Ng Ai Fen
SMK Wira Penrissen
Teacher
Senior Member
Fame: 4
Offline
Gender: 
Posts: 236
org malas mencari alasan org rajin penyelesaian!
|
 |
« on: February 12, 2009, 02:34:13 PM » |
|
Cerpen: Virus Zel untuk Abah
Vancall Logic keluaran Mz Inerscience co. menjerit di sekitar ruang komputer mama, ruang komputer kami. Tanpa perlu melekapkan gagang ke telinga, aku membalas suara Win yang kembali menyapa. -Aku tahu kau tidak waras ketika itu, dulu. Tetapi sekarang tidak, Zel. Kau akan ke U.K., bakal siswi undang-undang. Bakal seorang pengamal undang-undang. Seorang yang mengamalkan kebenaran, melenyapkan yang batil. Kau tidak wajar bertindak begini. itu bukan salah abah kau. Aku… akau tak berani menyalahkan sesiapa. Kau harus ingat kata-kata mamamu, Zel. Mama tersayangmu kata bahawa manusia banyk belajar dan dewasa daripada dan melalui bencana. Cukuplah kau jadikan segalanya itu sebagai pelajaran, bukan satu dendam yang perlu kau balas, apalagi dengan… dengan… -Ah, kau juga seperti abah yang hanya mudah kata itu, ini! Aku telah katakan. aku yang menelan jadamnya. Aku dan ma yang menelannya. Kami yang merana. kami!Aku dan ma! (Dipetik dan diubahsuai daripada "Virus Zel untuk Abah oleh Mawar Shafie dalam antologi Kerusi, Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i) Mengapakah win menganggap "aku" waras kini? (3m) -Zel bakal ke United Kingdom -Zel bakal siswi undang-undang -Sebagai bakal pengamal undang-undang, Zel mengamalkan kebenaran dan menghapuskan yang tidak benar. (ii) Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri sahabat yang baik? (3m) -menasihati rakan apabila melakukan kesilapan -bersama-sama semasa senang dan susah -sentiasa mengajak melakukan perkara yang berfaedah
(iii) Jelaskan satu nilai murni daripada petikan dan dua nilai murni lain daripada keseluruhan cerpen. (3m) -satu nilai murni dalam petikan: * nasihat-menasihati, buktinya Win menasihati Zel supaya tidak membalas dendam terhadap ayahnya.
-Dua nilai murni dlaam petikan: * kasih sayang, buktinya ibu Zel menghadiahinya sebuah komputer *Ketabahan, buktinya ibu Zel tabah mengjalani kehidupan sebagai ibu tunggal.
Penerbit: Info-didik spm2009
-Oh abah, zel memang selalu silap. Zel memang anak abah yang selalu tak pernah betul. Tapi abah sejak dulu tak pernah cuba untu mengerti, memahami tentang diri Zel. Tentang keinginan Zel. Tentang harapan Zel. Tentang masa depan Zel. Ah, abah…abah…abah…Zel benar-benar kecewa. Cukup kecewa dengan apa yang telah berlaku antara abah, ma dan Zel. Zel kecewa dengan keadaan keluarga kita, abah. -Abah tak dapat berbuat apa-apa. Ma, Zel terlalu keras. Abah tak dapat lagi untuk membentuknya sebagai isteri abah. Ma terlalu keras. -Tapi abah seorang lelaki. Seorang suami. Abah seharusnya lebih dlaam segala-galanya. Abah sepatutnya… -Ya, mungkin abah atau ma sendiri yang silap. Silap abah yang tidak mengukur baju di badan sendiri ketika memilih ma dulu. Atau mungkin Silap ma yang terlebih banyak menerima abah dengan simpati daripada keikhlasan hati. Ah, abah tak sepatutnya ceritakan ini semua kepada zel. Zel tidak perlu tahu ini semua. -Abah, Zel dan hampir 20 tahun. Anak abah ni dan dewasa. Jangan abah lupa. Zel sebahagian daripada abah dan mama. (Dipetik daripada cerpen "Virus Zel untuk Abah oleh Mawar Shafei dalam antologi kerusi, Dewan Bahasa dan Pustaka, halaman 57)
1. Apakah yang mengecewakan Zel terhadap ayahnya? (3m) -Bapa tidak pernah cuba untuk mengeri dan memahami diri Zel -Bapa tidak pernah mengambil berat keinginan dan harapan Zel. -Bapa telah bercerai dengan mama.
2. Pada pendapat anda, wajarkah Zel bersikap kasar terhadap ayahnya? Berikan alasan anda itu. (3m) -Tidak wajar -ayah dan mama mempunyai pendirian masing-masing dan anak perlu menghormati pendirian mereka. -Zel terlalu mementing perasaan diri dan tidak mengambil berat perasaan ayahnya -Zel tidak rasional dalam penyelesaian masalah keluarga -Abah juga berperanan membesarkan Zel untuk suatu ketika
3. Berikan satu pengajaran daripada petikan di atas dan dua pengajaran daripada keseluruhan cerpen. (3m)
Penerbit Oxford: Fajar "Zel faham maksud mama, bukan? Sebagai anak mama satu-satunya, ma yakinma telah mendidik Zel sebaik-baik anak. Begitu juga abah. Dulu dan sekarang. Ma yakin Zel tidak akan bersikap bodoh, malah ma tahu Zel matang menjalani dalam menjalani setiap pergerakan dalam hidup lebih-lebih lagi bila beradapan dengan keluarga abah-Aunt Pah, Abang Awi, Aman dan Arif. Anggap saja perlakuan mereka yang zel tidak gemar itu berikutan daripada ketidakmatangan. Ia bukan disebabkan salah didikan Aunt Pah dan abah. Mereka pendidik yang berjaya di bdiang akademik, Zel. Mungkin dnegan ruan waktu dan pengetahuan yang lebih, mereka dapat didik Abang Awi, Aman dan Arif lebih baik daripada mama. Tapi sebaliknya Abang Awi, Aman dan Arif saja yang belum dapat capai piawai kematangan seperti mana yang elah Zel, peroleh sekarang." "Mama!" Di luar sedar, air jernih yang tanpa kau jemput perlahan-lahan menuruni cerun pipi. Aku memeluk mama erat sekali. Begitu muli hati mama. Tidak pernah kau duga selama ini mama sebagai luhur. Murni. Suci. Kudus. Sedangkan aku separuh mati memikirkan yang buruk-buruk tantang abah dan keluarga barunya. Bagi aku Aunt Pah sekeluarga yang telah mencipta…
(Dipetik daripada cerpen "Virus Zel untuk Abah oleh Mawar Shafei dalam antologi kerusi, Dewan Bahasa dan Pustaka, halaman 61-62)
1. Apakah pesanan mama kepada Zel tentang masalah yang dihadapinya dengan keluarga baharu abah Zel? (3m) - Zel tidak akan bersikap bodoh -Zel matang dalam menjalani setiap pergerakan hidupnya -Zel matang semasa berhadapan dengan keluarga baharu abahnya.
2. Pada pendapat anda, apakah reaksi yang seharusnya ditunjukkan oleh seorang anak apabila berhadapan dengan keluarga baharu bapanya?(3m) -sabar- kerana semua yang berlaku atas ketentuan Tuhan. -bersopan- kerana menjaga nama baik emak kandung yang telah mendidik kita dengan baik. -berfikiran jauh- kerana menerima keputusan bapa yang mahu membina keluarga baharu -berbudi bahasa-kerana tidak mahu menimbulkan ketegangan dalam perhubungan mereka
3. Berikan satu persoalan berdasarkan petikan cerpen dan dua persoalan yangn terdapat dalam keseluruhan cerpen ini.(3m)
-berfikiran terbuka dalam menghadapi masalah -masalah keluarga timbul akibat penceraian -berdikari untuk meneruskan kehidupan
|