Home   Forum   Help Search Calendar Links Login Register   **
Welcome, Guest. Please login or register.
Did you miss your activation email?
May 24, 2012, 03:01:21 AM

Login with username, password and session length
Program
EduWebTVLatih TubiLINUSManaging Challenging SchoolsGerakan Memperkasakan SekolahLDPICTL SMICTL SRMalaysian Grid for Learning (MyGfL)ProtimPPSMISIP
Recent
[Yesterday at 11:14:41 PM]

[Yesterday at 10:25:15 PM]

[Yesterday at 10:12:19 PM]

[Yesterday at 09:30:31 PM]

[Yesterday at 08:37:00 PM]

[Yesterday at 07:47:07 PM]

[Yesterday at 11:32:41 AM]

[May 22, 2012, 10:00:09 PM]

[May 22, 2012, 09:48:51 PM]

[May 22, 2012, 05:59:40 PM]
 

Pages: [1]   Go Down
  Print  
Author Topic: Kisah Semasa Balik Kampung...  (Read 696 times)
0 Members and 2 Guests are viewing this topic.
Hasri bin Ariff
SK Lutong
Teacher
Senior Member
*

Fame: 50
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 438


Majulah untuk bangsa & agama


« on: September 20, 2008, 03:31:34 PM »

Salam Perpaduan.. Cheesy
Buat kawan2 yang beragama Islam, saya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitiri.  Grin. Untuk kawan2 nak balik kpg tu, jangan lupa jalan raya tu bukan tempat berlumba kereta. Sila baca cerita benar lagi tragik di bawah sebagai pedoman hidup.

semoga kisah ini memberi seribu pengajaran buat kita,,,,, selamat menyambut ramadhan dan mengakhirinya dgn sempurna.... insyaallah....



"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Liza lembut sambil membetulkan pakaian Usin. Usin tersenyum memandang isterinya.
 
"Cantik isteri abang hari ni," Usin mencubit pipi Liza lembut.
 
"Ayah, ayah, cepat la yah," Farah dan Adi meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung.
 
"Yelah, yelah, ayah dah siap ni."
 
Liza hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja.
 
"Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni ye?"
 
"Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Usin berkata kepada isterinya tercinta.
 
Perjalanan daripada KL ke Tangkak mengambil masa lebih kurang empat jam. Farah dan Adi dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Liza.
 
"Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Usin berkata dalam hati.
 
Sedikit demi sedikit Usin menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Usin semakin seronok. Usin dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut.
 
Usin cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Usin masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.
 
"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Liza terjaga dari tidurnya.

"Tak ada apa la sayang, rileks...cepat sikit kita sampai kampung nanti."
 
"Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa....jangan laju sangat bang, Liza takut." Liza cuba memujuk Usin supaya memperlahankan kenderaannya.
 
"Rileks Liza.tak ada apa-apa," Usin terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was.
 
"Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Usin setelah berjaya memotong bas ekspres tadi.
 
"Sudah la tu bang."
 
"Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Liza tengok abang motong dia aaa...."
 
Usin terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai. Usin terus membelok ke kanan untuk memotong dan.... di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan.....
 
BAAANGGG!!!
 
"Usin....bangun Sin," sayup-sayup terdengar suara emaknya. Usin membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ.
 
"Mak, Usin di mana mak? Mana Liza mak? Macam mana dengan Liza mak? Farah, Adi.... mana anak-anak saya mak?" Bertubi-tubi Usin menyoal emaknya. Usin tak dapat menahan kesedihannya lagi. Usin menangis semahu-mahunya di depan emaknya.
 
Emaknya memandang Usin tepat-tepat.
 
"Macamana dengan isteri Usin mak, Liza?" Usin masih terus menangis.
 
PANGGG!!!
 
Kepala Usin yang botak itu ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Usin terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu?
 
"Banyak la engkau punya isteri! Keja pun pemalas ada hati nak berbini. Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang!" emaknya terus merungut sambil berlalu keluar....
 
...Dan Usin tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut!
 
Malu beb!!
 
SekianG
 
Moral : Pandulah dengan berhati-hati walaupun di dalam mimpi.. Ingatlah orang tersayang...
 
* Wakenabeb.. Lu pun kena beb..


dahhh.....gi sambung keje!!! keh keh ;p

Terima kasih. Cool
« Last Edit: September 26, 2008, 11:08:01 AM by Hasri bin Ariff » Logged

Hasri bin Ariff
Guru Akademik Biasa
Sekolah Kebangsaan Lutong
Asri Bin Ramli
SK Limpaku Pinang
Teacher
Full Member
*

Fame: 0
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 117



WWW
« Reply #1 on: September 20, 2008, 03:33:57 PM »

dari mana u dapat cerita dongeng tu. hehehehe..

selamat berpuasa dan selamat menyambut hari raya tak lama lagi
Logged

Asri Bin Ramli
Sentiasa Beringat Sebelum Terkena
Rosie Tanis
SMK Menumbok, Sabah
Teacher
Senior Member
*

Fame: 3
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 337


Sabah


« Reply #2 on: September 20, 2008, 03:36:23 PM »

Berangan nak berbinilah tu... Wink

Apapun Selamat Menyambut Hari Raya kepada semua pengguna Engkabang.net!
Bergembira di Hari Raya ini... Cheesy
Logged

Rosie Tanis
KK High School
"Giving the best of me"
Norliza Joto
SK Lutong
Teacher
Novice Member
*

Fame: 1
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 15


Be yourself..People will like you more that way


« Reply #3 on: September 21, 2008, 01:26:30 PM »

Nyo,cerita dongeng di bulan posa. Cheesy Cheesy
Logged
Mohd Syamaizar Bin Haderi
SK Tanjung Bundung Maradong
Teacher
Veteran Member
*

Fame: 31
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 813


Agent24 P.G.X = Photo Graphic Xhange


WWW
« Reply #4 on: September 21, 2008, 01:33:23 PM »

slamat hari raya..wpun dongeng..tapi kena dgn moral nye..ehehe Grin Grin
Logged

PGX - "we do not exist, but we are everywhere"...    

"I have no special talent. I just passionately curious".
Kifli Hj Ahmad
SK Sg. Ladong
Teacher
Veteran Member
*

Fame: 7
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 536


All The Best


« Reply #5 on: September 21, 2008, 07:15:18 PM »

Dongeng ya ada bini sblah masa balik kampung.

Coba cite kesah dongeng cdak kaki drift balik kpg sikda orng di sblah pulak.

jom konvoi g Kuching bagi member dari Miri and Bintulu, klak I nungu di simpang Tatau. Cool Cool Cool

Balikkkkkkkkkkkkkkk kampunggggggg Grin Grin Grin

Logged

SK Sg. Ladong,
Simunjan
Azrulazlan
SMK Santubong
Teacher
Senior Member
*

Fame: 10
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 458


Friendship Through Airwave!!


WWW
« Reply #6 on: September 21, 2008, 07:25:24 PM »

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua warga engkabang. Kalau ada terkasar bahasa tersilap kata, harap diampunkan.
Logged

Azrulazlan bin Haji Ahad
Guru Kanan Teknik & Vokasional
SMK Bako, Kuching (Disember 2010)
My Callsign : 9W8GAZ
Muhammad Fadzli B. Abdul Kadir
SMK Toh Puan Datuk Patinggi Hjh Normah
Juruteknik Komputer
Full Member
*

Fame: 0
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 194


dunia akan berubah......


« Reply #7 on: September 22, 2008, 02:15:32 PM »

Bersama-samalah kita beramal dan beribadah untuk melengkapkan diri kita dalam bulan Ramadhan pada tahun ini.
Insyallah segala amalan dan ibadah kita diterima oleh Allah.
Amin. Grin Grin Grin
Logged

Juruteknik Komputer
SMK Toh Puan Datuk Patinggi Hjh Normah
Pages: [1]   Go Up
  Print  
 
Jump to:  

Members
Total Members: 24922
Latest: bouffPermmereVF
Stats
Total Posts: 254463
Total Topics: 21168
Online Today: 304
Online Ever: 718
(May 16, 2012, 08:58:21 PM)
Users Online
Users: 0
Guests: 160
Total: 160
PIPPBahagian Pembangunan Kurikulume-Paymente-Hasil
Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1.16 | SMF © 2011, Simple Machines | Sitemap Valid XHTML 1.0! Valid CSS!
Page created in 0.127 seconds with 25 queries.