Home   Forum   Help Search Calendar Links Login Register   **
Welcome, Guest. Please login or register.
Did you miss your activation email?
May 24, 2012, 06:43:37 PM

Login with username, password and session length
Program
EduWebTVLatih TubiLINUSManaging Challenging SchoolsGerakan Memperkasakan SekolahLDPICTL SMICTL SRMalaysian Grid for Learning (MyGfL)ProtimPPSMISIP
Recent
[Today at 05:51:30 PM]

[Today at 11:53:44 AM]

[Today at 11:14:53 AM]

[Today at 09:14:15 AM]

[Today at 07:24:26 AM]

[Yesterday at 10:12:19 PM]

[Yesterday at 09:30:31 PM]

[Yesterday at 08:37:00 PM]

[Yesterday at 07:47:07 PM]

[Yesterday at 11:32:41 AM]
 

Pages: [1]   Go Down
  Print  
Author Topic: Penyelarasan peperiksaan  (Read 872 times)
0 Members and 2 Guests are viewing this topic.
Banyuk Bin Muhi
SK Encik Buyong
Teacher
Novice Member
*

Fame: 0
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 47


Dari mana kita datang kemana kita akan kembali


« on: December 23, 2008, 09:13:38 AM »

Assalamualaikum rakan guru,
Saya merasakan perlaksanaan peperiksaan diselaraskan seperti Daerah Kuching amat baik untuk tujuan pemantauan keberkesanaan dan mengesan kemajuan setiap sekolah dalam daerah berkenaan. Saya sekadar hendak memberikan cadangan agar peperiksaan tersebut boleh mencapai tahap kebolehpercayaan ujian maka semua sekolah di Daerah Kuching juga sewajarnya mempunyai rancangan tahunan yang sama bagi subjek yang berkaitan dengan peperiksaan berkenaan. Jika tidak berkemungkinan item yang diwujudkan mungkin tidak selaras dengan rancangan tahunan sekolah tertentu dan ini akan mewujudkan ketidakbolehpercayaan ujian kerana ada item yang dihasilkan belum diajar, tapi tidak mengapa jika sekolah berkenaan sudah terkedepan sebaliknya jika sekolah berkenaan lambat maka akan timbul item dalam ujian belum diajar. Saya berharap perkara ini akan mendapat perhatian dan menjadi tajuk perbincangan di peringkat PPG/PPD/Zon untuk kebaikan daerah kita umumnya dan kebaikan pendidikan khususnya.

Persoalan dari penyelarasan ujian tersebut adakah keputusan peperiksaan tersebut analisis secara menyeluruh? Apakah tindakkan seterusnya dilakukan jika keputusan peperiksaan menurun,statik dan meningkat ? Tindakkan terhadap item itu sendiri(kualiti item), tindakkan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran,tindakkan terhadap rancangan mengajar yang diselaraskan dan banyak lagi perlu diambil kira demi kemajuan mutu peperiksaan dan mutu pembelajaran anak didik kita. Adakah pihak kita mengadakan perkembangan staf untuk memberi kefahaman para guru dalam membentuk item yang berkualiti. Sebab pelajar yang berkualiti adalah hasil dari item yang berkualiti, item yang berkualiti dihasilkan guru yang berkualiti, guru berkualiti mempunyai ilmu pentadbiran peperiksaan berkualiti. Peperiksaan itu sendiri sebenarnya adalah pedagogi itu kita sering lupa. Diharap semua pihak ambil peranan penting dalam hal ini demi meningkatkan mutu peperiksaan dan insyaAllah boleh mengubah kedudukan kita iatu ke 2 dibelakang negeri lain diperingkat kebangsaan, Amin.
« Last Edit: December 18, 2011, 08:19:14 AM by Banyuk Bin Muhi » Logged

SK Encik Buyong
Awangku Ali Udin Hj Pengiran Adenani
SK Asyakirin

Master Member
*

Fame: 308
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1994


هيدوڤ برارتي ..عمل معروف نهي موڠكر


« Reply #1 on: December 23, 2008, 09:29:31 AM »

mungkinkan item-item tadi dapat juga dikongsikan bersama dengan daerah lain.
perkongsian ini akan memungkinkan keselarasan yang lebih optimum dan kebolehpercayaan yang lebih tinggi.
Logged

Awangku Ali Udin Hj Pengiran Adenani

Guru
SK Asyakirin

Roll Eyes Boleh saya bantu anda? Grin
~~sekiranya saya idle dan tiada dalam e.Net, sila PM kan saya  Grin~~
Banyuk Bin Muhi
SK Encik Buyong
Teacher
Novice Member
*

Fame: 0
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 47


Dari mana kita datang kemana kita akan kembali


« Reply #2 on: December 26, 2008, 09:47:58 PM »

Disini dikepilkan bersama panduan untuk membentuk iten ujian, boleh digunakan jika berkaitan.

There are 1 attachment(s) in this post which you cannot view or download
Konsep asas pentaksiran.ppt
Logged
Suzita Binti Bahri
SK Sg Kemena
Teacher
Full Member
*

Fame: 2
Offline Offline

Posts: 151



« Reply #3 on: December 27, 2008, 11:27:24 PM »

Disini dikepilkan bersama panduan untuk membentuk iten ujian, boleh digunakan jika berkaitan.

terima kasih. memang amat berguna.
Logged

SK Sg Kemena

Dalam mencari keberkatan, memerlukan banyak kecekalan
Abd Rahman
SK Madrasah Datuk Hj. Abdul Kadir Hasan
Teacher
Hero Member
*

Fame: 199
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 2588



« Reply #4 on: December 28, 2008, 12:05:34 AM »

Item yang amat berguna sebagai panduan dalam penyelaran peperiksaan. Terima kasih banyak-banyak.
Logged
Clement Chin Choon Chan
SMK Balai Ringin
Teacher
Novice Member
*

Fame: 0
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 41



« Reply #5 on: January 26, 2009, 08:26:59 PM »

Bahan yang dikepilkan oleh cikgu amat berguna .. sesuai digunakan semasa perkembangan staf atau mana-mana in-house course nanti ..
Thanks cikgu ..
Logged

SMK Balai Ringin
Lester Kalum
SK Lepong Ajai
Teacher
Super Member
*

Fame: 234
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 3069


最もよいのそこに、最もよいのそこにあった、最もよいのそこにあるある。


« Reply #6 on: January 26, 2009, 08:30:12 PM »

Disini dikepilkan bersama panduan untuk membentuk item ujian

Terima kasih , cikgu Banyuk. Satu perkongsian maklumat yanng baik. Semoga ianya dapat membantu kelak.
Logged

Have a nice day!
열등한 저와 흩뜨리지 말라
Mohd Nor Iqmal
SK Kg Tanam
Teacher
Veteran Member
*

Fame: 219
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 921



« Reply #7 on: January 26, 2009, 08:31:49 PM »

Pada pendapat saya, item-item ini digubal berdasarkan HSP, dan Rancangan Tahunan juga hendaklah berdasarkan HSP.
Logged

Mohamad Nor  Iqmal
SK Tanjong Manis, Daro

aku tuk bagus sebenarnya...
Sajanah Binti Liman
SK Serian
Teacher
Newbie
*

Fame: 0
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 4



« Reply #8 on: July 22, 2009, 09:13:17 PM »

Salam...
Seorang guru dari sekolah saya sudah pun membuat kursus dlmn ttg item yg serupa.
Terima kasih Cikgu Banyuk....dapatlah kami mengukuhkan lagi pemahaman ttg pembinaan item.
Logged

Sajanah Binti Liman
Sk Serian
Mohamad Azharudin
SK Tabuan Hilir
Teacher
Junior Member
*

Fame: 7
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 54



« Reply #9 on: July 22, 2009, 09:34:30 PM »

Terima kasih. Memang ia berguna untuk kita sebagai pendidik...dalam menyediakan soalan.
Logged

Mohamad Azharudin
Bertugas di SK Tabuan Hilir.
Banyuk Bin Muhi
SK Encik Buyong
Teacher
Novice Member
*

Fame: 0
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 47


Dari mana kita datang kemana kita akan kembali


« Reply #10 on: December 18, 2011, 08:45:33 AM »

Assalamualaikum, pertanyaan daripada nukilan saya yang terdahulu berkenaan dengan penyelarasan peperiksaan peringkat daerah Kuching. Setelah sekian lama kita laksanakan peperiksaan tersebut adakah kita selidiki sejauh mana kualiti item yang telah kita wujudkan dan menganalisis sejauh manakah peningkatan prestasi anak didik kita dari item yang telah kita hasilkan itu? Adakah prestasi meningkat, menurun atau statik? Jika berlaku penurunan dan statik apakah tindakan kita seterusnya? Jika berlaku peningkatan apa pula tindakan kita? Apakah tindakkan kita terhadap item itu sendiri, apakah tindakan kita terhadap P&P kita, apakah tindakkan kita terhadap BBM kita dan banyak lagi perkara berkaitan dengan peperiksaan itu sendiri khususnya dalam bab pedagogi? Adakah kita perlu kekal dengan stadrard kebangsaan 50-30-20 dalam pemberatan item ujian yang kita bina?

Inilah persoalan yang patut kita perhatikan dalam pentadbiran peperiksaan. Jika perkara ini tidak diambil tindakan secara serius, saya merasakan perkara bermakna yang hendak kita laksanakan hanya akan menjadi sia-sia, malah merugikan kita dari segi ilmu,tenaga,kewangan,material dan masa. Sila kaji semula dan himpunankan guru yang pernah kursus pembinaan item dan pemeriksaan item untuk kebaikan dunia pendidikan kita khususnya bahagian Kuching. Saya rasakan kerja ini wajib menjadi kpi bagi meningkatkan mutu peperiksaan kita,Wassalam.
Logged
Pages: [1]   Go Up
  Print  
 
Jump to:  

Members
Total Members: 21234
Latest: iajuhgf
Stats
Total Posts: 254469
Total Topics: 21161
Online Today: 346
Online Ever: 718
(May 16, 2012, 08:58:21 PM)
Users Online
Users: 13
Guests: 276
Total: 289
PIPPBahagian Pembangunan Kurikulume-Paymente-Hasil
Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1.16 | SMF © 2011, Simple Machines | Sitemap Valid XHTML 1.0! Valid CSS!
Page created in 0.099 seconds with 25 queries.