Pengenalan:
-iklan merupakan salah satu cara untuk menyalurkan maklumat tentang barangan atau perkhidmatan kepada masyarakat
-disebarkan melalui media elektronik, media cetak atau alam maya (internet)
Isi-isi penting
1) iklan kontemporari yang berkonsep moden mengutamakan unsur-unsur Barat
-cara hidup dan pergaulan bebas sering menjadi tema utama
-contohnya, iklan rokok disampaikan melalui ekspedisi kembara yang lasak
-melambangkan keberanian dan kebebasan dalam kehidupan
-golongan muda mudah terikut-ikut
- iklan syarikat telekomunikasi- mementingkan gaya dan kedudukan
2) tarikan kepada sesuatu yang kurang baik jikalau diambil secara berlebihan
-contohnya, makanan segera seperti McDonalds, Pizza Hut, KFC- kanak-kanak tiada kawalan nafsu- menjejaskan kesihatan- tidak mengamalkan gaya hidup sihat-nasihat supaya tidak diambil terlalu kerap tidak diendahkan
3) tidak mendedahkan maklumat atau keadaan sebenar
-memperdaya pengguna
-lumrahnya, ciri-ciri produk yang diiklankan berbeza sedikit daripada ciri-ciri produk yang sebenar
4) pencemaran bahasa terutama iklan dan papan tanda
-sering memaparkan kesalahan tatabahasa
-sebutan baku turut diabaikan dalam iklan di radio dan di televisyen
-‘hilang bahasa, lenyaplah bangsa’
Penutup
- pihak berwajib harus memantau iklan-iklan yang disiarkan
- kepentingan masyarakat harus diambil kira
- jangan dibiarkan syarikat-syarikat swasta yang ingin mendapatlan keuntungan
- memusnahkan masyarakat.
Peribahasa yang boleh digunakan dalam karangan ini.

1.ada udang di sebalik batu

Penerangan: udang biasanya suka bersembunyi di sebalik batu, tunggul atau tempat-tempat tersembunyi di dalam air. Jika kita menyelam, udang sukar dilihat kerana suka bersembunyi. Kita akan menyangka bahawa udang tidak ada sedangkan sebenarnya udang itu ada di sebalik batu tempat persembunyiannya itu.
Maksud: ada sesuatu maksud yang tersembunyi di sebalik sesuatu perbuatan.
2. indah khabar daripada rupa

Penerangan: perkhabaran yang dibawa, misalnya rupa atau paras seseorang, tempat, atau benda itu sangat indah, padahal rupa yang sebenarnya tidaklah seindah yang dikhabarkan.
Maksud: kabar tentang sesuatu itu biasanya dilebih-lebihkan daripada keadaan sebenar.
3.0 bagai dakwat dengan kertas

Penerangan: Dakawat ialah tinta atau cairan berwarna seperti hitam, biru dan merah. Kegunanaanya adalah untuk membentuk tulisan atau lukisan pada kertas. Jika ada dakwat tetapi kertas tidak ada, tiada guna kerana tulisan atau lukisan tidak dapat dihasilkan. Hal ini bermakna bahawa dakwat dan kertas saling memerlukan.
Maksud: saling mencintai dan memerlukan.
4.0 bagai duri dalam daging

Penerangan: Jika bahagian badan terkena duri memang menyakitkan. Duri yang ada di dalam daging tidak kelihatan tetapi sentiasa menyakitkan. Sekiranya disimpan lama, bahagian yang mengandug duri itu mungkin akan bengkak dan bernanah.
Maksud: hal yang selalu menyusahkan orang.
5.0 bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing

Penerangan: Enau ialah sejenis pokok palma yang tumbuh di hutan dan dikenal juga sebagai kabung atau aren. Apabila tumbuh di dalam belukar, pokok ini kurang mendapat cahaya matahari, lalu berusaha untuk naik lebih tinggi daripada pokok lain dengan tujuan utnuk mendapatkan cahaya matahari.
Maksud: mementingkan diri sendiri dan tidak hidup bermasyarakat