Home   Forum   Help Search Calendar Links Login Register   **
Welcome, Guest. Please login or register.
Did you miss your activation email?
February 08, 2012, 08:39:59 PM

Login with username, password and session length
Program
EduWebTVLatih TubiLINUSManaging Challenging SchoolsGerakan Memperkasakan SekolahLDPICTL SMICTL SRMalaysian Grid for Learning (MyGfL)ProtimPPSMISIP
Recent
[Today at 08:25:29 PM]

[Today at 07:14:24 PM]

by lim
[Today at 06:56:52 PM]

[Today at 06:51:48 PM]

[Today at 06:35:49 PM]

[Today at 06:23:01 PM]

[Today at 05:03:11 PM]

[Today at 04:02:17 PM]

[Today at 03:22:47 PM]

[Today at 01:39:07 PM]
 

Pages: [1]   Go Down
  Print  
Author Topic: Program Latihan Portal EDUWEBTV (PLPE)  (Read 1956 times)
0 Members and 1 Guest are viewing this topic.
Leander Lim

Super Member
*

Fame: 58
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 3306



WWW
« on: February 04, 2009, 12:54:28 AM »

Program Latihan Portal EDUWEBTV (PLPE)

   Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran (KPM) telah melaksanakan peojek EduWebTV bagi memantapkan sistem penyampaian berita KPM dan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran kepada semua warga KPM.

   Sehubungan itu, Program Latihan Portal EDUWEBTV (PLPE) akan dilaksanakan untuk pendedahan penggunaan portal EDUWEBTV kepada guru di 1443 buah sekolah di Sarawak dalam tempoh Februari hingga Mac 2009. Peserta bagi PLPE ini adalah guru media/pusat sumber dan bilangan peserta bagi setiap sekolah ialah satu orang sahaja. Setiap sesi latihan adalah dua hari, terdiri daripada 20-25 orang peserta dan kehadiran adalah wajib.

   Untuk memastikan kesinambungan manfaat projek tersebut kepada warga sekolah, guru-guru yang telah mengikuti PLPE secara berpusat perlu melaksanakan latihan dalaman kepada guru-guru sekolah masing-masing
secara schoolbase. Latihan secara dalaman ini dilaksanakan dalam tempoh satu bulan selepas mereka mengikuti latihan secara berpusat.

   Pihak sekolah boleh menghubungi pegawai daripada Bahagian Teknologi
Pendidikan atau Pusat Kegiatan Guru yang berdekatan untuk mendapat khidmat nasihat bagi pelaksanaannya.

   Segala perbelanjaan untuk melaksanakan latihan dalaman tersebut hendaklah mengunakan peruntukan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) yang diagihkan kepada sekolah-sekolah (bagi sekolah-sekolah PTJ) atau Pejabat Pelajaran Daerah (bagi sekolah-sekolah bukan PTJ).
Logged

Leander Lim Hock Kiong
Assistant Director (ICT & Computing)
Academic Management Sector
Sarawak Education Department
Tkt 4-5, Bangunan R.T.M
Jln P. Ramlee, 93614 Kuching
082247050(O) 082414599(F)
Leander Lim

Super Member
*

Fame: 58
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 3306



WWW
« Reply #1 on: February 04, 2009, 01:05:01 AM »

Berikut adalah Jadual PLPE

HARI PERTAMA
MASA  PERKARA
7.30 pagi Pendaftaran
Profil ‘Online’ Guru
‘Pre-Test’
8.00 pagi Taaruf Kumpulan
8.30 pagi Pengenalan & Pendedahan EDUWEBTV
9.30 pagi ‘Hands On’ (1) – Log Masuk & ‘Troubleshooting’
10.30 pagi Minum Pagi
11.00 pagi ‘Hands On’ (2) – Senarai Video (Playlist) & ‘Troubleshooting’
1.00 petang Rehat / Makan Tengah Hari
2.00 petang Pemilihan & Penilaian Bahan Sumber Pendidikan
3.00 petang Model Pengajaran Pengintegrasian EDUWEBTV dalam P&P
5.00 petang Minum Petang / Bersurai

HARI KEDUA
MASA PERKARA
8.00 pagi Perancangan Pengintegrasian EDUWEBTV dalam P&P
10.30 pagi Minum Pagi
11.00 pagi Simulasi Pengajaran
1.00 petang Rehat / Makan Tengah Hari
2.00 petang Borang Maklum Balas (KPM)
Maklum Balas & Refleksi Simulasi Pengajaran
3.00 petang Isu & Cabaran Penggunaan EDUWEBTV
3.40 petang Meja Bantuan EDUWEBTV (Helpdesk)
4.10 petang Sesi ‘Reinforcement’
4.30 petang 'Post-Test’ dan Maklum Balas Program
Majlis Penutup & Penyampaian Sijil
5.00 petang Minum Petang / Bersurai
Logged
Leander Lim

Super Member
*

Fame: 58
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 3306



WWW
« Reply #2 on: February 04, 2009, 09:20:12 AM »

Modul Latihan Portal EDUWEBTV - GURU

Modul Latihan Portal EDUWEBTV ini dihasilkan untuk kegunaan Guru dan Pegawai Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sebagai garis panduan latihan dan kurikulum latihan Portal EDUWEBTV (EDUWEBTV.COM). Selain itu, modul ini juga disediakan bertujuan untuk :

  • Membantu pengguna memahami serta mengenali dengan lebih dekat tentang Portal EDUWEBTV khususnya mengenai peranan dan tanggungjawab setiap pengguna yang bakal membawa Portal EDUWEBTV sebagai Bahan Bantu Mengajar (BBM) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P&P);
  • Mempermudahkan khususnya kepada Guru dan umumnya kepada Pegawai KPM sebagai pengguna Portal EDUWEBTV untuk mengetahui fungsi dan perkhidmatan yang terdapat dalam Portal EDUWEBTV;
  • Membolehkan Guru menguasai teknik penyampaian dalam P&P menggunakan Portal EDUWEBTV.

Penggunaan modul ini bersama-sama dengan Manual Pengguna (Sistem Pengurusan Kandungan – CMS) dapat membantu pengguna mencapai pemahaman dalam penggunaan Portal EDUWEBTV dengan lebih berkesan dan efektif.

Penggunaan bahasa di dalam modul ini adalah ringkas dan padat serta mudah difahami oleh semua peringkat pengguna. Isi kandungan modul ini terdiri daripada fakta-fakta yang ringkas dan padat serta mengandungi beberapa hasil kajian yang boleh digunakan dalam pelaksanaan Portal EDUWEBTV dalam P&P.

Pada keseluruhannya, dalam modul ini dibincangkan mengenai kurikulum latihan Portal EDUWEBTV. Perbincangan dimulai dengan Pengenalan dan Pendedahan Portal EDUWEBTV dan seterusnya membawa kepada Pelaksanaan dan Pengintegrasian Portal EDUWEBTV dalam P&P.

There are 2 attachment(s) in this post which you cannot view or download
Modul EDUWebTV Guru.pdf
Modul EduWebTV.jpg
Logged
Leander Lim

Super Member
*

Fame: 58
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 3306



WWW
« Reply #3 on: February 04, 2009, 09:36:51 AM »

Sistem Pengurusan Kandungan (CMS) - Portal EDUWEBTV
(CONTENT MANAGEMENT SYSTEM – CMS)

   Sistem Pengurusan Kandungan (CMS) ini dihasilkan sebagai panduan teknikal kepada
pengguna Portal EDUWEBTV (EDUWEBTV.COM) khususnya kepada Guru dan
Pegawai Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Ianya digunakan sebagai manual
penggunaan dan rujukan teknikal kepada pengguna Portal EDUWEBTV.

   Penggunaan bahasa adalah ringkas dan padat serta mudah difahami oleh semua peringkat
pengguna. Isi kandungan terdiri daripada fakta-fakta yang ringkas dan padat serta
mengandungi beberapa arahan dan penerangan mengenai sesuatu fungsi atau
perkhidmatan yang terdapat dalam Portal EDUWEBTV. Langkah penggunaan bagi
beberapa fungsi dipersembahkan melalui ilustrasi dan penerangan untuk membolehkan
pembacanya memahami secara cepat dan mudah.

   Modul ini tidak merangkumi kesemua fungsi-fungsi Portal EDUWEBTV disebabkan
proses penambahbaikan portal dari semasa ke semasa. Jika terdapat percanggahan
maklumat dan sebarang pertanyaan, sila hubungi MEJA BANTUAN EDUWEBTV
(HELPDESK) di talian 1-300-88-9325 untuk mendapatkan bantuan teknikal.

There are 2 attachment(s) in this post which you cannot view or download
cms.jpg
cms.pdf
Logged
Leander Lim

Super Member
*

Fame: 58
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 3306



WWW
« Reply #4 on: February 04, 2009, 10:19:05 AM »

Slide show bagi Modul Latihan Portal EDUWEB.

01 Pengenalan
02 Hands On 1 - Log Masuk
03 Hands On 2 - Senarai Video

There are 4 attachment(s) in this post which you cannot view or download
01 PENGENALAN.ppt
02 HANDS ON 1 - LOG MASUK.ppt
03 HANDS ON 2 - SENARAI VIDEO.ppt
eduwebtv_trainer.jpg
Logged
Leander Lim

Super Member
*

Fame: 58
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 3306



WWW
« Reply #5 on: February 04, 2009, 10:27:50 AM »

Slide show bagi Modul Latihan Portal EDUWEB.

04 Pemilihan Dan Penilaian Bahan Sumber Pendidikan
05 Helpdesk
06 Reinforcement
Tambahan - Pelayan

There are 4 attachment(s) in this post which you cannot view or download
04 PNP.ppt
05 HELPDESK.ppt
06 REINFORCEMENT.ppt
TAMBAHAN - PELAYAN.ppt
Logged
Leander Lim

Super Member
*

Fame: 58
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 3306



WWW
« Reply #6 on: February 05, 2009, 02:11:57 PM »

Pautan penting untuk PLPE

Portal eduwebtv.com
WebTV Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia

PORTAL PLPE
Layari Portal PLPE untuk mendapatkan informasi terkini mengenai Program Latihan dan juga perkembangan terkini WebTV Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia (EduWebTV). Portal juga mengandungi beberapa perbincangan yang dilakukan antara jurulatih dan juga pihak pengurusan PLPE.

Aplikasi dan Dokumen Sokongan Latihan
Pembangunan perisian ini merupakan usaha untuk memudahkan dan melancarkan pelaksanaan Program Latihan Portal EDUWEBTV (PLPE) dalam menggunakan Portal EDUWEBTV. Perisian ini disertakan sekali bersama-sama dengan modul latihan. Terdapat dua bahagian utama iaitu Aplikasi dan Dokumen.

Maklumat Perjalanan PLPE

Sistem Pengurusan Latihan
Ruangan ini hanya untuk aktiviti rasmi "Program Latihan EDUWEBTV", bukan untuk tujuan latihan dalaman (inhouse training) guru.

Talian Meja Bantuan EduWebTV : 1-300-88-9325   Waktu Operasi: 7 pagi hingga 1 pagi
Logged
Pages: [1]   Go Up
  Print  
 
Jump to:  

PIPPBahagian Pembangunan Kurikulume-Paymente-Hasil
Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1.16 | SMF © 2011, Simple Machines | Sitemap Valid XHTML 1.0! Valid CSS!
Page created in 0.109 seconds with 26 queries.