Offline
Gender:
Posts: 1350
Re: RAMALAN SOALAN KARANGAN STPM 2008
«
Reply #14 on:
September 10, 2008, 09:20:45 PM »
Terima kasih kerana sanggup buat respons kepada bahan yang disiarkan di sini. Untuk pengetahuan cikgu SMK Sacred Heart tidak menawarkan m/p sastera kepada pelajar Tingkatan 6 (kami hanya ada subjek BM/GEO/SEJ/PSV/BC/Akaun/Ekonomi/PA --- aliran Sastera) (Kimia, FIzik, Biologi, Matematik, Matematik Tambahan ------ aliran Sains)
Logged
Sidi Aji
SMK Balai Ringin
Teacher
Junior Member
Fame: 0
Offline
Gender:
Posts: 62
Re: RAMALAN SOALAN KARANGAN STPM 2008
«
Reply #15 on:
September 10, 2008, 09:51:39 PM »
Terima kasih cikgu. Harap jumpa lagi
Logged
Joyce May
SMK Tatau
GSTT
Full Member
Fame: 3
Offline
Gender:
Posts: 195
gonna study again....
Re: RAMALAN SOALAN KARANGAN STPM 2008
«
Reply #16 on:
September 11, 2008, 03:12:16 AM »
cikgu....selalunya soalan ramalan untuk Pengajian Am sama dengan soalan ramalan bagi BM...ada kemungkinan tak?
Logged
Joyce May Ling Liong
GSTT
SMK TATAU
Marry Ak Terrance Embol
PPG Sri Aman
Novice Member
Fame: 0
Offline
Gender:
Posts: 40
Re: RAMALAN SOALAN KARANGAN STPM 2008
«
Reply #17 on:
September 12, 2008, 11:05:14 AM »
Hi Cikgu Zulkarnain,
Saya Pn. Marry, dari PPG Sri Aman. Thanks a lot Cikgu Zul for the soalan ramalan. Saya dah download semua soalan & tip yang cikgu bagi for my daughter. Terima kasih daun keladi, kalau ada soalan dan tip lagi jangan lupa upload untuk kami.
Logged
Marry anak Terrance Embol
Academic Management Unit
PPD Sri Aman
STANLAY JULIUS SURANG
Newbie
Fame: 0
Offline
Gender:
Posts: 2
IT'S ME...!!!
Re: RAMALAN SOALAN KARANGAN STPM 2008
«
Reply #18 on:
September 12, 2008, 09:05:03 PM »
hai cikgu.. maklumat yg cikgu bagi amat berguna kepada kami yg bergelar pelajar.. kalau ada soalan lain.. tolong postkan ya...
Logged
I MISS MY OLD SCHOOL (SMK MERBAU)...!!!
MISS U ALL...
Ruslan Bin Razak
SMK Sacred Heart
Teacher
Newbie
Fame: 0
Offline
Gender:
Posts: 7
Bukan Senang Nak Jadi Senang
Re: RAMALAN SOALAN KARANGAN STPM 2008
«
Reply #19 on:
September 13, 2008, 04:32:12 PM »
Barah payu dara bagaikan pembunuh nombor satu wanita pada abad ini. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan penyakit berbahaya ini.
saya tertarik dengan perbincangan tajuk ini sekiranya anda membawa bersama panel-panel yang berkaitan.
Logged
R.R
SMK Sacred Heart, Sibu
*Link Removed*
Pages: [
1
]
2
Go Up
Print
« previous
next »
Jump to:
Please select a destination:
-----------------------------
Announcements
-----------------------------
=> News and Announcements
===> Gathering
=> Forum Rules and Guidelines
=> New Member Introductions
===> Students Introduction Board
===> Officer Introduction Board
=> Forum Tips & Tutorials
=> Suggestions/Problems
=> Season's Greetings
===> Teachers' Day
=> Condolences
-----------------------------
Membergroup
-----------------------------
=> Baram
===> Primary School
===> Secondary School
=> Bau
===> Primary School
===> Secondary School
=> Belaga
===> Primary School
===> Secondary School
=> Betong
===> Primary School
===> Secondary School
=> Bintulu
===> Primary School
===> Secondary School
=> Dalat
===> Primary School
===> Secondary School
=> Daro
===> Primary School
===> Secondary School
=> Julau
===> Primary School
===> Secondary School
=> Kanowit
===> Primary School
===> Secondary School
=> Kapit
===> Primary School
===> Secondary School
=> Kuching
===> Primary School
===> Secondary School
=> Lawas
===> Primary School
===> Secondary School
=> Limbang
===> Primary School
===> Secondary School
=> Lubok Antu
===> Primary School
===> Secondary School
=> Lundu
===> Primary School
===> Secondary School
=> Meradong
===> Primary School
===> Secondary School
=> Miri
===> Primary School
===> Secondary School
=> Mukah
===> Primary School
===> Secondary School
=> Padawan
===> Primary School
===> Secondary School
=> Samarahan
===> Primary School
===> Secondary School
=> Saratok
===> Primary School
===> Secondary School
=> Sarikei
===> Primary School
===> Secondary School
=> Selangau
===> Primary School
===> Secondary School
=> Serian
===> Primary School
===> Secondary School
=> Sibu
===> Primary School
===> Secondary School
=> Simunjan
===> Primary School
===> Secondary School
=> Song
===> Primary School
===> Secondary School
=> Sri Aman
===> Primary School
===> Secondary School
=> Subis
===> Primary School
===> Secondary School
=> Tatau / Sebauh
===> Primary School
===> Secondary School
=> Teacher Outside Sarawak
-----------------------------
Information and Communication Technology
-----------------------------
=> ICT News & Announcements
=> Teaching and Learning
===> Information and Communication Technology and Society
===> Computer Systems
===> Computer Networks and Communications
===> Multimedia
===> Programming
===> Information Systems
=> Examination and Assessment
===> Written Test Paper 1 (3765 /1)
===> Coursework Assessment (3765 / 2)
=> Management
-----------------------------
Kurikulum Standard Sekolah Rendah
-----------------------------
=> KSSR Info
=> Dunia Sains dan Teknologi
=> Dunia Seni Visual
=> Dunia Muzik
-----------------------------
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah
-----------------------------
=> UPSR Info
=> Bahasa Malaysia
===> Teknik Menjawab Soalan
===> Penskoran
===> Contoh Jawapan
===> Rancangan Pelajaran
=> English
===> Examination & Assessment
===> Question Bank
===> Yearly Scheme Of Work
=> Mathematics
===> Planning
===> Examination and Assessment
===> UPSR
===> Mastering Basic Facts of the 4 Operations
===> Understanding The Concepts
===> Recreation In Mathematics
===> Research / Working Papers
=> Science
===> Teaching and Learning
===> Examination and Assessment
===> Yearly Lesson Plan
=> Bahasa Cina
===> Bahasa Cina SJK
=====> 026 Kefahaman
=====> 027 Penulisan
=====> Bank Soalan
=====> SP/HSP/Rancangan P&P
=====> Bahan P&P
=====> Perealisasian Item
=====> Notis
=====> Bahagian Kokurikulum
===> Bahasa Cina SK
=====> Bank Soalan
=====> SP/HSP/Rancangan P&P
=====> Bahan P&P
=====> Perealisasian Item
=====> Notis
=====> Bahagian Kokurikulum
=> Bahasa Iban
===> Belajar
===> Ngajar & Peresa
===> Randau & Rurai Rama
===> Bank Soalan
=> Miscellaneous Subjects
-----------------------------
Penilaian Menengah Rendah
-----------------------------
=> PMR Info
=> 02 Bahasa Malaysia
=> 12 English
===> Literature Component
===> Question Bank
=> 21 Sejarah
===> Pengajaran dan Pembelajaran
===> Rancangan Mengajar
===> Bank Soalan
=> 23 Geografi
=> 31 Bahasa Arab Komunikasi
=> 32 Bahasa Cina
===> SP/HSP/Rancangan P&P
===> Bahan P&P
===> Perealisasian Item
===> Notis
===> Bank Soalan
===> Bahagian Kokurikulum
=> 37 Bahasa Iban
===> Belajar, Ngajar & Peresa
===> Litericha & Lekamain
===> Bank Soalan
=> 50 Mathematics
===> Teaching and Learning Materials
===> Curriculum Specifications
===> Tests and Assessments
=> 55 Science
===> Curriculum Specifications
===> Yearly Plan
===> Teaching and Learning Strategies
===> PMR Analysis
===> Innovative teaching and learning methods
===> Suggested materials and websites for PMR
===> Item Bank
=> Miscellaneous Subjects
-----------------------------
Sijil Pelajaran Malaysia
-----------------------------
=> SPM Info
=> 1103 Bahasa Malaysia
===> Pengajaran dan Pembelajaran
===> Peperiksaan dan Penilaian
===> Karya
=> 1119 English
===> Teaching and Learning
===> Interactive Materials
===> Item Bank
=> 1223 Pendidikan Islam
=> 1225 Pendidikan Moral
=> 1249 Sejarah
===> Pengajaran dan Pembelajaran
===> Rancangan Mengajar
===> Bank Soalan
=> 1449 Mathematics
===> Teaching and Learning
===> Curriculum Specifications
===> Yearly Plan
===> Preparation For SPM
===> Games
===> Links
=> 1511 Science
=> 2215 Kesusasteraan Melayu
=> 2280 Geografi
=> 2361 Bahasa Arab Tinggi
=> 3472 Additional Mathematics
===> Teaching and Learning
===> Examination and Assessment
===> GSP Files
=> 3756 Prinsip Perakaunan
===> Rancangan Tahunan
===> Pengajaran dan Pembelajaran
===> Dokumen Sumber
===> Peperiksaan
===> Pentaksiran
===> Profil Pelajar
=> 3757 Ekonomi Asas
=> 3759 Lukisan Kejuruteraan
===> Pengajaran dan Pembelajaran
===> Bank Soalan
===> Modul Latihan
===> Pentaksiran
=> 4531 Physics
===> Teaching and Learning
===> Item Bank
=> 4541 Chemistry
===> Teaching & Learning Materials
===> Sample Exam Papers
===> Answering Techniques
===> Yearly Plan
=> 4551 Biology
===> Teaching and Learning
===> Examination and Assessment
===> Yearly Plan
=> 4561 Additional Science
=> 6351 Bahasa Cina
===> SP/HSP/Rancangan P&P
===> Bahan P&P
===> Perealisasian Item
===> Notis
===> Bahagian Kokurikulum
===> Bank Soalan
=> 6355 English for Science and Technology
=> 6356 Bahasa Iban
===> Belajar, Ngajar & Peresa
===> Litericha & Lekamain
===> Bank Soalan
=> 9216 Kesusasteraan Bahasa Cina
===> Bank Soalan
===> SP/HSP/Rancangan P&P
===> Bahan P&P
===> Perealisasian Item
===> Notis
=> Vocational Subjects
=> Miscellaneous Subjects
-----------------------------
Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia
-----------------------------
=> STPM Info
=> 800 MUET
=> 900 Pengajian Am
=> 910 Bahasa Malaysia
=> 911 Bahasa Cina
===> Bank Soalan
===> SP/HSP/Rancangan P&P
===> Bahan P&P
===> Perealisasian Item
===> Notis
=> 940 Sejarah
=> 942 Geography
=> 944 Economy
=> 946 Pengajian Perniagaan
=> 950 Mathematics S
=> 954 Mathematics T
=> 958 Computing
=> 960 Physics
=> 962 Chemistry
=> 964 Biology
=> 970 Seni Visual
=> Miscellaneous Subjects
-----------------------------
Program
-----------------------------
=> EduWebTV
=> MaCS
=> GeMS
=> PPSMI
===> Sistem Bimbingan Taulan
===> PTP
===> BISP
=> ICTL Secondary School
=> ICTL Primary School
=> MyGfL
=> ELiTE
=> PPi-ICT
=> SBT
=> KIA2M
=> PROTIM
=> PROBIM
=> LDP
=> Dreams and Teams
=> Prasekolah
=> Penilaian Latih Tubi
=> LINUS
=> SIP
-----------------------------
Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak
-----------------------------
=> Pejabat Pengarah Pelajaran Sarawak
=> Sektor Pengurusan Akademik
===> Bidang Matematik
=> Sektor Pengurusan Maklumat dan ICT
=> Sektor Penilaian dan Peperiksaan
===> PTK
=> Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan
=> Sektor Pengurusan Sekolah
=> Sektor Pengurusan Pendidikan Islam
=> Sektor Psikologi dan Kaunseling
=> Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas
=> Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti
=> Pusat Sumber Pendidikan Negeri Sarawak
-----------------------------
Pejabat Pelajaran Daerah
-----------------------------
=> PPD Baram
===> Pegawai PPD Baram
===> Info Terkini PPD Baram
===> Berita Sekolah Baram
===> Profil Sekolah
===> Arkib
=> PPD Bau
===> Pegawai PPD Bau
===> Info Terkini PPD Bau
===> Berita Sekolah Bau
===> Profil Sekolah
===> Arkib
=> PPD Belaga
===> Pegawai PPD Belaga
===> Info Terkini PPD Belaga
===> Berita Sekolah Belaga
===> Profil Sekolah
===> Arkib
=> PPD Betong
===> Pegawai PPD Betong
===> Info Terkini PPD Betong
===> Berita Sekolah Betong
===> Profil Sekolah
===> Arkib
=> PPD Bintulu
===> Pegawai PPD Bintulu
===> Info Terkini PPD Bintulu
===> Berita Sekolah Bintulu
===> Profil Sekolah
===> Arkib
=> PPD Dalat
===> Pegawai PPD Dalat
===> Info Terkini PPD Dalat
===> Berita Sekolah Dalat
===> Profil Sekolah
===> Arkib
=> PPD Daro
===> Pegawai PPD Daro
===> Info Terkini PPD Daro
===> Berita Sekolah Daro
===> Arkib
=> PPD Julau
===> Pegawai PPD Julau
===> Info Terkini PPD Julau
===> Berita Sekolah Julau
===> Arkib
=> PPD Kanowit
===> Pegawai PPD Kanowit
===> Info Terkini PPD Kanowit
===> Berita Sekolah Kanowit
===> Arkib
=> PPD Kapit
===> Pegawai PPD Kapit
===> Info Terkini PPD Kapit
===> Berita Sekolah
===> Berita Am
===> Arkib
=> PPD Kuching
===> Pegawai PPD Kuching
===> Info Terkini PPD Kuching
===> Berita Sekolah Kuching
===> Profil Sekolah
===> Arkib
=> PPD Lawas
===> Pegawai PPD Lawas
===> Info Terkini PPD Lawas
===> Berita Sekolah Lawas
===> Arkib
=> PPD Limbang
===> Pegawai PPD Limbang
===> Info Terkini PPD Limbang
===> Unit Pengurusan Akademik
===> Berita Sekolah Limbang
===> Safari Membaca
===> Arkib
=> PPD Lubok Antu
===> Info Terkini PPD Lubok Antu
===> Berita Sekolah Lubok Antu
===> Arkib
=> PPD Lundu
===> Info Terkini PPD Lundu
===> Berita Sekolah Lundu
===> Arkib
=> PPD Meradong
===> Info Terkini PPD Meradong
===> Berita Sekolah Meradong
===> Arkib
=> PPD Miri
===> Pegawai PPD Miri
===> Info Terkini PPD Miri
===> Berita Sekolah Miri
===> Profil Sekolah
===> Arkib
=> PPD Mukah
===> Pegawai PPD Mukah
===> Info Terkini PPD Mukah
===> Berita Sekolah Mukah
===> Profil Sekolah
===> Arkib
=> PPD Padawan
===> Info Terkini PPD Padawan
===> Berita Sekolah Padawan
===> Arkib
=> PPD Samarahan
===> Pegawai PPD Samarahan
===> Info Terkini PPD Samarahan
===> Berita Sekolah
===> Arkib
=> PPD Saratok
===> Info Terkini PPD Saratok
===> Berita Sekolah Saratok
===> Arkib
=> PPD Sarikei
===> Pegawai PPD Sarikei
===> Info Terkini PPD Sarikei
===> Berita Sekolah Sarikei
===> Profil Sekolah
===> Arkib
=> PPD Selangau
===> Pegawai PPD Selangau
===> Info Terkini PPD Selangau
===> Berita Sekolah Selangau
===> Arkib
=> PPD Serian
===> Pegawai PPD Serian
===> Info Terkini PPD Serian
===> Berita Sekolah Serian
===> Arkib
=> PPD Sibu
===> Pegawai PPD Sibu
===> Info Terkini PPD Sibu
===> Berita Sekolah Sibu
===> Profil Sekolah
===> Peti Cadangan
===> Arkib
=> PPD Simunjan
===> Pegawai PPD Simunjan
===> Info Terkini PPD Simunjan
===> Berita Sekolah Simunjan
===> Arkib
=> PPD Song
===> Pegawai PPD Song
===> Info Terkini PPD Song
===> Berita Sekolah Song
===> Arkib
=> PPD Sri Aman
===> Pegawai PPD Sri Aman
===> Info Terkini PPD Sri Aman
===> Berita Sekolah Sri Aman
===> Arkib
=> PPD Subis
===> Pegawai PPD Subis
===> Info Terkini PPD Subis
===> Berita Sekolah Subis
===> Arkib
=> PPD Tatau / Sebauh
===> Pegawai PPD Sri Aman Tatau / Sebauh
===> Info Terkini PPD Tatau / Sebauh
===> Berita Sekolah Tatau/Sebauh
===> Arkib
-----------------------------
School
-----------------------------
=> Noticeboard
=> Classroom
===> Primary School
===> Secondary School
=> Clubs & Uniformed Bodies
===> Malaysian Red Crescent
===> Scout
===> Malaysia School Youth Cadet Corps
===> Kadet Bomba
===> Kor Kadet Polis
-----------------------------
Computer & Internet
-----------------------------
=> General Computer Discussion
=> Computer Lab Management
=> PC troubleshooting
=> Computer Software
===> Operating Systems
===> Computer Security
===> General Software
=> Computer Hardware
===> Digital Imaging
=> Networking
=> Multimedia
=> Programming
=> Internet
===> Building your own website
-----------------------------
Let's Hear It From You
-----------------------------
=> Current Issues
===> Flood
=> Entertainment
===> Anime and Manga
=> Travel, Vacation & Roadtrips
=> Delicious Paradise
=> Sports, Hobbies & Interests
=> Eureka! Eureka!
=> Books & Reading
=> Lover of Words
=> Poetry in Motion
=> Melting Pot
=> Newspaper Articles & Materials From Internet
=> Humor & Jokes
Search
Advanced search
Stats
Members
Total Members: 19913
Latest:
CaxhaulaGlalfNZ
Stats
Total Posts: 250107
Total Topics: 20241
Online Today: 349
Online Ever: 637
(January 04, 2012, 10:05:22 PM)
Users Online
Users: 32
Guests: 312
Total: 344
Hasminie Hussen
Julian Simon
Desmond Bin Muroh
Mohd Shafri
Sylvia anak July
Marlvin Anak Nonging
Noryusniza Binti Mat Shani
Maziarina Bt Mohammad
Peter Lajang anak Lugak.
Nor Baini Binti Mohd Noor
Wan Malina Bt. Abdullah
Gading Anak Setaung
Law Ling Ching
Kenester Anak Mida
Linggam Libu
Muhd. Faizul Abdullah
Steward Jay
Philip Ong Sie Hii
Sabariah Bt Abang Wahab
Danny Anak Johny
Lau Jia Jia
Lee Shu Ye
Joseph Ak Rabong
Sopheena Liti Nyowep
Kelemin Setia
Muhamad Kemri Bin Bujang
Sharkawi Annuar
lindaupnm
Lo Liat Ling
Ling Chung Siew
Edmund Anak Amis
Janudin Bin Hj Aji
Loading...