Home   Forum   Help Search Calendar Links Login Register   **
Welcome, Guest. Please login or register.
Did you miss your activation email?
May 24, 2012, 10:38:17 PM

Login with username, password and session length
Program
EduWebTVLatih TubiLINUSManaging Challenging SchoolsGerakan Memperkasakan SekolahLDPICTL SMICTL SRMalaysian Grid for Learning (MyGfL)ProtimPPSMISIP
Recent
[Today at 10:34:14 PM]

[Today at 10:23:08 PM]

[Today at 09:45:39 PM]

[Today at 08:34:38 PM]

[Today at 05:51:30 PM]

[Today at 11:53:44 AM]

[Today at 09:14:15 AM]

[Yesterday at 09:30:31 PM]

[Yesterday at 08:37:00 PM]

[Yesterday at 07:47:07 PM]
 

Pages: [1]   Go Down
  Print  
Author Topic: Elaun Balik Kampung  (Read 1734 times)
0 Members and 2 Guests are viewing this topic.
Zabedee Cosmas Panggie
SK Ng Temalat
Teacher
Junior Member
*

Fame: 6
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 80



« on: January 31, 2009, 02:55:13 PM »

Salam Sejahtera

Isu elaun balik kampung menjadi panas di Kalangan guru yang mengajar di Song. Apa tidak nya..... saya entah berapa kali mengisi borang EBK tu sejak beberapa tahun yang lepas. tapi bayarannya tidak juga masuk. Akhirnya dikehendaki mengisi semula pada awal tahun 2009. saya tidak mengisi kerana dah bosan..mengisi...mengisi...mengisi borang. Apa berlaku ? rakan sekerja saya berasal dari Sabah tapi tuntutan EBK hanya RM70.. tetapi guru tempatan song dapat RM400..... AKS dari Kapit dapat RM100. Macamana lah mereka kira? Paling kasihan guru sabah itu lah.... agaknya dia berenang balik ke sibu dan terbang menggunakan burung balik ke sabah....

Apa pandangan pihak JPN?
Logged

SK Ng Temalat, Song
Mohamad Ali Bin Mohd Hanafia
SK. Kampung Baru, Sandakan Sabah
Teacher
Veteran Member
*

Fame: 301
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 608


Tak Hidup Dek Puji, Tak Mati Dek Keji!!


WWW
« Reply #1 on: February 15, 2009, 02:14:42 PM »

Betul Cikgu Zabedee. Mungkin yang cikgu maksudkan adalah Cikgu Kak D Nyap kan? 
begitu juga yang terjadi di SK Nanga Engkuah Song.. ntah apa masalahnya sehinggakan rakan-rakan lain dari Semenanjung dan Sabah dibayar tidak sampai RM50.. itu belum kes yang tak berbayar lagi macam saya.  Kalau rasa-rasa keberatan nak sediakan peruntukan EBK ni.. apa kata cari je guru2 tempatan yang berasal dekat dengan sekolah tersebut untuk mengajar di sekolah berkenaan.. Kalau nak kata peruntukan belum sampai, itu tak bolehlah nak salahkan PPDK Songkan.. Tapi apa pula kesnya kalau Peruntukan yang sepatutnya dah sampai tapi guru2 tetap dibayar dengan jumlah yang "nak buat tambang bayar perahu panjang pun tak lepas"?
Logged

Misteri Itu Aku, Aku Itu Misteri.. Kau Gentar Menghadap Aku... Sila Undur Diri!!
Chong Tze Haw
SMK Telang Usan
ICT Teacher
Junior Member
*

Fame: 0
Offline Offline

Posts: 67



« Reply #2 on: February 15, 2009, 02:32:34 PM »

Satu isu yang menarik dan perlu diambil berat oleh pihak yang terlibat dan bertanggungjawab. Jangan sekadar melepaskan batuk di tangga.
Logged

Chong Tze Haw
SMK Telang Usan, Marudi
Azlina Mat Jamil
SMK DATO HARUN, JALAN BERNAM 8,
Teacher
Master Member
*

Fame: 59
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 1960


sentiasa ingin berada satu langkah di hadapan


WWW
« Reply #3 on: February 15, 2009, 10:52:24 PM »

Saya baru tahu tentang elaun balik kampung ni..tak pernah dengar pun..boleh terangkan sikit?  Huh
Logged

SMK DATO HARUN,
JALAN BERNAM 8,
45500 TANJUNG KARANG,
SELANGOR DARUL EHSAN.
(Mulai 1 Disember 2009)
  RASIONAL TANPA EMOSI-KAKU... EMOSI TANPA RASIONAL-GILA...
Ab Karim Bin Abdul Rahman
SK Abang Amin
Teacher
Senior Member
*

Fame: 311
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 293



« Reply #4 on: February 15, 2009, 10:59:32 PM »

Saya baru tahu tentang elaun balik kampung ni..tak pernah dengar pun..boleh terangkan sikit?  Huh
EBK ni khas untuk sekolah pedalaman yang ada P1 P2dan P3
sekalin setahun diperuntukan untuk balik kampung
semua perjalanan dibolehkan untuk dituntut
air darat dan udara
Logged

Ab Karim Bin Abdul Rahman
SK Abang Amin Bintangor
Peter Tingom
SK Ulu Bawan
Headmaster
Novice Member
*

Fame: 1
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 21



« Reply #5 on: February 15, 2009, 11:01:03 PM »

Bahagian Kanowit pun sama, saya hairan. Bagi elaun balik kampung, yang saya tahu, kita boleh menuntut sekali setahun, dalam borang itu ada bahagian yang perlu ditandatangi oleh ketua kampung.(bukti)  Tapi masalahnya, walaupun  sudah diisi,dihantar, tapi belum juga diterima sampai hari ini. entah mungkin sudah menghilang....... ha..ha
Logged

Peter Tingom
SK. Ulu Bawan Kanowit
Azlina Mat Jamil
SMK DATO HARUN, JALAN BERNAM 8,
Teacher
Master Member
*

Fame: 59
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 1960


sentiasa ingin berada satu langkah di hadapan


WWW
« Reply #6 on: February 15, 2009, 11:06:02 PM »

EBK ni khas untuk sekolah pedalaman yang ada P1 P2dan P3
sekalin setahun diperuntukan untuk balik kampung
semua perjalanan dibolehkan untuk dituntut
air darat dan udara


ooo..macam tu.untuk kawasan luar bandar macam kami ni,dapat waran..setahun sekali juga.dah 2 tahun isi borang,tak pernah rasa lagi balik free... Undecided
Logged
Anwar Che Seman
SMK Sematan Lundu
Teacher
Full Member
*

Fame: 1
Offline Offline

Posts: 118



« Reply #7 on: February 16, 2009, 10:25:33 PM »

EBK ni khas untuk sekolah pedalaman yang ada P1 P2dan P3
sekalin setahun diperuntukan untuk balik kampung
semua perjalanan dibolehkan untuk dituntut
air darat dan udara


Kenapa setiap kali persoalan/permasalahan seperti ini ditimbulkan di ruangan forum ini, tiada jawapan yang benar2 tepat dari pegawai JPNS.........
sekadar pandangan saje
Logged

Anwar Che Seman
SMK Sematan Lundu
Arthur Memojo John Sikos
SK Long Jeeh
Teacher
Full Member
*

Fame: 2
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 109


"You could always quit...but why quit now?"


« Reply #8 on: April 21, 2009, 12:09:59 PM »

Satu isu yang menarik dan perlu diambil berat oleh pihak yang terlibat dan bertanggungjawab. Jangan sekadar melepaskan batuk di tangga.

Saya setuju, cikgu. Macam dah jadi trend sekarang. Bila insentif2 macam ni mula2 keluar, punya gah bunyi dia... orang punya happy... tapi lepas tu, senyap terus... isi borang berulang kali, tiap-tiap tahun... nak tahu juga la, benda ni wujud ke tak sebenarnya? Or just sekadar perkeliling saja? Kalau tak dapat nak implement, tak payah la buat janji2 kosong. Haha... siapa yang berkenaan tolong la jawab ye... kesian kat cikgu2 kita...
Logged

aRturo
One Team, One Dream...
Sekolah Kebangsaan Long Jeeh
Zaidi bin Othman
SK Agama Sri Aman
Teacher
Senior Member
*

Fame: 7
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 259



« Reply #9 on: April 21, 2009, 12:29:21 PM »

TUNGGU JAWAPAN DARI MENTERI PELAJARAN YANG BARU, KALAU MENTERI LAYARI ENGKABANG.NET LA
Logged

Zaidi bin Othman
SK Agama Sri Aman
95007, Sri Aman,
Sarawak
Norizan binti Usop
SK Tungkah Dayak
Teacher
Newbie
*

Fame: 0
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 5



« Reply #10 on: April 21, 2009, 03:27:16 PM »

Salam semua guru yang bersidang. Daerah Simunjan pun sama. Dah beberapa kali isi borang yang serupa. Macam-macam syarat yang dikenakan. Mula-mula dulu kalau cikgu tu mempunyai alamat yang sama dengan nombor kad pengenalan dan perlukan pengesahan dari ketua kampung. Kemudian tak perlu pula tapi syarat lain cara mengira tuntutan, kalau ikut jalan darat hanya 200km yang pertama dikira tetapi yang selebihnya dikira ikut tambang bas contohnya saya nak balik kampung di Dalat. Apa cerita tu? Masa mula diumumkan tak pula dengar macam-macam syarat. Lain kali pihak yang berwajib fikir dulu sebelum menghebohkan perkara yang belum pasti.
Logged

SK Tungkah Dayak
Walter anak Guyut
SK Kendaie
Teacher
Full Member
*

Fame: 23
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 127


mind ur language


« Reply #11 on: April 21, 2009, 03:31:32 PM »

PPD Lundu tiada masalah dalam soal pembayaran EBK setakat ini.Teruskan usaha
Logged

Walter anak Guyut
SK Kendaie
94500 Lundu,
Sarawak
Mohd. Asrulfarid B. Alias
SK Singat
Teacher
Senior Member
*

Fame: 60
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 387


Saya Orang KL


WWW
« Reply #12 on: April 21, 2009, 03:55:36 PM »

Saya sokong cikgu Zabedee,kalau rasa tak mampu jgn la hantar orang jauh kalau tk mampu nk bayar,pekeliling sekadar jadi pekeliling,kalau pekeliling tentang nak bebankan cikgu mereka kuatkuasakan,ttg kita buat tak nampak,akhirnya jadi mcm cikgu Azlina tk pernah dgr ttg kewujudan elaun ini.

Saya sudah tanya antara alasan dibagi ialah belum layak la,tiada peruntukan dari JPN la,tunggu JPN keluarkan waran dulu la,tidak boleh tuntut untuk bulan Disember sedangkan saya perlu balik LEWAT seminggu dari cuti kerana MENJAGA sekolah,adakah mereka fikir akan kos yang sy tanggung,mereka fikir saya berenang gaya bebas balik ke KL agaknya.Sedangkan dalam pekeliling tidak pun menyebut akan hal ini,adakah ini birokrasi atau saja untuk mengambil hati atau ada agenda lain.

Sudah dua kali sy kena sebelum ini ttg mslh epw,sedangkan pekeliling sudah ada,boleh pejabat kata mereka tidak pernah lihat akan kewujudan pekeliling pembayaran sub standard epw,sedangkan pekeliling itu perlu lalu mereka dulu baru sampai ke sekolah,disekolah ada sedangkan di pejabat mereka kata tidak pernah dengar,sy pernah melihat pekeliling itu datangnya dari mereka.

Saya sudah hantar pertanyaan ini kepada BSM Putrajaya tapi masih belum ada jawapan,bulan Jun nnt (jika masih disini) saya akan tulis surat kepada Menteri Baru dan juga kepada KPPM,akan tetapi jika saya sudah pindah bulan Jun harap siapa yang mengalami nasib serupa selamat memperjuangkannya ok.Saya ingat saya dan rakan saya sahaja yang mengalaminya, rupa-rupanya ramai rakan senasib rupanya hihihihi.

Itu sahaja dari saya yang menurut perintah  Wink, sekian terima kasih

Jumpa lagi,kalau ada perkembangan bagi tahu ye hihihihi.
Logged

Muhamad Asrulfarid Bin Alias
Guru Prasekolah, SK Singat (P1)

Kod Tempat Aku Berasal
Lat       (DMS)    3° 7' 04.67" N
Long     (DMS)    101° 49' 12.17" E
Altitude (Feet)    195
Hipnee B. Piee
SMK Durin
Teacher
Senior Member
*

Fame: 49
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 415


anakbalau


WWW
« Reply #13 on: April 21, 2009, 04:33:41 PM »

sekarang ni kerajaan bagi elaun bagi ke wilayah asal setiap tahun. kenapa tak ada elaun untuk guru dlm wilayah tapi yang dihantar jauh di pedalaman. kadang2, ada guru kita yang bawa satu famili pergi ke pedalaman. sekurang-kurangnya adalah kurang sikit beban tambang nak balik. lagi pun belanja tersebut kerajaan boleh tampung lagi.
Logged

Hipnee B. Piee
Ketua Bidang
SMK Durin Sibu
Guru Penjana Transformasi.   Berkhidmat demi Agama dan Negara
Lee Bin Saat
SK Wira Jaya
Teacher
Master Member
*

Fame: 47
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1201


Lyena191


« Reply #14 on: April 21, 2009, 05:00:36 PM »

sekarang ni kerajaan bagi elaun bagi ke wilayah asal setiap tahun. kenapa tak ada elaun untuk guru dlm wilayah tapi yang dihantar jauh di pedalaman. kadang2, ada guru kita yang bawa satu famili pergi ke pedalaman. sekurang-kurangnya adalah kurang sikit beban tambang nak balik. lagi pun belanja tersebut kerajaan boleh tampung lagi.

Setuju dengan pandangan cikgu...., org tempatan juga memerlukan kos yang tinggi untuk balik kampung. Bahkan yang ulang alik ke sekolah setiap haripun menjangkau 300 - 500 sebulan untuk minyak. Kenapa tidak org tempatan juga diberi elaun ini???
Logged

Lee Bin Saat


.....hidup ini adalah langkah pertama untuk kehidupan seterusnya.....
John Dilah
SK KG PENIPAH DARO

Senior Member
*

Fame: 27
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 382


melo 3 ko


« Reply #15 on: April 23, 2009, 12:38:46 AM »

Cuba-cuba kita kempen ramai-ramai..majukan kepada YB MP yang baru kita..??
Kisah "COLA" apa jadi.. ....jadi coca-cola..
Logged

John Dilah
GC BM SK
SK KG PENIPAH DARO, 96200 DARO, SARAWAK
Teoh Say Beng
SMK Kapit
Teacher
Master Member
*

Fame: 58
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1319


Aspire to Inspire Before You Expire


« Reply #16 on: April 23, 2009, 08:31:28 AM »

Cuba-cuba kita kempen ramai-ramai..majukan kepada YB MP yang baru kita..??
Kisah "COLA" apa jadi.. ....jadi coca-cola..

Di negeri Sarawak sahaja, semua warga kerajaan di bayar Elaun Wilayah walaupun tak berpindah wilayah (contohnya: penjawat awam berasal dari Sibu dan juga bertugas di Sibu). Itulah sebabnya di Sarawak COLA tak dipanjangkan ke Sarawak. Mana lebih bagus, EW atau COLA?
Logged

Teoh, SMK Kapit
Teoh Say Beng
SMK Kapit
Teacher
Master Member
*

Fame: 58
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1319


Aspire to Inspire Before You Expire


« Reply #17 on: April 23, 2009, 08:46:30 AM »

sekarang ni kerajaan bagi elaun bagi ke wilayah asal setiap tahun. kenapa tak ada elaun untuk guru dlm wilayah tapi yang dihantar jauh di pedalaman. kadang2, ada guru kita yang bawa satu famili pergi ke pedalaman. sekurang-kurangnya adalah kurang sikit beban tambang nak balik. lagi pun belanja tersebut kerajaan boleh tampung lagi.

Sudah lama ada Cikgu Hipnee dan Cikgu Lee. Nama elaun itu ialah Elaun Wilayah (EW).
Cuma di Sarawak sahaja, Kerajaan Negeri Sarawak telah panjangkan EW ini kepada semua penjawat awam di Sarawak tak kira di mana dia bertugas di Sarawak (Contohnya: Orang asal dari Limbang dan bertugas di Limbang).

Mengikut Perintah Am, Elaun Wilayah hanya dibayar kepada penjawat awam yang berpindah wilayah (Perpindahan tempat bertugas antara ketiga-tiga Wilayah Semenanjung, Sabah dan Sarawak).
Logged
Hipnee B. Piee
SMK Durin
Teacher
Senior Member
*

Fame: 49
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 415


anakbalau


WWW
« Reply #18 on: April 23, 2009, 08:49:18 AM »

rasanya EW lebih besar dari COLA.
tapi Air cola sekarang ni pun dah naik. mana yang anda nak?
Logged
Teoh Say Beng
SMK Kapit
Teacher
Master Member
*

Fame: 58
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1319


Aspire to Inspire Before You Expire


« Reply #19 on: April 23, 2009, 08:54:36 AM »

rasanya EW lebih besar dari COLA.
tapi Air cola sekarang ni pun dah naik. mana yang anda nak?

Yes, friend. Pilihan di tangan kita semua penjawat awam di Sarawak tak kira yang guru atau yang bukan guru. Tak boleh dapat kedua-duanya sekaligus.
Jika hendak terus minta juga dengan kerajaan, nanti dia tanya "Pilih antara dua itu (EW dan COLA)".
Mana yang hendak dipilih?
Tepuk perut, tanya selera.  Grin
Logged
Pages: [1]   Go Up
  Print  
 
Jump to:  

PIPPBahagian Pembangunan Kurikulume-Paymente-Hasil
Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1.16 | SMF © 2011, Simple Machines | Sitemap Valid XHTML 1.0! Valid CSS!
Page created in 0.112 seconds with 25 queries.