Home   Forum   Help Search Calendar Links Login Register   **
Welcome, Guest. Please login or register.
Did you miss your activation email?
May 25, 2012, 01:17:45 AM

Login with username, password and session length
Program
EduWebTVLatih TubiLINUSManaging Challenging SchoolsGerakan Memperkasakan SekolahLDPICTL SMICTL SRMalaysian Grid for Learning (MyGfL)ProtimPPSMISIP
Recent
[Yesterday at 11:56:50 PM]

[Yesterday at 10:34:14 PM]

[Yesterday at 10:23:08 PM]

[Yesterday at 09:45:39 PM]

[Yesterday at 08:34:38 PM]

[Yesterday at 05:51:30 PM]

[Yesterday at 11:53:44 AM]

[Yesterday at 09:14:15 AM]

[May 23, 2012, 09:30:31 PM]

[May 23, 2012, 08:37:00 PM]
 

Pages: [1]   Go Down
  Print  
Author Topic: apakah itu BTN dan induksi?  (Read 1057 times)
0 Members and 2 Guests are viewing this topic.
Cosmas Smith@Amir Ridzwan
SMK Saribas
Teacher
Senior Member
*

Fame: 55
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 375



« on: February 03, 2009, 11:04:28 AM »

terangkan...........
Logged

saya kawan anda
Mohd. Khaidir
PPG Bintulu

Veteran Member
*

Fame: 132
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 615


Salam One Malaysia....Anda Guru Hebat!!!


« Reply #1 on: February 03, 2009, 04:53:41 PM »

LATAR BELAKANG 
Biro Tatanegara (BTN) merupakan sebuah agensi kerajaan yang pada asalnya mulai tahun 1974 ditubuhkan di bawah Program Belia dan dikenali sebagai Unit Penyelidikan Belia, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Pejabatnya pada ketika itu ialah di Wisma Keramat, Kuala Lumpur.

Pada Oktober 1981, Unit Penyelidikan Belia telah diletakkan terus di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM). Ibu Pejabat Unit Penyelidikan Belia ketika itu ialah di Jalan Kelantan, Kuala Lumpur. Pada Jun 1982, namanya telah ditukar kepada Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri dan tiga buah pejabat cawangan telah wujudkan di zon utara, selatan dan timur. Seterusnya, pada tahun 1983, BTN berpindah ke bangunan JKR 742, Jalan Bellamy, Kuala Lumpur. Mulai tahun 1986, BTN cawangan negeri telah diwujudkan dan sehingga kini BTN mempunyai 14 cawangan negeri.

Pada 6 September 1999, Ibu Pejabat BTN berpindah di alamat berikut:

Aras 1,Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya.

Selain daripada mempunyai Ibu Pejabat dan BTN Cawangan Negeri, BTN juga mempunyai beberapa buah kem yang digunakan sebagai tempat melaksanakan aktiviti Program Bina Negara. Kem Bina Negara yang pertama dibina ialah pada tahun 1987 iaitu Kem Bina Negara Langkawi dan diikuti dengan beberapa buah kem lain. Sehingga kini BTN mempunyai 16 buah Kem Bina Negara dan sebuah pusat latihan di seluruh negara. 
 
WAWASAN  
Menjadi sebuah organisasi awam yang unggul dalam memupuk semangat patriotisme serta menjadikan rakyat setia kepada Kerajaan.
 
FUNGSI 
Pada tahun 1981, selaras dengan keputusan Kerajaan, fungsi BTN telah diperluaskan untuk memupuk semangat patriotisme dan cintakan negara di kalangan semua lapisan masyarakat termasuk belia, pelajar, kakitangan kerajaan dan sektor swasta.
Seterusnya pada November 1986, aktiviti BTN diperjelas dan diperkembangkan kepada melatih pemimpin dan bakal pemimpin supaya mereka mendukung usaha-usaha pembangunan dalam beberapa bidang seperti agama, sosial, politik, ekonomi dan pendidikan.

Pada tahun 1992, Jawatankuasa Penyelaras Latihan Sikap yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri telah memutuskan BTN melaksanakan Program Bina Negara yang melibatkan penganjuran kursus, seminar dan aktiviti yang bercirikan latihan perubahan sikap. Program Bina Negara telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri serentak dengan Kursus Bina Negara Perdana 1 yang diadakan pada 1 hingga 4 Januari 1992.

Matlamat Program Bina Negara adalah seperti berikut :

1.   Mempertingkatkan komitmen rakyat kepada wawasan negara dan usaha-usaha ke arah kecemerlangan negara.
     
2.   Mempersiapkan rakyat supaya menunjangi dasar-dasar negara ke arah pembangunan demi kesejahteraan bangsa.
     
3.   Membina kemampuan rakyat menghadapi cabaran dan memperkasa keupayaan meningkatkan daya saing dalam segenap bidang kehidupan.
     
4.   Membina keupayaan rakyat Malaysia menangani kelemahan, meningkatkan keyakinan menerokai pembaharuan dan sekali gus mampu mengenal pasti dan menggembleng kekuatan ke arah kemajuan.
     
5.   Membina komitmen rakyat Malaysia terhadap tugas dan tanggungjawab ke arah mencapai kecemerlangan dan kesempurnaan pelaksanaan amanah dan tanggungjawab.
     
6.   Membina semangat patriotisme dan ketaatan yang tinggi terhadap negara dan perjuangan bangsa.

Pembinaan  bangsa yang maju melalui Program Bina Negara melibatkan :-

1.   Perubahan sikap, pembangunan sahsiah dan penghayatan  budaya hidup yang cemerlang berteraskan sistem nilai.
     
2.   Kesedaran dan keinsafan rakyat tentang betapa perlunya perubahan sikap melalui penghayatan dan penyemaian nilai-nilai murni dan melalui pendedahan dan pemusatan diri menuju ke arah perubahan sahsiah sebagai asas mencapai kecemerlangan bangsa.
     
3.   Penghayatan nilai berlandaskan kesedaran terhadap Tuhan, kehidupan bersama dan kesedaran terhadap kewajipan yang meresapi ke tahap kendiri, keluarga, organisasi, masyarakat dan negara.
 
 
OBJEKTIF  
1.   Mengendalikan pelbagai kursus dan seminar pemupukan patriotisme kepada semua lapisan masyarakat termasuk anggota komuniti institusi pendidikan, belia, pekerja awam dan swasta, anggota pertubuhan, serta pemimpin dan pemaju masyarakat.
     
2.   Mewujudkan media penyampaian  pendidikan kenegaraan kepada semua rakyat Malaysia melalui media elektronik dan cetak.
     
3.   Mewujudkan kumpulan kader dan sukarelawan BTN di seluruh negara melalui program latihan lanjutan ‘task force’ dan khidmat masyarakat (community service).
     
4.   Meningkatkan kualiti PBN melalui kegiatan penyelidikan.
     
   
 
 
MISI  
BTN berdedikasi melaksanakan program-program memupuk semangat patriotisme dan ketaatan kepada kerajaan yang dipilih. Ini akan dilaksanakan secara profesional dan berpandukan kepada prinsip - prinsip etika.
 
VISI 
Pembina semangat patriotisme negara yang terkemuka dan utama.
 
DASAR KUALITI 
Untuk memupuk semangat patriotisme dengan cara  yang cekap melalui pelaksanaan Program Bina Negara ke arah mewujudkan satu negara dan bangsa yang gemilang, kuat dan bermaruah.
 
SLOGAN KUALITI 
“Bersama Mencipta Kegemilangan”
 
Logged

PPG Bintulu

Blaze Of Glory..
Cosmas Smith@Amir Ridzwan
SMK Saribas
Teacher
Senior Member
*

Fame: 55
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 375



« Reply #2 on: February 04, 2009, 07:02:16 AM »

terima kasih bos.amat berguna.
Logged
Pages: [1]   Go Up
  Print  
 
Jump to:  

Members
Total Members: 21255
Latest: OwerrerceZZ
Stats
Total Posts: 254478
Total Topics: 21163
Online Today: 265
Online Ever: 718
(May 16, 2012, 08:58:21 PM)
Users Online
Users: 3
Guests: 192
Total: 195
PIPPBahagian Pembangunan Kurikulume-Paymente-Hasil
Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1.16 | SMF © 2011, Simple Machines | Sitemap Valid XHTML 1.0! Valid CSS!
Page created in 0.083 seconds with 25 queries.