Untuk makluman semua, tarikh terakhir pelaporan e-Cerap untuk Fasa Ke-II ialah
24 Ogos 2008 sekiranya mengikut penetapan semasa mesyuarat bersama PPG.
Dua minggu akan diperuntukan untuk guru-guru masukan data pada tarikh sistem itu dibuka iaitu mulai
10 Ogos 2008. Oleh kerana kenkangan beberapa PPG untuk membuat taklimat kepada semua sekolah pada masa yang agak singkat memandangkan ini adalah pertama kali sistem ini digunakan, maka tarikhnya telah dilanjutkan kepada
30 Ogos 2008 iaitu
tiga minggu diperuntukan untuk sekolah masukan data.
Seperti yang sedia maklum, sistem eCerap tidak ditutup pada
30 Ogos 2008 kerana ramai pengguna mengadu mereka belum lagi masukan data dan sebilangan guru memasukan data yang salah atau data yang diterima daripada pihak pentakbir tidak betul. Tambahan pula ramai guru yang lupa kata laluan dan masalah internet di sekolah.
Insiden sedemikian menyebabkan sistem eCerap Fasa II terus dibuka sehingga
7 Oktober 2008. Selepas sistem ini ditutup pada tarikh tersebut masih ramai yang meminta sistem ini dibuka semula sebab ada perubahan dan sebagainya.

Jadi, sistem yang sepatutnya dibuka
dua minggu sahaja telah menjadi hampir
dua bulan. PPG tidak dapat membuat analisis dan laporan kerana sistem itu belum ditutup dan terdapat perubahan pada data setiap masa. SPA juga tidak dapat memanggil mesyuarat untuk pelaporan bersama PPG kerana masih ada sekolah yang meminta dibuka sistem tersebut. Kelewatan ini juga mengakibatkan kelewatan sistem eCerap Fasa III lambat dibuka.
Penambahbaikan perlu dibuat dan maklum balas pengguna perlu dipantau untuk menjadikan sistem eCerap Fasa III lebih mudah digunakan.
Saya harap cikgu yang dipertanggungjawabkan oleh pihak sekolah untuk mengisi data faham situasi ini dan setiap kali terdapat pembaharuan terhadap kerja rutin kita, ia mengambil masa dan tenaga pekerja yang banyak. Semua ini kita lakukan untuk lebih memantapkan sistem baru ini dan menyenangkan kerja kita pada masa hadapan.
Disini saya ingin memaklumkan bahawa tarikh pembukaan untuk
sistem eCerap Fasa III ialah pada
24 Oktober 2008 sehingga
14 November 2008. Dengan itu tarikh akhir penghantaran pelaporan eCerap Fasa III ialah pada
14 November 2008 Sekiranya sistem ini dibuka lebih awal, kita akan maklumkan di sini tetapi tarikh akhir tetap sama.
Di sini, saya ingin mendapat maklum balas dari pengguna Sistem eCerap Fasa II bahawa sekiranya semua maklumat telah disediakan oleh pihak pentadbir, berapa harikah digunakan oleh anda untuk masukan semua data ke dalam sistem?
Sekian, diharap penjelasan yang panjang lebar ini menjawab soalan dan pertanyaan guru yang terlibat.