Home   Forum   Help Search Calendar Links Login Register   **
Welcome, Guest. Please login or register.
Did you miss your activation email?
February 09, 2012, 03:49:14 AM

Login with username, password and session length
Program
EduWebTVLatih TubiLINUSManaging Challenging SchoolsGerakan Memperkasakan SekolahLDPICTL SMICTL SRMalaysian Grid for Learning (MyGfL)ProtimPPSMISIP
Recent
[Today at 01:36:41 AM]

[Yesterday at 10:52:57 PM]

[Yesterday at 10:49:47 PM]

[Yesterday at 10:35:58 PM]

[Yesterday at 10:27:01 PM]

[Yesterday at 10:15:04 PM]

[Yesterday at 10:06:31 PM]

[Yesterday at 10:03:35 PM]

[Yesterday at 10:02:49 PM]

[Yesterday at 09:48:02 PM]
 

Pages: 1 [2] 3 4 5 6 7   Go Down
  Print  
Author Topic: ANJAKAN GAJI  (Read 16409 times)
0 Members and 1 Guest are viewing this topic.
Ling Ching Ang
SMK Tatau
Principal
Junior Member
*

Fame: 2
Offline Offline

Posts: 64



« Reply #20 on: January 12, 2009, 03:35:41 PM »

Saya baru uruskan anjakan gaji kelmarin. saya dapat aras IV dalam dua dua komponen pada jun 2007, kursus kenegaraan saya pada julai 2008, apabila tanya dgn egawai bahagian sumber manusia di PPDK, beliau kata anjakan saya pada Jan 2009 gara2 kenegaraan saya baru tahun lepas, tapi bahagian urusan gaji pula kata saya akan dapat tunggakan gaji dr tarikh lulus ptk. bingung juga lah saya. kalau ada tunggakan kan best. hahaha
memang tiada tunggakan.
Logged

Ling Ching Ang
SMK Tatau
Teoh Say Beng
SMK Kapit
Teacher
Master Member
*

Fame: 58
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1317


Aspire to Inspire Before You Expire


« Reply #21 on: January 12, 2009, 04:31:17 PM »

Cg Siti, Saya pun bertanya perkara sama tentang markah LNPT yang kurang daripada 85%. Dapat anjakan atau tidak. Saya tidak pernah tahu tentang markah LNPT kerana tidak diberitahu. Yang saya tahu markah LNPT diambil jumlahnya tiga tahun berturut-turut. Kalau markah LNPT kurang daripada 70 maka ianya akan menyusahkan seorang guru untuk naik pangkat ataupun anjakan gaji. Yang sedihnya nanti kalau ada yang lulus semua kertas aras 4 tapi markah LNPT kurang daripada 80% maka ianya akan menidakkan hak guru tersebut untuk mendapat anjakan. Memang sedih kalau ini berlaku.

Itulah antara halangan yang diletakkan oleh kerajaan dalam bentuk pelbagai syarat yang telah ditetapkan.
Hakikatnya, Bukan mudah kerajaan nak memberikan sesuatu kepada kita semudah itu....
Logged

Teoh, SMK Kapit
Teoh Say Beng
SMK Kapit
Teacher
Master Member
*

Fame: 58
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1317


Aspire to Inspire Before You Expire


« Reply #22 on: January 12, 2009, 04:34:24 PM »

Cuba rakan2 ke link ini untuk perkara yang lebih kurang sama dibincangkan:

http://forum.engkabang.net/index.php/topic,17818.msg112099.html#msg112099
Logged
Daniel Adrean Jaziman
SMK Convent Bukit Nanas
Teacher
Novice Member
*

Fame: 6
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 20


Kuala Lumpur


« Reply #23 on: January 12, 2009, 04:39:27 PM »

Bagi kenaikan pangkat markah, time base, dan GC markah LNPT memang kena 85% ke atas. Walau bagaimanapun, dalam kes kenaikan gaji setelah mendapat IV dalam kedua-dua kertas PTK, saya dimaklumkan tidak. Kuasa pengetua sebagai ketua jabatan yang menentukan. Samalah juga dengan pemberian APC. Dalam soal markah LNPT, guru berhak sebenarnya mengetahui markah yang dia dapat, jumpa pengetua secara individu dan berbincang semasa mengisi borang dan seterusnya berbincang tentang markah yang diperoleh.
Logged

SMK Convent Bukit Nanas
Ling Ching Ang
SMK Tatau
Principal
Junior Member
*

Fame: 2
Offline Offline

Posts: 64



« Reply #24 on: January 12, 2009, 08:31:54 PM »

Yang saya tahu markah LNPT diambil jumlahnya tiga tahun berturut-turut. Kalau markah LNPT kurang daripada 70 maka ianya akan menyusahkan seorang guru untuk naik pangkat ataupun anjakan gaji. Yang sedihnya nanti kalau ada yang lulus semua kertas aras 4 tapi markah LNPT kurang daripada 80% maka ianya akan menidakkan hak guru tersebut untuk mendapat anjakan. Memang sedih kalau ini berlaku.
2006-20%, 2007-35% dan 2008-45%
Kalau kurang dari 80%, memang tidak dapat naik pangkat.
Kalau LNPT kurang dari 80%, bermakna ada sesuatu yang tak kena, contohnya tidak menjalankan tanggungjawab anda dengan bersungguh-sungguh, tidak menepati masa masuk kelas, selalu ambil cuti (cuti sakit, CRK dsb), tidak sanggup menjalankan tugas tambahan apabila diarahkan oleh ketua jabatan dsb.
Kalau ini berlaku, bukan siapa-siapa tapi anda sendiri yang menidakkan hak anda untuk dapat anjakan.
Ingat, mendapat anjakan gaji bukan HAK!
Sebagai seorang guru, anda hanya ada 2 hak iaiatu hak untuk dapat gaji (bukan anjakan gaji) dan hak untuk meletak jawatan.
Logged
Fairul Nizam Gani
SMK Beladin
Teacher
Senior Member
*

Fame: 37
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 421


Merentas minda mencari identiti..


WWW
« Reply #25 on: January 12, 2009, 10:18:38 PM »

Cikgu Ling, sekiranya apa yang cikgu maklumkan tidak berlaku tapi masih lagi kurang dari 80%,apa pula masalahnya? Saya bimbang elemen emosi digunakan dalam penentuan markah LNPT, bukan prestasi. Itu cuma persoalan yang bermain di fikiran saya..
Logged

Fairul Nizam Gani
Guru Kanan
SMK Beladin
Fairul Nizam Gani
SMK Beladin
Teacher
Senior Member
*

Fame: 37
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 421


Merentas minda mencari identiti..


WWW
« Reply #26 on: January 13, 2009, 07:14:16 PM »

Ada pandangan cikgu sekalian?
Logged
Ling Ching Ang
SMK Tatau
Principal
Junior Member
*

Fame: 2
Offline Offline

Posts: 64



« Reply #27 on: January 14, 2009, 07:26:57 AM »

Cikgu Ling, sekiranya apa yang cikgu maklumkan tidak berlaku tapi masih lagi kurang dari 80%,apa pula masalahnya? Saya bimbang elemen emosi digunakan dalam penentuan markah LNPT, bukan prestasi. Itu cuma persoalan yang bermain di fikiran saya..
Saya anda kena berbincang dengan PK1 dan pengetua kerana mereka yang memberikan LNPT.
Saya rasa kalau kurang 80%, mesti ada sesuatu yang tak kena samada sengaja atau tidak sengaja, samada sebab-sebab yang tersirat atau tersurat.
Walau bagaimanapun, cara memberi markah LNPT bergantung kepada ketua jabatan masing-masing
Logged
Fairul Nizam Gani
SMK Beladin
Teacher
Senior Member
*

Fame: 37
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 421


Merentas minda mencari identiti..


WWW
« Reply #28 on: January 15, 2009, 01:18:42 PM »

Terima kasih Cikgu Ling. Saya cuma rasa agak kecewa sebab dah tunggu dua tahun dan tidak mendapat apa-apa. Sehingga hari ini saya sudah bertanya kepada PK1 tentang LNPT tapi jawapan yang saya terima, agak mengecewakan. Rumusan LNPT belum lagi dibuat. Tak silap saya, tarikh akhir untuk anjakan gaji tahun ini ialah 15 Januari 2009..Macam mana tu?
Logged
Mahmmud Kunaini
SK Bakong
Teacher
Veteran Member
*

Fame: 20
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 616



WWW
« Reply #29 on: January 15, 2009, 01:32:30 PM »

Kena jelaskan pada PK1 tu, yang cikgu betul2 perlukan LNPT tu..atau kalau dia masih enggan memberikan kerjasama, mungkin ada sesuatu yang kita tak tahu..
Logged

Work smart, don't work hard
Mohamad Rizuan Bin Sarbini
PPD Simunjan

Master Member
*

Fame: 39
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1186


smrizuan


WWW
« Reply #30 on: January 15, 2009, 01:37:31 PM »

Erm...apapun mungkin perkara itu sedang diusahakan. Cume beliau belum lagi maklumkan kepada Guru Besar mengenai perkara tersebut.
Logged

MOHAMAD RIZUAN BIN SARBINI
Ketua Unit
Unit Pengurusan Akademik
PPD SIMUNJAN
Fairul Nizam Gani
SMK Beladin
Teacher
Senior Member
*

Fame: 37
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 421


Merentas minda mencari identiti..


WWW
« Reply #31 on: January 15, 2009, 01:42:38 PM »

PK sudah maklumkan pada saya bahawa markah yang dia berikan sudah layak untuk anjakan tapi kena tunggu markah dari pengetua lagi. Kalau rumusan belum buat lagi, tak tahulah macam mana...
Logged
Ling Ching Ang
SMK Tatau
Principal
Junior Member
*

Fame: 2
Offline Offline

Posts: 64



« Reply #32 on: January 15, 2009, 09:39:42 PM »

Tak silap saya, tarikh akhir untuk anjakan gaji tahun ini ialah 15 Januari 2009..Macam mana tu?
Memang silap.
Anjakan gaji hanya dapat dibuat setelah markah LNPT disahkan dalam mesyuarat yangdipengerusikan oleh PPG sendiri dan pengetua sebagai ahlinya.
Setakat ini, kami masih belum terima tarikh mesyuarat itu dari JPN.
Oleh itu memang tidak dapat lagi nak perakukan anjakan gaji ini.
Logged
Ling Ching Ang
SMK Tatau
Principal
Junior Member
*

Fame: 2
Offline Offline

Posts: 64



« Reply #33 on: January 15, 2009, 09:41:12 PM »

PK sudah maklumkan pada saya bahawa markah yang dia berikan sudah layak untuk anjakan tapi kena tunggu markah dari pengetua lagi. Kalau rumusan belum buat lagi, tak tahulah macam mana...
Yang PK maklumkan itu markah tahun 2008 PK1 sahaja.
Ia perlu dipuratakankan dengan markah dari Pengetua.
Tunggulah.
« Last Edit: January 16, 2009, 03:58:59 PM by Ling Ching Ang » Logged
Mohamad Ali Bin Kupon
SK Ulu Machan
Teacher
Senior Member
*

Fame: 24
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 407


Murid Diutamakan, Prestasi Jadi Ukuran.


« Reply #34 on: January 15, 2009, 09:51:36 PM »

Sabarlah cikgu-cikgu yang menunggu untuk anjakan gaji. Saya dapat aras IV pada bulan Mac 2008. Sekarang ini cuma tunggu markah LNPT tahun semasa(2008) yang akan dikeluarkan dalam tahun ini. Pengalaman tahun lepas, kalau tak silaplah, rakan saya dikehendaki menghantar sebelum akhir bulan Oktober, yakni sejurus sahaja keputusan LNPT diketahui. Pasal tunggakan tu, kalau ada molek sungguh, kalau tak ada cukuplah tambahan/anjakan gaji yang akan kita dapat pada bulan seterusnya.
Logged

Mohamad Ali Bin Kupon
Penolong Kanan
SK Ulu Machan
Fairul Nizam Gani
SMK Beladin
Teacher
Senior Member
*

Fame: 37
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 421


Merentas minda mencari identiti..


WWW
« Reply #35 on: January 15, 2009, 10:31:57 PM »

Terima kasih atas penerangan cikgu Ling. Yelah...sabar je lah dulu..Kalau takde rezeki nak buat macam mane.. Tongue
Logged
Mohd Hamizan B Muhammad
SK Selanjan
Teacher
Novice Member
*

Fame: 3
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 33


"Jaga Diri Hiasi Peribadi


« Reply #36 on: January 19, 2009, 10:25:37 PM »

Sayapun dah lulus aras IV pada PTK Ogos 2007, saya dah mohon untuk anjakan gaji tahun 2008. Semua dokumen dah lengkap, LNPt 90% keatas, Surat pergerakan gaji  2008 dah ada, kursus Kenegaraan pun sudah lulus.Tapi tidak layak untuk anjakan gaji 2008 dengan syarat cuma saya tak lampirkan salinan Sijil Kursus Kenegaraan kerana terlupa. Apa salahnya pihak Jabatan memberi memokah untuk menyertakan semula sijil berkenaan.Ini tidak . untuk memohon semulapun tidak diberitahu melalui surat tersebut. Masalah skrg saya telah berpindah sekolah, susah untuk saya berurusan dgn pihak sekolah dan Jabatan yg. lama. Tanya jabatan baru, kata Jabatan lama mesti uruskan. Tanya Jabatan lama, Jabatan baru boleh uruskan. saya rasa terlalu banyak kerenah Birokrasi. mungkin jalan terakhir terpaksa rujuk dengan JPN Sarawak. Sayapun dah ketinggalan utk PTK 2009 krn menunggu anjakan gaji yg. tak pasti.
Logged

SK Selanjan
Joseph Huo
SMK Lake

Master Member
*

Fame: 106
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1647


SMK Lake, 94000 Bau Sarawak


« Reply #37 on: January 19, 2009, 10:49:57 PM »

kenapa semua ini berlaku ya. betul-betul tidak faham. dulu kata mesti itu dan ini, kita sudah lakukan mengikut itu dan ini yang disyaratkan tetapi akhirnya jadi begini. kalau cikgu sendiri perlu uruskan maka tidak mengajarlah cikgu kerana turun naik pejabat bawa muka tak laku.
Logged

Joseph (joransarawak)
SMK Lake Bau,
Sarawak
Guru Akademik Biasa
Zefry Hanif Borhan
Sekolah Sultan Alam Shah
Teacher
Full Member
*

Fame: 23
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 155



WWW
« Reply #38 on: January 19, 2009, 11:16:26 PM »

Kalau ini berlaku, bukan siapa-siapa tapi anda sendiri yang menidakkan hak anda untuk dapat anjakan.
Ingat, mendapat anjakan gaji bukan HAK!
Sebagai seorang guru, anda hanya ada 2 hak iaiatu hak untuk dapat gaji (bukan anjakan gaji) dan hak untuk meletak jawatan.

tapi yang jadi masalah kadang-kadang elemen emosi, dendam yang jadi tanda aras prestasi.
ketua jabatan juga manusia, saya percaya kadang-kadang perkara ini mempengaruhi...
biasa dalam sekolah, ada dua pihak; pembangkang dan pro pengetua. itu biasa.

sekadar pandangan...
Logged

Zefry Hanif bin Burham @ Borhan
Guru Cemerlang Matematik Tambahan
Sekolah Sultan Alam Shah Putrajaya
Fairul Nizam Gani
SMK Beladin
Teacher
Senior Member
*

Fame: 37
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 421


Merentas minda mencari identiti..


WWW
« Reply #39 on: January 19, 2009, 11:26:41 PM »

tapi yang jadi masalah kadang-kadang elemen emosi, dendam yang jadi tanda aras prestasi.
ketua jabatan juga manusia, saya percaya kadang-kadang perkara ini mempengaruhi...
biasa dalam sekolah, ada dua pihak; pembangkang dan pro pengetua. itu biasa.

sekadar pandangan...

Saya setuju dengan pandangan cikgu. Kekadang, sekiranya kita tersilap langkah, maka kesilapan itulah yang akan menjadi penanda aras. Sebaik mana pun prestasi, jika satu kesilapan ini diambil kira tanpa mengenang jasa dan sumbangan yang telah dicurahkan, maka kita tak akan ke mana. Tetap di takuk lama...

Juga sekadar pandangan...jangan pula disalahertikan..
Logged
Pages: 1 [2] 3 4 5 6 7   Go Up
  Print  
 
Jump to:  

Members
Total Members: 19141
Latest: vpn services
Stats
Total Posts: 249465
Total Topics: 20096
Online Today: 325
Online Ever: 637
(January 04, 2012, 10:05:22 PM)
Users Online
Users: 0
Guests: 163
Total: 163
PIPPBahagian Pembangunan Kurikulume-Paymente-Hasil
Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1.16 | SMF © 2011, Simple Machines | Sitemap Valid XHTML 1.0! Valid CSS!
Page created in 0.215 seconds with 26 queries.