Home   Forum   Help Search Calendar Links Login Register   **
Welcome, Guest. Please login or register.
Did you miss your activation email?
May 25, 2012, 12:56:23 AM

Login with username, password and session length
Program
EduWebTVLatih TubiLINUSManaging Challenging SchoolsGerakan Memperkasakan SekolahLDPICTL SMICTL SRMalaysian Grid for Learning (MyGfL)ProtimPPSMISIP
Recent
[Yesterday at 11:56:50 PM]

[Yesterday at 10:34:14 PM]

[Yesterday at 10:23:08 PM]

[Yesterday at 09:45:39 PM]

[Yesterday at 08:34:38 PM]

[Yesterday at 05:51:30 PM]

[Yesterday at 11:53:44 AM]

[Yesterday at 09:14:15 AM]

[May 23, 2012, 09:30:31 PM]

[May 23, 2012, 08:37:00 PM]
 

Pages: [1]   Go Down
  Print  
Author Topic: mesej untuk Guru BM!  (Read 716 times)
0 Members and 2 Guests are viewing this topic.
Ng Ai Fen
SMK Wira Penrissen
Teacher
Senior Member
*

Fame: 4
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 236


org malas mencari alasan org rajin penyelesaian!


« on: March 09, 2009, 09:19:52 AM »

Harap maklum: Untuk perhatian guru yang mengajar novel Terminal Tiga, tema penghijrahan yang diutara oleh Othman Puteh semasa Kursus Bahasa Malaysia di Santubong tidak disenaraikan sebagai jawapan dalam peperiksaan.

* Terima kasih kepada rakan kongsi ilmu yang memberi sumbangan maklumat tersebut.

* Saya berharap jika terdapat perubahan atau perkembangan tentang format peperiksaan perlu diperjelas dan diedarkan kepada semua guru. Kursus penataran format amat penting untuk guru kerana kemusykilan guru dapat dijawab dan perselisihan faham antara guru dapat dikurangkan.

*Desas-desus tentang perubahan cara semakan tidak perlu disebarkan kerana ini akan menyebabkan perselisihan faham antara guru. Ilmu yang diperoleh bukan digunakan sebagai penanda aras kehebatan guru BM berbanding guru BM yang lain tetapi digunakan meningkatkan tahap intelek pelajar.

*Saya amat berharap para guru BM berkongsi pengalaman melalui laman web ini.

*Sumbangan anda tentu akan membawa perubahan!

sekian, terima kasih
DRPD: NAF


1.Berdasarkan sebuah novel yang anda baca, huraikan tema yang terdapat dalam novel tersebut. (7m) (8m)
   Berdasarkan novel Terminal Tiga yang telah saya baca, tema novel ini ialah kegigihan.  Tema ini mengisahkan watak utama  gigih berusaha untuk menjalani kehidupannya. Selain watak utama, terdapat juga watak lain yang gigih dalam kehidupan mereka.

   Rimpa merupakan pemuda yang gigih. Walaupun menghadapi masalah kewangan dan tentangan hebat daripada ibu serta Ruzaini, namun Rimpa tetap berhasrat untuk  mencuba nasibnya di Kuala Lumpur. Oleh itu, dia berusaha untuk mencari sumber kewangan secara halal. Rimpa telah memohon pinjaman biasiswa daripada Kementerian Kebudyaan Negari Sabah. Akhirnya, dia berjaya memperoleh pinjaman sebanyak RM3000 setahun daripada Kementerian Kebudayaan Negeri Sabah. Jika seseorang sanggup gigih berusaha nescaya membuahkan hasil yang diimpikan.

   Rimpa merupakan anak sulung yang gigih menyatukan keluarganya. Ayahnya telah hilang selama sepuluh tahun tetapi Rimpa tidak menaruh perasaan dendam terhadap ayahnya. Rimpa tetap berusaha mencari ayahnya di mana-mana sahaja jika terdapat berita tentang ayahnya. Semasa cuti semester, Rimpa dengan adiknya telah mencari ayahnya di Nabawan. Namun demikian, mereka gagal menemui ayahnya di tempat tersebut. Rimpa gigih berusaha mencari ayahnya supaya keluarganya dapat bersatu.

   Ibu Rimpa merupakan ibu tunggal yang gigih untuk menyara keluarganya. Dia gigih membesarkan anak-anaknya. Seorang ibu yang rajin dan gigih mengusahakan tanaman tomato, kubis dan asparagus untuk menyara keluarga. Walaupun ibu Rimpa ditinggalkan oleh suaminya, namun ibu Rimpa tabah dan gigih mengharungi hidupnya bersama dengan anak-anaknya.
   
Logged

Ng Ai Fen
SMK Wira Penrissen
Dorothy Yii Ai Hung
SMK Kapit
Teacher
Senior Member
*

Fame: 13
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 319



« Reply #1 on: March 09, 2009, 12:19:02 PM »

Kawan, tingkayu dengan maklumat terbaru u ya....
Logged

Dorothy Yii Ai Hung
Guru
SMK Kapit
Samuel Ngieng
SMK Kwong Hua, Sibu
Teacher
Senior Member
*

Fame: 22
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 267



« Reply #2 on: March 09, 2009, 10:11:19 PM »

Terima kasih cikgu, perkongsian yang amat berguna.
Logged

Ngieng Seng Hung
SMK Kwong Hua, Sibu.
PKHEM
Rabbilah Ayup
SK Senadin
Teacher
Senior Member
*

Fame: 15
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 213


U say the same, u stay the same...


« Reply #3 on: August 28, 2009, 02:30:04 PM »

Thanks cikgu...
Logged

Rabbilah Binti Ayup
Guru Penolong Agama
SK Senadin, Miri
my_rafiq@yahoo.com.my
Jame Anap
SK Merambut
Teacher
Super Member
*

Fame: 734
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 3846


Iban Bidayuh Serian Balai Ringin


« Reply #4 on: August 28, 2009, 02:55:16 PM »

Terima kasih cikgu Ng atas info ini. Perkongsian maklumat penting untuk guru BM. Terima kasih...salam perpaduan.
Logged

Jame  Anap
Penolong Kanan Kokurikulum
SK Merambut Limbang
Pages: [1]   Go Up
  Print  
 
Jump to:  

Members
Total Members: 21254
Latest: BrireeLiaitteNA
Stats
Total Posts: 254478
Total Topics: 21163
Online Today: 265
Online Ever: 718
(May 16, 2012, 08:58:21 PM)
Users Online
Users: 6
Guests: 214
Total: 220
PIPPBahagian Pembangunan Kurikulume-Paymente-Hasil
Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1.16 | SMF © 2011, Simple Machines | Sitemap Valid XHTML 1.0! Valid CSS!
Page created in 0.109 seconds with 26 queries.