Home   Forum   Help Search Calendar Links Login Register   **
Welcome, Guest. Please login or register.
Did you miss your activation email?
May 24, 2012, 08:14:38 AM

Login with username, password and session length
Program
EduWebTVLatih TubiLINUSManaging Challenging SchoolsGerakan Memperkasakan SekolahLDPICTL SMICTL SRMalaysian Grid for Learning (MyGfL)ProtimPPSMISIP
Recent
[Today at 07:24:26 AM]

[Today at 06:29:42 AM]

[Yesterday at 10:12:19 PM]

[Yesterday at 09:30:31 PM]

[Yesterday at 08:37:00 PM]

[Yesterday at 07:47:07 PM]

[Yesterday at 11:32:41 AM]

[May 22, 2012, 10:00:09 PM]

[May 22, 2012, 09:48:51 PM]

[May 22, 2012, 05:59:40 PM]
 

Pages: [1]   Go Down
  Print  
Author Topic: soalan novel yang menekankan aspek nilai.  (Read 771 times)
0 Members and 2 Guests are viewing this topic.
Ng Ai Fen
SMK Wira Penrissen
Teacher
Senior Member
*

Fame: 4
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 236


org malas mencari alasan org rajin penyelesaian!


« on: October 15, 2008, 07:07:58 PM »

1. Berdasarkan novel yang anda baca, huraikan nilai bertanggungjawab yang terdapat dalam novel tersebut.

Berdasarkan novel Seteguh Karang yang saya baca,  nilai bertanggungjawab diamalkan oleh watak utama dan watak sampingan.

   Nilai bertanggungjawab terhadap ahli keluarga terdapat dalam novel ini.  Awanis merupakan seorang kakak yang bertanggungjawab untuk menjaga adiknya, Anita. Awanis sanggup menamatkan latihan praktikal lebih awal seminggu untuk menyelesaikan masalah adiknya. Dia berusaha mencari keluarga kandung Anita.

   Nilai bertanggungjawab terhadap latihan praktikal ditonjolkan melalui watak Awanis. Awanis pelatih yang bertanggungjawab menjalankan tugasnya walaupun dicabar oleh encik Johori untuk menunggang motosikal yang uzur dan menjatuhkan setandan kelapa sawit. Awanis telah berjaya  menyahut cabaran encik Johari yang suka menganggap  pelatih perempuan  tidak boleh diharap.

   Pengarang telah menonjolkan nilai bertanggungjawab terhadap sanak-saudara. Pak Oni merupakan bapa saudara yang bertanggungjawab untuk menjaga anak saudaranya. Bapa saudaranyat terpaksa berulang-alik dari Ipoh ke tempat kerjanya di Lumut semata-mata untuk menjaga makan minum anak saudaranya.

   Nilai bertanggungjawab terhadap masa depan diri. Awanis seorang yang bertanggungjawab terhadap masa depan dirinya. Awanis terpaksa menduduki peperiksaan SPM sebanyak dua kali semata-mata mengubah hidupnya. Akhirnya, dia berjaya melanjutkan pelajaran dalam jurusan Pengurusan Ladang di ITM Cawangan Arau, Perlis.

2. Berdasarkan novel yang anda baca, huraikan nilai kasih sayang yang terdapat dalam novel tersebut.

Berdasarkan novel Seteguh Karang yang saya baca,  nilai kasih sayang diamalkan oleh watak utama dan watak sampingan.

   Nilai kasih sayang seorang kakak terhadap ahli keluarga terdapat dalam novel ini.  Awanis merupakan seorang kakak yang penyayang terhadap adiknya, Anita. Awanis sanggup menamatkan latihan praktikal lebih awal seminggu untuk menyelesaikan masalah adiknya. Dia berusaha mencari keluarga kandung Anita supaya Anita dapat bersatu kembali dengan keluarga kandungnya.

Pengarang telah menonjolkan nilai kasih sayang terhadap sanak-saudara. Pak Oni merupakan bapa saudara yang penyayang kerana amat menyayangi anak saudaranya. Bapa saudaranya terpaksa berulang-alik dari Ipoh ke tempat kerjanya di Lumut semata-mata untuk menjaga makan minum anak saudaranya.

Nilai kasih sayang  seorang ibu terhadap keluarga terdapat dalam novel ini.  Kak Nor merupakan ibu yang penyayang kerana walaupun kerja banyak tetapi dia masih berupaya bangun pagi  untuk memasak pada awal pagi untuk makan tengah hari.

Nilai kasih sayang terhadap seorang sahabat tanpa mengira latar belakangnya. Awanis amat menyayangi Budi, iaitu pekerja Indonesia. Dia sanggup menggunakan wangnya untuk membiayai penghantara balik jenazah Budi ke Indonesia. Hal ini disebabkan Budi pernah memberitahu Awanis bahawa dia ingin balik ke kampung halamannya.
   
Logged

Ng Ai Fen
SMK Wira Penrissen
Rabbilah Ayup
SK Senadin
Teacher
Senior Member
*

Fame: 15
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 213


U say the same, u stay the same...


« Reply #1 on: August 28, 2009, 03:49:23 PM »

Terima ksih cikgu...
Logged

Rabbilah Binti Ayup
Guru Penolong Agama
SK Senadin, Miri
my_rafiq@yahoo.com.my
Azlina Mat Jamil
SMK DATO HARUN, JALAN BERNAM 8,
Teacher
Master Member
*

Fame: 59
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 1960


sentiasa ingin berada satu langkah di hadapan


WWW
« Reply #2 on: September 18, 2009, 02:19:58 PM »

terima kasih atas perkongsian cikgu di E-net.
Logged

SMK DATO HARUN,
JALAN BERNAM 8,
45500 TANJUNG KARANG,
SELANGOR DARUL EHSAN.
(Mulai 1 Disember 2009)
  RASIONAL TANPA EMOSI-KAKU... EMOSI TANPA RASIONAL-GILA...
Jame Anap
SK Merambut
Teacher
Super Member
*

Fame: 734
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 3846


Iban Bidayuh Serian Balai Ringin


« Reply #3 on: September 18, 2009, 02:26:11 PM »

Terima kasih cikgu atas perkongsian info ini. Banyak aspek nilai dalam novel ini..nilai yang diamalkan oleh Awanis.
Logged

Jame  Anap
Penolong Kanan Kokurikulum
SK Merambut Limbang
Hasiah binti Pukim
SMK Rosli Dhoby
Teacher
Full Member
*

Fame: 3
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 177


hasiahpukim smkrd sibu


« Reply #4 on: October 07, 2009, 12:05:57 PM »

terima kasih banyak-banyak.
semoga segala usaha mendapat ganjaran yang setimpal daripada Tuhan.
Nilai keberanian, nilai ketabahan/kegigihan, nilai baik hati dan pengorbanan ada tak?
Logged

SMK Rosli Dhoby

bukan senang nak senang, tidak susah nak susah
Pages: [1]   Go Up
  Print  
 
Jump to:  

PIPPBahagian Pembangunan Kurikulume-Paymente-Hasil
Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1.16 | SMF © 2011, Simple Machines | Sitemap Valid XHTML 1.0! Valid CSS!
Page created in 0.124 seconds with 26 queries.