Home   Forum   Help Search Calendar Links Login Register   **
Welcome, Guest. Please login or register.
Did you miss your activation email?
May 25, 2012, 03:27:48 AM

Login with username, password and session length
Program
EduWebTVLatih TubiLINUSManaging Challenging SchoolsGerakan Memperkasakan SekolahLDPICTL SMICTL SRMalaysian Grid for Learning (MyGfL)ProtimPPSMISIP
Recent
[Yesterday at 11:56:50 PM]

[Yesterday at 10:34:14 PM]

[Yesterday at 10:23:08 PM]

[Yesterday at 09:45:39 PM]

[Yesterday at 08:34:38 PM]

[Yesterday at 05:51:30 PM]

[Yesterday at 11:53:44 AM]

[Yesterday at 09:14:15 AM]

[May 23, 2012, 09:30:31 PM]

[May 23, 2012, 08:37:00 PM]
 

Pages: [1]   Go Down
  Print  
Author Topic: Latihan cerpen: Tragedi/ 2009! jangan terlepas peluang ini  (Read 409 times)
0 Members and 2 Guests are viewing this topic.
Ng Ai Fen
SMK Wira Penrissen
Teacher
Senior Member
*

Fame: 4
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 236


org malas mencari alasan org rajin penyelesaian!


« on: February 12, 2009, 02:32:29 PM »

Latihan Tragedi (Penerbit Oxford: Fajar) Cetakan 2009

Irnawati tunduk. Beberapa ketika dia mendongak lalu memandang wajah Pak Ismawan dan berkata, " Sebelum terlupa, elok saya nyatakan tujuan saya ke mari, Pak. Sebenarnya saya memohon izin bapak. Saya ingin menyimpan raket badminton Iswan sebagai kenangan dan tanda saya mengingati dia. Bapak tentunya tidak keberatan memenuhi permintaan ini. Bapak tentu simpati dengan keinginan saya ini."
Pak Ismawan tunduk. Dia diam buat beberapa ketika. Lepas itu dia memandang wajah Irna. "Bapak izinkan. Nak Irna boleh menyimpannya. Raket itu sudah tidak berfungsi lagi dalam keluarga kami. Pemiliknya sudah tidak ada. Mudah-mudahan engkau dapat menyambung cita-cita dan keinginan Iswan, nak." Pak Ismawan bergegas masuk ke dalam.
Irnawati tunduk sendirian. Khayalannya mengimbau jauh. "Sifat pengasihmu akan memudarkan bakat dan kecemerlanganmu. Jangan tangguh-tangguh. Tumpaskan musuh secepat mungkin. Ini dasar perlawanan dan akan mengangkat bakatmu dan kecemerlangan melonjak"
"Irna jangan lupa. Penonton yang penuh sesak di stadium itu mahu melihat perlawanan. Mereka ingin mempelajari teknik dan kecekapan pemain. Kalau saya mengalahkan lawan saya dalam sepuluh minit, memang dapat, tapi mereka akan kecewa. Mereka berasa tidak puas. Jangan lupa, mereka itu ada yang datang beratus kilometer."
(Dipetik daripada cerpen "Tragedi" oleh Amil Jaya dalam Antologi Kerusi, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2000, hal. 49-50)

(i) Apakah tindakan Pak Ismawan setelah mendengar permohonan daripada Irnawati? (3m)
-Pak Ismawan menundukkan kepalanya
-berdiam diri buat seketika
-Pak Ismaan memandang wajah Irnawati.

(ii) Wajarkah Pak Ismawan menyerahkan raket kepunyaan arwah anaknya kepada Irnawati?(3m)
-Wajar
-Irnawati rakan baik arwah anaknya yang berhati mulia
-Irnawati menghargai perjuangan arwah anak Pak Ismawan.
-Irnawati mahu terus mengingati kejayaan arwah Iswan supaya menjadi pendorong hiudp kepadanya.

(iii) Berikan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan dan dua latar masyarakat daripada keseruluhan cerpen ini.
-masyarakat yang bersimpati. Irnawati memohon simpati daripada Pak Ismawan yang mulia hati budinya.
-masyarakat yang penyayang. Irnawati menyayangi Iswan sebagai sahabat baiknya walaupun Iswan telah meninggal dunia.
-masyarakat yang tidak menyimpan perasaan dendam. Pak Ismawan tidak menyimpan perasaan dendam terhadap George Bulang yang menyebabkan anaknya meninggal dunia.

Tragedi: Penerbin Infodidik 2009

"kepada kami, Iswan anak yang baik. Dia agak istimewa daripada anak-anak yang lain. Dia selalu berusaha menggembirakan hati keluarganya. Begitu juga jiran-jiran dan sahabat-sahabatnya. Malahan orang ramai pun amat mengasihinya. Hidupnya selalu riang. Dia tidak pernah memikirkan orang lain jahat.

"Iswan pemain badminton yang berbakat. Dia pernah mengalahkan ramai pemain dari dalam dan luar negara. Bintangnya amat cerah dalam bidang sukan itu. Dia sudah dipilih sebagai pemain harapan negara dan orang nombor empat dalam permainan itu di negara ini." Pak Ismawan menceritakan pembabitan anaknya dalam bidang sukan.
   Kehilangannya amat kami rasai. Bayangan wajahnya selalu mengimbau pandangan kami di persekitaran rumah. Ini menjadikan kami pilu dan sedih. Kadang-kadang kami memikirkan seolah-olah di amasih hidup lagi" Wajah Ismawan redup.

            (Dipetik daripada cerpen "Tragedi" oleh Amil Jaya dalam antologi Kerusi. Dewan Bahasa dan Pustaka, halaman 55)

(i) Apakah kelebihan dan kejayaan Iswan dalam permainan badminton? (3m)
-kelebihan Iswan- anak yang baik kerana selalu menggembirakan keluarga, jiran dan rakannya.
-Iswan seorang periang dan tidak pernah memikirkan orang lain jahat.
-Kejayaan Iswan-dia pernah mengalahkan pemain dari dalam dan luar negara.
-masa depan Iswan dalam bidang badminton amat cerah dan merupakan orang nombor empat dalam permainan ini di  negara ini.

(ii) Jika anda di tempat Pak Ismawan, apakah yang akan anda lakukan untuk menghilangkan rasa sedih terhadap kehilangan anak lelaki anda?(3m)
Jika saya di tempat Pak Ismawan, perkara yang akan saya lakukan untuk  menghilangkan rasa sedih terhadap kehilangan anak lelaki saya ialah
-saya akan berdoa untuk anak saya agar rohnya dicucuri rahmat.
-saya akan mengambil seorang anak angkat untuk menghilangkan perasaan pilu.
-saya akan melancong atau berpindah ke tempat baru dan memulakan kehidupan baru.
(iii) Huriakan satu persoalan daripada petikan di atas dan dua persoalan daripada keseluruhan cerpen. (3m)
-Kesayangan seorang bapa terhadap anak. Pak Ismawan amat menyayangi anaknya sehingga tidak dapat melupakan anaknya walaupun sudah meninggal dunia.
-Berani menanggung kesalahan. George merupakan seorang yang berani menanggung kesalahannya kerana dia mengaku kesalahan yang dilakukan dan bersedia menerima khukuman.
-tabah menghadapi cabaran. Pak Ismawan merupakan seorang yang tabah menghadapi kematian anaknya. Pak Ismawan menerima kematian anaknya dengan hati yang redha.

Tragedi: Penerbit Pelangi.

Beberapa bulan berselang, kes kemalangan Iswan diputuskan oleh mahkamah. Kes itu dikatakan sebagai langgar dan lari. Pelakunya seorang belia berumur 16 tahun. Puncanya dia mabuk sesudah minum-minum di rumah temannya semasa merayakan hari ulang tahun. Kerana dia masih di bawah umur, hukumannya dia tidak dipenjarakan, cuma tidak dibenarkan memandu kereta selama 5 tahun. Dia juga diarahkan selalu menemui kaunselor psikologi bagi menguji sikap dan tindakannya. Dia tidak dibenarkan meminum minuman keras.
   Hukuman disambut dengan tenang oleh Pak Ismawan. Padanya hukuman itu rasional. Anak bawah umur memang tidak dapat memikirkan akibat perbuatannya. Dia cuma menyesali sikap ibu bapanya.
   "Saya George Bulang, teman baik Iswan. Kami sepersekolahan, malahan dialah satu-satunya teman yang terdekat dan mesra dengan saya. Tapi saya berdosa kepadanya. Saya telah membunuhnya!"
            (Dipetik dan diubahsuai daripada "Tragedi" oleh Amil Jaya dalam Antologi kerusi, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Apakah hukuman yang dikenankan terhadap remaja yang melanggar Iswan? (3m)
-tidak dibenarkan memandu kenderaan selama lima tahun.
-dikehendaki berjumpa dengan kaunselor psikologi selalu
- tidak dibenarkan minum minuman keras

(ii) Selain hukuman, apakah langkah-langkah lain yang wajar dilakukan untuk mengatasi masalah kemalangan jalan raya? Berikan pendapat anda.(3m)
-menggiatkan kempen keselamatan di jalan raya
-mengetatkan syarat untuk mendapatkan lesen kenderaan secara sah
-pemeriksaan dan pemantauan oleh pihak berkuasa secara kerap dan berterusan terhadap pengguna jalan raya.

(iii) Huraikan satu perwatakan Pak Ismawan dalam petikan dan dua perwatakan yang lain dalam keseluruhan cerpen. (3m)
-satu perwatkan Pak Ismawan dalam petikan:
*berfikiran positif, buktinya menerima keputusan mahkamah tentang hukuman terhadap pemuda yang melanggar anaknya.

-Dua perwatakan Pak Ismawan dalam keseluruahn cerpen:
*penyayang. buktinya selalu menghantar Iswan berlatih badminton
*baik hati, buktinya sedia memberikan raket kepunyaan Iswan apabila diminta oleh Irnawati
Logged

Ng Ai Fen
SMK Wira Penrissen
Dorothy Yii Ai Hung
SMK Kapit
Teacher
Senior Member
*

Fame: 13
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 319



« Reply #1 on: February 14, 2009, 11:55:36 AM »

Thanks a lot, moi. camna cuti CNY hari tu? dengar kata rumah kena banjir. Ok dah now? Roll Eyes
Logged

Dorothy Yii Ai Hung
Guru
SMK Kapit
Neddie Desmond
SMK Seri Indah
Student
Junior Member
*

Fame: 0
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 85


Form 5 Daisy


« Reply #2 on: February 15, 2009, 02:23:56 PM »

Thanks a lot, cikgu.
Tajuk ini memang SPOT 2009... Grin
Logged

Neddie Desmond
Form 5 Daisy
SMK Seri Indah Selangor
Azlina Mat Jamil
SMK DATO HARUN, JALAN BERNAM 8,
Teacher
Master Member
*

Fame: 59
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 1960


sentiasa ingin berada satu langkah di hadapan


WWW
« Reply #3 on: September 11, 2009, 01:57:19 AM »

terima kasih atas perkongsian yang amat berguna ini.LENGKAP....syabas cikgu. Grin
Logged

SMK DATO HARUN,
JALAN BERNAM 8,
45500 TANJUNG KARANG,
SELANGOR DARUL EHSAN.
(Mulai 1 Disember 2009)
  RASIONAL TANPA EMOSI-KAKU... EMOSI TANPA RASIONAL-GILA...
Pages: [1]   Go Up
  Print  
 
Jump to:  

Members
Total Members: 21259
Latest: PloloftotteHR
Stats
Total Posts: 254478
Total Topics: 21163
Online Today: 265
Online Ever: 718
(May 16, 2012, 08:58:21 PM)
Users Online
Users: 1
Guests: 133
Total: 134
PIPPBahagian Pembangunan Kurikulume-Paymente-Hasil
Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1.16 | SMF © 2011, Simple Machines | Sitemap Valid XHTML 1.0! Valid CSS!
Page created in 0.314 seconds with 26 queries.