Home   Forum   Help Search Calendar Links Login Register   **
Welcome, Guest. Please login or register.
Did you miss your activation email?
May 24, 2012, 02:39:05 AM

Login with username, password and session length
Program
EduWebTVLatih TubiLINUSManaging Challenging SchoolsGerakan Memperkasakan SekolahLDPICTL SMICTL SRMalaysian Grid for Learning (MyGfL)ProtimPPSMISIP
Recent
[Yesterday at 11:14:41 PM]

[Yesterday at 10:25:15 PM]

[Yesterday at 10:12:19 PM]

[Yesterday at 09:30:31 PM]

[Yesterday at 08:37:00 PM]

[Yesterday at 07:47:07 PM]

[Yesterday at 11:32:41 AM]

[May 22, 2012, 10:00:09 PM]

[May 22, 2012, 09:48:51 PM]

[May 22, 2012, 05:59:40 PM]
 

Pages: [1]   Go Down
  Print  
Author Topic: Anda perlu cuba menjawab tatabahasa aras tinggi!  (Read 489 times)
0 Members and 2 Guests are viewing this topic.
Ng Ai Fen
SMK Wira Penrissen
Teacher
Senior Member
*

Fame: 4
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 236


org malas mencari alasan org rajin penyelesaian!


« on: September 18, 2008, 09:26:09 PM »

Tatabahasa Aras tinggi:

1.  Nyatakan jenis laras bahasa petikan di bawah. Kemudian berikan empat diksi atau frasa yang menggunakan laras bahasa tersebut.

   Beberapa buah negeri di Malaysia mengalami cuaca panas luar biasa dengan tiga kawasan di Selangor: Petaling Jaya, Subang, dan Sepang mencatatkan suhu tengah hari sehingga 35 darjah celsius pada 4 Julai yang lalu, dipercayai yang tertinggi dalam tempoh tiga tahun.
   Cuaca panas itu berlarutan sehingga pertengahan Julai berikutan fenomena Musim Barat Daya. Menurut sumber dari Jabatan Meteorologi Malaysia, purata suhu di seluruh negara sekarang mencecah 33 darjah celsius berbanding dengan suhu normal kurang 32 darjah celsius. Malaysia pernah mencatatkan suhu 38.3 darjah celsius di Alor Setar, Kedah pada Februari 2005 dan tertinggi sehingga 40.1 darjah celsius di Chuping, Perlis pada 9 April 1998.

2.  Tulis semula ayat-ayat di bawah supaya menjadi tiga ayat sahaja tanpa mengubah susunan dan maksud asal ayat-ayat tersebut.

Supernova bermaksud letupan besar bintang. Letupan bintang besar berlaku kepada bintang yang telah kehabisan sumber hidrogen. Kejadian supernova hanya berlaku sekiranya bintang berkenaan mempunyai berat jisim 1.4 kali ganda lebih berat. Bintang itu lebih berat berbanding dengan matahari. Apabila berlaku supernova, bintang bertukar menjadi objek. Objek itu sangat terang. Objek itu dikenali sebagi plasma.

3.  Nyatakan jenis-jenis ayat yang disenaraikan di bawah.

i) “Jemput datang ke rumah terbuka saya sempena perayaan kuih bulan,” kata Juan Hai kepada rakan-rakan sekolahnya.
ii) Jangan pijak rumput di taman sains itu.
iii) “Tolong bawakan buku-buku ini ke bilik guru,” kata cikgu Ai fen kepada Sheera.
iv) “Cis, pantang anak Melayu menderhaka kepada Sultan!” kata Hang Tuah kepada Hang Jebat.
v) Baru-baru ini, rakyat Malaysia telah menyambut Hari Kebangsaan yang ke-50.
vi) “Sudahkah anda bersedia untuk menghadapi peperiksaan SPM?” tanya Puan Bibi Zainab kepada murid-murid kelas Tingkatan lima.

4. Ayat-ayat berikut terdiri daripada pelbagai pola ayat. Namakan pola ayat tersebut.

(i) saya membeli pisang goreng yang sedap itu.
(ii) Gadis itu adik saya.
(iii) Kucing sabrina di atas meja.

5. kenal pasti sama ada ayat-ayat berikut ayat majmuk gabungan, ayat majmuk pancangan atau ayat majmuk campuran.

i)  Nazrin dan Amin selalu memancing bersama-sama di kolam yang terbiar itu.
ii)  Jovi suka minum teh tetapi Nicholas suka minum kopi.
iii)  Rumah Mariana berbentuk tradisional manakala rumah Aina berkonsepkan ala barat.
iv) Mangsa banjir di Johor yang kehilangan mata pencarian akan mendapat bantuan daripada kerajaan.
v) Orang ramai berasak-asak ke Stadium Merdeka untuk menghadiri Perhimpunan Raksasa Merdeka ke-50.
vi) Lori yang sarat dengan muatan itu terbabas lalu jatuh ke dalam gaung.

6.0 Tentukan sama ada ayat-ayat di bawah ini ayat aktif, ayat pasif atau ayat songsang.
i) Ibu sedang memasak rendang ayam
ii) Kerja itu akan saya siapkan esok.
iii) Yean menyapu lantai yang kotor itu.
iv) Kelan malam itu kena rompak lewat malam semalam.
v) Akan saya tangkap nanti ayam yang berkeliaran itu.
vi) Farhanis yang rajin itu dipuji oleh gurunya.


AYAT MAJMUK GABUNGAN ( KATA HUBUNG GABUNGAN)
      +
AYAT MAJMUK PANCANGAN ( KATA HUBUNG PANCANGAN)
      =
AYAT MAJMUK CAMPURAN

A)kata hubung gabungan
-dan, atau, tetapi, serta, lalu, malahan, sambil, kemudian.

B) kata hubung pancangan
I) kata hubung pancangan relatif- yang
II) kata hubung pancangan komplemen- bahawa untuk
III) kata hubung pancangan keterangan
-kerana, sekiranya, kalau, hingga, sementara, ketika, walaupun, agar, semoga, andai kata, jika, setelah, tatkala, sungguhpun, meskipun, supaya, kendatipun, semasa, sewaktu, untuk, apabila.

pola ayat
___________
i) Frasa nama + Frasa nama
ii) Frasa nama + Frasa kerja
iii) Frasa nama + Frasa adjektif
iv) Frasa nama + Frasa sendi nama

Ayat boleh terbahagi kepada 4 jenis
a) ayat penyata (ayat biasa)
b) ayat seruan
c) ayat tanya
d) ayat perintah
   i) ayat suruhan
   ii) ayat permintaan
   iii) ayat silaan
   iv) ayat larangan
Logged

Ng Ai Fen
SMK Wira Penrissen
Hasiah binti Pukim
SMK Rosli Dhoby
Teacher
Full Member
*

Fame: 3
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 177


hasiahpukim smkrd sibu


« Reply #1 on: October 17, 2008, 02:37:21 PM »

Smiley terima kasih Ai Fen
 Smiley boleh digunakan untuk membantu pelajar
Logged

SMK Rosli Dhoby

bukan senang nak senang, tidak susah nak susah
Pages: [1]   Go Up
  Print  
 
Jump to:  

Members
Total Members: 24922
Latest: bouffPermmereVF
Stats
Total Posts: 254463
Total Topics: 21168
Online Today: 304
Online Ever: 718
(May 16, 2012, 08:58:21 PM)
Users Online
Users: 0
Guests: 176
Total: 176
PIPPBahagian Pembangunan Kurikulume-Paymente-Hasil
Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1.16 | SMF © 2011, Simple Machines | Sitemap Valid XHTML 1.0! Valid CSS!
Page created in 0.1 seconds with 26 queries.