Home   Forum   Help Search Calendar Links Login Register   **
Welcome, Guest. Please login or register.
Did you miss your activation email?
May 24, 2012, 04:27:55 PM

Login with username, password and session length
Program
EduWebTVLatih TubiLINUSManaging Challenging SchoolsGerakan Memperkasakan SekolahLDPICTL SMICTL SRMalaysian Grid for Learning (MyGfL)ProtimPPSMISIP
Recent
[Today at 02:26:08 PM]

[Today at 11:53:44 AM]

[Today at 11:14:53 AM]

[Today at 09:14:15 AM]

[Today at 07:24:26 AM]

[Yesterday at 10:12:19 PM]

[Yesterday at 09:30:31 PM]

[Yesterday at 08:37:00 PM]

[Yesterday at 07:47:07 PM]

[Yesterday at 11:32:41 AM]
 

Pages: [1]   Go Down
  Print  
Author Topic: Tip dan Panduan Terakhir Manjawab Pengajian AM  (Read 1673 times)
0 Members and 1 Guest are viewing this topic.
Mohd. Shazwan B. Seun
SMK Oya
Teacher
Newbie
*

Fame: 0
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 7



« on: November 15, 2008, 06:19:55 AM »

Tip dan Panduan Terakhir Menjawab Pengajian Am  STPM 2008
 1.     Calon perlu berada di sekolah sekurang-kurang 30 minit sebelum waktu peperiksaan. Keadaan ini membolehkan calon bersedia dari mental dan fizikal dalam menghadapi peperiksaan STPM. 
Pengajian AM Kertas 2
2.     Menjawab Bahagian A & B ( Esei)
a. Pilih soalan esei yang mempunyai arahan yang jelas. Kenal pasti arahan soalan dengan tepat. Elak daripada menjawab soalan yang anda kurang pasti tentang kehendak soalan. Berhati-hati semasa menjawab soalan “ bincangkan pernyataan di atas ”. Tentukan sama ada soalan berkenaan satu arahan atau dua arahan.
b. Karangan mesti ada pendahuluan,  4 – 5 isi , dan kesimpulan. Pastikan bilangan perkataan pendahuluan dan kesimpulan tidak terlalu panjang. ( + - 40 pp). Jumlah perkataan dalam esei tidak melebihi 350 pp.
c. Semasa menjawab menjawab esei laras sains, isi-isi mesti isi laras sains. Elak daripada menggunakan esei laras sastera seperti undang-undang, kempen, kerjasama masyarakat, penguatkuasaan undang-undang. CUBA pertimbangan  R & D sebagai isi. : Roll Eyes
3.     Menjawab Soalan Bahagian C
 a. Soalan  ( i ) – Jawab dalam SATU ayat dan menggunakan “ ayat sendiri” dan bahasa yang ringkas . Jawapan bahagian ini boleh dikesan dalam petikan yang diberi. 
b. Soalan ( ii ) – Biasa berbentuk KBKK. Calon perlu memikirkan isi sendiri. Berikan 2 isi untuk soalan ini. Setiap isi perlu ada 2 huraian ringkas.  Ingat!!!  Gunakan pendekatan “ touch n go” semasa menghurai isi ini. Pasti bilangan perkataan dalam bahagian ini tidak melebihi 50 pp.   
4.     Menjawab Soalan Bahagian D ( statistik )
 a. Pilihan soalan yang mempunyai arahan yang jelas dan selamat. Pastikan anda menjawab dalam media yang betul . Jangan jawab soalan sebagai terakhir kerana kekangan masa.
b. Pastikan jawapan tidak dalam keadaan “ Konsep Tidak Siap”. Jika dalam kesuntukan masa, gunakan pendekatan yang mudah dan PASTIKAN jawapan anda dalam keadaan SIAP walaupun lorekan tidak kemas.
c. Tajuk mesti mengandungi 3 unsur. Untuk carta pai, mesti adalah sub-tajuk untuk pai dan jumlah dalam ukuran yang betul. Ukuran dalam komponen pai adalah berbentuk %. Untuk soalan bar atau garis, pastikan ukuran paksi menegak adalah betul.
d. Ciri-ciri garis komponen dan bar komponen ada perkataan : jumlah, diterapkan, sebagai komponen jumlah.
e. Ciri-ciri graf garis dan bar kompaun TIDAK ADA perkataan jumlah, diterapkan, sebagai komponen jumlah.
 f. Graf garis biasa adalah kaitan dengan kata kunci : aliran pola, perubahan data, keadaan turun-naik. Satu ciri yang lain adalah mempunyai tahun yang agak banyak ( paksi mendatar) berbanding dengan gar bar.
g. Bar piramid biasa ada 3 unsur/ angkubah dalam arahan soalan.   
5.     Menjawab Soalan Bahagian E ( Taksiran Jadual / bahan Grafik)
 a.     Ingat balik 4 pendekatan menjawab bahagian ini ;
         i.   = Pendekatan pola data (naik, turun, tidak stabil,   malar )
         ii.  = Bandingan dalam tahun yang sama ( tertinggi, terendah)
         iii.  = Gabungan i + ii
iv.      iv  = Bandingan.
b.     Pilihan pendekatan yang sesuai mengikut arahan soalan.
c.      Pastikan huraian isi anda mengandungi :
         i.   Idea/pola
         ii.  data asas
         iii.  analisis data
         iv.  alasan/sebab (bersama atau berasingan - bergantung kepada kehendak soalan)
d.     Jangan tinggalkan perkataan/ tanda yang kecil tetapi membawa makna yang besar seperti “ ANGGARAN / JANGKAAN” !! 
6.     Menjawab Soalan Bahagian E ( Carta Aliran)
 a. Pastikan arahan soalan dengan baik. Tentukan jawapan soalan berbentuk PROSES atau BUKAN   PROSES
 b. Hanya perlu sediakan 4 isi sahaja. Pasti anda memasukkan perkataan-perkataan yang Khas seperti  “faktor langsung dan faktor tak langsung” ( soalan STPM 1998) dan faktor “Dorongan dan Situasi ” ( Soalan STPM 2005)
c. Bahagian ini mementingkan kualiti jawapan, bukannya kuantiti jawapan.
Tips Tambahan
1. Jaga amalan pemakanan yang seimbang.
2. Ambil makanan supplemen tambahan untuk   menguatkan   antibodi anda.
3. lakukan senaman ringan.
4. masa tidur perlu cukup.
Selamat Menghadapi Peperiksaan STPM 2008!
“Semoga anda beroleh kejayaan yang cemerlang”


Logged

Mohammad Shazwan bin Seun
Penolong Kanan Pentadbiran
SMK Oya
Dalat
Grace William
SMK Kubong
Student
Full Member
*

Fame: 1
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 173



« Reply #1 on: November 15, 2008, 07:53:38 PM »

terima kasih cikgu!
Logged

Grace William
6A3
SMK Kubong, Limbang
Awangku Ali Udin Hj Pengiran Adenani
SK Asyakirin

Master Member
*

Fame: 308
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1994


هيدوڤ برارتي ..عمل معروف نهي موڠكر


« Reply #2 on: November 15, 2008, 08:23:38 PM »

bahan yang baik untuk ditukarkan kedalam bentuk powerpoint.
tq cikgu
Logged

Awangku Ali Udin Hj Pengiran Adenani

Guru
SK Asyakirin

Roll Eyes Boleh saya bantu anda? Grin
~~sekiranya saya idle dan tiada dalam e.Net, sila PM kan saya  Grin~~
Nora bt. Sahmat
SMK St Joseph, Kuching

Novice Member
*

Fame: 0
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 16


SALAM SEJAHTERA


« Reply #3 on: November 15, 2008, 09:03:54 PM »

Terima kasih cikgu Mohd Shazwan atas maklumat yang betul dan lengkap. Saya bersyukur kerana maklumat Kertas 2 P. Am daripada cikgu dan rakan-rakan guru yang lain telah tersebar hampir ke seluruh Sarawak. Semoga prestasi P. Am akan sentiasa meningkat. 

Saya ingin menambah sedikit bagi mengingati 3 unsur penting dalam 'tajuk besar' Bahagian D, iaitu kita cuba ingat 'Title' :
(1) T= Tempat / lokasi, (2) i= isi / isu soalan dan (3) t= tempoh (tahun/tarikh) manakala 'le'='letter'(huruf) hendaklah kecil.
Contoh:  Malaysia: Kuantiti Import dan Jumlah Nilai Import Barangan Makanan Terpilih dari tahun 1997 hingga 2000.
Harap maklum.
Logged

SMK St Joseph, Kuching
Jeffrey Ng Sing Tze
SMK Bandar Kuching No.2
Student
Newbie
*

Fame: 0
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 3


U6S2


« Reply #4 on: November 16, 2008, 04:34:37 PM »

Beri 2 isi dan 2 huraian bagi setiap isi bagi bahagian C soalan (ii).Adakah ini bermaksud pelajar dikehendaki membuat 6 ayat? Bolehkan beri satu contoh?
Logged

Jeffrey Ng Sing Tze
U6S2
SMK Bandar Kuching No.2 , Kuching
Teng How Ching
SMK Kapit, Kapit
Teacher
Full Member
*

Fame: 2
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 148



« Reply #5 on: November 16, 2008, 04:55:16 PM »

Thanks a lot for the tips given!
Logged

Teng How Ching
SMK Kapit
Zulkarnain Farihin Mustakim
SMK Sacred Heart Sibu
Teacher
Master Member
*

Fame: 119
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1352



« Reply #6 on: November 16, 2008, 04:57:21 PM »

Adik Jeffrey Ng Sing Tze

CARA MENJAWAB BAHAGIAN C

SOALAN    I
Peruntukan markah ialah 2 markah sahaja
Pelajar tidak harus meniru sepenuhnya daripada petikan sebaliknya perlu menggunakan olahan sendiri berdasarkan jawapan yang dapat diperoleh daripada petikan.

SOALAN II
Peruntukan markah ialah 2 markah untuk idea, 4 markah untuk huraian dan 2 markah untuk bahasa. Jumlah markah keseluruhan ialah 8 markah

Lebih baik kemukakan 1 isi, 1 huraian, 1 isi, 1 huraian untuk bahagian ini sebenarnya.

Apa-apa pun, lain guru lain caranya, lain sekolah, lain formatnya. Tapi jangan khuatir tiada guru yang mengajar sesuatu yang salah kepada pelajar-pelajarnya. Hadapi STPM dengan tenang dan tabah.

Logged

Zulkarnain Farihin Mustakim @ Philip anak Seli
SMK Sacred Heart, Sibu, Sarawak
Maszuriana Binti Zakaria
SMK Tun Abang Haji Openg
Student
Newbie
*

Fame: 0
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 4


Upper 6


« Reply #7 on: November 17, 2008, 05:26:46 PM »

Terima kasih kerana memberti tip di saat² akhir...sangat berguna,thank a lot,teacher!  Grin
Logged

Maszuriana Binti Zakaria
Upper 6
SMK Tun Abang Haji Openg
Jeffrey Ng Sing Tze
SMK Bandar Kuching No.2
Student
Newbie
*

Fame: 0
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 3


U6S2


« Reply #8 on: November 17, 2008, 05:55:36 PM »

Terima kasih cikgu.
Logged
Zulkarnain Farihin Mustakim
SMK Sacred Heart Sibu
Teacher
Master Member
*

Fame: 119
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1352



« Reply #9 on: November 17, 2008, 06:00:56 PM »

Sama-sama. cikgu doakan semua pelajar yang menduduki STPM di seluruh Sarawak akan berjaya. Diharapkan bilangan pelajar yang mendapat 4A semakin meningkat dengan adanya guru-guru yang baik dan prihatin dengan pelajar-pelajarnya. Pelajaran penentu masa depan.
Logged
Nur Dalila Wahida Binti Abdullah
SMK Shahbandar, Klang
Teacher
Novice Member
*

Fame: 0
Offline Offline

Posts: 18



WWW
« Reply #10 on: November 18, 2008, 05:22:51 PM »

Hari ni.. kertas 2 Pengajian Am telah berlangsung..
untuk bahagian D..
boleh tak beri media yang tepat?

dan bahagian E.. memang memecah tradisi.. kedua-dua soalan dalam bentuk carta alir..
moga-moga semua pelajar dapat menjawab nya dengan baik.

Terima kasih.
Logged

SMK Shahbandar, Klang, Selangor
Nora bt. Sahmat
SMK St Joseph, Kuching

Novice Member
*

Fame: 0
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 16


SALAM SEJAHTERA


« Reply #11 on: November 18, 2008, 05:52:11 PM »

Salam cikgu Nor Dalila, jika kita lihat soalan no. 7, kehendak soalannya minta Carta pai.  Jika diteliti pada petikan, jumlah besarnya sama, jadi besar kemungkinan medianya carta pai bertingkat.  Manakala soalan 8 pula, kehendak soalan minta graf. Dalam petikan melibatkan 2 unit berbeza (ribu tan metrik dan RM juta), jadi besar kemungkinan Graf Gabungan.  Apa pun tafsiran kita, berdoalah agar pelajar kita dapat memberi jawapan yang tepat seperti yang dikehendaki oleh MPM. Tentang Bhg E pula, memang memecah tradisi. Nampaknya P.Am ni selalu buat kejutanlah..   Harap maklum.
Logged
Zulkarnain Farihin Mustakim
SMK Sacred Heart Sibu
Teacher
Master Member
*

Fame: 119
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1352



« Reply #12 on: November 18, 2008, 06:01:47 PM »

Sampai ke saat ini saya belum tengok lagi soalan tu
Cuma pelajar telefon lepas ujian PA 2 tadi, soalan bahagian A, B, dan C hampir 80% soalan percubaan sekolah kami keluar.
Bahagian E pula dua-dua carta aliran tapi di sekolah kami bahagian E bukan difokuskan sangat le.
Semoga akan berlaku kejutan lagi pada tahun depan apabila keputusan diumumkan.

Sekarang tunggu subjek BM pula yang sinonim sebagai "subjek pembunuh" di peringkat STPM.
Logged
Nur Dalila Wahida Binti Abdullah
SMK Shahbandar, Klang
Teacher
Novice Member
*

Fame: 0
Offline Offline

Posts: 18



WWW
« Reply #13 on: November 18, 2008, 06:06:17 PM »

Salam cikgu Nor Dalila, jika kita lihat soalan no. 7, kehendak soalannya minta Carta pai.  Jika diteliti pada petikan, jumlah besarnya sama, jadi besar kemungkinan medianya carta pai bertingkat.  Manakala soalan 8 pula, kehendak soalan minta graf. Dalam petikan melibatkan 2 unit berbeza (ribu tan metrik dan RM juta), jadi besar kemungkinan Graf Gabungan.  Apa pun tafsiran kita, berdoalah agar pelajar kita dapat memberi jawapan yang tepat seperti yang dikehendaki oleh MPM. Tentang Bhg E pula, memang memecah tradisi. Nampaknya P.Am ni selalu buat kejutanlah..   Harap maklum.

ya.. terima kasih ngan infonya..
sebenarnya saya pun baru mengajari P.Am ni. sebab tu perlu lebih banyak tutorial jg. iya saya pun rasa soalan 7 = carta pai bertingkat. cuma soalan 8 tu yg buat saya keliru sedikit.
sekarang ni saya pun cuma berdoa semoga pelajar2 kita dapat menjawabnya dengan baik.
Logged
Grace William
SMK Kubong
Student
Full Member
*

Fame: 1
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 173



« Reply #14 on: November 18, 2008, 10:28:36 PM »

tadi saya menjawab soalan 8 dan saya membuat graf gabungan. (Bar + Garis)
Logged
Zulkarnain Farihin Mustakim
SMK Sacred Heart Sibu
Teacher
Master Member
*

Fame: 119
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1352



« Reply #15 on: November 18, 2008, 10:33:48 PM »

Grace now i khow jawapan awak tu tepat.
Jadi jangan bimbang, teruskan bersedia untuk paper seterusnya.
Semoga awak berjaya mendapat 4A
teruskan berusaha
Logged
Grace William
SMK Kubong
Student
Full Member
*

Fame: 1
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 173



« Reply #16 on: November 19, 2008, 08:29:38 PM »

thanks cikgu zul...
Logged
Pages: [1]   Go Up
  Print  
 
Jump to:  

Members
Total Members: 21230
Latest: queepayTypeKH
Stats
Total Posts: 254468
Total Topics: 21161
Online Today: 346
Online Ever: 718
(May 16, 2012, 08:58:21 PM)
Users Online
Users: 13
Guests: 307
Total: 320
PIPPBahagian Pembangunan Kurikulume-Paymente-Hasil
Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1.16 | SMF © 2011, Simple Machines | Sitemap Valid XHTML 1.0! Valid CSS!
Page created in 0.106 seconds with 26 queries.