Home   Forum   Help Search Calendar Links Login Register   **
Welcome, Guest. Please login or register.
Did you miss your activation email?
May 25, 2012, 01:42:03 AM

Login with username, password and session length
Program
EduWebTVLatih TubiLINUSManaging Challenging SchoolsGerakan Memperkasakan SekolahLDPICTL SMICTL SRMalaysian Grid for Learning (MyGfL)ProtimPPSMISIP
Recent
[Yesterday at 11:56:50 PM]

[Yesterday at 10:34:14 PM]

[Yesterday at 10:23:08 PM]

[Yesterday at 09:45:39 PM]

[Yesterday at 08:34:38 PM]

[Yesterday at 05:51:30 PM]

[Yesterday at 11:53:44 AM]

[Yesterday at 09:14:15 AM]

[May 23, 2012, 09:30:31 PM]

[May 23, 2012, 08:37:00 PM]
 

Pages: [1]   Go Down
  Print  
Author Topic: Apa itu EduWebTV ?  (Read 2104 times)
0 Members and 1 Guest are viewing this topic.
Leander Lim

Super Member
*

Fame: 58
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 3306



WWW
« on: February 04, 2009, 10:07:03 AM »

PENGENALAN DAN PENDEDAHAN EDUWEBTV

OBJEKTIF
  • Memahami dan mengetahui secara keseluruhan definisi, visi dan misi EDUWEBTV
  • Mengetahui tentang semua saluran dan jenis pengguna yang terdapat dalam Portal EDUWEBTV
  • Mengetahui keperluan asas dalam menggunakan Portal EDUWEBTV

PENGENALAN
  • Peserta akan didedahkan tentang kongsep EDUWEBTV dan perkara asas (definisi, misi dan visi)
  • Pendedahan 7 saluran dalam EDUWEBTV
  • Jenis pengguna dan keperluan asas menggunakan EDUWEBTV
  • EDUWEBTV telah dibangunkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sebagai satu wadah Pendidikan Digital untuk Semua.
  • EDUWEBTV juga merupakan satu usaha untuk mengurangkan jurang digital antara bandar, luar bandar, pedalaman dan juga hilir bandar.

DEFINISI
  • EDUWEBTV merupakan portal pendidikan interaktif berasaskan video yang boleh digunakan dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)

VISI
  • Untuk menjadi Portal Pendidikan berasaskan Video Pendidikan bertaraf dunia menerusi penerapan nilai-nilai murni menggunakan teknik video

MISI
  • Untuk menerajui pembangunan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) berteraskan teknologi maklumat dan komunikasi yang kreatif sejajar dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006 – 2010.

COGANKATA
  • Pendidikan Digital Untuk Semua (Digital Education for All)

SALURAN EDUWEBTV
  • EDUWEBTV merupakan Portal berasaskan kepada video pendidikan yang mempunyai saluran-saluran tertentu yang mempunyai fokus dan matlamat yang berbeza.
  • Terdapat 7saluran - Berita, Akademik, Rencana, Wawancara, TV Pendidikan, Interaktif dan Siaran Langsung.

BERITA
  • Video berkaitan aktiviti KPM
  • 2 bahasa (Melayu dan Inggeris)
  • Saluran berbentuk Berita dalam Pendidikan (News in Education) – aktiviti KPM, isu semasa pendidikan, polisi kerajaan dan program pendidikan di sekolah

AKADEMIK
  • Video berkaitan akademik seperti kursus ahli akademik dalam dan luar negara
  • Guru dan Murid dapat mengalami pengalaman yang sama
  • Pembakar semangat dan pencetus inspirasi

RENCANA
  • Rancangan khas – sebaran dan perkongsian maklumat
  • Contoh – Pendidikan Teknik dan Vokasional
  • Aktiviti pendidikan dan amalan-amalan terbaik

WAWANCARA
  • Saluran video wawancara atau temubual bersama Personaliti Pendidikan yang berperanan mewarnai halatuju
  • program dan agenda pendidikan negara
  • Mengenali Personaliti Pendidikan
  • Isu yang diwawancara sebagai panduan

TV PENDIDIKAN
  • Bahan P&P yang diterbitkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP)
  • Rancangan berasaskan kurikulum sekolah rendah dan sekolah menengah
  • TV Pendidikan secara atas talian
  • Matapelajaran – Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Matematik, Pendidikan Islam, Sains dan Sejarah.

INTERAKTIF
  • Video program utama KPM seperti Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)
  • Pembestarian Sekolah

SIARAN LANGSUNG
  • Rakaman siaran langsung program anjuran KPM
  • Contoh – Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2008

JENIS PENGGUNA
  • Pentadbir Sistem
  • Pengguna Akhir
    • Orang Awam
    • Guru
    • Murid

KEPERLUAN ASAS
  • Pelayar Web – Internet Explorer (6 dan ke atas)
  • Windows Media Player (9 dan ke atas)
  • Saiz paparan – 1024 x 768 ‘pixel’
  • Sistem Pengoperasian – Windows 98
  • Akaun E-mel (Pendaftaran EDUWEBTV)

RUMUSAN
  • Pengenalan dan Pendedahan - memberi gambaran secara menyeluruh mengenai Portal EDUWEBTV.
  • Hasil - membolehkan eksplorasi ke atas Portal EDUWEBTV dengan sendiri
Logged

Leander Lim Hock Kiong
Assistant Director (ICT & Computing)
Academic Management Sector
Sarawak Education Department
Tkt 4-5, Bangunan R.T.M
Jln P. Ramlee, 93614 Kuching
082247050(O) 082414599(F)
Pages: [1]   Go Up
  Print  
 
Jump to:  

Members
Total Members: 21256
Latest: RotalydayDQ
Stats
Total Posts: 254478
Total Topics: 21163
Online Today: 265
Online Ever: 718
(May 16, 2012, 08:58:21 PM)
Users Online
Users: 3
Guests: 141
Total: 144
PIPPBahagian Pembangunan Kurikulume-Paymente-Hasil
Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1.16 | SMF © 2011, Simple Machines | Sitemap Valid XHTML 1.0! Valid CSS!
Page created in 0.104 seconds with 26 queries.