Home   Forum   Help Search Calendar Links Login Register   **
Welcome, Guest. Please login or register.
Did you miss your activation email?
February 08, 2012, 02:56:39 AM

Login with username, password and session length
Program
EduWebTVLatih TubiLINUSManaging Challenging SchoolsGerakan Memperkasakan SekolahLDPICTL SMICTL SRMalaysian Grid for Learning (MyGfL)ProtimPPSMISIP
Recent
[Today at 01:13:53 AM]

[Yesterday at 11:05:41 PM]

[Yesterday at 11:01:54 PM]

[Yesterday at 10:37:23 PM]

[Yesterday at 09:50:54 PM]

[Yesterday at 09:20:17 PM]

[Yesterday at 08:52:01 PM]

[Yesterday at 08:47:15 PM]

[Yesterday at 08:31:44 PM]

[Yesterday at 07:52:52 PM]
 

Pages: [1]   Go Down
  Print  
Author Topic: Pengenalan : GeMS ( Gerakan Memperkasakan Sekolah )  (Read 2339 times)
0 Members and 1 Guest are viewing this topic.
Leander Lim

Super Member
*

Fame: 58
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 3306



WWW
« on: March 13, 2008, 01:16:40 AM »

Pengenalan

   GeMS ialah nama singkatan bagi Gerakan Memperkasakan Sekolah Sarawak. Gerakan ini merupakan suatu bentuk pengurusan strategik untuk menetapkan hala tuju Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak. Perancangan Strategik GeMS akan dijadikan panduan pelaksanaan program jabatan kepada semua warga pendidik dalam tempoh lima tahun.

   Secara umum, GeMS menekankan empat perkara utama iaitu penggubalan rancangan GeMS, pelaksanaan pelan tindakan GeMS, pemantauan pelaksanaan dan pelaporan prestasi GeMS serta penilaian pelan tindakan GeMS untuk mencapai matlamat yang ditetapkan. Dalam gerakan ini seluruh warga pendidik terlibat dalam mengenal pasti cabaran, isu-isu utama dan sasaran strategik serta merangka pelan tindakan bagi menangani isu-isu berkenaan.

Pendekatan GeMS

Pendekatan GeMS melibatkan lima langkah seperti yang berikut:

  • menilai persekitaran luaran yang melibatkan peluang dan cabaran terhadap organisasi.
  • menilai kemampuan masa kini organisasi untuk mengambil peluang dan menyahut cabaran tersebut.
  • mengenal pasti misi utama organisasi.
  • membina satu senario persekitaran pada masa depan dan kemampuan organisasi menyahut cabaran tersebut secara realistik.
  • membandingkan keadaan masa kini dengan prospek masa depan dan menyediakan ruang bertindak untuk mengurangkan jurang antara kedua-duanya.

Ciri-ciri GeMS

GeMS mempunyai ciri-ciri yang berikut :

  • penekanan kepada mewujudkan suatu visi masa depan organisasi.
  • mewujudkan senario untuk pembangunan masa depan dan bukan hanya merancang untuk melakukan perkara yang sama bagi satu tempoh masa.
  • berorientasikan masa depan dan bukan pada situasi semasa.
  • penekanan kepada strategi dan bukan taktik.
  • satu proses berterusan untuk mencari “new rules of the game” dan membolehkan organisasi menyesuaikan diri dengan persekitaran yang sentiasa berubah.

Fokus Perancangan Strategik GeMS

  • GeMS digubal untuk menentukan haluan dan merealisasikan fokus Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak seperti yang berikut :
    • memperkasakan sekolah. (F1)
    • memartabatkan profesion keguruan. (F2)
    • meningkatkan kecekapan dan keberkesanan kepimpinan, pengurusan dan pentadbiran pendidikan. (F3)
    • merapatkan jurang pendidikan. (F4)
    • memartabatkan penggunaan bahasa Melayu. (F5)
  • Lima fokus GeMS adalah berlandaskan tujuh fokus utama Kementerian Pelajaran Malaysia seperti yang berikut :
    • memartabatkan profesion keguruan.
    • pembestarian sekolah.
    • memperkasakan Sekolah Kebangsaan.
    • meningkatkan kecemerlangan Institusi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia dan Swasta.
    • merapatkan jurang pendidikan.
    • memartabatkan bahasa Melayu.
    • meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem pengurusan dan pentadbiran pendidikan.

Matlamat Perancangan Strategik GeMS

Pengurusan GeMS Sarawak 2006-2010 bermatlamat memperkasakan semua sekolah di negeri Sarawak untuk melahirkan murid berkualiti yang mempunyai ketahanan diri dan daya saing yang tinggi.

Matlamat fokus Perancangan Strategik Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak adalah seperti yang berikut:
  • semua sekolah menjadi sekolah berkesan.( M1)
  • semua murid mendapat pendidikan terbaik daripada guru yang berkualiti.(M2)
  • kepimpinan, pengurusan dan pentadbiran yang berkualiti di semua peringkat.(M3)
  • semua sekolah dan murid mempunyai ekuiti dan akses yang saksama untuk kecemerlangan dan pembangunan masa depan.(M4)
  • penggunaan bahasa Melayu dipertingkatkan di semua peringkat pendidikan. (M5)

Objektif Perancangan Strategik GeMS

  • Menyediakan sistem pengurusan organisasi yang baik dan terancang dari aspek dalaman ataupun persekitarannya.
  • Menyediakan peluang penglibatan semua warga pendidik dalam proses pemikiran dan mengurangkan tekanan serta tentangan kepada sebarang perubahan yang dicadangkan.
  • Mengenal pasti isu-isu utama yang dihadapi.
  • Membuat keputusan yang sesuai tentang tindakan yang akan diambil.
  • Membuat keputusan secara sistemik dengan menggunakan maklumat terbaik.
  • Membuat keputusan yang bijak tentang pengagihan sumber manusia, kewangan, dan kemudahan.
  • Membuat keputusan yang praktikal untuk mendapatkan penyelesaian yang terbaik.
  • Meningkatkan semangat kerja berpasukan, memotivasikan staf serta menjalinkan silaturahim dan kemesraan antara semua staf melalui pemahaman dan pengupayaan hala tuju yang sama.
  • Menetapkan keutamaan dan objektif yang jelas termasuk skop aktiviti, pelan tindakan, pemantauan pelaksanaan dan penilaian impak program berkenaan.
  • Memahami kuasa-kuasa yang mempengaruhi masa depan jabatan khususnya tekanan dan perubahan terhadap persekitaran masa depan.
Logged

Leander Lim Hock Kiong
Assistant Director (ICT & Computing)
Academic Management Sector
Sarawak Education Department
Tkt 4-5, Bangunan R.T.M
Jln P. Ramlee, 93614 Kuching
082247050(O) 082414599(F)
Leander Lim

Super Member
*

Fame: 58
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 3306



WWW
« Reply #1 on: March 13, 2008, 01:24:18 AM »

Prinsip-Prinsip Dan Nilai-Nilai Utama Pengurusan Program GeMS

  • Membina wawasan untuk organisasi dengan mendapat pandangan serta idea daripada warga dalam organisasi.
  • Melaksanakan proses penjanaan wawasan, misi, matlamat serta objektif strategik dengan melibatkan seluruh warga pendidikan.
  • Melakukan imbasan persekitaran dalaman dan luaran organisasi untuk mengetahui kekuatan, kelemahan, cabaran dan peluang yang wujud.
  • Menetapkan faktor-faktor penentu kejayaan organisasi, nilai, kepercayaan dan adat resam serta budaya yang wujud di sesuatu tempat.
  • Menubuhkan pasukan pelaksana wawasan organisasi untuk menjalankan segala aktiviti yang dirancang.
  • Membina kerangka penilaian dan nilai setiap objektif khusus untuk menentukan kejayaannya.
  • Melakukan kerja-kerja penambahbaikan untuk memastikan semua perancangan dilaksanakan sepenuhnya.
  • Memantapkan kerjasama dalam organisasi untuk mengelakkan keadaan berpuak-puak dan mementingkan diri.
  • Menyemarakkan kecintaan terhadap organisasi dan kerja sebagai satu ibadah.
  • Membina jaringan yang baik dengan masyarakat, badan kerajaan, badan korporat dan agensi lain untuk memudahkan pelaksanaan pelan tindakan strategik.

Kerangka Perancangan Strategik GeMS

Perancangan Lima Fokus GeMS 2006-2010 merangkumi enam perkara utama iaitu cabaran, isu-isu utama, sasaran strategik, strategi, pelaksana dan indikator pencapaian.

  • Cabaran
    Sesuatu keadaan yang belum wujud atau belum mantap dan belum dicapai    sepenuhnya tetapi dapat menjadi kenyataan apabila diusahakan secara optimum dalam tempoh lima tahun.
  • Isu-isu utama
    Data dan maklumat yang menunjukkan krisis yang perlu ditangani selepas analisis SWOT (Strength, Weakness, Opportunity, Threat).
  • Sasaran strategik
    Satu pernyataan yang merangkumi jangkaan umum tentang hasil atau situasi optimum yang dihasratkan.
  • Strategi
    Program atau aktiviti khusus yang dirancang bertujuan menangani isu-isu utama untuk mencapai matlamat tertentu.
  • Tempoh
    Jangka masa lima tahun bermula dari tahun 2006 hingga 2010.
  • Pelaksana
    Semua pihak yang bertanggungjawab atau terlibat secara langsung dalam melaksanakan sesuatu program atau aktiviti yang dirancang.
  • Indikator pencapaian
    Hasil atau produk yang boleh dijadikan petunjuk bagi menentukan sesuatu matlamat telah tercapai dalam tempoh yang ditetapkan. Hasil atau produk tersebut hendaklah dapat diukur.

Kerangka Pelan Tindakan GeMS

Perancangan Pelan Tindakan GeMS 2006-2010 merangkumi enam perkara utama iaitu strategi, aktiviti, kumpulan sasaran, jadual pelaksanaan, pegawai bertanggungjawab dan anggaran kos.

  • Pelan Tindakan
    Satu rancangan yang merangkumi tindakan atau aktiviti-aktiviti yang perlu dijalankan untuk mencapai sesuatu matlamat dalam tempoh yang ditetapkan berdasarkan sumber yang sedia ada.
  • Strategi
    Program atau aktiviti khusus yang dirancang untuk menangani isu-isu utama bagi mencapai matlamat tertentu.
  • Aktiviti
    Aspek perkhidmatan pendidikan yang dilaksanakan untuk memenuhi kehendak pelanggan.
  • Kumpulan sasaran
    Murid dan warga pendidikan.
  • Jadual pelaksanaan
    Tempoh masa yang dirancang untuk melaksanakan sesuatu program atau aktiviti.
  • Pegawai bertanggungjawab
    Pegawai yang terlibat secara langsung dalam melaksanakan sesuatu program atau aktiviti yang dirancang.
  • Anggaran kos
    Peruntukan yang perlu dibida untuk melaksanakan sesuatu program atau aktiviti yang dirancang.

Cabaran Dan Isu Utama

GeMS Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak 2006-2010 dirancang bagi memastikan Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak menjadi sebuah organisasi yang berwibawa dan unggul dalam semua aspek perkhidmatan.

Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak telah mengenal pasti 15 cabaran dan 38 isu utama yang perlu ditangani bersama oleh semua warga pendidikan melalui pelan tindakan GeMS berlandaskan Fokus dan Matlamat Perancangan Pembangunan Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Pengisian wawasan GeMS Sarawak amat menuntut komitmen semua pihak sama ada di dalam atau di luar organisasi. Pendidikan berkualiti dan sekolah gemilang haruslah menjadi agenda utama dalam usaha melahirkan modal insan yang berkualiti, berdaya saing dan mempunyai daya ketahanan yang tinggi selaras dengan Wawasan Gemilang Sarawak.
Logged
Lau Shin Chai

Veteran Member
*

Fame: 8
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 653



« Reply #2 on: May 09, 2008, 12:10:14 AM »

WAJAH BUKU GeMS JPN Sarawak 2006-2010

There are 1 attachment(s) in this post which you cannot view or download
Gms cover 1.jpg
Logged

Lau Shin Chai
Unit Sains
Sektor Pengurusan Akademik
Jabatan Pelajaran Sarawak
Leong Ming Meng
SMK Balai Ringin
Teacher
Junior Member
*

Fame: 0
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 54



« Reply #3 on: May 11, 2008, 12:55:21 PM »

Saudara,
Nampaknya di peringkat sekolah, kita telah dibebani oleh 2 pelaporan adik-beradik yang berat ini iaitu GeMS & PIPP...

Apa pendapat saudara sekiranya kita lapor untuk GeMS oleh mantan Pengarah kita sahaja dan pelaporan GeMS itu mewakili pelaporan PIPP?  Huh
Logged

Leong Ming Meng
GAT6 (Ekonomi)
SMK Balai Ringin, Serian
Omar Alli Othman
SMK Oya Mukah
Teacher
Master Member
*

Fame: 4
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1204


sotugau


« Reply #4 on: May 29, 2008, 10:36:31 PM »

Thanks for sharing with us, Mr Leander Lim  Grin Grin Grin

 Cool
Logged

Omar Alli Othman
SMK DALAT
Mohamad Rizuan Bin Sarbini
PPD Simunjan

Master Member
*

Fame: 39
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1186


smrizuan


WWW
« Reply #5 on: October 27, 2008, 05:15:37 PM »

Thanks for the info
Logged

MOHAMAD RIZUAN BIN SARBINI
Ketua Unit
Unit Pengurusan Akademik
PPD SIMUNJAN
Erwina Awg Sauni
SK Batu Tellingai
Teacher
Senior Member
*

Fame: 7
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 213


smile wiewie


« Reply #6 on: October 28, 2008, 07:40:21 AM »

Thanks for the information about GEMS and PPIP.
Logged

Erwina Awg Sauni
SK Batu Tellingai, Suai
D/A Pejabat Pelajaran Daerah Subis,
98150 Bekenu,Miri.
Fairul Nizam Gani
SMK Beladin
Teacher
Senior Member
*

Fame: 37
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 421


Merentas minda mencari identiti..


WWW
« Reply #7 on: October 29, 2008, 01:16:46 PM »

Thanks...Erwina, agik ingat mek kah? SMK Kidurong 2001-2002?
Logged

Fairul Nizam Gani
Guru Kanan
SMK Beladin
Pages: [1]   Go Up
  Print  
 
Jump to:  

Members
Total Members: 19070
Latest: boxokpoy
Stats
Total Posts: 249421
Total Topics: 20083
Online Today: 307
Online Ever: 637
(January 04, 2012, 10:05:22 PM)
Users Online
Users: 0
Guests: 180
Total: 180
PIPPBahagian Pembangunan Kurikulume-Paymente-Hasil
Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1.16 | SMF © 2011, Simple Machines | Sitemap Valid XHTML 1.0! Valid CSS!
Page created in 0.12 seconds with 26 queries.