Home   Forum   Help Search Calendar Links Login Register   **
Welcome, Guest. Please login or register.
Did you miss your activation email?
May 24, 2012, 04:51:07 PM

Login with username, password and session length
Program
EduWebTVLatih TubiLINUSManaging Challenging SchoolsGerakan Memperkasakan SekolahLDPICTL SMICTL SRMalaysian Grid for Learning (MyGfL)ProtimPPSMISIP
Recent
[Today at 02:26:08 PM]

[Today at 11:53:44 AM]

[Today at 11:14:53 AM]

[Today at 09:14:15 AM]

[Today at 07:24:26 AM]

[Yesterday at 10:12:19 PM]

[Yesterday at 09:30:31 PM]

[Yesterday at 08:37:00 PM]

[Yesterday at 07:47:07 PM]

[Yesterday at 11:32:41 AM]
 

Pages: [1]   Go Down
  Print  
Author Topic: CHEF KERJAYA PROFESIONAL ---- PANDUAN KEPADA PELAJAR SEKALIAN  (Read 1793 times)
0 Members and 1 Guest are viewing this topic.
Zulkarnain Farihin Mustakim
SMK Sacred Heart Sibu
Teacher
Master Member
*

Fame: 119
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1352



« on: November 22, 2008, 02:45:33 PM »

Chef kerjaya diiktiraf profesional
Oleh Ruhaiza Rusmin
ruhaiza@hmetro.com.my

JIKA dulu, masyarakat mempunyai stigma negatif terhadap kerjaya chef yang diceburi lelaki, kini tidak lagi malah semakin mendapat pengiktirafan hingga peringkat antarabangsa.Tanpa mengira gender, kalangan chef sentiasa bekerjasama menyediakan dan menyajikan pelbagai juadah enak hingga menyebabkan masyarakat sukar menolak kepentingan kerjaya ini. Chef adalah nama profesional bagi mereka yang terbabit dalam industri penyediaan makanan. Ia menunjukkan kerjaya ini diiktiraf profesional. Dikatakan perkataan chef berasal daripada perkataan Perancis yang bermaksud ketua atau pemimpin di dapur dan mula diguna pakai sejak abad ke-19.Ada pelbagai kategori chef dan kebanyakan dilabelkan mengikut sistem tertentu yang dikenali sebagai Brigade de cuisine. Bagaimanapun, tidak semua menggunakan perkataan chef bagi menggambarkan seseorang itu menjadi ketua tukang masak atau berkhidmat sebagai chef kerana bergantung pada sesuatu organisasi.

Beberapa kategori chef yang popular dan sering diguna pakai ialah:

Chef de Cuisine, bermaksud ketua tukang masak ataupun chef eksekutif. Digunakan secara meluas di Perancis dan negara Eropah terutama bagi menyediakan perkhidmatan golongan bangsawan dan kaya.

Sous chef , lebih dikenali sebagai pembantu kepada Chef de Cuisine. Bertanggungjawab menyediakan segala keperluan mahupun mengambil alih tugas Chef de Cuisine sekiranya tiada. Khidmat Sous chef biasanya tidak diperlukan oleh organisasi kecil namun bagi organisasi besar perlu mempunyai beberapa Sous chef bagi melancarkan operasi.

Chef de Partie juga dikenali sebagai chef stesen yang bertanggungjawab menjaga beberapa bahagian di dapur. Bagi organisasi besar seperti hotel, chef ini akan dibantu oleh beberapa tukang masak. Tanggungjawabnya dibahagikan mengikut hierarki.

Pastry Chef bertanggungjawab menyediakan manisan seperti kek, pastri dan pencuci mulut. Dalam organisasi besar, chef ini akan mempunyai dapur atau kedai berasingan meskipun bekerja di bawah satu bumbung dengan chef lain.

Kini banyak institusi awam atau swasta memberi peluang sesiapa berminat mengikuti pelbagai kursus penyediaan makanan. Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Management Science University (MSU) adalah antara institusi terkenal yang mempunyai prasarana lengkap bagi melahirkan chef terbaik pada masa depan.
Logged

Zulkarnain Farihin Mustakim @ Philip anak Seli
SMK Sacred Heart, Sibu, Sarawak
Mohd. Khaidir
PPG Bintulu

Veteran Member
*

Fame: 132
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 615


Salam One Malaysia....Anda Guru Hebat!!!


« Reply #1 on: December 28, 2008, 11:41:04 AM »

Satu pekerjaan yang baik untuk lelaki zaman baru...
Logged

PPG Bintulu

Blaze Of Glory..
Mohd Sabli b Hj Badi
PPD Kapit

Hero Member
*

Fame: 152
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 2634


kapitboy


« Reply #2 on: December 28, 2008, 11:57:42 AM »

Sekarang nipun Chef Celebriti di ASTRO kebanyakannya Lelaki. Asalkan tidak sampai ke tahap Lelaki menjadi Perempuan atau dibuat-buat menjadi  perempuan sudah. Sepupu saya (Lelalki) juga adalah seorang Chef di Holiday Inn dan Starbuck
Logged

Mohd Sabli b Hj Badi
Guru Besar,
SK Ulu Yong, Kapit,
Pejabat Pelajaran Daerah Kapit
Awangku Ali Udin Hj Pengiran Adenani
SK Asyakirin

Master Member
*

Fame: 308
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1994


هيدوڤ برارتي ..عمل معروف نهي موڠكر


« Reply #3 on: December 28, 2008, 12:05:22 PM »

Cerita pasal chef ini, teringat dengan rakan-rakan guru yang mengajar di SMT Bintulu.
Biasa-biasa saja, tidaklah lembut.Becakap dengan lemah lembut, bukan bermakna kita lembut.
Kalau lembut hati tu, lainlah.

Tukang Saji lelaki di SMT digelar Peramusaji. Macam bunyi peramugara pulak. Grin
Logged

Awangku Ali Udin Hj Pengiran Adenani

Guru
SK Asyakirin

Roll Eyes Boleh saya bantu anda? Grin
~~sekiranya saya idle dan tiada dalam e.Net, sila PM kan saya  Grin~~
Mohd. Khaidir
PPG Bintulu

Veteran Member
*

Fame: 132
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 615


Salam One Malaysia....Anda Guru Hebat!!!


« Reply #4 on: December 28, 2008, 12:28:58 PM »

Orang yang makan pulan dipanggil : Dewa Makan!!!
Logged
Helenor Lengat
SMK Kidurong
Teacher
Novice Member
*

Fame: 0
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 25


Guru Kaunseling


« Reply #5 on: May 29, 2009, 10:25:51 AM »

lelaki pun boleh masuk dapur...x salah tu
Logged

Helenor
SMK Kidurong
Dominic Tan Kuan Yew
SMK Deshon
Teacher
Veteran Member
*

Fame: 61
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 540


Be happy


« Reply #6 on: June 05, 2009, 06:55:17 AM »

sebenarnya gaji mereka ini lumayan kalau di hotel
Logged

God Love Us. Protect us from all evil
God bless U. May u be happy today.
Wilter Hawell
PPD Kanowit

Super Member
*

Fame: 534
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 3790


Sebuah kebenaran kadangkala mengandungi kesilapan


« Reply #7 on: June 05, 2009, 07:25:08 AM »

Satu kerjaya yang menguntungkan sekiranya berada dilandasan yang betul
Logged

Wilter Hawell
UPA, PPD Kanowit
"Manusia mampu mengemukakan 1000 alasan mengapa mereka gagal tetapi mereka sebenarnya hanya perlukan satu sebab yang kukuh untuk berjaya"
Elsie Theng
SJK Sacred Heart chinese, Sibu
Teacher
Master Member
*

Fame: 77
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 1049


Strike the iron while it is hot!


« Reply #8 on: June 11, 2009, 07:30:26 PM »

To me, a man is the most suitable person to be the chef. A woman is not very suitable because she has to look after the family and many other problems.
Logged

SJK Sacred Heart Chinese, Sibu
Pages: [1]   Go Up
  Print  
 
Jump to:  

PIPPBahagian Pembangunan Kurikulume-Paymente-Hasil
Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1.16 | SMF © 2011, Simple Machines | Sitemap Valid XHTML 1.0! Valid CSS!
Page created in 0.093 seconds with 26 queries.