Home   Forum   Help Search Calendar Links Login Register   **
Welcome, Guest. Please login or register.
Did you miss your activation email?
May 25, 2012, 03:15:39 AM

Login with username, password and session length
Program
EduWebTVLatih TubiLINUSManaging Challenging SchoolsGerakan Memperkasakan SekolahLDPICTL SMICTL SRMalaysian Grid for Learning (MyGfL)ProtimPPSMISIP
Recent
[Yesterday at 11:56:50 PM]

[Yesterday at 10:34:14 PM]

[Yesterday at 10:23:08 PM]

[Yesterday at 09:45:39 PM]

[Yesterday at 08:34:38 PM]

[Yesterday at 05:51:30 PM]

[Yesterday at 11:53:44 AM]

[Yesterday at 09:14:15 AM]

[May 23, 2012, 09:30:31 PM]

[May 23, 2012, 08:37:00 PM]
 

Pages: [1]   Go Down
  Print  
Author Topic: Dosa Sang Guru Kerana Mendidik Anak Muridnya?  (Read 876 times)
0 Members and 1 Guest are viewing this topic.
Hasara bt Hj Mat
SMK Bandar Samariang
Teacher
Novice Member
*

Fame: 2
Offline Offline

Posts: 12



« on: February 10, 2009, 01:35:48 AM »

Dosa Sang Guru Kerana Mendidik Anak Muridnya?
 
Guru diibaratkan sebagai lilin yang menerangi muridnya dengan ilmu. Pengganti ayah dan ibu di dalam kelas.
Guru membentuk disiplin anak-anak, dilentur agar betul tegaknya apabila sudah dewasa. Dia mengajar 'anaknya' bagaimana cara menyebut, menulis, membaca. Mengajar agar tahu tegak dan bengkoknya cara solat, cara makan dan sebagainya. Bukan itu sahaja, bahkan untuk menjadikan anak murid sebagai seorang manusia yang berguna dan mempunyai cita-cita.
Lihatlah, yang menjadi pemimpin, menjadi ahli perniagaan semuanya atas jasa pejuang yang tidak bernama ini. Kerana guru, tidak diajar untuk menerima balas jasa, tidak inginkan namanya disebut. Cukup dengan ilmu yang diajar dapat diamal, dihayati. Mudah-mudahan menjadi amal jariah di kemudian hari.
Fahamkah ibu ayah yang dahulunya juga pernah diajar oleh gurunya? Anak-anak perlukan bimbingan dan perhatian di rumah. Bukunya disemak, dilihat kerja rumahnya, ditanyakan siapa kawan-kawannya.
Malanglah sang guru, kerana segelintir perbuatan individu `guru' yang tidak bertanggungjawab, maka semua nodanya di taburkan kepada seluruh insan yang bergelar guru. Disebut-sebut perbuatan guru memukul anaknya – adakah mereka tahu benar peribadi anak sendiri? Ditunding-tunding kesalahan sang guru, padahal mereka lupa. Menyerahkan tanggungjawab, tidaklah sama dengan melaksanakan tanggungjawab. Tidak sama juga dengan orang yang hanya pandai memerhatikan dan mengkritik dengan yang duduk dibangku seorang guru.
Tugas Guru Dijadikan Nilaian
Mereka berkata kerja guru senang, 6 jam sehari, ada hari cuti yang panjang. Boleh makan angin lagi.
Ya, memang kerja guru senang. Perlu bersengkang mata memikirkan perihal anak muridnya sahaja, perlu menanda buku, mengikuti kursus, belum dicampur dengan karenah pentadbiran sekolah, kelas tambahannya, program sampingan sukan sekolah. Yang sudah berkahwin perlu memikirkan keluarga mereka sendiri. Tidur malamnya selalu nyenyak. Mudahnya kerja guru..
 
Dari A hingga ke Z guru mengajar, dari berdiri tegak sehingga memberi salam diasuh agar muridnya menjadi orang yang tahu Islam. Ada guru yang menyerahkan jiwa raganya di dalam profesion ini, memberi motivasi dan semangat agar anak didiknya terus berjaya. Yang malas, yang suka bermain di dalam kelas, yang hanya tahu tidur, masih tergagap untuk membaca, tidak kenal huruf dan merangkak menyebut perkataan – disuakan dengan teknik belajar. Tidak lupa sang guru untuk mengingatkan anak didiknya itu silalah ulangkaji, tunjukkan pada ibu dan ayah mana yang perlu dibuat dan disemak semula. Tetapi yang lebih difahami - anaknya mesti mendapat semua A apabila mendapat keputusan peperiksaan. "Anak aku pintar, bijak" Dan semuanya diakhiri dengan perkataan 'AKU' juga.
Sang guru memberi nasihat "Awak dah belajar solatkan.. kat rumah solat dengan mak ayah ye..", lalu dia membalas "mak ayah saya tidak solat cikgu.. nak buat camane?". Dan sang guru tergumam.
Sebagai seorang ayah dan ibu di dalam kelas, ia tidak senang melepaskan anaknya balik ke rumah tanpa membawa apa-apa yang bermakna di dalam kehidupan. Lalu diberi peringatan – bahawa hormati ibu dan bapa, cium tangan mereka, minta maaf kepadanya. Jangan segan untuk meringankan tulang. Berilah khabar gembira apabila sudah berjaya…
Begitulah… sang guru tetap juga meneruskan pengajaran dan didikannya dengan sabar, walaupun saban waktu hatinya menahan kerana herdikan, cacian dan cemuhan. Dan itulah dosa-dosa guru kerana mendidik anak muridnya..

Sumber : http://jarumemas. blogspot. com

Kesiannya nasib guru zmn akhir zmn nih kan. tak macam dulu profesion guru disanjung tinggi. Kerana disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga. Sabar je lah warga guru ye. Moga kita sama2 berusaha utk memartabatkan balik profesion kita ye.
Logged

Hasara bt Hj Mat
Guru
SMK Bandar Samariang
Zainal bin Jiee
SMK Wira Penrissen
Teacher
Full Member
*

Fame: 81
Offline Offline

Posts: 135



« Reply #1 on: February 13, 2009, 02:57:10 PM »

G.U.R.U. : Guna Untuk Rakyat Umum. Apa-apa saja tohmahan orang kepada kita terimalah ia sebagai kritikan untuk membetulkan kelemahan kita. Jangan cepat melenting dengan "terjahan" orang ramai yang tidak berpuas hati dengan sesetengah tindakan kita. Yang penting, jawab hujahan itu dengan berhikmah sesuai dengan kedudukan kita yang hidup dalam dunia ilmuan. Perumpaan guru ni, seperti pokok buah yang menghasilkan buah yang masak ranum. Walaupun ada budak-budak nakal melemparkannya dengan kayu atau batu untuk mengambil buah itu, pokok itu tetap membalas lemparan itu dengan buah untuk dinikmati budak-budak tersebut. Pokok tidak membalas dengan ranting dan dahannya, sungguhpun dia mampu untuk berbuat demikian.
Logged

Zainal bin Jiee
Guru
SMK Wira Penrissen
Sarina Hj. Saiee
SK Semerah Padi
Teacher
Novice Member
*

Fame: 8
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 37



« Reply #2 on: February 16, 2009, 09:35:35 AM »

Mendidik merupakan salah satu cara kita menanam modal insan. Kalau didikan kita berkesan maka hasilnya akan dapat dijadikan aset negara suatu hari kelak. Jika hasilnya tidak berkesan, akan jadi bebanan kepada kita semua.
Logged

SK Semerah Padi
Banyuk Bin Muhi
SK Encik Buyong
Teacher
Novice Member
*

Fame: 0
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 47


Dari mana kita datang kemana kita akan kembali


« Reply #3 on: March 15, 2009, 07:30:08 PM »

Saya rasa terpanggil berkenaan dengan membentuk insan khususnya dikalangan kita manusia yang bergelar guru ini. Apa yang saya perhatikan pada hari ini kita cuma memberikan ilmu bukan sebagai pembentuk insan sebab itu saya rasakan kita kurang berjaya menjadikan murid kita insan. Jika guru pada masa dahulu khususnya dalam tahun 50an, 60an & 70an kebanyakan guru pada masa itu mereka terlibat secara bersama dengan ahli masyarakat dalam membentuk ahli masyarakat khususnya di kampung. Penglibatan mereka amat menyeluruh, saya merasakan ianya amat berbeza dengan situasi atau keadaan kita pada hari ini. Cuba kita teliti dan kaji agar kita boleh mengambil ikhtibar dari situasi guru zaman dahulu. Agar kita boleh menjadi guru yang bercirikan guru yang telah dijelaskan oleh Imam Ghazali.
Logged

SK Encik Buyong
Yahya Bin Basni
SK Kampung Seberang
JU MyGfL
Veteran Member
*

Fame: 28
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 518



« Reply #4 on: March 15, 2009, 08:02:58 PM »

Masyarakat kini yang puca sebab musabab, profesion keguruan tidak dihormati.

Kalau dulu anak dimarahi kerana tidak menyiapkan kerja rumah.
Kini guru dimarahi kerana memberi kerja rumah yang banyak.

Kalau dulu, "Cikgu, didikan anak saya baik-baik, jaga seperti anak sendiri."
Kini,"Cikgu, ajar anak saya baik-baik, ini anak saya bukan anak Cikgu"

Kalau dulu, "Cikgu, didikan anak saya ilmu dunia dan akhirat dengan sebaik-baiknya"
Kini, Cikgu, kalau tidak tahu mengajar anak saya, saya lagi pandai mengajar.

Kalau dulu,"Cikgu, kalau anak saya degil pukullah ia sebagai satu pengajaran"
Kini, Kalau Cikgu pukul anak saya atau jentik anak saya, saya akan saman Cikgu.

Sekadar pandangan yang terlintas...

Logged

Guru/Guru Data/S.U Peperiksaan
SK Kampung Seberang
Lawas, Sarawak.
Asha Shahmimi Abdullah
SK Rampangi
Teacher
Full Member
*

Fame: 77
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 137



« Reply #5 on: March 15, 2009, 08:08:42 PM »

Begitulah nasib kita sebagai guru.Namun bersyukurlah kerana antara ramai-ramai hamba Allah di muka bumi ini kita terpilih sebagai insan yang layak menjadi guru.Guru sering dikaitkan sebagai insan yang mulia,sabar dan sanggup berkorban demi orang lain.Apapun rintangan dan cabaran aku tetap berbangga menjadi GURU.
Logged

miaamasshh
Guru,
SK Rampangi
Anah bte Abdul Razak
SMK Bandar Sarikei

Novice Member
*

Fame: 1
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 36



« Reply #6 on: March 15, 2009, 08:19:30 PM »

Kalau dikaji dan diimbas balik zaman persekolahan kita dulu, guru dulu dan sekarang tak jauh bezanya. Yang berbeza banyak adalah murid-murid. Murid dahulu menghormati guru seperti menghormati ibu ayah.  Sekarang ini murid yang kita didik bukan semua menghormati guru. Ada yang melenting bila diberi nasihat, dan ada yang berdendam sampai merosak kenderaan, melempar mercun ke rumah guru dan macam2 lagi perbuatan  yang menunjukkan protes.  Murid dulu bila dirotan di sekolah, akan ditambah lagi  oleh ibu ayah bila sampai di rumah. Sekarang bila kena rotan, kesan sedikit ditambah lagi untuk mengapi-apikan ibu bapa dengan guru sehingga ada yang membawa kes kecil ke mahkamah. Saya boleh dikategorikan  golongan guru dahulu sebab dah mengajar lebih 27 tahun (guru tahun 80an). Sekarang ini ibu ayah murid kita pun ramai yang berpendidikan tinggi berbanding dengan ibu ayah murid dahulu.  
Logged

SMK Bandar Sarikei
Mohamad Amran
SK Ng Dalai
Teacher
Senior Member
*

Fame: 15
Offline Offline

Posts: 204


0138200910


« Reply #7 on: August 25, 2009, 10:25:18 AM »

sedihnye
Logged

SK Ng Dalai,
KETUA PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN!

" MOTIF"
Dawson Ador
SK Batu Lintang
Teacher
Master Member
*

Fame: 95
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1396



« Reply #8 on: August 25, 2009, 11:19:10 AM »

Saya pun turut bersedih... Embarrassed Embarrassed Embarrassed
Logged

SK Batu Lintang
Pages: [1]   Go Up
  Print  
 
Jump to:  

Members
Total Members: 21259
Latest: PloloftotteHR
Stats
Total Posts: 254478
Total Topics: 21163
Online Today: 265
Online Ever: 718
(May 16, 2012, 08:58:21 PM)
Users Online
Users: 0
Guests: 128
Total: 128
PIPPBahagian Pembangunan Kurikulume-Paymente-Hasil
Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1.16 | SMF © 2011, Simple Machines | Sitemap Valid XHTML 1.0! Valid CSS!
Page created in 0.855 seconds with 25 queries.