Home   Forum   Help Search Calendar Links Login Register   **
Welcome, Guest. Please login or register.
Did you miss your activation email?
May 25, 2012, 12:38:04 AM

Login with username, password and session length
Program
EduWebTVLatih TubiLINUSManaging Challenging SchoolsGerakan Memperkasakan SekolahLDPICTL SMICTL SRMalaysian Grid for Learning (MyGfL)ProtimPPSMISIP
Recent
[Yesterday at 11:56:50 PM]

[Yesterday at 10:34:14 PM]

[Yesterday at 10:23:08 PM]

[Yesterday at 09:45:39 PM]

[Yesterday at 08:34:38 PM]

[Yesterday at 05:51:30 PM]

[Yesterday at 11:53:44 AM]

[Yesterday at 09:14:15 AM]

[May 23, 2012, 09:30:31 PM]

[May 23, 2012, 08:37:00 PM]
 

Pages: [1] 2   Go Down
  Print  
Author Topic: Selamat Menyambut Maulidur Rasul...  (Read 1728 times)
0 Members and 1 Guest are viewing this topic.
Widea Angela Binti Takip
SK Sungai Duan
Teacher
Super Member
*

Fame: 473
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 3106


Love your enemies, for they tell you your faults.


« on: March 08, 2009, 01:52:21 AM »

Kepada rakan guru yang beragama Islam...selamat menyambut maulidur rasul....semoga kalian semua diberkati oleh allah swt...dan setiap perlakuan dan berbuat diberkati oleh NYA....May God Bless you all always... Grin Grin Grin
Logged

Widea Angela Binti Takip
Guru Data Maklumat
SK Sungai Duan, Mukah
Aniza @ k.a
SMK Methodist (ACS) Kampar
Teacher
Newbie
*

Fame: 2
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 5


berilmu,beriman dan beramal


WWW
« Reply #1 on: March 08, 2009, 06:05:23 AM »

Selamat Menyambut Maulidur Rasul juga dari saya untuk semua guru-guru Islam.
Logged

SMK Seri Teja, gopeng
Ariep Jaka Bin Yazid
SK Kapit
Teacher
Senior Member
*

Fame: 11
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 225


Hari Ini Lebih Baik dari Semalam


« Reply #2 on: March 08, 2009, 07:28:48 AM »

Selamat Menyambut Maulidur Rasul kepada semua yang beragama Islam..Jadikan Rasulullah SAW sebagai idola unggul sepanjang zaman..kukuhkan perpaduan.. Grin
Logged

Guru Pemulihan
SK Kapit
Ab Karim Bin Abdul Rahman
SK Abang Amin
Teacher
Senior Member
*

Fame: 311
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 293



« Reply #3 on: March 08, 2009, 07:33:42 AM »

sama sama kita banyakkan selawat keatas Junjungan Besar Bagjnda s.aw
hayatilah sambutan dengan mengamalkan apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang dilarang
Logged

Ab Karim Bin Abdul Rahman
SK Abang Amin Bintangor
Hisyamuwandi Bin Morshidi
SK Abang Haji Matahir, Sarikei
Teacher
Full Member
*

Fame: 23
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 162


ThroughStruggle ToTheStars


« Reply #4 on: March 08, 2009, 07:36:54 AM »

Sama-samalah kita menghayati sambutan Maulidur Rasul......

Tak sabar nak bawa murid berarak poster pagi esok....
Logged

Hisyamuwandi Bin Morshidi
Guru
SK Abang Haji Matahir
Sarikei
Raizal Hj Zaine
PPD Bau

Master Member
*

Fame: 26
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1227


Membujur lalu, melintang patah !!!


WWW
« Reply #5 on: March 08, 2009, 07:41:18 AM »

Selamat menyambut Maulidur rasul untuk warga engkabang yang muslim dan selamat bercuti untuk semua... Wink
Logged

Raizal Hj Zaine
Penyelia Pembangunan, Perolehan & ICT
PPD Bau.
Hisyamuwandi Bin Morshidi
SK Abang Haji Matahir, Sarikei
Teacher
Full Member
*

Fame: 23
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 162


ThroughStruggle ToTheStars


« Reply #6 on: March 08, 2009, 07:53:43 AM »

sekadar perkongsian poster Maulidurrasul sekolah...
(utk perarakan esok)

There are 1 attachment(s) in this post which you cannot view or download
Poster Maulidurrasul.jpg
Logged
Ibnu Hisyam Ibrahim
SK Kg Tanam
Teacher
Veteran Member
*

Fame: 497
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 516



« Reply #7 on: March 08, 2009, 07:55:12 AM »

sekadar perkongsian poster Maulidurrasul sekolah...
(utk perarakan esok)

Wah, kacaknya, kalau dah diguna bagi kat saya buat hias dinding....takut kategori membazir pulak  Cheesy
Logged
Ab Karim Bin Abdul Rahman
SK Abang Amin
Teacher
Senior Member
*

Fame: 311
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 293



« Reply #8 on: March 08, 2009, 08:00:22 AM »

Maulid: Antara sejarah dan amalan
Para sarjana sejarahwan Islam berbeza pendapat tentang tarikh sebenar kelahiran Nabi saw. Hadis Nabi saw yang diriwayatkan oleh al-Imam Muslim hanya menyebut bahawa baginda lahir pada hari Isnin tanpa menyebut haribulannya.

Sesiapa yang membaca karya-karya sejarah Islam yang besar seperti al-Bidayah wa al-Nihayah oleh al-Imam Ibn Kathir (meninggal 774H) akan melihat berbagai pendapat tentang haribulan dan bulan kelahiran baginda saw. Bagi yang berpendapat baginda lahir pada bulan Rabi'ul Awwal, mereka berbeza pendapat pula dalam menentukan haribulannya.

Ada yang menentukan pada 8 haribulan, ada yang pada 9 haribulan, ada pula pada 12 haribulan seperti yang menjadi anggapan ramai, ada juga pada 17 haribulan dan seumpamanya.

Di samping di sana ada pula sarjana Islam yang menyatakan baginda lahir pada bulan Ramadan dengan hujah-hujah mereka yang tersendiri. Apa pun yang penting, sejarahwan Timur atau Barat, Utara atau Selatan tidak pernah berbelah pendapat tentang lahirnya seorang insan bernama Muhammad bin 'Abdillah yang diikrarkan oleh umat Islam sebagai rasul terakhir yang diutuskan Allah.

Hal ini berbeza dengan Jesus yang berada dalam gambaran Barat. Setengah ahli kajian mereka mempertikaikan tentang kelahiran Jesus itu sendiri.

Kelahiran Nabi saw adalah peristiwa yang amat penting kerana ia peristiwa yang memulakan episod baru bagi kehidupan manusia sejagat. Penentuan haribulan atau bulan secara tepat bukanlah faktor utama. Tidak dapat menentukan tarikh lahir yang pasti, bukan bererti seseorang itu tidak wujud.

Entah berapa ramai para nabi, tokoh, individu yang gagal dikesan tarikh kelahiran mereka, tetapi mereka wujud dan telah mewarnai sejarah. Kegagalan sarjana untuk mengetahui hari dan bulan sebenar kelahiran Nabi saw antaranya berpunca daripada tindakan para sahabah Nabi saw yang tidak merayakan tarikh tersebut.

Walaupun dalam sejarah Islam, merekalah generasi yang paling mencintai Nabi saw, namun mereka tidak membuat perayaan khas hari kelahiran baginda disebabkan kerana mereka tidak melihat baginda melakukan hal yang demikian.

Bahkan Ibn Kathir menceritakan bagaimana Saidina 'Umar apabila dicadangkan permulaan tahun Islam dikira pada tahun kelahiran Nabi saw, beliau menolaknya. Sebaliknya khalifah agung itu memilih tahun hijrah baginda sebagai permulaan kiraan.

Bukan kelahiran tidak penting, tetapi hijrah adalah permulaan kejayaan dan sejarah perjuangan. Perkara yang paling utama buat seorang rasul ialah baginda diikuti, bukan sekadar dirayakan.

Saban tahun orang Kristian Barat merayakan kelahiran Jesus, namun apakah kehidupan mereka sama seperti yang diajar oleh Jesus?

Hari berganti dan bertukar. Dunia Islam beralun dengan berbagai krisis politik yang akhirnya mencetuskan mazhab. Antaranya Mazhab Syiah yang asalnya merupakan mazhab politik, bertukar menjadi mazhab agama dengan segala macam aliran di dalamnya.

Islam sepatutnya mencorakkan politik telah bertukar menjadi 'politik mencorakkan Islam'. Lalu kefahaman agama dibina di atas blok-blok politik, bukan reka fikir politik itu diwarnakan oleh Islam. Maka perebutan kuasa berlaku atas agenda politik yang dimasukkan unsur Islam ke dalamnya. Maka berselerakanlah umat Islam akibat agenda politik berbagai aliran.

Di Mesir, Syiah Fatimiyyah pernah menguasai tampok kuasa. Berbagai agenda agama dilaksanakan dalam kerangka pemikiran mazhab politik yang bertukar menjadi agama. Berbagai perayaan agama dibuat dengan tujuan untuk mencapai matlamat politik yang tersendiri. Dalam Fatawa al-Azhar diakui bahawa ahli sejarahwan Islam tidak mengetahui sesiapa pun yang memulakan perayaan Maulid Nabi saw melainkan Kerajaan Syi'ah Fatimiyyah di Mesir yang mengadakannya secara besar-besaran.

Mereka turut meraikan hari kelahiran tokoh-tokoh Ahlil Bait dan kelahiran Nabi Isa a.s. Kemudian pada tahun 488H dihentikan oleh khalifah mereka al-Musta'la billah. Kemudian dihidupkan kembali oleh sesetengah kerajaan dan negeri. Demikianlah sejarahnya.

Ya, saya fikir, perasaan bersyukur mengenangkan sejarah kelahiran Nabi saw dengan semangat untuk mengikuti baginda adalah wajar. Di samping kita perlu sedar fakta-fakta yang disebutkan tadi. Jika bulan Rabi'ul Awwal ini dikatakan bulan kelahiran Nabi saw, maka tidak salah untuk kita berceramah menceritakan sejarah perjuangan dan prinsip-prinsip Islam yang dibawa oleh baginda. Sama ada pada bulan ini atau selain. Sama seperti apabila kita melintas suatu tempat bersejarah, kita mengenang sejarah tersebut. Cuma janganlah kita ini menjadi manusia bermusim yang hanya mengenang rasul dan ajaran baginda pada hari-hari tertentu, tetapi kita seakan sudah tidak mengingati baginda selepas itu.

Di samping itu, hendaklah kita sedar, jika kita mengikuti Nabi saw, maka pastikan kita tidak menokok tambah ajaran baginda apa yang baginda tidak izinkan. Baginda bersabda: "Sesiapa yang membuat perkara baru dalam urusan kami ini (Islam) apa yang bukan daripadanya maka ia tertolak" (Riwayat Muslim). Oleh kerana baginda tidak pernah menunjukkan kita ibadah khas sempena kelahiran baginda sama ada solat khas, atau puasa khas atau bacaan khas, maka kita tidak boleh mengadakannya.

Jalan yang patut diikuti dalam masalah ini adalah jalan para sahabah baginda saw Sabda baginda saw: "..Sesungguhnya Bani Israil berpecah kepada 72 puak, dan umatku akan berpecah kepada 73 puak. Kesemua mereka dalam neraka kecuali satu puak". Mereka bertanya: "Apakah puak itu wahai RasululLah?" Jawab baginda: "Apa yang aku dan para sahabahku berada di atasnya". (Riwayat al-Tirmizi dinilai sahih oleh al-Diya al-Maqdisi).

Perlu diingat, antara keistimewanya sejarah Nabi saw kerana ia dapat dikenal pasti antara yang tulen dan tokok tambah. Ini berbeza dengan sejarah pengasas-pengasas agama dalam dunia ini yang hampir keseluruhan sejarah mereka dibina atas sangkaan atau perkhabaran yang tidak pasti. Ilmu hadis yang menapis sanad dan matan telah memelihara fakta sejarah nabi kita Muhammad saw.

Hanya sejarah yang pasti sahaja yang menjadi ikutan kita, bukan yang direka. Kata al-Sayyid Sulaiman al-Nadwi: "Sesungguhnya sirah yang berhak diikuti oleh manusia sebagai contoh yang baik dan teladan yang tinggi disyaratkan terlebih dahulu mestilah bersifat tarikhiyyah (sejarah). Adapun sirah yang tertegak diatas dongengan dan cerita-cerita khurafat yang tidak disokong oleh riwayat-riwayat yang dipercayai kesahihannya, adalah menjadi tabiat insan tidak akan terpengaruh dengan apa yang diceritakan kepadanya tentang sirah peribadi yang direka sedangkan sejarah tidak pernah mengenalinya" (Sulaiman al-Nadwi, al-Risalah al-Muhammadiyyah, m.s. 41, Saudi: al-Dar al-Sa'udiyyah).

Buku Maulid al-Barzanji yang banyak dibaca dalam masyarakat kita ketika majlis kenduri-kendara atau selainnya mempunyai sumbangan yang tersendiri. Banyak sirah yang sahih dicatatkan oleh penulis karya tersebut iaitu Ja'far bin Hasan bin 'Abd al-Karim al-Barzanji (meninggal 1187H). Namun satu hakikat yang diboleh dinafikan dari segi ilmu hadis bahawa terdapat fakta-fakta yang tidak sahih dalam buku Al-Barzanji tersebut. Antaranya, beliau menyebut: "Telah hadirlah pada malam kelahiran baginda (Nabi saw) Asiah (isteri Fir'aun yang beriman) dan Maryam (ibu Nabi Isa a.s.) dalam kumpulan wanita dari syurga)". Tiada satu riwayat yang sahih daripada Nabi saw yang mengakui peristiwa seperti ini. Sehingga seorang pengkaji sejarah Muhammad Muhammad Hasan Syurrab menyebut: "Wajib kita berhati-hati ketika memetik dari buku-buku sirah terutamanya buku-buku sirah yang terkemudian. Para rawinya (periwayat) banyak menokok tambah cerita dan sirah Rasulullah. Mereka mengaitkan kepada baginda mu'jizat dan perkara-perkara luar biasa sejak kelahiran sehingga kepada kewafatan baginda dengan perkara yang tidak ada sanad yang boleh dipegang.

Seakan-akan para rawi ini melihat tujuan penambahan perkara-perkara luar biasa ini untuk memberikan kepada Rasul a.s. mu'jizat-mu'jizat yang tidak ada pada para nabi sebelum baginda (Muhammad Muhammad Hasan Syurrab, Fi Usul Tarikh al-'Arab al-Islami, m.s. 84, Damsyik, Dar al-Qalam).

Kita semua bersyukur dan bergembira dengan kelahiran Nabi Muhammad saw Namun kita wajib pastikan cara kita ikut dan faham mengenai baginda. Saban tahun banyak pihak yang meraikan maulid, apakah umat Islam bertambah dekat dengan baginda?

Logged
Ibnu Hisyam Ibrahim
SK Kg Tanam
Teacher
Veteran Member
*

Fame: 497
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 516



« Reply #9 on: March 08, 2009, 08:07:22 AM »

JazakAllah Sheikh Abdul Karim, saya memang sudah lama tidak meraikan perayaan ini. Yang paling utama adalah kita cuba mengamalkan semua Sunnah Nabi s.a.w. bukannya menyambut birthday beliau. Banyak perkara yang kurang elok dalam perayaan ini....tetapi ini bukanlah tempat membincangnya kerana engkabang.net belum bersedia untuk berbincang perkara yang ilmiah secara terbuka (ini bukan kategori mencaci, saya faham ada perkara yang perlu di buat limitasi di sini...jangan salah anggap ya  Cheesy ) Kalau hendak berbincang perkara ini panjang PM saya untuk alternatif perbincangan agama   Smiley
Logged
Hisyamuwandi Bin Morshidi
SK Abang Haji Matahir, Sarikei
Teacher
Full Member
*

Fame: 23
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 162


ThroughStruggle ToTheStars


« Reply #10 on: March 08, 2009, 08:10:36 AM »

Setuju... susah nak dijelaskan...
(tak tahu di mana nak dibincangkan perkara sebegini)
kalau PM, kadang-kadang kita kurang alert ustaz..
Logged
Ibnu Hisyam Ibrahim
SK Kg Tanam
Teacher
Veteran Member
*

Fame: 497
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 516



« Reply #11 on: March 08, 2009, 08:11:46 AM »

Setuju... susah nak dijelaskan...
(tak tahu di mana nak dibincangkan perkara sebegini)
kalau PM, kadang-kadang kita kurang alert ustaz..

Kan kita dah ada rumah tumpangan baru, jenguklah di sana mulakan post mengenai ini  Wink
Logged
Hisyamuwandi Bin Morshidi
SK Abang Haji Matahir, Sarikei
Teacher
Full Member
*

Fame: 23
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 162


ThroughStruggle ToTheStars


« Reply #12 on: March 08, 2009, 08:12:52 AM »

betul juga tu..... Grin
Logged
Intan Farizalaila
SK Tanjung Batu
Teacher
Veteran Member
*

Fame: 112
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 915



« Reply #13 on: March 08, 2009, 08:16:21 AM »

Selamat meyambut Maulidur Rasul kepada semua warga engkabang.

Kalau tidak, saya terlibat dengan persembahan nasyid, dah dibatalkan pula.
Logged

SK Tanjung Batu, Bintulu
Sarawak
Ibnu Hisyam Ibrahim
SK Kg Tanam
Teacher
Veteran Member
*

Fame: 497
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 516



« Reply #14 on: March 08, 2009, 08:19:46 AM »

Doa untuk ummat...amal sunnah Nabi s.a.w. ... jauhi bida'ah  Cry
Logged
Anita Bt. Othman
SK Batu Niah
Teacher
Senior Member
*

Fame: 29
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 462


Never give up.......


« Reply #15 on: March 08, 2009, 08:25:07 AM »

Sentiasalah kita ingat tentang sejarah Nabi Muhammad dan di sini ada sedikit artikel tentang baginda.

Ketika cahaya tauhid padam di muka bumi, maka kegelapan yang tebal hampir saja menyelimuti akal. Di sana tidak tersisa orang-orang yang bertauhid kecuali sedikit dari orang-orang yang masih mempertahankan nilai-nilai ajaran tauhid. Maka Allah SWT berkehendak dengan rahmat- Nya yang mulia untuk mengutus seorang rasul yang membawa ajaran langit untuk mengakhiri penderitaan di tengah-tengah kehidupan. Dan ketika malam mencekam, datanglah matahari para nabi. Kedatangan Nabi tersebut sebagai bukti terkabulnya doa Nabi Ibrahim as kekasih Allah SWT, dan sebagai bukti kebenaran berita gembira yang disampaikan oleh Nabi Isa as.

Allah SWT menyampaikan selawatnya kepada Nabi itu, sebagai bentuk rahmat dan keberkahan. Para malaikat pun menyampaikan selawat kepadanya sebagai bentuk pujian dan permintaan ampunan, sedangkan orang-orang mukmin berselawat kepadanya sebagai bentuk penghormatan. Allah SWT berfirman:

"Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya." (QS. al-Azhab: 56)

Sebelumnya Allah SWT mengutus para nabi-Nya sebagai rahmat kepada kaum dan zaman mereka saja, namun Allah SWT mengutus beliau saw sebagai rahmat bagi alam semesta. Beliau Nabi Muhammad saw datang dengan membawa rahmat yang mutlak untuk kaum di zamannya dan untuk seluruh zaman. Allah SWT berfirman, "Dan aku tidak mengutusmu kecuali sebagai rahmat bagi alam semesta."


There are 1 attachment(s) in this post which you cannot view or download
KISAH NABI MUHAMMAD s.a.w.doc
Logged

SK Tanjung Belipat
Guru Besar
Ibnu Hisyam Ibrahim
SK Kg Tanam
Teacher
Veteran Member
*

Fame: 497
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 516



« Reply #16 on: March 08, 2009, 08:28:38 AM »

JazakAllah Cikgu Anita  Cheesy ,

Boleh saya tahu dari mana sumber bahan Cikgu Anita itu?
Logged
Zulkarnain Farihin Mustakim
SMK Sacred Heart Sibu
Teacher
Master Member
*

Fame: 119
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1352



« Reply #17 on: March 08, 2009, 08:48:41 AM »

Selamat menyambut maulidur rasul kepada semua guru-guru muslim di seluruh dunia ini. Teristimewa sekali salam ini saya tujukan kepada semua guru mualaf seperti saya. Perkukuhkan keimanan dan carilah seberapa banyak ilmu yang ada dalam Islam untuk kita memperkasa jiwa yang kontang dan kekosongan ini.
Logged

Zulkarnain Farihin Mustakim @ Philip anak Seli
SMK Sacred Heart, Sibu, Sarawak
Fairul Nizam Gani
SMK Beladin
Teacher
Senior Member
*

Fame: 37
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 421


Merentas minda mencari identiti..


WWW
« Reply #18 on: March 08, 2009, 09:24:10 AM »

Selamat menyambut Maulidur Rasul buat semua yang beragama Islam...
Logged

Fairul Nizam Gani
Guru Kanan
SMK Beladin
Dorothy Yii Ai Hung
SMK Kapit
Teacher
Senior Member
*

Fame: 13
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 319



« Reply #19 on: March 08, 2009, 01:05:26 PM »

Selamat Menyambut Maulidur Rasul buat semua warga Engkabang yang beragama Islam... Smiley.
Logged

Dorothy Yii Ai Hung
Guru
SMK Kapit
Pages: [1] 2   Go Up
  Print  
 
Jump to:  

Members
Total Members: 21251
Latest: DakdydayEngekWQ
Stats
Total Posts: 254478
Total Topics: 21163
Online Today: 265
Online Ever: 718
(May 16, 2012, 08:58:21 PM)
Users Online
Users: 10
Guests: 208
Total: 218
PIPPBahagian Pembangunan Kurikulume-Paymente-Hasil
Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1.16 | SMF © 2011, Simple Machines | Sitemap Valid XHTML 1.0! Valid CSS!
Page created in 0.116 seconds with 26 queries.