Guru tetap anggun sama ada memang dia anggun atau tidak, handsome atau masam, ayu atau "ayub" selagi tanggungjawab dilaksana dengan amanah.
Nak tau anggun tak anggun warga pendidik ni, saya turunkan satu cerita. Kisah seorang Cikgu dengan seorang Guru yang "ANGGUN" dalam mendidik anak muridnya. Kisahnya macam ni.
Suatu hari dua orang penjawat awam ni yang baru di postingkan ke sebuah sekolah kat Sarawak ni. Yang seorang cikgu dan yang sorang lagi guru.
Pengetua : Cikgu dulu belajar di mana?
Cikgu A : Dulu saya ambil KPLI kat Institut Perguruan Batu Lintang.
Opsyen matematik.
Pengetua : Encik pula menuntut di mana?
Guru B : Saya bertapa di Institut Gua Angin di Bau, selama tiga tahun.
Opsen silat.
Pengetua : Bagus. Harap kamu berdua dapat memberi suatu yang berfaedah
kepada para pelajar kita.
Lalu kedua-duanya pun tekun mengajar dan mendidik anak muridnya yang kebetulan adalah murid yang sama. Cikgu A mengajar mengira dari satu hingga seribu. Murid tu dapat mengingatinya. Begitu juga Guru B mengajar silat langkah demi langkah. Murid tu dapat mengikutinya.
Suatu hari, murid tu pergi ke sekolah. Dalam perjalanan tu tiba-tiba terjatuh sarang tebuan dari atas pokok. Dengan tangkas murid itu mengelak dan melompat. Dia selamat. "Fuh, tak sia-sia ilmu silat yang aku pelajari dari guru B tu," bisik hatinya. Tiba-tiba pula beratus-ratus tebuan tu keluar dan menyerang murid itu. Murid itu pun dengan pantas membuat perkiraan lalu cabut lari langkah seribu. "Fuh, tak sia-sia ilmu matematik yang kiraan seribu tu saya pelajari daripada cikgu A." bisik hatinya. Dia selamat.
Nah, fikirkan sendiri cikgu. Murid itu dapat mengaplikasi ilmunya berkat "ANGGUN"nya cikgu dan guru itu mengajar. Kita bertuah kerana sebagai pendidik kita memiliki kedua-dua fungsi itu iaitu sifat cikgu dan sifat guru.