Home   Forum   Help Search Calendar Links Login Register   **
Welcome, Guest. Please login or register.
Did you miss your activation email?
May 25, 2012, 12:39:07 AM

Login with username, password and session length
Program
EduWebTVLatih TubiLINUSManaging Challenging SchoolsGerakan Memperkasakan SekolahLDPICTL SMICTL SRMalaysian Grid for Learning (MyGfL)ProtimPPSMISIP
Recent
[Yesterday at 11:56:50 PM]

[Yesterday at 10:34:14 PM]

[Yesterday at 10:23:08 PM]

[Yesterday at 09:45:39 PM]

[Yesterday at 08:34:38 PM]

[Yesterday at 05:51:30 PM]

[Yesterday at 11:53:44 AM]

[Yesterday at 09:14:15 AM]

[May 23, 2012, 09:30:31 PM]

[May 23, 2012, 08:37:00 PM]
 

Pages: [1] 2 3   Go Down
  Print  
Author Topic: Selesai segera isu PPSMI :(  (Read 4525 times)
0 Members and 1 Guest are viewing this topic.
John Liew
SMK Marudi
Teacher
Junior Member
*

Fame: 2
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 50



« on: March 08, 2009, 07:14:14 AM »

Selesai segera isu PPSMI
Oleh Zulkofli Jamaludin dan Anwar Hussin
bhnews@bharian.com.my

BERIBU-RIBU penyokong gerakan membantah pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) mengingkari arahan polis apabila terus berdegil berarak ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum, semalam.

PM jamin ambil kira desakan rakyat

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu Kementerian Pelajaran mengambil keputusan segera berhubung isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) bagi mengelakkan isu lebih besar tercetus.

Perdana Menteri berkata, kerajaan menyedari ada desakan kuat daripada rakyat, khususnya orang Melayu supaya isu PPSMI diselesaikan segera.

"Isu PPSMI ini sudah menjadi isu yang besar dan sensitif. Kerajaan mengakui desakan rakyat dan mengambil perhatian terhadapnya.

"Saya berharap Kementerian Pelajaran mengambil keputusan segera kerana jika tidak, tekanan dan tindakan NGO (badan bukan kerajaan) akan berterusan dan menjadi lebih besar lagi," katanya pada sidang media selepas melancarkan novel fantasi Dragonfire Hammer karya penulis muda berusia 14 tahun, Adam Umemoto, di sini semalam.

Petang semalam, perhimpunan membantah pelaksanaan PPSMI di ibu kota yang disertai ribuan penyokong, bertukar kecoh apabila kumpulan berkenaan berarak ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum bantahan, walaupun Polis Kuala Lumpur sebelum ini hanya membenarkan mereka berkumpul di Masjid Negara.


 Kumpulan terbabit yang pada awalnya berkumpul di perkarangan masjid berkenaan, Pasar Seni dan Kompleks Sogo, untuk mengadakan bantahan secara aman, mengingkari arahan polis dengan berarak beramai-ramai ke arah Istana Negara.

Bagaimanapun, selepas keadaan terkawal, Pengerusi Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP), Datuk Dr Hassan Ahmad dan Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said serta beberapa ahli jawatankuasa lain, dibenar menyerahkan memorandum itu kepada wakil Istana Negara.

Abdullah berkata, Kementerian Pelajaran sudah menemui beberapa NGO berhubung isu berkenaan, tetapi beliau difahamkan kementerian belum bersedia mengumumkan keputusan yang akan diambil.

Katanya, kajian mengenai pelaksanaan PPSMI sudah dilakukan Kementerian Pelajaran, termasuk mengambil kira keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

"Saya percaya keputusan peperiksaan itu akan memberi asas kepada Kementerian Pelajaran untuk membuat keputusan. Saya percaya keputusan itu akan mengukuhkan kepentingan rakyat dan masa depan kita," katanya.

Sementara itu, Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, kertas Kabinet PPSMI sudah siap untuk dibawa kepada Jemaah Menteri dengan menjurus melihat dasar pelaksanaan di peringkat sekolah rendah dan kawasan luar bandar.

"Pandangan mereka (pakar pendidikan dan pencinta bahasa) yang sudah diluahkan pada sesi meja bulat dan melalui memorandum, adalah pandangan yang boleh dan sudah kita ambil kira.

"Sekali lagi menjadi tanda tanya, mengapa enam tahun selepas pelaksanaannya baru hendak buat laporan polis dan mempertikaikan perkara ini dalam konteks Perlembagaan. Selepas enam tahun baru hendak buat perhimpunan," katanya.

Bagaimanapun, beliau tidak memberitahu bila kertas Kabinet itu akan dibincangkan Jemaah Menteri.

Hishammuddin berkata, apa pun keputusan Kabinet, pelaksanaannya hanya boleh dilakukan tahun depan bermula dengan murid Tahun Satu.

Beliau berkata, pihak yang terbabit membangkitkan isu PPSMI perlu berhenti seketika melihat keadaan sebenar yang berlaku di negara ini dan tanya siapa sebenarnya menimbulkan isu berkenaan.
Logged

John Liew Keng Hong
SMK Marudi
Ab Karim Bin Abdul Rahman
SK Abang Amin
Teacher
Senior Member
*

Fame: 311
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 293



« Reply #1 on: March 08, 2009, 07:22:15 AM »

http://forum.engkabang.net/index.php/topic,24588.0.html
Logged

Ab Karim Bin Abdul Rahman
SK Abang Amin Bintangor
Lasu Luta
SMK Kanowit
Teacher
Junior Member
*

Fame: 4
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 60


Kati ko enda pia deh.....


« Reply #2 on: March 08, 2009, 07:47:53 AM »

Amat menyedihkan. Mengapa perlu berdemontrasi. Ada banyak saluran yg leibih sopan dan beradap. Mengapa sekarang timbul isu ini? Adakah sebelum pelaksanaan PPSMI, golongan bawahan dibawa berunding untuk memberi pandangan akan kesan dan akibatnya pada masa akan datang?
Logged

Lasu Luta
SMK Kanowit
Tel: 084 752152
Duane Anak Reggie
SMK Sematan
JU MyGfL
Master Member
*

Fame: 180
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1041


Upholding discipline ... Always!


« Reply #3 on: March 08, 2009, 07:49:46 AM »

Amat menyedihkan. Mengapa perlu berdemontrasi. Ada banyak saluran yg leibih sopan dan beradap. Mengapa sekarang timbul isu ini? Adakah sebelum pelaksanaan PPSMI, golongan bawahan dibawa berunding untuk memberi pandangan akan kesan dan akibatnya pada masa akan datang?

Semua itu permainan politik cikgu lasu
Logged

JU EMIS
SMK Sematan
94100 Sematan, Lundu
Sarawak

"Percayalah kepada Tuhan dan jangan bersandar kepada pengertianmu sendiri ... Run towards the heavenly prize"
Kumaraveloo
SMK Sri Aman

Master Member
*

Fame: 191
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1965


Sekali ku rebah, sejuta kali ku bangkit...


WWW
« Reply #4 on: March 08, 2009, 07:55:08 AM »

Apakah nasib generasi PPSMI yang sedang belajar ini... jika PPSMI dibatalkan? Ramai tidak memikirkannya...
Logged

Kumaraveloo A/L Terpari @ Thirupathy
SMK Sri Aman, Sri Aman
Ketika sahabat menjadi seteru, ketika sahabat meninggalkan kita, ketika sahabat semakin menjauh,sedarlah ianya proses menuju kematangan
Hisyamuwandi Bin Morshidi
SK Abang Haji Matahir, Sarikei
Teacher
Full Member
*

Fame: 23
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 162


ThroughStruggle ToTheStars


« Reply #5 on: March 08, 2009, 08:05:46 AM »

Negara lain sudah pun memiliki arah tersendiri dalam dunia pendidikan mereka...
Tetapi, kita masih memilih bahasa apa yang paling sesuai digunakan....
Inikah kemerdekaan yang kita kecapi.....? Cry
Logged

Hisyamuwandi Bin Morshidi
Guru
SK Abang Haji Matahir
Sarikei
Lasu Luta
SMK Kanowit
Teacher
Junior Member
*

Fame: 4
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 60


Kati ko enda pia deh.....


« Reply #6 on: March 08, 2009, 08:25:59 AM »

Apakah nasib generasi PPSMI yang sedang belajar ini... jika PPSMI dibatalkan? Ramai tidak memikirkannya...

Anak saya di Tingkatan 1 sekarang salah seorang. UPSR lepas dia ok (5A). Bukan nak menunjuk. Tapi, bayangkan hasilnya sudah kita nampak. Kerajaan belanja berjuta-juta ringggit dalam hal ini. Mereka ada objektif jangka panjang. Kalaulah KPM tunduk juga dengan desakan ini, ini sudah satu pembaziran ( belum ambil kira kalau tukar balik) dan "cakap tak serupa bikin" jadinya.
Logged
Kumaraveloo
SMK Sri Aman

Master Member
*

Fame: 191
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1965


Sekali ku rebah, sejuta kali ku bangkit...


WWW
« Reply #7 on: March 08, 2009, 08:32:36 AM »

Anak saya di Tingkatan 1 sekarang salah seorang. UPSR lepas dia ok (5A). Bukan nak menunjuk. Tapi, bayangkan hasilnya sudah kita nampak. Kerajaan belanja berjuta-juta ringggit dalam hal ini. Mereka ada objektif jangka panjang. Kalaulah KPM tunduk juga dengan desakan ini, ini sudah satu pembaziran ( belum ambil kira kalau tukar balik) dan "cakap tak serupa bikin" jadinya.

Ini belum mengambil kira keadaan ibu bapa yang sanggup hantar anak mereka seawal 3 - 4 tahun untuk belajar Bahasa Inggeris... untuk menyahut seruan Kerajaan....
« Last Edit: March 08, 2009, 08:36:02 AM by Kumaraveloo » Logged
Hisyamuwandi Bin Morshidi
SK Abang Haji Matahir, Sarikei
Teacher
Full Member
*

Fame: 23
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 162


ThroughStruggle ToTheStars


« Reply #8 on: March 08, 2009, 08:34:05 AM »

Apa nak jadi....  Ikut salah, tak ikut pun salah... bak kata pepatah :
"ditelan mati mak, diluah mati bapak"
Logged
Intan Farizalaila
SK Tanjung Batu
Teacher
Veteran Member
*

Fame: 112
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 915



« Reply #9 on: March 08, 2009, 08:36:36 AM »

Negara lain sudah pun memiliki arah tersendiri dalam dunia pendidikan mereka...
Tetapi, kita masih memilih bahasa apa yang paling sesuai digunakan....
Inikah kemerdekaan yang kita kecapi.....? Cry

Macam tak ada pendirian sendiri. Mudah goyah...
Logged

SK Tanjung Batu, Bintulu
Sarawak
Teoh Say Beng
SMK Kapit
Teacher
Master Member
*

Fame: 58
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1319


Aspire to Inspire Before You Expire


« Reply #10 on: March 08, 2009, 09:05:24 AM »

Negara lain sudah pun memiliki arah tersendiri dalam dunia pendidikan mereka...
Tetapi, kita masih memilih bahasa apa yang paling sesuai digunakan....
Inikah kemerdekaan yang kita kecapi.....? Cry

Budaya berdemonstrasi yang kini kian menjadi (hasil daripada sikap liberal pentadbiran sekarang) adalah bukan suatu cara yang baik di masa ekonomi dunia dan negara yang sedang tenat.
Ini adalah suatu cara yang menjamin para pelabur membuat keputusan untuk 'menutup kedai' di negara kita dan membantu para pelabur baru membuat keputusan untuk tidak melabur di negara kita yang dilihat sebagai 'tidak stabil'.

Bagaimana pula keadaan di Brunei sebuah negara Melayu juga? Mereka juga menggunakan English dalam pengajaran Science dan Mathematics. Ada apa-apa yang memudaratkan Bahasa Melayu di Brunei?
Mengapa aktivis Bahasa Malaysia di negara kita begitu lantang membantah selepas enam tahun dilaksanakan? Kenapa tiada penentangan langsung di Brunei? Sedangkan di Brunei, Bahasa Melayu juga mempunyai kedudukan yang sama seperti di negara kita.
Janganlah pula negara lain ketawakan kita kerana terlalu mudah melatah dalam persoalan ini.
Biarlah KPM mengambil masa untuk membuat keputusan.


Sekadar pandangan..... Aman (Peace).
« Last Edit: March 08, 2009, 09:27:36 AM by Teoh Say Beng » Logged

Teoh, SMK Kapit
Fairul Nizam Gani
SMK Beladin
Teacher
Senior Member
*

Fame: 37
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 421


Merentas minda mencari identiti..


WWW
« Reply #11 on: March 08, 2009, 09:28:28 AM »

Amat menyedihkan. Mengapa perlu berdemontrasi. Ada banyak saluran yg leibih sopan dan beradap. Mengapa sekarang timbul isu ini? Adakah sebelum pelaksanaan PPSMI, golongan bawahan dibawa berunding untuk memberi pandangan akan kesan dan akibatnya pada masa akan datang?

Isu seperti ini perlu ditangani dengan sebaik-baiknya tanpa mengenepikan mana-mana pihak...
Logged

Fairul Nizam Gani
Guru Kanan
SMK Beladin
Intan Farizalaila
SK Tanjung Batu
Teacher
Veteran Member
*

Fame: 112
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 915



« Reply #12 on: March 08, 2009, 09:40:44 AM »

Isu seperti ini perlu ditangani dengan sebaik-baiknya tanpa mengenepikan mana-mana pihak...

Semua pihak mengatakan mereka betul. Masing-masing nak menegakkan hak masing-masing, kalau tak ada satu kesimpulan, memang hal ini tidak akan selesai sampai bila-bila.
Logged
Teoh Say Beng
SMK Kapit
Teacher
Master Member
*

Fame: 58
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1319


Aspire to Inspire Before You Expire


« Reply #13 on: March 08, 2009, 09:47:20 AM »

Semua pihak mengatakan mereka betul. Masing-masing nak menegakkan hak masing-masing, kalau tak ada satu kesimpulan, memang hal ini tidak akan selesai sampai bila-bila.

Cuma harapan saya ialah janganlah sampai berdemonstrasi. Demonstrasi bukan budaya kita dan jangan sekali-sekali dijadikan budaya kita. Jika selama ini kita menyelar banyak budaya Barat, mengapa harus pula kini gunakan budaya ini.
Ada cara dan saluran lain untuk meluahkan pandangan kita.
Logged
Intan Farizalaila
SK Tanjung Batu
Teacher
Veteran Member
*

Fame: 112
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 915



« Reply #14 on: March 08, 2009, 09:56:59 AM »

Cara yang glamour ini memang menjadi pilihan orang ramai, memang cepat dapat perhatian media dan pelbagai pihak.
Logged
Lasu Luta
SMK Kanowit
Teacher
Junior Member
*

Fame: 4
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 60


Kati ko enda pia deh.....


« Reply #15 on: March 08, 2009, 10:32:24 AM »

Cara yang glamour ini memang menjadi pilihan orang ramai, memang cepat dapat perhatian media dan pelbagai pihak.
Kalau terusan berdemonstrai seperti ini negara akan jadi tidak aman. Seolah-olah rakyat (segelintir ) menafikan undang-undang negara. Kita lihat sendiri negara jiran kita,Thailand dan Indonesia. Pemimpin bertukar ganti kerana ini. Kita bimbang waris kita tidak akan dapat mengecapi apa yang kita pernah nikmati sebelum ini.
Logged
Lasu Luta
SMK Kanowit
Teacher
Junior Member
*

Fame: 4
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 60


Kati ko enda pia deh.....


« Reply #16 on: March 08, 2009, 10:35:34 AM »

Adakah mereka ini patut dicontohi anak atau cucu?

There are 1 attachment(s) in this post which you cannot view or download
mainpix.gif
Logged
Abg Nazaruddin Abg Noh
SK Gemuan
Teacher
Senior Member
*

Fame: 19
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 276


Be cool,stay cool and keep cool.


« Reply #17 on: March 08, 2009, 10:36:19 AM »

Kita para guru tak pernahpun mengajar anak didik kita berdemontrasi dan melanggar undang-undang!
Logged

Abg Nazaruddin Abg Noh
SK Gemuan
Guru Akademik
Yahya Bin Basni
SK Kampung Seberang
JU MyGfL
Veteran Member
*

Fame: 28
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 518



« Reply #18 on: March 08, 2009, 11:28:37 AM »

Sebagai warganegara, saya berasa malu dengan keadaan berkenaan.Negara kita ada undang-undang, jadi gunakanlah dan ikuti undang-undang ini.Kalau nak berarak, berarak sajalah. Jangan dikecohkan. Kalau di larang, jangan buat....(sekadar pandangan)
Logged

Guru/Guru Data/S.U Peperiksaan
SK Kampung Seberang
Lawas, Sarawak.
Lasu Luta
SMK Kanowit
Teacher
Junior Member
*

Fame: 4
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 60


Kati ko enda pia deh.....


« Reply #19 on: March 08, 2009, 11:30:49 AM »

Sebagai warganegara, saya berasa malu dengan keadaan berkenaan.Negara kita ada undang-undang, jadi gunakanlah dan ikuti undang-undang ini.Kalau nak berarak, berarak sajalah. Jangan dikecohkan. Kalau di larang, jangan buat....(sekadar pandangan)
Kiranya mereka ini mentaliti kelas berapa ya?
Logged
Pages: [1] 2 3   Go Up
  Print  
 
Jump to:  

Members
Total Members: 21252
Latest: boymnMumecebyPZ
Stats
Total Posts: 254478
Total Topics: 21163
Online Today: 265
Online Ever: 718
(May 16, 2012, 08:58:21 PM)
Users Online
Users: 10
Guests: 206
Total: 216
PIPPBahagian Pembangunan Kurikulume-Paymente-Hasil
Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1.16 | SMF © 2011, Simple Machines | Sitemap Valid XHTML 1.0! Valid CSS!
Page created in 0.122 seconds with 26 queries.