Home   Forum   Help Search Calendar Links Login Register   **
Welcome, Guest. Please login or register.
Did you miss your activation email?
May 24, 2012, 09:31:09 PM

Login with username, password and session length
Program
EduWebTVLatih TubiLINUSManaging Challenging SchoolsGerakan Memperkasakan SekolahLDPICTL SMICTL SRMalaysian Grid for Learning (MyGfL)ProtimPPSMISIP
Recent
[Today at 08:34:38 PM]

[Today at 05:51:30 PM]

[Today at 11:53:44 AM]

[Today at 11:14:53 AM]

[Today at 09:14:15 AM]

[Today at 07:24:26 AM]

[Yesterday at 09:30:31 PM]

[Yesterday at 08:37:00 PM]

[Yesterday at 07:47:07 PM]

[Yesterday at 11:32:41 AM]
 

Pages: [1]   Go Down
  Print  
Author Topic: Kelayakan cuti belajar  (Read 3148 times)
0 Members and 1 Guest are viewing this topic.
Suhana Bt. Sarkawi
SMK Matang Hilir
Teacher
Full Member
*

Fame: 17
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 155


Not that wise but just teachable.. :)


« on: January 20, 2009, 09:36:05 AM »

Salam hormat.
Bolehkah saya mengetahui lanjut berkenaan kelayakan cuti belajar melanjutkan pelajaran bagi guru DG41?
1. Apakah kelayakan dan prosedur untuk memohon kemudahan cuti tersebut?
Mohon diterangkan lebih lanjut berkenaan kemudahan ini. Terima kasih.
Logged

Suhana Bt Sarkawi
' I have all the rights to choose'
Abd Rahman
SK Madrasah Datuk Hj. Abdul Kadir Hasan
Teacher
Hero Member
*

Fame: 199
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 2588



« Reply #1 on: January 20, 2009, 09:52:33 AM »

Bagi peringkat Sarjana, kebenaran dan permohonan cuti belajar perlu dikemukakan terus ke KPM selepas mendapat tawaran daripada universiti serta pelepasan jawatan daripada Pengarah Pelajaran.

Jenis Cuti Belajar :
1. Bergaji Penuh-kursus ditawarkan oleh KPM
2. Separuh Gaji-ijazah pertama di universiti tempatan
3. Tanpa gaji-(ijazah kedua/sarjana di institusi tempatan/luar negeri yang diambil secara persendirian/pilihan sendiri.Juga untuk ijazah pertama di institusi luar negeri)
4. Tanpa Gaji dan Tanpa Biasiswa-Walau bagaimana, semua jenis cuti belajar akan ditentukan dan diluluskan oleh Bahagian Biasiswa,KPM.

Mungkin ada rakan lain yang dapat membantu..
« Last Edit: January 23, 2009, 06:19:23 PM by Abd Rahman » Logged
Suhana Bt. Sarkawi
SMK Matang Hilir
Teacher
Full Member
*

Fame: 17
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 155


Not that wise but just teachable.. :)


« Reply #2 on: January 20, 2009, 01:23:48 PM »

Permohonan CBTG sudah dikeluarkan hingga 5.3.09.

Mohon rakan guru yang mengetahui lanjut berkenaan Kod kursus KPM(LDP)1/2003 Pindaan 5 untuk berkongsi pendapat.
« Last Edit: February 19, 2009, 01:03:42 PM by Suhana Bt. Sarkawi » Logged
Ophelia Jane Liew
SMT Betong
Teacher
Novice Member
*

Fame: 2
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 17


Unleash the Potential of Youth


« Reply #3 on: March 15, 2009, 05:00:12 PM »

Wah, kalau nak lanjutkan pelajaran ke ijazah kedua atau master tidak layak dapat separuh gaji la ni? Sekiranya cuti belajar tanpa gaji nanti, adakah ia akan mengurangkan jumlah tahun kita berkhidmat memandangkan masa kita belajar kita tidak berkhidmat langsung? Dengar kata akan menjejaskan seniority kita juga, betul ke tu? Cikgu-cikgu lain, tolong bagi informasi dan pandangan. Terima Kasih.
Logged

Ophelia J. L.
SM Teknik Betong
Tay Guan Piang
SMK St. Augustine
Teacher
Veteran Member
*

Fame: 12
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 730


Be Smart :)


« Reply #4 on: April 03, 2009, 10:50:31 AM »

Kalau dikatakan cuti belajar boleh dipohon, apakah syarat untuk seorang guru untuk diluluskan permohonan cuti belajar? berapa lama tempoh berkhidmat baru beliau layak memohon cuti belajar?
Logged

SMK St. Augustine
Elegant & Charming
Nadziah
SK Dato Traoh Muara Tuang
Teacher
Novice Member
*

Fame: -1
Offline Offline

Posts: 15



« Reply #5 on: April 04, 2009, 01:15:08 AM »

Permohonan CBTG sudah dikeluarkan hingga 5.3.09.

Mohon rakan guru yang mengetahui lanjut berkenaan Kod kursus KPM(LDP)1/2003 Pindaan 5 untuk berkongsi pendapat.

First of all, thank u cikgu for posting the question.

interested jugak. x berapa tahu psl nie. apa tue CBTG? and apa kursus KPM yang cikgu maksud kan n bagaimana nk access info tersebut?

actually saya pun baru nk uruskan hal nk smbg blaja.
there's a course in Uitm master dlm P&P.
cant give any details yet coz sy sendiri x berapa pasti.
Kwn yg bagitau n ajak join.
Logged

SK Dato Traoh Muara Tuang
Suhana Bt. Sarkawi
SMK Matang Hilir
Teacher
Full Member
*

Fame: 17
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 155


Not that wise but just teachable.. :)


« Reply #6 on: July 28, 2009, 03:30:59 PM »

Kawan-kawan seperjuangan,

Ramai yang mohon sambung belajar saban tahun.
Namun tidak ramai dapat berkongsi pengalaman apabila sudah dapat tawaran terutamanya HLP - Hadiah Latihan Persekutuan ( Biasiswa dalam KPM khas untuk PPPS sambung nak blajar).

Dalam memohon apa juga kemudahan KPM, kerajaan amnya, paling penting adalah sokongan pengetua / GB. Jika kita berkobar bagaimana sekalipun atau CGPA hebat, Kerja hebat bagaimanapun di sekolah  jika tidak disokong oleh KJ, tak ke mana perginya kita.

Bagi yang 'berani mati' sambung belajar, boleh mohon CTBG - Cuti Belajar Tanpa Gaji - yang ditawarkan untuk PPPS. Saya tidak berani ulas berkenaan DG29/32 atau PPLD.

Yang dikata oleh cikgu Rahman ya mmg betul.

Paling bagus, saya nasihatkan rakan-rakan yang ingin menyambung belajar. Cari Kos yang menawarkan kerja kursus dan penyelidikan / thesis.
a.Ini terpakai jika rakan-rakan nak ambil biasiswa dan gaji penuh jak la.

Sepenuh masa: carilah IPTA atau IPT luar negara yang diiktiraf JPA dan KPM.

b.Yang tanpa biasiswa:
Separuh masa: IPTA @ OUM
Full research: IPTA dalam dan luar negara (luar negara jika anda rasa berbaloi -worth it)

Yang paling bagus menerangkan hal ini adalah unit Latihan di JPNS.
Cubalah jenguk ke sana.

Saya sangat tidak pasti pekeliling sambung belajar untuk PPPS ada pernah diedar atau tidak atau memang tiada. Yang pasti untuk PPLD memang ada, dan layak mohon CBSG- Cuti Belajar Separuh Gaji.

Apa-apa pun cikgu, keinginan untuk sambung belajar harus disederhanakan, kerana berdasarkan pengalaman saya, dua tahun ini, yang telah 'berkobar-kobar' nak sambung belajar tapi tak dapat HLP menjatuhkan motivasi saya.

Namun, rakan-rakan yang saya ajak sambung blajar (yang sebelum itu tidak tahu pun ada grant HLP ) pula yang dapat, saya rasa gembira. Maka nak habaq kat sini:

1. Ikut nasib juga siapa yang dapat itu.

2. Pastikan anda sentiasa melayari laman web KPM untuk informasi terkini.

3. Ambillah hati KJ anda- bukan nak suruh ampu. Tapi buatlah 'core-business' kita dengan sebaiknya.

4. Pilihlah kos yang sesuai dengan bidang.

5. Jika nak ikut pengajian ke luar negara, mungkin jika kawan-kawan sudah menjawat Guru cemerlang atau pakar atau memang dah berkhidmat hampir 10 thn, makin cerah nak dapat. Atau anda bekerja di pejabat atau di IPG. Kerana kos-kos luar negara lebih kepada pentadbiran dan pengurusan pendidikan.

6. Sediakan kertas cadangan penyelidikan atau buat 'homework' tentang bidang yang anda hendak ambil.

7. Pastikan kenyataan perkhidmatan kitak dah dikemas kini. (Rujuk Kerani perjawatanan sekolah anda)


Apa-apa pun yang kamek padah di atas adalah berdasarkan pengalaman kamek duak tahun tok. Jika kamek salah, betulkan kamek.

Sebab puas juak kamek bertanyak, sik da yang dapat nerang menar2.
Mungkin kamek salah masa dan salah kamek juak jika masa yang nanyak orang yang salah.

Tahun tuk, mana-mana cikgu yang mahu mohon belajar, bulan 8 - 9 tuk iklan IPTA untuk master akan keluar, jadi mohonlah beramai-ramai. Ndiat rezeki masing masing.

Bulan 11 atau bulan 12 akan keluar tawaran permohonan Biasiswa HLP untuk Master dan PHd.
Rujuk laman web.

Jika sik dapat, HLP, mohon cuti blajar tanpa gaji lah nampaknya.
Iklan keluar dalam  bulan 2 thn depan. Rujuk jak kitak, cikgu-cikgu, di laman web KPM.

Semoga tulisan kamek tuk dapat dimanfaatkan. Mun pun kamek sik dapat, kawan-kawan dari Sarawak dapat dah syukur. Sebab, sik ramai orang Sarawak yang dapat HLP ya. Wink

« Last Edit: November 23, 2010, 12:35:40 AM by Suhana Bt. Sarkawi » Logged
Shyrol B. Zalani
SMK DPHA Gapor Kuching
Teacher
Senior Member
*

Fame: 4
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 259


Senyum Itu Sedekah :)


WWW
« Reply #7 on: November 07, 2009, 09:24:38 PM »

Bila iklan HLP akan keluar? Saya berminat nak sambung pelajaran ke peringkat master.
Logged

Shyrol Bin Zalani
SMK Datuk Patinggi Haji Abdul Gapor (Integ)
Adila Md. Hashim
SMK Meru, Klang, Selangor
Teacher
Junior Member
*

Fame: 2
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 68



« Reply #8 on: January 11, 2010, 02:00:50 AM »

salam..rasanya saya pun sudah sampai seru nak sambung sarjana ni.tapi baru-baru ini saya dapat maklumat yang hlp untuk 2010 tidak ditawarkan, saya jumpa di sini http://www.scribd.com/doc/23929483/Surat-dari-KPM. jadi kena sendiri tanggung la untuk yuran.saya ada soalan

1. adakah kalau kita sambung belajar cuti tanpa gaji dan biaya sendiri, lepas tamat belajar ada 'ikatan' dengan pihak kpm?
2. boleh ke kalau nak sambung sarjana dalam bidang lain selain pendidikan dan perlukah kebenaran pengetua kalau nak buat separuh masa?
3. adakah hlp hanya untuk ppps yang sambung sarjana dalam penyelidikan sahaja?
4. bolehkah kalau saya buat sarjana pendidikan separuh masa dan masa yang sama dalam bidang lain,kira 'double master' la dan perlu jugakah kebenaran pengetua untuk 2-2 sarjana ini?

harap cikgu-cikgu yang ada maklumat dan pengalaman boleh tolong kongsi bersama...
Logged

SMK Meru, Klang, Selangor
Ling Ching Ang
SMK Tatau
Principal
Junior Member
*

Fame: 2
Offline Offline

Posts: 68



« Reply #9 on: January 13, 2010, 06:57:16 PM »

1. adakah kalau kita sambung belajar cuti tanpa gaji dan biaya sendiri, lepas tamat belajar ada 'ikatan' dengan pihak kpm?
2. boleh ke kalau nak sambung sarjana dalam bidang lain selain pendidikan dan perlukah kebenaran pengetua kalau nak buat separuh masa?
3. adakah hlp hanya untuk ppps yang sambung sarjana dalam penyelidikan sahaja?
4. bolehkah kalau saya buat sarjana pendidikan separuh masa dan masa yang sama dalam bidang lain,kira 'double master' la dan perlu jugakah kebenaran pengetua untuk 2-2 sarjana ini?
harap cikgu-cikgu yang ada maklumat dan pengalaman boleh tolong kongsi bersama...
[/quote]
1. tiada
2. Kalau buat separuh masa, mesti memohon melalui pengetua ke Pengarah.
3.tidak
4. mampukah buat banyak tu dalam 1 masa.
Kalau benda ini tak dapat kebenaran/restu pengetua terlebih dahulu, apabila berlakunya percanggahan antara waktu sekolah dengan waktu kuliah, anda akan hadapi masalah besar.
Logged

Ling Ching Ang
SMK Tatau
Adila Md. Hashim
SMK Meru, Klang, Selangor
Teacher
Junior Member
*

Fame: 2
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 68



« Reply #10 on: January 14, 2010, 10:13:57 AM »

ada tak kes yang pengetua tidak benarkan? mungkin boleh kompromi dengan tugasan di sekolah kalau buat sambung belajar ni ye.tapi kecewa juga hlp tidak ditawarkan tahun ni.baru nak cuba mohon tahun ini.proposal pun dah hampir siap ni.
Logged
Suhana Bt. Sarkawi
SMK Matang Hilir
Teacher
Full Member
*

Fame: 17
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 155


Not that wise but just teachable.. :)


« Reply #11 on: March 28, 2010, 08:12:44 AM »

Kes tidak disokong tu ada la.
Tak nak sain pun ada.

Saya ada memohon CBGP TB. Ye la memandangkan thn ni tak da biasiswa.
Apa la nasib...
« Last Edit: March 28, 2010, 10:17:54 PM by Suhana Bt. Sarkawi » Logged
Yussof Hassan
SMK Matang Jaya
Teacher
Newbie
*

Fame: 0
Offline Offline

Posts: 2



« Reply #12 on: March 28, 2010, 10:54:08 PM »

Diharap kita sebagai pendidik dapat berbahasa dengan betul. Apakah kerana terlalu ghairah untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi (sarjana) kita lupa tugas hakiki kita di sekolah? "siapalah kita tanpa pelajar". Dan apalah maknanya jika suatu ketika nanti setelah berjaya memperoleh ijazah sarjana, ada segelintir pendidik ini menyalahkan kerajaan dan kementerian pelajaran kerana tidak mendapat gred jawatan yang lebih tinggi. Dan apalah maknanya dengan kelulusan sarjana yang ada, jika kita gagal melahirkan pelajar cemerlang dan masih membiarkan pelajar kita bosan dengan P&P di kelas. Sama-samalah kita fikir dan renungkan.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
First of all, thank u cikgu for posting the question.

interested jugak. x berapa tahu psl nie. apa tue CBTG? and apa kursus KPM yang cikgu maksud kan n bagaimana nk access info tersebut?

actually saya pun baru nk uruskan hal nk smbg blaja.
there's a course in Uitm master dlm P&P.
cant give any details yet coz sy sendiri x berapa pasti.
Kwn yg bagitau n ajak join.
[/quote]
« Last Edit: March 28, 2010, 11:14:39 PM by Yussof Hassan » Logged

SMK Matang Jaya
Suhana Bt. Sarkawi
SMK Matang Hilir
Teacher
Full Member
*

Fame: 17
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 155


Not that wise but just teachable.. :)


« Reply #13 on: March 29, 2010, 08:36:37 PM »

Diharap kita sebagai pendidik dapat berbahasa dengan betul. Apakah kerana terlalu ghairah untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi (sarjana) kita lupa tugas hakiki kita di sekolah? "siapalah kita tanpa pelajar". Dan apalah maknanya jika suatu ketika nanti setelah berjaya memperoleh ijazah sarjana, ada segelintir pendidik ini menyalahkan kerajaan dan kementerian pelajaran kerana tidak mendapat gred jawatan yang lebih tinggi. Dan apalah maknanya dengan kelulusan sarjana yang ada, jika kita gagal melahirkan pelajar cemerlang dan masih membiarkan pelajar kita bosan dengan P&P di kelas. Sama-samalah kita fikir dan renungkan.


Terima kasih cikgu Yussof. Atas teguran. Mungkin pengetahuan bahasa kami tidak mencapai standard cikgu atau yang sepatutnya. Ia satu cabaran yang baik.

Memang tidak dinafikan terdapat golongan pendidik yang melanjutkan pelajaran atas sebab inginkan jawatan tinggi agar dapat dipinjamkan ke jawatan atau ke kementerian lain. Ini kerana, untuk KPM, setahu saya, tidak menawarkan apa-apa imbuhan atau jawatan yang yang membolehkan guru diserapkan ke dalam jawatan yang lebih tinggi jika memperolehi sarjana atau PhD sekalipun.

Tidak kurang juga, terdapat guru yang telah mendapat sarjana dan PhD, tetapi tidak mendapat pekerjaan dan akhirnya memilih KPLI atau Diploma Pendidikan dan dihantar ke sekolah. Bila sudah dihantar ke sekolah, merungut pula kenapa tidak dihantar ke IPG atau Politeknik? Guru-guru sebegini ada di antaranya tidak mahu bergaul dengan guru-guru biasa kerana berasa tidak serasi (tak masuk line).

Namun, bagi saya, memohon untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi adalah satu hasrat peribadi saya dan saya kira ramai juga ingin berbuat demikan kerana persaingan dan taraf hidup terutamanya yang berada di bandar-bandar besar seperti KL dan Pulau Pinang. Terdapat pelajar2 yang pandang rendah terhadap guru2 yang hanya mempunyai ijazah dasar. Ini sekadar memetik kata-kata rakan2 yang mengajar di sekolah2 elit di sana. Ramai yang ingin tahu caranya Cuma tidak punya kesempatan atau mengetahui jalan yang sepatutnya dilalui.

Setiap orang punya impian dan tahap yang ingin dicapai dalam hidup. Setiap orang punya sasaran yang berlainan. Terdapat yang selesa dengan keadaan sekarang, dan juga sebaliknya.

Namun, tidak bermakna, kita tidak boleh bermimpi untuk menyambung pengajian. Ia juga sebagai pendorong kepada pelajar kita sendiri dan maruah kita. Namun, di dalam keghairahan tersebut, tidaklah dikatakan sesuatu yang wajar dilakukan oleh semua pemohon biasiswa atau cuti belajar ini untuk menafikan hak pelajar untuk diajar dengan penuh fokus dan berkesan. Jika ini berlaku, maka itu adalah suatu kesalahan yang tidak sepatutnya berlaku dan mesti dielakkan.

KPM telah menawarkan peluang untuk melanjutkan pelajaran, kursus, jawatan (Guru Cemerlang dll ) dan cuti belajar dengan secara rasmi bermaksud, pihak kerajaan dan KPM memang memberi para pendidik peluang untuk meningkatkan pengetahuan untuk diri sendiri dan DIGUNAKAN dalam meningkatkan kualiti pendidikan, pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Peluang terbentang luas, maka TIDAK SALAH untuk mencuba.

Terdapat juga guru yang tidak suka atau sudah bosan belajar lagi, saya tidak menyatakan mereka salah atau memperoleh kerugian yang besar. Ia adalah pilihan masing-masing. Patut dihormati. Mungkin kelebihan mereka di sudut pengalaman mengajar.

Berbalik ke persoalan bahasa yang sesuai tadi. Moralnya, kami patut belajar lagilah nampaknya. Smiley

« Last Edit: March 29, 2010, 08:51:16 PM by Suhana Bt. Sarkawi » Logged
Pages: [1]   Go Up
  Print  
 
Jump to:  

PIPPBahagian Pembangunan Kurikulume-Paymente-Hasil
Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1.16 | SMF © 2011, Simple Machines | Sitemap Valid XHTML 1.0! Valid CSS!
Page created in 0.13 seconds with 26 queries.