Home   Forum   Help Search Calendar Links Login Register   **
Welcome, Guest. Please login or register.
Did you miss your activation email?
February 08, 2012, 10:24:12 PM

Login with username, password and session length
Program
EduWebTVLatih TubiLINUSManaging Challenging SchoolsGerakan Memperkasakan SekolahLDPICTL SMICTL SRMalaysian Grid for Learning (MyGfL)ProtimPPSMISIP
Recent
[Today at 10:15:04 PM]

[Today at 10:06:31 PM]

[Today at 10:03:35 PM]

[Today at 10:02:49 PM]

[Today at 09:48:02 PM]

[Today at 09:37:30 PM]

[Today at 09:34:13 PM]

[Today at 09:32:14 PM]

[Today at 09:07:00 PM]

[Today at 08:58:57 PM]
 

Pages: 1 [2] 3 4   Go Down
  Print  
Author Topic: KERJA KURSUS GEOGRAFI PMR 2009  (Read 10851 times)
0 Members and 1 Guest are viewing this topic.
Lee Chai Yong
SMK Jalan Arang

Senior Member
*

Fame: 12
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 313



WWW
« Reply #20 on: March 17, 2009, 08:24:02 PM »

Cikgu Lee, saya dah cuba 2 kali untuk download file contoh soal selidik. selepas i download finish, it can't open the file. hope that you can give some advise or other file about it. tq

I tried.  But there's no problem about it.   Huh
Logged
Lai Siew Fung
SMK Luar Bandar Miri
Teacher
Novice Member
*

Fame: 0
Offline Offline

Posts: 10



« Reply #21 on: March 17, 2009, 10:35:32 PM »

Cikgu-cikgu semua, saya adalah Pentaksir Negeri PBS Geografi PMR.

Untuk makluman anda, setiap tahun LPM akan membekalkan dua bahan kerja kursus iaitu:
1.  panduan penskoran (yang saya upload di atas)
2.  panduan pelaksanaan dan penilaian kerja kursus (versi 2009 belum ada dalam laman web LPM)
Di bawah ini saya upload versi 2008.  Guru boleh guna sebagai panduan.

Tugasan 1 (Bentuk Muka Bumi)
Saya menggalakkan pelajar saya membuat soalan Tugasan 1.  Berbeza dengan soalan dua, Tugasan 1 adalah Bentuk Muka Bumi (kawasan yang luas).  Maka, perbandingan boleh dirujuk kepada kawasan yang lebih luas.  Contoh:  banding kawasan BDC dengan Pulau Jawa, Indonesia. 

Tugasan 2 (Petempatan)
Pelajar diminta membuat perbandingan dengan negara lain. Ya, pelajar perlu membuat perbandingan.  Perbandingan di sini maksudnya:  kesan sama ada terdapat persamaan atau perbezaan.  Contohnya;  kawasan BDC mengalami masalah kesesakan lalu lintas, begitu juga dengan Tokyo.  Kemudian pelajar boleh buat huraian seperti waktu bila kesesakan berlaku, jam berapa?

Negara yang dibandingkan tidak bermaksud seluruh negara.  Pilih satu tempat, seperti Tokyo.

Kaedah kajian adalah cara yang pelajar guna untuk mengumpul maklumat.  Beberapa kaedah boleh digunakan untuk mengumpul maklumat seperti Kaedah Pemerhatian, Kaedah Soal Selidik, Kaedah Temubual dan Kaedah Rujukan.  Maklumat yang dikumpul mestilah berguna untuk menulis laporan kajian.  Cikgu boleh membantu pelajar "mereka-bentuk" soalan soal selidik dan temuabual. 

Soal selidik vs. Temu bual
Cikgu harus mengajar pelajar bagaimana membezakan dua konsep ini.  Soal selidik ialah survei.  Survei boleh diadakan dengan meminta responden mengisi borang.  Maklumat yang biasa dikumpul merupakan maklumat kuantitatif.  Tujuannya ialah membolehkan data dikumpul, dirumuskan, kemudian memproses menjadi graf atau carta pai.  Bilangan responden perlulah ramai (tahun ini:  20 orang).  Jika bilangan responden kurang, ia tidak menggambarkan keadaan sebenar (not representative).

Temubual bermaksud interview.  Soal temubual perlu disertakan di lampiran, membolehkan penilai tahu apa soalan yang ditanya.  Maklumat yang dikumpul biasanya berupa maklumat kualitatif, seperti tanya tentang pendapat, perasaan, cadangan dsb. 


Kadang-kala terdapat juga borang soal selidik dibuat seolah-olah sebagai hiasan sahaja.  Maklumatnya tidak membantu dalam penerangan "Dapatan Kajian". Contoh, graf yang dilukis berkaitan dengan komposisi jantina atau kaum (bagi soalan tahun ini, maklumat ini memang tidak sesuai).  Maklumat yang diperlukan untuk Dapatan kajian Tugasan 1 ialah:
1.  ciri bentuk muka bumi
2.  potensi bentuk muka bumi
3.  halangan bentuk muka bumi
4.  kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar
5.  langkah mengatasi masalah kegiatan manusia terhadap alam sekitar
Maka, buatlah soalan yang berkaitan dengan topik di atas (rujuk contoh borang soal selidik yang saya upload di bawah, p/s:  Perkataan "potensi" diubah jadi "sesuai untuk" memudahkan responden faham soalan yang ditanya.)

Pelajar perlu letak satu jadual (2 m) dan lukis satu graf (2 m) sahaja.  Markah penuh untuk grafik ialah 4 m.

Harap maklumat ini dapat membantu cikgu-cikgu semua.



adakah tahun ni ada menjalankan bengkel penyelarasan seperti tahun lepas? kalau ada bila? sebab kami semua masih tunggu kalau ada penyelarasan tu supaya dapat membuat kerja kursus dengan lebih tepat. cikgu di sekolah saya hanya berani buat bahagian-bahagian yang ringkas saja seperti pendahuluan,penghargaan, objektif kajian, dll. tidak berani buat dapatan kajian lagi.
Logged

Lai Siew Fung
Guru
SMK Luar Bandar Miri
Teoh Say Beng
SMK Kapit
Teacher
Master Member
*

Fame: 58
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1317


Aspire to Inspire Before You Expire


« Reply #22 on: March 18, 2009, 01:43:02 AM »

Tugasan 1 (Bentuk Muka Bumi)
Saya menggalakkan pelajar saya membuat soalan Tugasan 1.  Berbeza dengan soalan dua, Tugasan 1 adalah Bentuk Muka Bumi (kawasan yang luas).  Maka, perbandingan boleh dirujuk kepada kawasan yang lebih luas.  Contoh:  banding kawasan BDC dengan Pulau Jawa, Indonesia. 

Tugasan 2 (Petempatan)
Pelajar diminta membuat perbandingan dengan negara lain. Ya, pelajar perlu membuat perbandingan.  Perbandingan di sini maksudnya:  kesan sama ada terdapat persamaan atau perbezaan.  Contohnya;  kawasan BDC mengalami masalah kesesakan lalu lintas, begitu juga dengan Tokyo.  Kemudian pelajar boleh buat huraian seperti waktu bila kesesakan berlaku, jam berapa?


Anak saya juga menduduki PMR tahun ini. Guru Geografinya pula menggalakkan mereka membuat Tugasan 2.
Apa nasihat cikgu untuk 'tackle' tugasan ini.
Terima kasih.
Logged

Teoh, SMK Kapit
Elsie Theng
SJK Sacred Heart chinese, Sibu
Teacher
Master Member
*

Fame: 77
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 1049


Strike the iron while it is hot!


« Reply #23 on: March 18, 2009, 06:34:33 PM »

Maksud Cg, kita boleh memilih samada membuat tugasan 1 atau tugasan 2 kah? Huh
Logged

SJK Sacred Heart Chinese, Sibu
Lee Chai Yong
SMK Jalan Arang

Senior Member
*

Fame: 12
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 313



WWW
« Reply #24 on: March 18, 2009, 08:19:05 PM »


adakah tahun ni ada menjalankan bengkel penyelarasan seperti tahun lepas? kalau ada bila? sebab kami semua masih tunggu kalau ada penyelarasan tu supaya dapat membuat kerja kursus dengan lebih tepat. cikgu di sekolah saya hanya berani buat bahagian-bahagian yang ringkas saja seperti pendahuluan,penghargaan, objektif kajian, dll. tidak berani buat dapatan kajian lagi.

Saya juga masih menunggu berita dari KL.  Dengar khabar bulan April nanti.  Saya nasihatkan cikgu jangan tunggu, sila teruskan

Kalau ikut panduan penskoran tahun ini, ia amat jelas.  Cuma perbezaan dengan tahun lalu ialah penskoran untuk peta kawasan kajian dan grafik (nampaknya lebih mudah).   Bagi dapatan kajian pula, calon diminta tulis perbandingan dengan negara lain dengan lebih terperinci.  Tak seperti tahun lalu, hanya sebut secara ringkas sahaja.  Nilai patriotisme pula perlu ditulis dalam objektif kajian.
Logged
Fairul Nizam Gani
SMK Beladin
Teacher
Senior Member
*

Fame: 37
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 421


Merentas minda mencari identiti..


WWW
« Reply #25 on: March 18, 2009, 08:29:37 PM »

Thanks for sharing cikgu Lee..
Logged

Fairul Nizam Gani
Guru Kanan
SMK Beladin
Lee Chai Yong
SMK Jalan Arang

Senior Member
*

Fame: 12
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 313



WWW
« Reply #26 on: March 18, 2009, 08:33:14 PM »

Anak saya juga menduduki PMR tahun ini. Guru Geografinya pula menggalakkan mereka membuat Tugasan 2.
Apa nasihat cikgu untuk 'tackle' tugasan ini.
Terima kasih.

Semua guru geografi Tingkatan 3 perlu membimbing pelajarnya membuat kerja kursus.  Guru perlu tahu dengan jelas kawasan kajian pelajar, kemudian kita dapat merangka isi dan pilihan yang sesuai untuk ditulis oleh pelajar. Jika anak Cikgu Teoh belajar di Kapit, tentu keadaan di sana berbeza dengan Kuching.  Di dalam Panduan Penskoran, isi yang dibekalkan oleh LPM adalah sebagai panduan sahaja.  Guru Geografi perlu mengubah suai mengikut kawasan kajian pelajarnya.

Kebanyakan pelajar saya membuat kajian sekitar Jalan Arang, Taman Hui Sing, Jalan Semaba, Batu Kawa dan BDC (kawasan petempatan).  Hanya kelas 3H terdapat sebilangan pelajar yang berasal dari Kampung Semaba, yang merupakan kawasan pertanian padi.  Maka, semasa membimbing pelajar, kita perlu peka dengan keadaan sekeliling mereka.

Bagi Tugasan 2, pelajar boleh merujuk kepada buku teks Tingkatan 2.  Panduan penskoran untuk tugasan 2 juga jelas menggariskan isi-isi yang boleh ditulis oleh pelajar.
« Last Edit: March 18, 2009, 08:35:18 PM by Lee Chai Yong » Logged
Yeo Meei Ing
SMK Matu
Teacher
Novice Member
*

Fame: 0
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 28



« Reply #27 on: March 18, 2009, 09:38:32 PM »

seperti Cikgu Lee yang beritahu, perbandingan tahun ini dikehendaki dengan lebih jelas. adakah ini bermaksud ia perlu ditulis dalam satu perenggan yang berasingan?
melalui bantuan kawan,file (cth soal selidik) akhirnya boleh saya akses.
disebabkan ini tahun pertama saya mengendalikan kerja khusus ini, saya ingin tahu sama ada soalan yang dikemukakan oleh cikgu lee dalam borang soal selidik itu boleh saya gunakan untuk dijadikan maklumat dalam jadual dan graf?
bagi tugasan 1, adakah sesuai saya merujuk kepada buku teks Ting. 1 atau buku rujukan (bagi perbandingan negara Indonesia)?
Logged

SMK Matu
Abd Rahman
SK Madrasah Datuk Hj. Abdul Kadir Hasan
Teacher
Hero Member
*

Fame: 199
Online Online

Gender: Male
Posts: 2588



« Reply #28 on: March 18, 2009, 09:44:42 PM »

Satu perbincangan yang amat menarik. Ini adalah kerana anak saya pun akan menduduki PMR pada tahun ini. Sekurang-kurangnya ada juga maklumat berkenaan dengan kerja kursus Geografi ini.
Logged
Yeo Meei Ing
SMK Matu
Teacher
Novice Member
*

Fame: 0
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 28



« Reply #29 on: March 18, 2009, 09:49:10 PM »

tambahan satu soalan lagi, borang soal selidik...adakah calon perlu lampirkan sebanyak 20 salinan dalam folio atau satu sample sahaja?
terima kasih atas tunjuk ajar cikgu Lee
Logged
Lee Chai Yong
SMK Jalan Arang

Senior Member
*

Fame: 12
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 313



WWW
« Reply #30 on: March 18, 2009, 10:03:56 PM »

seperti Cikgu Lee yang beritahu, perbandingan tahun ini dikehendaki dengan lebih jelas. adakah ini bermaksud ia perlu ditulis dalam satu perenggan yang berasingan?
melalui bantuan kawan,file (cth soal selidik) akhirnya boleh saya akses.
disebabkan ini tahun pertama saya mengendalikan kerja khusus ini, saya ingin tahu sama ada soalan yang dikemukakan oleh cikgu lee dalam borang soal selidik itu boleh saya gunakan untuk dijadikan maklumat dalam jadual dan graf?
bagi tugasan 1, adakah sesuai saya merujuk kepada buku teks Ting. 1 atau buku rujukan (bagi perbandingan negara Indonesia)?

1.  Dapatan Kajian dapat ditulis dalam lebih kurang 3 muka surat (around 400 words).  Bagi tajuk dapatan kajian yang 3m, saya menggalakkan pelajar menulis dalam satu perenggan sahaja, manakala tajuk yang 5m, tulis dalam 3 perenggan.  Perbandingan dibuat antara kawasan kajian dengan negara yang dibandingkan.  

2.  Saya rasa soalan dalam borang soalan selidik yang saya upload itu perlu diubahsuai ikut kesesuaian kawasan kajian anak murid cikgu.  Contohnya, di kawasan Batu Kawa (Kuching) ada lombong kuari batu.  Maka, Soalan No.5 saya letakkan "Perlombongan" di situ.  Maklumat soalan No. 5 ini boleh diproses menjadi jadual, kemudian dilukis graf.  Perbincangan tentang Potensi Bentuk muka bumi perlu dirujuk kepada graf (mentafsir graf).

Sebagai contoh:
Daripada kajian soal selidik saya, 15 daripada 20 orang responden mengatakan bahawa kawasan ini sesuai untuk dibangunkan untuk petempatan.

3.  Tugasan 1 rujuk buku teks/ buku rujukan Ting. 1, manakala Tugasan 2 rujuk buku teks/ buku rujukan Ting. 2

4.  Satu borang soal selidik yang telah diisi oleh responden digunakan sebagai lampiran.  Jangan lampirkan kesemua 20.

Hope that answer your questions. Smiley
« Last Edit: March 18, 2009, 10:05:43 PM by Lee Chai Yong » Logged
Yeo Meei Ing
SMK Matu
Teacher
Novice Member
*

Fame: 0
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 28



« Reply #31 on: March 18, 2009, 10:30:23 PM »

[ Maklumat soalan No. 5 ini boleh diproses menjadi jadual, kemudian dilukis graf.  Perbincangan tentang Potensi Bentuk muka bumi perlu dirujuk kepada graf (mentafsir graf).

Sebagai contoh:
Daripada kajian soal selidik saya, 15 daripada 20 orang responden mengatakan bahawa kawasan ini sesuai untuk dibangunkan untuk petempatan.

thanks for cikgu lee because answering me patiently.
tapi, saya tak berapa faham dengan apa yang saya quote di atas..
contohnya, dapatan kajian yang berdasarkan objektif kedua, iaitu potensi btk muka bumi....
adakah tafsiran graf (spt cth yang cikgu lee bagi) dijadikan sebahagian daripada penerangan dalam dapatan kajian?...

contohnya,
Daripada kajian soal selidik saya, 15 daripada 20 orang responden mengatakan bahawa kawasan ini sesuai untuk dibangunkan untuk petempatan. Ini adalah kerana kebanyakan bentuk muka bumi di kampung bawang terdiri daripada tanah pamah yang rata dan rendah............(sambung dengan huraian yang lain)

hope to get answer from you. thank you

Logged
Irene Hii Wei Hee
SMK Selirik Kapit
Teacher
Novice Member
*

Fame: 0
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 14



« Reply #32 on: March 19, 2009, 08:37:16 AM »

Cikgu Lee, nak tanya, tahun lepas kita telah putuskan pelajar hanya perlu tulis nilai atau unsur patriotisme, macam mana dengan tahun ini?
Logged

SMK Selirik Kapit
Lee Chai Yong
SMK Jalan Arang

Senior Member
*

Fame: 12
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 313



WWW
« Reply #33 on: March 19, 2009, 12:37:43 PM »

To answer Cikgu Yeoh and Cikgu Irene's questions:

1.  First, a geography teacher must understand what is a research (kajian).  The purpose of a research is to find out about something.  Hence, there are several methods used (methodology) to collect the information needed.  For instance, our research needs to find out information based on the 6 objectives written.  We might use observations to find out about the landscape of a place.  Then, we might use survey method to ask the opinion of the respondents regarding the potential development of the place.  As for information regarding the other countries, we might get the information from the internet or books.  Whatever method it is, we have to mention it in our writing.  That's the finding. 

The most  common mistake found in the  KKG written by school children is that "kaedah kajian" was written for the sake of writing.  It doesn't support the finding.  In fact, when I check their KKG, it is common to find that they said they interview someone, and yet I can't locate any discussion written regading the interview, nor the interview quesions been attached in "lampiran" too.

2.  The "nilai" should be written based on the topic discussed, eg. if the topic is "potensi bentuk muka bumi", then write how their feel about the potential.  If the topic is on "halangan" then write how their feel about the obstacles...

3.  If we planned the KKG in proper order, I think students will not be confused of not knowing what to write.  Please guide them properly.

4.  Our duty as "pentaksir" is to make sure KKG is done in a correct manner.  Children are assessed correctly based on the "panduan" given. 

Selamat bertugas. Smiley
« Last Edit: March 19, 2009, 12:40:16 PM by Lee Chai Yong » Logged
Yeo Meei Ing
SMK Matu
Teacher
Novice Member
*

Fame: 0
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 28



« Reply #34 on: March 20, 2009, 09:58:22 PM »

Thank you for your guidance. Wink
Logged
Lee Chai Yong
SMK Jalan Arang

Senior Member
*

Fame: 12
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 313



WWW
« Reply #35 on: March 22, 2009, 11:07:56 AM »

 Welcome, it's great to be at your service.  Wink
Logged
Irene Hii Wei Hee
SMK Selirik Kapit
Teacher
Novice Member
*

Fame: 0
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 14



« Reply #36 on: March 23, 2009, 05:14:36 PM »

Cikgu Lee,

Nak tanya tentang objektif kajian bagi tugasan 1, panduan permarkahan telah menunjukkan kena ada 6 objektif atau lebih untuk mendapat 2 markah dan kriteria yang dikemukakan adalah:-
1. bentuk muka bumi dan ciri-cirinya.
2. potensi
3. halangan
4. kesan
5. langkah
dan keenam ialah penerapan nilai.

Maksudnya penerapan nilai boleh dijadikan objektif yang keenamkah? ataupun pelajar hanya perlu masukkan nilai dalam mana-mana ayat?

Thanks
Logged
Lee Chai Yong
SMK Jalan Arang

Senior Member
*

Fame: 12
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 313



WWW
« Reply #37 on: March 23, 2009, 08:12:34 PM »

Cikgu Irene,
Betul.  Nilai ditulis sebagai objektif yang ke-6.
Logged
Elvis Empawie Sela
SMK Datuk Patinggi Kedit
Teacher
Senior Member
*

Fame: 28
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 483


Semina Ngenang


WWW
« Reply #38 on: March 31, 2009, 12:21:41 PM »

Cikgu Irene,
Betul.  Nilai ditulis sebagai objektif yang ke-6.
Bagaimana perkembangan kerja kursus pelajar cikgu sekarang. Setakat mana proses nya?
Logged

SMK Datuk Patinggi Kedit Betong.

Regas bekenanas, nitihka singkang orang.
Lee Chai Yong
SMK Jalan Arang

Senior Member
*

Fame: 12
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 313



WWW
« Reply #39 on: April 01, 2009, 04:44:50 PM »

Bagaimana perkembangan kerja kursus pelajar cikgu sekarang. Setakat mana proses nya?

Graf sudah dilukis, draf dapatan kajian sudah ditulis.  Rumusan belum lagi.
Sekarang tengah minta pelajar tulis semula dapatan kajian yang telah disemak, sebab masih perlu ada penambaikan.
Masalah juga timbul kerana sebilangan pelajar buta huruf belum mula tulis dapatan kajian.  Hai.... Undecided
Logged
Pages: 1 [2] 3 4   Go Up
  Print  
 
Jump to:  

PIPPBahagian Pembangunan Kurikulume-Paymente-Hasil
Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1.16 | SMF © 2011, Simple Machines | Sitemap Valid XHTML 1.0! Valid CSS!
Page created in 0.231 seconds with 26 queries.