Home   Forum   Help Search Calendar Links Login Register   **
Welcome, Guest. Please login or register.
Did you miss your activation email?
February 09, 2012, 09:33:50 AM

Login with username, password and session length
Program
EduWebTVLatih TubiLINUSManaging Challenging SchoolsGerakan Memperkasakan SekolahLDPICTL SMICTL SRMalaysian Grid for Learning (MyGfL)ProtimPPSMISIP
Recent
[Today at 09:32:15 AM]

[Today at 08:38:00 AM]

by LPK
[Today at 07:25:50 AM]

[Today at 01:36:41 AM]

[Yesterday at 10:52:57 PM]

[Yesterday at 10:49:47 PM]

[Yesterday at 10:35:58 PM]

[Yesterday at 10:15:04 PM]

[Yesterday at 10:06:31 PM]

[Yesterday at 10:03:35 PM]
 

Pages: [1] 2 3 4   Go Down
  Print  
Author Topic: KERJA KURSUS GEOGRAFI PMR 2009  (Read 10853 times)
0 Members and 2 Guests are viewing this topic.
Lee Chai Yong
SMK Jalan Arang

Senior Member
*

Fame: 12
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 313



WWW
« on: February 03, 2009, 04:18:42 PM »

Soalan tugasan baru sahaja diuploadkan. 

There are 1 attachment(s) in this post which you cannot view or download
2009Geografi-23.2.pdf
Logged
Fairul Nizam Gani
SMK Beladin
Teacher
Senior Member
*

Fame: 37
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 421


Merentas minda mencari identiti..


WWW
« Reply #1 on: February 03, 2009, 10:16:07 PM »

Thanks Cikgu Lee. Your sharing is very much appreciated.
Logged

Fairul Nizam Gani
Guru Kanan
SMK Beladin
Elvis Empawie Sela
SMK Datuk Patinggi Kedit
Teacher
Senior Member
*

Fame: 28
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 483


Semina Ngenang


WWW
« Reply #2 on: February 04, 2009, 10:11:46 AM »

Soalan tugasan baru sahaja diuploadkan. 

Terima kasih cikgu Lee atas tindakan pantas cikgu.
Logged

SMK Datuk Patinggi Kedit Betong.

Regas bekenanas, nitihka singkang orang.
Cosmas Smith@Amir Ridzwan
SMK Saribas
Teacher
Senior Member
*

Fame: 55
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 375



« Reply #3 on: February 04, 2009, 11:45:05 AM »

terima kasih juga.
Logged

saya kawan anda
Jacinta Michael
SMK Deshon
Teacher
Junior Member
*

Fame: 1
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 58



« Reply #4 on: February 04, 2009, 07:11:11 PM »

thank you cikgu lee. luckily cikgu nis remind me about KGT.
Logged

SMK Deshon
Stewart Bin Polycarp
SMK Mukah
Teacher
Novice Member
*

Fame: 0
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 13


GOD BLESS US..


« Reply #5 on: February 05, 2009, 03:43:05 AM »

TQ very much..
Logged

Stewart Bin Polycarp
SMK Mukah
Cosmas Smith@Amir Ridzwan
SMK Saribas
Teacher
Senior Member
*

Fame: 55
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 375



« Reply #6 on: February 07, 2009, 09:01:34 PM »

kenapa tajuk sekarang ni mesti ada perbandingan dengan negara lain?
Logged
Lee Chai Yong
SMK Jalan Arang

Senior Member
*

Fame: 12
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 313



WWW
« Reply #7 on: February 08, 2009, 09:59:36 AM »

Inilah sebab:

MATLAMAT SUKATAN PELAJARAN GEOGRAFI

Kurikulum Geografi membolehkan murid memahami fenomena geografi
berfokus kepada negara Malaysia dan hubungannya dengan negara-negara
lain
supaya dapat melahirkan murid yang berilmu, bertanggungjawab,
bersyukur dan mengenali serta mencintai negara Malaysia.

Maka, trend sejak tahun 2008 ialah banding dengan negara lain, dan mesti kait dengan nilai.
Logged
Fairul Nizam Gani
SMK Beladin
Teacher
Senior Member
*

Fame: 37
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 421


Merentas minda mencari identiti..


WWW
« Reply #8 on: February 08, 2009, 05:59:49 PM »

Ya. Betul tu Cikgu Lee. Itulah sebabnya.
Logged
Cosmas Smith@Amir Ridzwan
SMK Saribas
Teacher
Senior Member
*

Fame: 55
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 375



« Reply #9 on: February 09, 2009, 08:53:16 PM »

oh macam tu rupanya.terima kasih.
Logged
Elvis Empawie Sela
SMK Datuk Patinggi Kedit
Teacher
Senior Member
*

Fame: 28
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 483


Semina Ngenang


WWW
« Reply #10 on: February 18, 2009, 08:52:43 AM »

oh macam tu rupanya.terima kasih.

Cikgu sudah suruh pelajar pilih tajuk tugasan kerjar kursus tahun ini? Mana pilihan pelajar adakah kedua-dua nya.
Logged
Shanti Sundaram
SK Tabuan Hilir
Teacher
Newbie
*

Fame: 1
Offline Offline

Posts: 9



« Reply #11 on: March 11, 2009, 05:53:54 PM »


Salam sejahtera,

Contohnya jika pelajar memilih kawasan kajian penempatan di BDC, bagaimana beliau hendak bandingkan dengan negara lain?  Padahal BDC satu kawasan yang tidak sebesar sebuah negara.  Saya tidak begitu faham bagaimana perbandingan ini boleh dibuat.  Harap ada yang dapat membantu.  Saya bukan guru Geografi, tetapi perlu membantu anak saya memahami cara menyiapkan tugasan ini. 
TQ
Logged

SK Tabuan Hilir
Jacinta Michael
SMK Deshon
Teacher
Junior Member
*

Fame: 1
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 58



« Reply #12 on: March 11, 2009, 10:23:51 PM »

Cikgu Shanti, kalau cikgu sendiri baca panduan penskoran tugasan ini sudah tentu cikgu faham bagaimana kawasan kajian tempatan dibandingkan dengan negara lain. Cikgu boleh minta penjelasan daripada rakan setugas yang mengajar Geografi. Berdasarkan panduan penskoran tersebut, bagi saya adalah senang untuk menyelesaikan tugasan yang diberi. Anak cikgu perlu beri perhatian semasa cikgu mereka menerangkan cara-cara menulis laporan kajian.
Logged
Ting Sing Kiu
SMK Kwong Hua Middle

Novice Member
*

Fame: 0
Offline Offline

Posts: 39



« Reply #13 on: March 12, 2009, 05:36:56 PM »

ingin tahu bahagian kaedah kajian - diminta 3 kaedah. kalau pelajar tidak memilih temu bual boleh tak? kerana tahun ini hanya 20 respoden untuk soal selidik. kalau kaedah temu bual, adakah dialog perlu dilampirkan sebagai bukti.
[b]bahagian dapatan kajian[/b]
- dua masalah di kawasan kajian dan dua masalah di negara yang dibandingkan. kalau pelajar tulis masalah yang sama dihadapi antara kawasan kajian dan negara bandingan. boleh diterima tak?
Logged

SMK Kwong Hua Middle
Ting Sing Kiu
SMK Kwong Hua Middle

Novice Member
*

Fame: 0
Offline Offline

Posts: 39



« Reply #14 on: March 12, 2009, 05:41:24 PM »

sekolah saya belum lagi terima panduan penskoran kerja kursus geografi untuk tahun ini. hanya terima tugasan kerja kursus geografi. saya pun cari internet - tak ada.
Logged
Fairul Nizam Gani
SMK Beladin
Teacher
Senior Member
*

Fame: 37
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 421


Merentas minda mencari identiti..


WWW
« Reply #15 on: March 13, 2009, 08:38:16 PM »

ingin tahu bahagian kaedah kajian - diminta 3 kaedah. kalau pelajar tidak memilih temu bual boleh tak? kerana tahun ini hanya 20 respoden untuk soal selidik. kalau kaedah temu bual, adakah dialog perlu dilampirkan sebagai bukti.
[b]bahagian dapatan kajian[/b]
- dua masalah di kawasan kajian dan dua masalah di negara yang dibandingkan. kalau pelajar tulis masalah yang sama dihadapi antara kawasan kajian dan negara bandingan. boleh diterima tak?


cikgu cuma perlu sertaka borang soal selidik je..Cuba sediakan untuk pelajar..

sekolah saya belum lagi terima panduan penskoran kerja kursus geografi untuk tahun ini. hanya terima tugasan kerja kursus geografi. saya pun cari internet - tak ada.

Cuba rujuk yang tahun lepas. Cara dan pendekatan penskoran tidak jauh bezanya. Setahu saya panduan penskoran disetakan sekali dalam kerja kursus geografi...
Logged
Lee Chai Yong
SMK Jalan Arang

Senior Member
*

Fame: 12
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 313



WWW
« Reply #16 on: March 15, 2009, 11:27:00 AM »

Cikgu-cikgu semua, saya adalah Pentaksir Negeri PBS Geografi PMR.

Untuk makluman anda, setiap tahun LPM akan membekalkan dua bahan kerja kursus iaitu:
1.  panduan penskoran (yang saya upload di atas)
2.  panduan pelaksanaan dan penilaian kerja kursus (versi 2009 belum ada dalam laman web LPM)
Di bawah ini saya upload versi 2008.  Guru boleh guna sebagai panduan.

Tugasan 1 (Bentuk Muka Bumi)
Saya menggalakkan pelajar saya membuat soalan Tugasan 1.  Berbeza dengan soalan dua, Tugasan 1 adalah Bentuk Muka Bumi (kawasan yang luas).  Maka, perbandingan boleh dirujuk kepada kawasan yang lebih luas.  Contoh:  banding kawasan BDC dengan Pulau Jawa, Indonesia. 

Tugasan 2 (Petempatan)
Pelajar diminta membuat perbandingan dengan negara lain. Ya, pelajar perlu membuat perbandingan.  Perbandingan di sini maksudnya:  kesan sama ada terdapat persamaan atau perbezaan.  Contohnya;  kawasan BDC mengalami masalah kesesakan lalu lintas, begitu juga dengan Tokyo.  Kemudian pelajar boleh buat huraian seperti waktu bila kesesakan berlaku, jam berapa?

Negara yang dibandingkan tidak bermaksud seluruh negara.  Pilih satu tempat, seperti Tokyo.

Kaedah kajian adalah cara yang pelajar guna untuk mengumpul maklumat.  Beberapa kaedah boleh digunakan untuk mengumpul maklumat seperti Kaedah Pemerhatian, Kaedah Soal Selidik, Kaedah Temubual dan Kaedah Rujukan.  Maklumat yang dikumpul mestilah berguna untuk menulis laporan kajian.  Cikgu boleh membantu pelajar "mereka-bentuk" soalan soal selidik dan temuabual. 

Soal selidik vs. Temu bual
Cikgu harus mengajar pelajar bagaimana membezakan dua konsep ini.  Soal selidik ialah survei.  Survei boleh diadakan dengan meminta responden mengisi borang.  Maklumat yang biasa dikumpul merupakan maklumat kuantitatif.  Tujuannya ialah membolehkan data dikumpul, dirumuskan, kemudian memproses menjadi graf atau carta pai.  Bilangan responden perlulah ramai (tahun ini:  20 orang).  Jika bilangan responden kurang, ia tidak menggambarkan keadaan sebenar (not representative).

Temubual bermaksud interview.  Soal temubual perlu disertakan di lampiran, membolehkan penilai tahu apa soalan yang ditanya.  Maklumat yang dikumpul biasanya berupa maklumat kualitatif, seperti tanya tentang pendapat, perasaan, cadangan dsb. 


Kadang-kala terdapat juga borang soal selidik dibuat seolah-olah sebagai hiasan sahaja.  Maklumatnya tidak membantu dalam penerangan "Dapatan Kajian". Contoh, graf yang dilukis berkaitan dengan komposisi jantina atau kaum (bagi soalan tahun ini, maklumat ini memang tidak sesuai).  Maklumat yang diperlukan untuk Dapatan kajian Tugasan 1 ialah:
1.  ciri bentuk muka bumi
2.  potensi bentuk muka bumi
3.  halangan bentuk muka bumi
4.  kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar
5.  langkah mengatasi masalah kegiatan manusia terhadap alam sekitar
Maka, buatlah soalan yang berkaitan dengan topik di atas (rujuk contoh borang soal selidik yang saya upload di bawah, p/s:  Perkataan "potensi" diubah jadi "sesuai untuk" memudahkan responden faham soalan yang ditanya.)

Pelajar perlu letak satu jadual (2 m) dan lukis satu graf (2 m) sahaja.  Markah penuh untuk grafik ialah 4 m.

Harap maklumat ini dapat membantu cikgu-cikgu semua.

There are 2 attachment(s) in this post which you cannot view or download
PANDUAN_KERJA_KURSUS_GEO_PMR_2008.pdf
borang soal selidik.doc
Logged
Yeo Meei Ing
SMK Matu
Teacher
Novice Member
*

Fame: 0
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 28



« Reply #17 on: March 16, 2009, 09:09:51 PM »

Terima kasih atas maklumat yang diberikan oleh Cikgu Lee.
Saya menghadapi satu masalah. Saya tak dapat akses file dan membaca maklumat soal selidik yang diupload oleh Cikgu Lee baru-baru ini. Ada cara lain untuk membaca file itu?
Logged

SMK Matu
Yeo Meei Ing
SMK Matu
Teacher
Novice Member
*

Fame: 0
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 28



« Reply #18 on: March 16, 2009, 09:38:48 PM »

Cikgu Lee, saya dah cuba 2 kali untuk download file contoh soal selidik. selepas i download finish, it can't open the file. hope that you can give some advise or other file about it. tq
Logged
Abd Rahman
SK Madrasah Datuk Hj. Abdul Kadir Hasan
Teacher
Hero Member
*

Fame: 199
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 2588



« Reply #19 on: March 17, 2009, 08:31:36 AM »

Cikgu-cikgu semua, saya adalah Pentaksir Negeri PBS Geografi PMR.

Untuk makluman anda, setiap tahun LPM akan membekalkan dua bahan kerja kursus iaitu:
1.  panduan penskoran (yang saya upload di atas)
2.  panduan pelaksanaan dan penilaian kerja kursus (versi 2009 belum ada dalam laman web LPM)
Di bawah ini saya upload versi 2008.  Guru boleh guna sebagai panduan.

Terima kasih di atas perkongsian yang amat bermakna tersebut.
Logged
Pages: [1] 2 3 4   Go Up
  Print  
 
Jump to:  

PIPPBahagian Pembangunan Kurikulume-Paymente-Hasil
Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1.16 | SMF © 2011, Simple Machines | Sitemap Valid XHTML 1.0! Valid CSS!
Page created in 0.148 seconds with 26 queries.