Home   Forum   Help Search Calendar Links Login Register   **
Welcome, Guest. Please login or register.
Did you miss your activation email?
February 09, 2012, 05:30:23 AM

Login with username, password and session length
Program
EduWebTVLatih TubiLINUSManaging Challenging SchoolsGerakan Memperkasakan SekolahLDPICTL SMICTL SRMalaysian Grid for Learning (MyGfL)ProtimPPSMISIP
Recent
[Today at 01:36:41 AM]

[Yesterday at 10:52:57 PM]

[Yesterday at 10:49:47 PM]

[Yesterday at 10:35:58 PM]

[Yesterday at 10:27:01 PM]

[Yesterday at 10:15:04 PM]

[Yesterday at 10:06:31 PM]

[Yesterday at 10:03:35 PM]

[Yesterday at 10:02:49 PM]

[Yesterday at 09:48:02 PM]
 

Pages: [1] 2 3   Go Down
  Print  
Author Topic: Gerhana Matahari  (Read 2651 times)
0 Members and 1 Guest are viewing this topic.
Azlina Mat Jamil
SMK DATO HARUN, JALAN BERNAM 8,
Teacher
Master Member
*

Fame: 59
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 1960


sentiasa ingin berada satu langkah di hadapan


WWW
« on: January 03, 2009, 03:38:37 AM »

Gerhana matahari berlaku apabila kedudukan bulan terletak di antara bumi dan matahari oleh itu menutup cahaya matahari. Walaupun bulan lebih kecil, bayangan bulan mampu melindungi cahaya matahari sepenuhnya kerana bulan dengan purata jarak 384,400 kilometer adalah lebih dekat kepada bumi berbanding matahari yang mempunyai jarak purata 149,680,000 kilometer.

Gerhana matahari boleh dibahagi kepada 3 iaitu gerhana penuh, gerhana separuh, dan gerhana analus. Gerhana penuh apabila matahari ditutup sepenuhnya oleh bulan disebabkan bulan berada dekat ke bumi dalam orbit bujurnya, gerhana separuh apabila bulan hanya menutup sebahagian daripada matahari, dan gerhana analus yang terjadi apabila bulan hanya menutup sebahagian daripada matahari dan cahaya matahari selebihnya membentuk cincin bercahaya sekeliling bayangan bulan yang dikenali sebagai 'corona'.

Gerhana matahari berlaku selama 7 minit 30 saat pada tempat yang paling lama. Ketika gerhana matahari, orang ramai dilarang melihat ke arah matahari secara langsung kerana ini boleh merosakkan mata dan mengakibatkan buta.

Bagi mereka yang beragama Islam, mereka digalakkan untuk melakukan Solat Sunat Gerhana ketika berlakunya gerhana.


There are 2 attachment(s) in this post which you cannot view or download
images.jpg
images2.jpg
Logged

SMK DATO HARUN,
JALAN BERNAM 8,
45500 TANJUNG KARANG,
SELANGOR DARUL EHSAN.
(Mulai 1 Disember 2009)
  RASIONAL TANPA EMOSI-KAKU... EMOSI TANPA RASIONAL-GILA...
Awangku Ali Udin Hj Pengiran Adenani
SK Asyakirin

Master Member
*

Fame: 308
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1994


هيدوڤ برارتي ..عمل معروف نهي موڠكر


« Reply #1 on: January 03, 2009, 06:34:57 AM »

Pernahkah anda cuba membuat ujikaji tentang telur ayam semasa gerhana?Berdasarkan maklumat,telur ayan akan berada pada posisi berdiri semsa gerhana.Cubalah..
Logged

Awangku Ali Udin Hj Pengiran Adenani

Guru
SK Asyakirin

Roll Eyes Boleh saya bantu anda? Grin
~~sekiranya saya idle dan tiada dalam e.Net, sila PM kan saya  Grin~~
Azlina Mat Jamil
SMK DATO HARUN, JALAN BERNAM 8,
Teacher
Master Member
*

Fame: 59
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 1960


sentiasa ingin berada satu langkah di hadapan


WWW
« Reply #2 on: January 03, 2009, 11:36:56 AM »

Pernahkah anda cuba membuat ujikaji tentang telur ayam semasa gerhana?Berdasarkan maklumat,telur ayan akan berada pada posisi berdiri semsa gerhana.Cubalah..

info baru yang saya dapat dari cikgu.Insya-Allah,jika umur panjang dan berkesempatan,saya ingin mencubanya di masa hadapan. Wink
Logged
Zulkiflee b. Sebli
SK Semerah Padi
Teacher
Master Member
*

Fame: 56
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1389


moga dapat sesuatu yang bermakna di engkabang.net


« Reply #3 on: January 03, 2009, 11:42:13 AM »

Pernahkah anda cuba membuat ujikaji tentang telur ayam semasa gerhana?Berdasarkan maklumat,telur ayan akan berada pada posisi berdiri semsa gerhana.Cubalah..

Pernah mendengar perkara ini tetapi belum ada kesempatan. Tunggu gerhana penuh seterusnya nanti pada 26th Januari 2009 di Indonesia, South of Sumatra & western . Moga panjang umur....mungkin dapat separuh sahaja di Malaysia..
Logged

SK Semerah Padi,
Kuching
Smile always....dehhh...
Azlina Mat Jamil
SMK DATO HARUN, JALAN BERNAM 8,
Teacher
Master Member
*

Fame: 59
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 1960


sentiasa ingin berada satu langkah di hadapan


WWW
« Reply #4 on: January 04, 2009, 06:11:17 AM »

Pernah mendengar perkara ini tetapi belum ada kesempatan. Tunggu gerhana penuh seterusnya nanti pada 26th Januari 2009 di Indonesia, South of Sumatra & western . Moga panjang umur....mungkin dapat separuh sahaja di Malaysia..

terima kasih atas info cikgu.sama-sama kita tunggu. Smiley
Logged
Zulkiflee b. Sebli
SK Semerah Padi
Teacher
Master Member
*

Fame: 56
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1389


moga dapat sesuatu yang bermakna di engkabang.net


« Reply #5 on: July 21, 2009, 06:15:36 PM »

Sekali lagi rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan Gerhana Matahari Separa yang dijangka akan berlaku pada awal pagi esok 22 Julai 2009i. Berdasarkan kiraan Skymap Pro 8, di Kuala Lumpur, waktu kemunculan gerhana matahari adalah seperti berikut:

Waktu sentuhan pertama : 8:29 AM

Waktu Puncak Gerhana: 9:07 AM

Waktu Tamat Gerhana : 9:48 AM


There are 1 attachment(s) in this post which you cannot view or download
partial_solar_eclipse_nasa.jpg
Logged
Ayuyahti ak Arip
SK Abang Ali Sibu
Teacher
Full Member
*

Fame: 7
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 169



« Reply #6 on: July 21, 2009, 06:20:47 PM »

Just wanna ask ...adakah objek di bumi akan menjadi lebih ringan dari berat biasa sekiranya berlakunya gerhana matahari ? Saya nak cuba lompat esok...nak cuba kesahihannya.
Logged
Lee Chai Yong
SMK Jalan Arang

Senior Member
*

Fame: 12
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 313



WWW
« Reply #7 on: July 21, 2009, 08:47:57 PM »

That's interesting.  Baru ajar topik ini dalam buku teks tingkatan 4.  Besok bolehlah bawa pelajar keluar tengok.
Logged
Dianna Hj Simin
SK Siol Kanan
Teacher
Full Member
*

Fame: 161
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 177


I Am Mysterious...


« Reply #8 on: July 21, 2009, 09:05:04 PM »

Pernahkah anda cuba membuat ujikaji tentang telur ayam semasa gerhana?Berdasarkan maklumat,telur ayan akan berada pada posisi berdiri semsa gerhana.Cubalah..

Pada tahun 1997/1998 semasa berlakunya gerhana Matahari penuh yang berlaku di Bintulu, saya dan rakan-rakan pernah membuat sedikit investigation dan memang benar telur ayam tersebut berada dalam keadaan tegak tetapi hanya beberapa minit sebelum kembali kepada kedudukan asal. Ada kawan saya yang pernah menguji dengan menggunakan keris dan khabarnya keris tersebut juga boleh tegak dengan sendiri. Sekadar berkongsi cerita... Cheesy
Logged

"What you give...you get back"
Zulkiflee b. Sebli
SK Semerah Padi
Teacher
Master Member
*

Fame: 56
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1389


moga dapat sesuatu yang bermakna di engkabang.net


« Reply #9 on: July 22, 2009, 07:54:42 AM »

Cuaca pagi ini berjerebu. Menyukarkan proses melihat gerhana. Sekali lagi kempunan untuk mencerap gerhana pagi ini. Kita hanya mampu merancang.
Logged
Yahya Bin Basni
SK Kampung Seberang
JU MyGfL
Veteran Member
*

Fame: 28
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 518



« Reply #10 on: July 22, 2009, 08:04:45 AM »

Pada tahun 1997/1998 semasa berlakunya gerhana Matahari penuh yang berlaku di Bintulu, saya dan rakan-rakan pernah membuat sedikit investigation dan memang benar telur ayam tersebut berada dalam keadaan tegak tetapi hanya beberapa minit sebelum kembali kepada kedudukan asal. Ada kawan saya yang pernah menguji dengan menggunakan keris dan khabarnya keris tersebut juga boleh tegak dengan sendiri. Sekadar berkongsi cerita... Cheesy


Terima kasih dengan info. Sya dan murid2 tengah menunggu detik untuk menguji....
Logged

Guru/Guru Data/S.U Peperiksaan
SK Kampung Seberang
Lawas, Sarawak.
Lee Chai Yong
SMK Jalan Arang

Senior Member
*

Fame: 12
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 313



WWW
« Reply #11 on: July 22, 2009, 02:17:50 PM »

Ya. Sudah terbukti kebenarannya.  Pagi tadi pukul 8:30 pagi, saya bawa kelas Tingkatan 4 buat experiment itu.  Wah, telur berdiri tegak.  Sungguh kagum.  Nanti saya upload gambar itu.
Logged
Dawson Ador
SK Batu Lintang
Teacher
Master Member
*

Fame: 95
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1396



« Reply #12 on: July 22, 2009, 02:44:21 PM »

Gerhana Matahari Separa di Malaysia pada 26 Jan 2009

Dalam masa 7 hari lagi, dunia akan menyaksikan sebuah lagi fenomena gerhana matahari, iaitu Gerhana Matahari Annular atau Gerhana Matahari Cincin.

Pada ketika berlakunya ijtimak di antara Bulan dan Matahari, Bulan akan bergerak betul-betul di hadapan Matahari, lalu mengakibatkan cahaya matahari dihalang daripada sampai ke sesebuah kawasan di Bumi.

Di dalam kes 26 Januari nanti, ia dipanggil Gerhana Matahari Cincin kerana pada ketika itu, saiz bulatan Bulan kelihatan kecil sedikit berbanding saiz bulatan Matahari. Pada waktu puncak gerhana, Bulan akan berada di tengah-tengah, manakala saki baki bulatan matahari akan kelihatan di sekeliling Bulan membentuk seolah-olah sebuah cincin.

Di Malaysia, kita hanya berpeluang menyaksikan gerhana matahari separa sahaja, iaitu hanya sebahagian matahari sahaja yang akan terlindung oleh Bulan. 

(Foto di sebelah merupakan contoh keadaan Gerhana Matahari Separa)

Di Kuala Lumpur, permulaan gerhana adalah pada jam 4.31 petang, di mana ketika itu, matahari akan mula kelihatan 'sompek' sedikit kerana Bulan sudah mula melindunginya.

Puncak gerhana berlaku pada jam 5.50 petang, di mana 72% matahari akan dilindungi Bulan.

Kemudian Bulan akan perlahan-lahan keluar daripada Matahari dan gerhana pun akan tamat pada jam 6.58 petang.

Secara umumnya, suasana tidak akan kelihatan gelap seperti Gerhana Penuh, tetapi kita mungkin akan dapat merasa keadaan seperti redup sedikit, walaupun ketika itu Matahari kelihatan seperti memancar macam biasa di langit.

Kali terakhir rakyat Malaysia menikmati suasana Gerhana Matahari ialah pada tahun 1998, iaitu pada 22 Ogos di mana pada ketika itu, Gerhana Matahari Cincin telah berlaku di tanahair kita.

National Eclipse Tracking Team (NETT) akan menghantar delegasi ke bandar Anyer, Indonesia untuk fenomena Gerhana Matahari Cincin pada 26 Januari 2009 nanti. InsyaAllah saya sendiri akan turut serta rombongan ke sana, sebagai 'build-up' kepada ekspedisi ke Hangzhou untuk Gerhana Penuh Matahari pada 22 Julai nanti! Perbincangan lanjut eskpedisi ini ada di Forum.


Kaedah untuk mencerap gerhana ini boleh rujuk kepada artikel rasmi dari ANGKASA (versi BM dan versi Eng).

Cuba hubungi kelab atau unit falak berdekatan untuk mengetahui aktiviti cerapan Gerhana Matahari separa nanti. Setakat yang saya tahu, di Planetarium Negara ada aktiviti, begitu juga di Kuala Terengganu yang mana Unit Falak UDM akan terlibat.
Logged

SK Batu Lintang
Jame Anap
SK Merambut
Teacher
Super Member
*

Fame: 734
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 3843


Iban Bidayuh Serian Balai Ringin


« Reply #13 on: July 22, 2009, 02:51:12 PM »

Terima kasih Cikgu Dawson, info yang amat berguna terutama kepada guru sains di sekolah. Tapi tadi tak dapat tengok, rugilah. Mungkin ada antara rakan guru yang dapat gambarnya..bolehlah syer.
Logged

Jame  Anap
Penolong Kanan Kokurikulum
SK Merambut Limbang
Dawson Ador
SK Batu Lintang
Teacher
Master Member
*

Fame: 95
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1396



« Reply #14 on: July 22, 2009, 03:03:45 PM »

<a href="http://www.youtube.com/v/skQhc9mzBec&rel=1" target="_blank">http://www.youtube.com/v/skQhc9mzBec&rel=1</a>
Logged
Lee Chai Yong
SMK Jalan Arang

Senior Member
*

Fame: 12
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 313



WWW
« Reply #15 on: July 22, 2009, 04:25:14 PM »

Ini dia gambar yang diambil pagi tadi, 8:40 - 9:15 pagi.  Ini merupakan pengalaman baru buat kami.  Pelajar seronok sekali.

There are 5 attachment(s) in this post which you cannot view or download
CIMG0101.JPG
CIMG0102.JPG
CIMG0106.JPG
CIMG0108.JPG
CIMG0109.JPG
Logged
Mastinie Abdullah
SK Sg. Siong Tengah
Teacher
Full Member
*

Fame: 30
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 186


Hidup Ini Tak Seindah Yang Kita Impikan.....


« Reply #16 on: July 22, 2009, 04:31:58 PM »

Ini dia gambar yang diambil pagi tadi, 8:40 - 9:15 pagi.  Ini merupakan pengalaman baru buat kami.  Pelajar seronok sekali.
Terima kasih cg Lee kerana sudi berkongsi pengalaman anda..tak dapat tengok pagi tadi kerana hujan lebat melanda Sibu..
Logged

Mastinie Abdullah
Guru Akademik Biasa
SK Sg. Siong Tengah,Pasai Siong,
Sibu Sarawak.
Jame Anap
SK Merambut
Teacher
Super Member
*

Fame: 734
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 3843


Iban Bidayuh Serian Balai Ringin


« Reply #17 on: July 22, 2009, 04:37:19 PM »

Terima kasih cikgu Lee, adalah gambar yang akan dilihat untuk diberitahu kepada murid-murid saya. Terima kasih banyak-banyak.
Logged
Lee Chai Yong
SMK Jalan Arang

Senior Member
*

Fame: 12
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 313



WWW
« Reply #18 on: July 22, 2009, 08:08:52 PM »

Welcome Cikgu Jame dan Cikgu Mastinie.
« Last Edit: June 18, 2010, 09:37:46 PM by Lee Chai Yong » Logged
Wan Zainal Abiddin B. Wan Hosen
SK Singat
Teacher
Full Member
*

Fame: 95
Offline Offline

Posts: 148



« Reply #19 on: July 22, 2009, 08:31:50 PM »

So interesting..

Geografi
I want to bring Cikgu2 semua yang berminat dengan hal-hal sebegini jika dapat info dan memikirkan apa yang terjadi kesan drpd gerhana ini ke atas benda-benda di dunia yang berskala besar.

1.  Bermuda Traingle (what happen there during that time) I hopes some yang dapat ulas n zoom that area using
     durng that period.

2.  Stone Hedge England

3.  Pyramid di Mesir

4.  Kawah/lautan terdalam di sebelah Filipina

Animal

1.  Tingkah laku manusia termasuk binatang-binatang/serangga

Logged
Pages: [1] 2 3   Go Up
  Print  
 
Jump to:  

Members
Total Members: 19143
Latest: Marc Opal
Stats
Total Posts: 249465
Total Topics: 20096
Online Today: 325
Online Ever: 637
(January 04, 2012, 10:05:22 PM)
Users Online
Users: 3
Guests: 171
Total: 174
PIPPBahagian Pembangunan Kurikulume-Paymente-Hasil
Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1.16 | SMF © 2011, Simple Machines | Sitemap Valid XHTML 1.0! Valid CSS!
Page created in 0.138 seconds with 27 queries.