Home   Forum   Help Search Calendar Links Login Register   **
Welcome, Guest. Please login or register.
Did you miss your activation email?
May 24, 2012, 01:42:56 PM

Login with username, password and session length
Program
EduWebTVLatih TubiLINUSManaging Challenging SchoolsGerakan Memperkasakan SekolahLDPICTL SMICTL SRMalaysian Grid for Learning (MyGfL)ProtimPPSMISIP
Recent
[Today at 12:41:26 PM]

[Today at 11:53:44 AM]

[Today at 11:14:53 AM]

[Today at 09:14:15 AM]

[Today at 07:24:26 AM]

[Yesterday at 10:12:19 PM]

[Yesterday at 09:30:31 PM]

[Yesterday at 08:37:00 PM]

[Yesterday at 07:47:07 PM]

[Yesterday at 11:32:41 AM]
 

Pages: 1 [2] 3 4 5 6 7   Go Down
  Print  
Author Topic: PPSMI NAK DIMANSUHKAN??  (Read 9588 times)
0 Members and 3 Guests are viewing this topic.
Kumaraveloo
SMK Sri Aman

Master Member
*

Fame: 191
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1965


Sekali ku rebah, sejuta kali ku bangkit...


WWW
« Reply #20 on: November 14, 2008, 10:49:43 AM »

Baguslah jika terdapat kebaikan kepada matapelajaran Bahasa Inggeris itu sendiri hasil daripada penggunaan BI dalam Matematik dan Sains, tetapi kadangkala risaukan juga apabila dibuat perbandingan subjek BI dengan Maths dan Sains. Ini adalah kerana kertas soalan UPSR masih lagi menggunakan dwi-bahasa. Pelajar masih berpeluang menjawab dalam BM, begitu juga bukan semua guru mengajar dalam BI seperti yang diarahkan.

Analisa menjadi lebih tepat jika kertas itu sepenuhnya BI dan KPM menggunakan Baseline Standard seperti Gred Sekolah yang kita semua guna pakai... Pengetua saya juga pernah bertanyakan kepada saya kenapa subjek BI untuk Percubaan PMR Peringkat Sekolah meningkat, tetapi subjek Maths menurun. Beliau melihat peningkatan BI mesti ada juga peningkatan dalam Maths.

Saya hanya menjawab BI adalah di mana pelajar diuji dengan soalan yang berkaitan dengan tatabahasa dan sebagainya, tetapi dalam Maths, penggunaan BI bukan soal utama kerana Maths memerlukan pelajar menyelesaikan masalah menggunakan formula yang tepat dan perlu menguasai kemahiran yang secukupnya untuk menjawab pelbagai tahap kesukaran soalan. Saya rasa guru Sains mungkin lebih banyak menggunakan BI berbanding guru Maths yang bermain dengan nombor saja.

Saya lebih suka guna BI, tetapi pelajar tidak memberikan respond kerana tidak faham, dan akan menyebabkan penurunan dalam keputusan sekolah. Jika menggunakan BM, pelajar faham, dan masih berpeluang memahami soalan kerana soalan dalam bentuk dwi-bahasa dan akan ada peningkatan...

Jadi kita perlu lihat perkembangan pelajar itu dari tahun satu hinggalah ke peringkat menengah atas, barulah kita boleh membuat kesimpulan yang konsisten.
Logged

Kumaraveloo A/L Terpari @ Thirupathy
SMK Sri Aman, Sri Aman
Ketika sahabat menjadi seteru, ketika sahabat meninggalkan kita, ketika sahabat semakin menjauh,sedarlah ianya proses menuju kematangan
Widea Angela Binti Takip
SK Sungai Duan
Teacher
Super Member
*

Fame: 473
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 3106


Love your enemies, for they tell you your faults.


« Reply #21 on: November 14, 2008, 10:50:06 AM »

walaupun pelajar boleh jawab dalam dwi bahasa tapi adakah kita sebagai guru boleh mengajar dalam dwi bahasa

toklah yang akan menjadi masalah...
Logged

Widea Angela Binti Takip
Guru Data Maklumat
SK Sungai Duan, Mukah
Jenny Suliman
SMK Balai Ringin
Teacher
Newbie
*

Fame: 0
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 6



« Reply #22 on: November 14, 2008, 10:50:37 AM »

saya lebih risau dengan pelajar...kejap BM kejap BI...tentu terasa teragak-agak dan tidak confindent...

mangsa juga mereka...

Ya..saya pun setuju dengan pendapat cikgu. Kalau asyik tukar-tukar, pelajar pun pening. Guru juga tidak terkecuali.. Cheesy
Logged

Jenny Suliman
SMK Balai Ringin
Roy Bin Ahsan
SK Tunku Abdul Malik, Kulim, Kedah
Teacher
Master Member
*

Fame: 51
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1253


Every man will die, but not every man really live.


« Reply #23 on: November 14, 2008, 12:06:57 PM »

pada pendapat saya, lebih baik teruskan. alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. takkan nak berpatah balik selepas begitu banyak pelaburan dan pengorbanan yang dibuat. kalau ppsmi dimansuhkan akan sia-sialah pelaburan yang dilakukan oleh semua pihak terbabit. ini juga akan menguatkan lagi kenyataan bahawa pelajar hanya menjadi tikus putih ujuan yang dijalankan oleh kementerian.
apa yang perlu dilakukan adalah memperkasakan lagi pihak yang menyampai yakni guru. berikan kursus tambahan secara berperingkat. buat kajian bagaimana sesi penyampaian pnp boleh dijalankan dengan berkesan. ujian ptp yang dijalankan untuk menguji tahap penguasaan guru dlam bi pun dijalankan sambil lewa dan tidak mencapai standard yang dikehendaki. jadi bagaimana kita hendak membantu murid sekiranya guru tidak dibantu untuk menguasainya terlebih dahulu?
apapun, ppsmi bagi saya masih dalam usia muda, bertatih untuk berdiri. jangan terlalu awal membuat keputusan dengan hanya berpandukan keputusan ujian semasa. tunggulah sehingga masa matang yang sebenar. dan sehingga detik itu kita sebagai pendidik perlu berusaha sebaik mungkin untuk merealisasikan cabaran ini. jangan gentar. saya yakin rakan-rakan saya yang terlibat dalam ppsmi mampu melakukan yang terbaik.
Logged

Roy Bin Ahsan
Guru
SK Tunku Abdul Malik,Jalan Kilang Lama, 09000, Kulim, Kedah

melangkah mencari kata...sekali terjatuh bangkit semula...jika tersilap maaf dipinta...
Mohd Syamaizar Bin Haderi
SK Tanjung Bundung Maradong
Teacher
Veteran Member
*

Fame: 31
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 813


Agent24 P.G.X = Photo Graphic Xhange


WWW
« Reply #24 on: November 18, 2008, 03:40:03 PM »

sekadar berkongsi cerita...

Ajar Sains, Matematik dalam BM – Rahman

KUCHING 12 Nov. – Tun Abdul Rahman Yaakob berkata kedudukan Bahasa Malaysia (BM) akan terus terpinggir sekiranya subjek Sains dan Matematik diajar dalam Bahasa Inggeris (BI).

Bekas Menteri Pelajaran itu yang bertanggungjawab melaksanakan sistem pendidikan yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pada tahun 1970, berkata Bahasa Malaysia patut dikembalikan menjadi bahasa pengantar bagi meningkatkan peranan bahasa tersebut dalam sistem pendidikan negara.

“BM akan dipinggirkan, tak patut jika (pengajaran dalam BI) diteruskan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah pada Wacana Ilmu: Pembangunan Pendidikan Di Sarawak, hari ini.

Abdul Rahman berkata, isu yang membabitkan pendidikan negara perlu diserahkan kepada pakar pendidikan untuk merancang sementara tugas ahli politik adalah menerima segala cadangan sebelum sesuatu dasar pendidikan diperkenal dan dilaksanakan.

Beliau yang juga bekas Ketua Menteri Sarawak dari 1970 hingga 1981 dan Yang Dipertua Negeri Sarawak selama lima tahun bermula 1981, berkata sekiranya sesuatu keputusan berkaitan sistem pendidikan negara dibuat oleh golongan bukan benar-benar pakar dalam bidang tersebut, ia mungkin gagal mencapai objektif yang dikehendaki.

Semasa ceramahnya yang dianjurkan Institut Aminudin Baki, Abdul Rahman berkata, tindakan menggunakan BI merupakan tindakan mundur ke belakang dan bukan ke depan.

Utusan Malaysia Online.
Logged

PGX - "we do not exist, but we are everywhere"...    

"I have no special talent. I just passionately curious".
Valentine Deli
SK Kelapa Sawit No.3
Teacher
Full Member
*

Fame: 3
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 156


"LOOK AROUND WHAT IS GOING ON"


« Reply #25 on: November 24, 2008, 11:50:03 AM »

Gara-gara PPSMIlah keputusan Matematik dan Sains di sekolah kami menurun prestasinya jika dibandingkan dengan keputusan yang tahun lepas. Kita cuma mampu bersuara tetapi pelaksana dasarnya siapa. Lihat, tunggu dan laksana. Itu sahaja yang guru mampu.
Logged

SKKS3 Subis, Bekenu
Mohamad Zelmi Bin Sammy
SK Nanga Bawai
Teacher
Master Member
*

Fame: 59
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1054



« Reply #26 on: November 24, 2008, 12:03:27 PM »

Bukan nak membantah dasar kerajaan, tetapi bagi saya, kalau nak pelajar pandai BI, langkah menukar pengajaran sains dan MT dalam BI adalah bukanlah langkah yang tepat, sebenarnya pengajaran BI itu sendiri yang patut dimantapkan lagi. Kalau nak pelajar pandai BI, wajibkan BI mesti lulus dalam UPSR untuk masuk ke tingkatan 1. Amacam.... boleh gunakah?
Logged

Mohamad Zelmi Bin Sammy
SK Nanga Bawai, Kapit
Marson Sullong
SK St Patrick
Teacher
Hero Member
*

Fame: 385
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 2116


ביןמעדתש גרןכאקר כרםצ לבי-נקאםמע_לבי (וךו ךשטשר נ


« Reply #27 on: November 24, 2008, 12:17:44 PM »

Bukan nak membantah dasar kerajaan, tetapi bagi saya, kalau nak pelajar pandai BI, langkah menukar pengajaran sains dan MT dalam BI adalah bukanlah langkah yang tepat, sebenarnya pengajaran BI itu sendiri yang patut dimantapkan lagi. Kalau nak pelajar pandai BI, wajibkan BI mesti lulus dalam UPSR untuk masuk ke tingkatan 1. Amacam.... boleh gunakah?

Ya betul tu, saya masih ingat suatu ketika dulu, kalau tak lulus UPSR ..susah nak masuk Tingkatan 1.. Terpaksa masuk pemulihan...

Waktu itu juga banyak rakan saya tercicir...
Logged

'קךבםצק אם קמעלשנשמעץמקא
Kuching לוביןמע
“Buah dikelala ari langgu, Bansa dikelala ari jaku, Basa dikelala ari penyiru"נושי גןלקךשךש שרן ךשמעעות נשמדש גןלקךשךש שרן חשלות נשמדש גןלקךשךש
Agnes Lim
SMK Kanowit
ICT Teacher
Master Member
*

Fame: 19
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 1105


-me-


« Reply #28 on: November 24, 2008, 12:20:28 PM »

sistem pendidikan malaysia perlu dimantapkan lagi...kalau dah mula ajar dalam BI, jangan pula nak tukar balik ke BM dalam masa yang singkat...keputusan pendidikan bukan dapat diukur dalam setahun dua. perlu masa, at least 10 tahun. kalau keputusan pelaksanaan dapat dilihat dalam setahun dua, maka boleh jadi juga malaysia akan jadi negara industri dalam setahun dua...

-sekadar pendapat-
Logged

Agnes Lim
SMK Kanowit
96700 Kanowit

-jibun no chikara shinjite-
-自分の力信じて-
-じぶん の ちから しんじて-
-believe in your own strength-
Joseph Renang
Segi College Kuching
Senior Member
*

Fame: 27
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 219



« Reply #29 on: November 24, 2008, 12:56:11 PM »

As teachers we need to better ourselves, we need to expand our horizon by getting new knowledge rather than becoming 'a toad under the nutshell'. PPSMI can becomes a success if our present teachers especially those that deal directly with PPSMI are fluent in English for half-cooked teachers will only produced half-cooked students too.
Just my thought.
Logged

Segi College Kuching
Mazli Effendy Abd Jalil
SMK Baru Bintulu
Teacher
Novice Member
*

Fame: 1
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 41



« Reply #30 on: November 24, 2008, 12:59:45 PM »

PPSMI tak mungkin dimansuhkan. Ia hanya akan mengundang ketawa dan kutukan terhadap KPM.

Walau bagaimanapun, kalau boleh boleh, saya suka kalau PPSMI dapat dijalankan secara selektif. Sekolah pilih kelas yg mampu menerima pnp dalam bahasa inggeris untuk PPSMI dan yg tak mampu kekal dalam BM.
Logged

SMK Baru Bintulu
Jaafar Bin Bol
SK St John Kg Medong

Veteran Member
*

Fame: 114
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 728



« Reply #31 on: November 24, 2008, 01:01:29 PM »

sekadar berkongsi berita

Nik Safiah tidak setuju PPSMI diteruskan
KUALA LUMPUR - Tokoh akademik, Profesor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim (gambar) tetap tidak bersetuju Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) diteruskan.

Ini kerana beliau berpendapat, pendekatan untuk menjadikan pelajar mahir dalam bahasa Inggeris menerusi mata pelajaran Sains dan Matematik adalah kurang tepat.

"Matematik dan Sains ada banyak terma yang agak sukar untuk pelajar fahami, lebih-lebih lagi pelajar di luar bandar," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang memberitahu PPSMI wajar diteruskan bagi memastikan pelajar tidak ketinggalan.

Dalam pada itu, tanpa menafikan kepentingan Bahasa Inggeris, Nik Safiah mencadangkan agar penggunaan bahasa itu digunakan dalam mata pelajaran lain melibatkan bahasa seperti Sejarah atau Sastera.

Beliau juga mencadangkan kelas Bahasa Inggeris dipertingkatkan mutu supaya bahasa antarabangsa itu dapat dikuasai oleh pelajar secara lebih berkesan.

"Jangan kacau Sains dan Matematik. Kelas Bahasa Inggeris sendiri perlu dipertingkatkan untuk mendapat kesan penggunaan bahasa Inggeris yang baik di kalangan pelajar," katanya.

sumber :- http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1124&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm
Logged

Jaafar Bin Bol
Guru
SK St John Kg Medong (M)
Mohamad Rizzal
SK Abang Galau
Teacher
Novice Member
*

Fame: 2
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 35


sucikan hati, bersikah minda,tenangkan iwa


« Reply #32 on: November 24, 2008, 01:02:53 PM »

ehem..ehem..
saya pikir patut terus ppsmi. kejap tukar bi kejap tuker bm bukan setakat murid yang pening, dengan guru2 dengan cikgu2 pun pening termasuklah guru besar. walaupun keputusan sekolah teruk kerana inglish skurang-kurangnya tetaplah pendirian. kalau nak bi teruskan bi.

peningku fahami dirimu..........
Logged

SK Abang Galau
Joseph Renang
Segi College Kuching
Senior Member
*

Fame: 27
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 219



« Reply #33 on: November 24, 2008, 01:15:38 PM »

Have you ever wondered, how many of our politicians' daughters and sons are taught locally. Have you ever wondered too, how many of our present ministers are educated locally and how many are educated abroad?
English is an elitist language in the Malaysian context and thus, if we and our students are competent in English, perhaps we can break this unsavory dilemma. Teachers, let's move forward.
Logged
Mazli Effendy Abd Jalil
SMK Baru Bintulu
Teacher
Novice Member
*

Fame: 1
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 41



« Reply #34 on: November 24, 2008, 01:38:38 PM »

I'm afraid things are a bit more complicated than that Cikgu Joseph. My immediate concerns are with the students who are not competent enough to study Maths and Science in English and let's be honest with each other, they make up the majority of students in Malaysia.

Now, if the MOE could come up with vocational stream as alternative for under achievers (which was a very good move indeed), I believe they should come up with a plan for those unable to cope with PPSMI. Simply forcing them to sit through the whole thing is not very wise IMHO.
Logged
Robin Awal
SK Ng Ibau
Teacher
Senior Member
*

Fame: 15
Offline Offline

Posts: 237



WWW
« Reply #35 on: November 24, 2008, 02:09:01 PM »

UPSR dah keluar dan keputusan memberangsangkan so...PPSMI will continue. PPSMI ingin dimansuhkan gara2 dipolitikkan oleh golongan tertentu yang tidak memikirkan pelajar luar bandar yang kini mampu bersaing dengan anak2 orang kaya yang bersekolah di luar negara.
Logged

Robin Awal
PK Kokurikulum
SK Ng Ibau
Kumaraveloo
SMK Sri Aman

Master Member
*

Fame: 191
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1965


Sekali ku rebah, sejuta kali ku bangkit...


WWW
« Reply #36 on: November 27, 2008, 03:24:20 PM »

Sistem Pendidikan Negara seharusnya bebas daripada cengkaman politik, barulah perlaksanaan Sistem Pendidikan tidak kacau bilau... Angry
Logged
Joseph Renang
Segi College Kuching
Senior Member
*

Fame: 27
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 219



« Reply #37 on: December 01, 2008, 09:54:45 AM »

Our National Education Policy is ethno-centric based primarily on the need to propagate an ethnic-based policies and thus, we have the national and vernacular schools. This issue is rather a sensitive issue but that is the reality of late.
Often I wonder, why is that UiTM does not permit other Malaysians apart from Bumis to enter. Why do we need to differentiate between Malaysians?
As teachers, are we happy with the status-quo or are we going to change the situation?
Logged
Zulkarnain Farihin Mustakim
SMK Sacred Heart Sibu
Teacher
Master Member
*

Fame: 119
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1352



« Reply #38 on: December 01, 2008, 10:13:56 AM »

Apabila saya balik ke kampung halaman saya di ulu sungai katibas Song baru-baru ini, penerimaan masyarakat setempat terhadap pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris amat baik. Rata-rata ibu bapa suka anak mereka diberikan pendedahan yang lebih banyak untuk menguasai bahasa Inggeris. Memanglah keputusan mereka tidak memberansangkan dalam UPSR, tapi saya dapat merasakan ada suatu perkembangan yang ketara di rumah panjang bila kanak-kanak kecil yang berada dalam darjah 1 hingga darjah 3, mula berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Dalam hati saya berkata, baik juga dasar kerajaan yang mewujudkan PPSMI. Kalaulah dasar ini diwujudkan semasa saya bersekolah dahulu alangkah baiknya. Kalau nak dikira, hanya 3 subjek sahaja yang diajar menggunakan bahasa Inggeris dan selebihnya masih menggunakan Bahasa Melayu. Jadi, dasar ini bukan untuk mengazabkan Bahasa Melayu (Bahasa Malaysia), tapi percayalah PPSMI merupakan pemangkin bagi anak-anak pedalaman untuk keluar dari kepompong kemiskinan dan minda yang tertutup selama ini. Hanya orang yang pernah merasa dan berada serta dibesarkan di tempat itu tahu cara untuk memajukan masyarakatnya sendiri. Bukankan salah satu teras PIPP ialah merapatkan jurang pendidikan?
Logged

Zulkarnain Farihin Mustakim @ Philip anak Seli
SMK Sacred Heart, Sibu, Sarawak
Marson Sullong
SK St Patrick
Teacher
Hero Member
*

Fame: 385
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 2116


ביןמעדתש גרןכאקר כרםצ לבי-נקאםמע_לבי (וךו ךשטשר נ


« Reply #39 on: January 24, 2009, 10:46:39 PM »

Berita d Tv3 tadi,  berkaitan PPSMI,... keputusan tentang perlaksanaan nya masih belum menemui kata putus. Perlu mengambil kira pelbagai sudut, pandangan,  Cool
Logged
Pages: 1 [2] 3 4 5 6 7   Go Up
  Print  
 
Jump to:  

Members
Total Members: 22462
Latest: haikal12
Stats
Total Posts: 254477
Total Topics: 21168
Online Today: 346
Online Ever: 718
(May 16, 2012, 08:58:21 PM)
Users Online
Users: 8
Guests: 242
Total: 250
PIPPBahagian Pembangunan Kurikulume-Paymente-Hasil
Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1.16 | SMF © 2011, Simple Machines | Sitemap Valid XHTML 1.0! Valid CSS!
Page created in 0.13 seconds with 25 queries.