Home   Forum   Help Search Calendar Links Login Register   **
Welcome, Guest. Please login or register.
Did you miss your activation email?
May 25, 2012, 03:46:04 AM

Login with username, password and session length
Program
EduWebTVLatih TubiLINUSManaging Challenging SchoolsGerakan Memperkasakan SekolahLDPICTL SMICTL SRMalaysian Grid for Learning (MyGfL)ProtimPPSMISIP
Recent
[Yesterday at 11:56:50 PM]

[Yesterday at 10:34:14 PM]

[Yesterday at 10:23:08 PM]

[Yesterday at 09:45:39 PM]

[Yesterday at 08:34:38 PM]

[Yesterday at 05:51:30 PM]

[Yesterday at 11:53:44 AM]

[Yesterday at 09:14:15 AM]

[May 23, 2012, 09:30:31 PM]

[May 23, 2012, 08:37:00 PM]
 

Pages: [1] 2 3   Go Down
  Print  
Author Topic: Senarai Hukuman Kawad Kaki Kor Kadet Polis  (Read 10001 times)
0 Members and 1 Guest are viewing this topic.
Fairul Nizam Gani
SMK Beladin
Teacher
Senior Member
*

Fame: 37
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 421


Merentas minda mencari identiti..


WWW
« on: February 13, 2009, 07:08:24 PM »

Salam sejahtera. Minta bantuan rakan-rakan jika ada senarai hukuman kawad kaki Kor Kadet Polis yang terbaru. Dengar kata ada perubahan. Jika rakan sekalian mempunyai command list yang terbaru, mohon kongsi bersama.
Logged

Fairul Nizam Gani
Guru Kanan
SMK Beladin
Teoh Say Beng
SMK Kapit
Teacher
Master Member
*

Fame: 58
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1319


Aspire to Inspire Before You Expire


« Reply #1 on: February 14, 2009, 01:47:23 AM »

Yakah? Ada perubahan? Sejak bila?
Saya tak pasti pula perubahan apa yang dimaksudkan. Adakah ianya perubahan besar atau perubahan kecil sahaja dalam kata hukuman tersebut? Boleh tolong perjelaskan dari mana saudara dapat berita ini?
Terima kasih.
Logged

Teoh, SMK Kapit
Teoh Say Beng
SMK Kapit
Teacher
Master Member
*

Fame: 58
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1319


Aspire to Inspire Before You Expire


« Reply #2 on: February 14, 2009, 10:01:50 PM »

Seperti yang dijanjikan pada post saya dalam topik 'Bahasa dan Hukuman Kawad' yang terdapat dalam board PBSMM, dikongsikan Senarai Kata Perintah Kor Kadet Polis yang saya dapat daripada laman blog Kor Kadet Polis IPD Johor Selatan yang telah diusahakan oleh Insp/K Adnan Shamsudin.

Senarai yang diusahakan beliau lebih lengkap berbanding yang telah disediakan oleh saya sebelum ini.
Sekalung penghargaan saya kepada beliau yang telah menyediakannya dan meletakkan senarai ini ke dalam laman blog untuk dikongsikan bersama.

There are 1 attachment(s) in this post which you cannot view or download
BAHAGIANPERTAMAKATAPERINTAHKAWAD2.pdf
« Last Edit: February 14, 2009, 10:05:13 PM by Teoh Say Beng » Logged
Teoh Say Beng
SMK Kapit
Teacher
Master Member
*

Fame: 58
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1319


Aspire to Inspire Before You Expire


« Reply #3 on: February 16, 2009, 11:56:54 PM »

Bagi yang memerlukan panduan kawad kaki kadet polis, boleh download dari topik ini. Saya hanya dapat file PDF Bahagian Pertama sahaja sebab itu sahaja yang dikongsikan setakat ini.
Saya rasa Bahagian Kedua mungkin meliputi bab Kawad Bersenjata.
Logged
Mahmmud Kunaini
SK Sg Ud
Teacher
Veteran Member
*

Fame: 20
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 621



WWW
« Reply #4 on: February 16, 2009, 11:59:44 PM »

Terima kasih cikgu atas perkongsian tersebut. Adakah perintah-perintah kawad kaki tersebut boleh digunakan untuk unit beruniform yang lain, misalnya Bulan Sabit merah?
Logged

Work smart, don't work hard
Teoh Say Beng
SMK Kapit
Teacher
Master Member
*

Fame: 58
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1319


Aspire to Inspire Before You Expire


« Reply #5 on: February 17, 2009, 12:22:47 AM »

Terima kasih cikgu atas perkongsian tersebut. Adakah perintah-perintah kawad kaki tersebut boleh digunakan untuk unit beruniform yang lain, misalnya Bulan Sabit merah?

Saya rasa tak boleh, sebab mungkin ada sedikit perbezaan dalam kata hukuman yang digunakan oleh unit yang berbeza.
Misalnya:
Bomba: Bergerak ke kiri, bertiga-tiga, ke kiri.... sing.
Kadet Polis: Bergerak ke kiri, ke kiri.... sing.

Kadet Polis: Luruskan.... barisan.
Kadet Tentera/Pengakap: Luruskan barisan.... ke kanan... lurus.

Untuk unit PBSMM boleh Cikgu cuba rujuk ke Board PBSMM.
Logged
Widea Angela Binti Takip
SK Sungai Duan
Teacher
Super Member
*

Fame: 473
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 3106


Love your enemies, for they tell you your faults.


« Reply #6 on: February 17, 2009, 12:30:53 AM »

hemm..cg teoh...boleh tumpang tanya...koman persatuan lain-lain ada beza juga kah? Kenapa tak pakai koman yang sama?
Logged

Widea Angela Binti Takip
Guru Data Maklumat
SK Sungai Duan, Mukah
Marson Sullong
SK St Patrick
Teacher
Hero Member
*

Fame: 385
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 2116


ביןמעדתש גרןכאקר כרםצ לבי-נקאםמע_לבי (וךו ךשטשר נ


« Reply #7 on: February 17, 2009, 12:53:54 AM »

Thanks Cikgu Teoh.  Grin
Logged

'קךבםצק אם קמעלשנשמעץמקא
Kuching לוביןמע
“Buah dikelala ari langgu, Bansa dikelala ari jaku, Basa dikelala ari penyiru"נושי גןלקךשךש שרן ךשמעעות נשמדש גןלקךשךש שרן חשלות נשמדש גןלקךשךש
Teoh Say Beng
SMK Kapit
Teacher
Master Member
*

Fame: 58
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1319


Aspire to Inspire Before You Expire


« Reply #8 on: February 17, 2009, 07:44:58 AM »

hemm..cg teoh...boleh tumpang tanya...koman persatuan lain-lain ada beza juga kah? Kenapa tak pakai koman yang sama?

Pada pandangan saya, kita boleh kategorikan kata perintah ini kepada tiga 'mazhab' utama iaitu yang ikut stail tentera, polis atau bomba.

Kata perintah kawad untuk setiap unit beruniform di sekolah adalah berdasarkan ketiga 'mazhab' di atas. Ada persamaannya dan ada juga perbezaannya. Mungkin tidak diseragamkan kerana setiap unit 'mazhab utama'  ini sengaja ingin mengekalkan kelainannya dan kata perintah ini digunapakai juga oleh unit-unit GO dan NGO yang ada di sekolah-sekolah.

Kebanyakan unit beruniform NGO mengikut kata perintah berdasarkan stail tentera. Sementara untuk kadet polis, mereka gunakan kata perintah untuk polis yang sudah banyak diringkaskan seperti contoh post saya di atas.

Bagi KRS yang ditubuhkan oleh Kementerian kita, mereka juga menggunakan kata perintah yang hampir sama dengan polis. Walaupun KRS memulakan kawad dengan langkah kanan seperti polis (unit uniform lain mulakan dengan langkah kiri seperti kebiasaan unit uniform antarabangsa) namun perbezaan antara kedua-duanya ialah ketika 'Senang Diri'. KRS akan menggerakkan kaki kanan untuk Senang diri dan juga kembali ke posisi 'Sedia'. Polis pula seperti unit-unit uniform lain akan menggerakkan kaki kiri untuk 'Senang Diri'.

Sekadar pandangan. Betulkan saya sekira ada kesilapan.

Logged
Widea Angela Binti Takip
SK Sungai Duan
Teacher
Super Member
*

Fame: 473
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 3106


Love your enemies, for they tell you your faults.


« Reply #9 on: February 17, 2009, 12:47:04 PM »

Terima kasih cg teoh. Memang betul apa yang cikgu jelaskan. Terdapat beberapa 'mazhab' yang kita guna sekarang. Pada pandangan saya pula semua koman tersebut adalah betul dan tak ada salahnya. Yang penting syarat dalam memberi koman tetap kekal iaitu 'bahasa hukuman kawad mestilah nyaring, betul dan terang'. Walaupun berbeza-beza gaya koman selagi berpegang dengan prinsip tersebut ia masih tetap boleh diterima pakai. Ingin saya kongsikan bersama di sini ya terutama pemberian bahasa hukuman untuk 'kawad formasi'. Saya sendiri juga kurang mahir dengan bahasa hukuman kawad formasi tetapi saya hanya pernah mencuba beberapa hukuman kawad formasi yang ringkas sahaja untuk persembahan dalam masa 5 minit sahaja. Sekiranya cikgu teoh ada ilmu tersebut saya teramatlah ingin tahu bagaimana hukuman kawadnya. Kawad formasi memerlukan disiplin diri yang tinggi dan asas kawad yang teguh. Bagaimana pula dengan bahasa hukuman untuk memberikan laporan ketika perjumpaan cikgu teoh? Saya sangat tertarik sebenarnya dengan prihal kawad ini dan ingin membuat perbandingan apa yang pernah saya pelajari dan apa yang ada sekarang. Terima kasih dengan perkongsian ilmu cikgu teoh.
Logged
Zamhani Bin Ahmad Sahrani
SMK Telang Usan
ICT Teacher
Junior Member
*

Fame: 5
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 63


Baram


« Reply #10 on: February 17, 2009, 12:56:44 PM »

Terima kasih atas perkongsian tersebut.
Saya masih tercari-cari bagaimana mendapatkan lagu kadet polis. Kalau tak salah ada 4 lagu kan? Huh
Logged

Zamhani Ahmad Sahrani
KB Teknik & Vokasional
SMK Telang Usan, Baram
Sembi Ak Lawen
SMK Bawang Assan
Teacher
Novice Member
*

Fame: 0
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 11


for the world full of peace & love


« Reply #11 on: February 17, 2009, 01:30:36 PM »

Tq cikgu.. bahan - bahan ini amat berguna bagi saya yang baru menjadi guru penasihat Kor Kadet Polis.
Logged

the prosies world full of peace & love
Nakkeh ponai doi..
Teoh Say Beng
SMK Kapit
Teacher
Master Member
*

Fame: 58
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1319


Aspire to Inspire Before You Expire


« Reply #12 on: February 17, 2009, 09:41:12 PM »

Ssendiri juga kurang mahir dengan bahasa hukuman kawad formasi tetapi saya hanya pernah mencuba beberapa hukuman kawad formasi yang ringkas sahaja untuk persembahan dalam masa 5 minit sahaja. Sekiranya cikgu teoh ada ilmu tersebut saya teramatlah ingin tahu bagaimana hukuman kawadnya.
 Bagaimana pula dengan bahasa hukuman untuk memberikan laporan ketika perjumpaan cikgu teoh? Saya sangat tertarik sebenarnya dengan prihal kawad ini dan ingin membuat perbandingan apa yang pernah saya pelajari dan apa yang ada sekarang. Terima kasih dengan perkongsian ilmu cikgu teoh.

Untuk bahasa kawad formasi, adakah bahasa digunakan kerana biasanya kawad formasi dilakukan secara senyap atau diiringi dengan muzik. Dalam bab ini saya pun kurang arif. Mungkin ada yang boleh membantu.

Bahasa hukuman melapor? Adakah cikgu maksudkan gaya melapor kepada pegawai? Jika ya, bagi saya untuk melapor, biarlah suara kita jelas dan tegas ketika melapor. Pelaporan kita juga patut ringkas dan padat. Semakin panjang pelaporan kita, maka semakin besarlah kemungkinan kita membuat kesilapan, ditambah pula ketika itu mungkin juga berasa gemuruh.

Contohnya, dalam pertandingan kawad NGO tahun lalu, ada seorang ketua platun yang datang melapor. Agaknya dia terlalu gemuruh sehinggakan tersilap melapor jumlah keanggotaan platunnya sebagai 300 orang.
« Last Edit: February 18, 2009, 08:08:17 PM by Teoh Say Beng » Logged
Abd Rahman
SK Madrasah Datuk Hj. Abdul Kadir Hasan
Teacher
Hero Member
*

Fame: 199
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 2588



« Reply #13 on: February 17, 2009, 09:43:40 PM »

Terima kasih di atas perkongsian bahan berhubung hukuman kawad kaki tersebut.
Logged
Widea Angela Binti Takip
SK Sungai Duan
Teacher
Super Member
*

Fame: 473
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 3106


Love your enemies, for they tell you your faults.


« Reply #14 on: February 17, 2009, 10:01:49 PM »

terima kasih cg teoh. Maksud saya koman melapor yang diamalkan ketika perjumpaan atau apa ya istilahnya saya pun dah lupa. Keadaannya di mana setiap komander setiap platon memberi laporan dari tengah padang kepada RSM kemudia baru beri laporan kepada yang lebih teratas...
Logged
Teoh Say Beng
SMK Kapit
Teacher
Master Member
*

Fame: 58
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1319


Aspire to Inspire Before You Expire


« Reply #15 on: February 17, 2009, 10:08:02 PM »

terima kasih cg teoh. Maksud saya koman melapor yang diamalkan ketika perjumpaan atau apa ya istilahnya saya pun dah lupa. Keadaannya di mana setiap komander setiap platon memberi laporan dari tengah padang kepada RSM kemudia baru beri laporan kepada yang lebih teratas...

Pada pandangan saya, ini mungkin pelaporan yang berlaku:

Ketua Platun: Selamat pagi Encik! Platun Bravo seramai 32 anggota siap sedia untuk menjalankan tugas.
RSM: Terima kasih.

RSM: Selamat Pagi Tuan! Platun Bravo seramai 32 anggota siap sedia untuk menerima arahan selanjutnya.
Komander/Pegawai: Terima kasih.
Logged
Fairul Nizam Gani
SMK Beladin
Teacher
Senior Member
*

Fame: 37
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 421


Merentas minda mencari identiti..


WWW
« Reply #16 on: February 17, 2009, 10:20:30 PM »

Terima kasih semua atas perkongsian dan pandangan...
Logged
Widea Angela Binti Takip
SK Sungai Duan
Teacher
Super Member
*

Fame: 473
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 3106


Love your enemies, for they tell you your faults.


« Reply #17 on: February 17, 2009, 10:28:50 PM »

Terima kasih cg teoh... yang ini pula apa yang pernah saya pelajari

"Komander...kekuatan...30...3 tak hadir komander..."

pendek...ringkas...dan padat...
Logged
Teoh Say Beng
SMK Kapit
Teacher
Master Member
*

Fame: 58
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1319


Aspire to Inspire Before You Expire


« Reply #18 on: February 18, 2009, 08:10:33 PM »

Terima kasih cg teoh... yang ini pula apa yang pernah saya pelajari
"Komander...kekuatan...30...3 tak hadir komander..."
pendek...ringkas...dan padat...

Jawapan ringkas di atas sesuai untuk keadaan biasa (latihan kawad). Contoh respons yang saya berikan oleh saya dalam post saya di atas lebih kepada respons ketika dalam perbarisan rasmi.
Logged
Widea Angela Binti Takip
SK Sungai Duan
Teacher
Super Member
*

Fame: 473
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 3106


Love your enemies, for they tell you your faults.


« Reply #19 on: February 18, 2009, 11:37:29 PM »

ok...terima kasih cg teoh dengan pandangan cikgu itu.
Logged
Pages: [1] 2 3   Go Up
  Print  
 
Jump to:  

Members
Total Members: 21259
Latest: PloloftotteHR
Stats
Total Posts: 254478
Total Topics: 21163
Online Today: 265
Online Ever: 718
(May 16, 2012, 08:58:21 PM)
Users Online
Users: 2
Guests: 133
Total: 135
PIPPBahagian Pembangunan Kurikulume-Paymente-Hasil
Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1.16 | SMF © 2011, Simple Machines | Sitemap Valid XHTML 1.0! Valid CSS!
Page created in 7.81 seconds with 27 queries.