Home   Forum   Help Search Calendar Links Login Register   **
Welcome, Guest. Please login or register.
Did you miss your activation email?
May 25, 2012, 05:20:53 AM

Login with username, password and session length
Program
EduWebTVLatih TubiLINUSManaging Challenging SchoolsGerakan Memperkasakan SekolahLDPICTL SMICTL SRMalaysian Grid for Learning (MyGfL)ProtimPPSMISIP
Recent
[Today at 05:11:04 AM]

[Yesterday at 11:56:50 PM]

[Yesterday at 10:23:08 PM]

[Yesterday at 09:45:39 PM]

[Yesterday at 08:34:38 PM]

[Yesterday at 05:51:30 PM]

[Yesterday at 11:53:44 AM]

[Yesterday at 09:14:15 AM]

[May 23, 2012, 09:30:31 PM]

[May 23, 2012, 08:37:00 PM]
 

Pages: [1] 2   Go Down
  Print  
Author Topic: CERITA DI SEBALIK 19A1, 1A2 = 20A  (Read 1891 times)
0 Members and 1 Guest are viewing this topic.
Zulkarnain Farihin Mustakim
SMK Sacred Heart Sibu
Teacher
Master Member
*

Fame: 119
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1352



« on: March 15, 2009, 11:41:12 AM »

Nur Madihah puasa sebab miskinOleh AZRAN FITRI RAHIM
azran.rahim@utusan.com

KOTA BHARU 14 Mac – “Kadang-kadang saya menitiskan air mata sebab kakak (panggilan keluarga kepada Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal, gambar) terpaksa berpuasa sebab tidak ada wang untuk beli makanan. “Tetapi alhamdulillah, kakak memahami keadaan keluarga. Malah kakak menjadikan ibadah itu sebagai rutin pada setiap hari Khamis dan Isnin sejak berumur 12 tahun.” Demikian luahan ibu kepada pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008, Mariani Omar, 42, ketika ditanya mengenai kesusahan dia dan suami, Nik Mohd. Kamal Hussein, 41, membentuk seorang insan contoh.

Katanya, biar susah bagaimana sekali pun, anak sulung daripada empat beradik itu tidak pernah merungut. Malah Nik Nur Madihah, menurutnya, melalui semua kepayahan itu dengan tabah dan menerimanya sebagai cabaran untuk berusaha dengan lebih keras. “Disebabkan tak ada wang poket, kakak akan makan roti di sekolah dan kerana terlalu banyak makan roti, ia jadi kegemarannya. Malah dia bercita-cita belajar cara buat roti. Kata kakak, dia hendak buat roti banyak-banyak. “Ibu mana yang tidak tersentuh apabila melihat keadaan anak begitu. Tetapi saya bersyukur kerana dia menerima kekurangan ini,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Nik Nur Madihah, 18, anak seorang nelayan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan) di sini mencatat sejarah negeri ini apabila memperoleh 20 A dalam peperiksaan SPM 2008.   Kejayaan itu menjadikan pelajar tersebut antara pelajar cemerlang dengan mendapat 19 1A dan satu 2A, kurang satu mata pelajaran berbanding pencapaian pelajar terbaik SPM 2007, Azali Azlan yang memperoleh 21 A. Dia juga membuktikan kesusahan keluarga bukan halangan untuk mencapai kecemerlangan walaupun mengambil sebanyak mungkin mata pelajaran bagi menguji keupayaan dirinya dalam menghadapi cabaran hidup sebagai pelajar. Kesusahan hidup Nik Nur Madihah yang tinggal di rumah sewa kecil di Pengkalan Chepa dipaparkan di muka depan Utusan Malaysia hari ini.

Mariani berkata, sejak kecil anaknya itu gemar membaca buku dan setiap masa terluang tidak pernah dibiarkan begitu saja. “Memang dari kecil lagi dia minat benar dengan buku. Saya dan suami tidak pernah paksa kakak membaca buku, kadang-kadang paksa dia suruh berhenti sebab sudah masuk Maghrib.“Sifat ulat buku ini turun kepada tiga adiknya,” tambahnya.Menurut Mariani, seorang lagi anaknya kini menuntut dalam tingkatan empat di Sekolah Menengah Teknik Bachok, seorang dalam tingkatan tiga di bawah tajaan Permodalan Nasional Berhad di Bandar Salak Tinggi dan yang bongsu di tahun lima Sekolah Kebangsaan Parang Puting di sini. Ujarnya, sekiranya Nik Nur Madihah meminta wang untuk membeli buku, dia dan suami akan berusaha mencari wang tersebut tetapi selalunya ia tidak diberi serta-merta kerana kesempitan hidup. “Kakak tidak banyak kerenah dan agak pendiam. Dia pun tidak beritahu kami dia ambil 20 mata pelajaran dalam SPM sehinggalah saat-saat akhir,” ujarnya.

Logged

Zulkarnain Farihin Mustakim @ Philip anak Seli
SMK Sacred Heart, Sibu, Sarawak
Intan Farizalaila
SK Tanjung Batu
Teacher
Veteran Member
*

Fame: 112
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 915



« Reply #1 on: March 15, 2009, 11:48:53 AM »

Dalam rumahnya...ada mutiara yang menyinar.....

Tahniah kepada kakak.... Wink
Logged

SK Tanjung Batu, Bintulu
Sarawak
Zulkarnain Farihin Mustakim
SMK Sacred Heart Sibu
Teacher
Master Member
*

Fame: 119
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1352



« Reply #2 on: March 15, 2009, 11:55:32 AM »

Semoga kisahnya menjadi ikhtibar kepada pelajar-pelajar miskin di seluruh negara kita.

Saya bayangkan satu sahaja, kalaulah pelajar tersebut wajib membayar yuran bagi setiap mata pelajaran yang dia ambil seperti dahulu. Pasti niatnya untuk mengambil 20 subjek tidak akan tercapai.
Logged
Intan Farizalaila
SK Tanjung Batu
Teacher
Veteran Member
*

Fame: 112
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 915



« Reply #3 on: March 15, 2009, 12:05:27 PM »

Hm semangat...dan kesedaran....
itu yang ada dalam dirinya...
sebab itu dia berjaya...
Logged
Roy Bin Ahsan
SK Tunku Abdul Malik, Kulim, Kedah
Teacher
Master Member
*

Fame: 51
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1253


Every man will die, but not every man really live.


« Reply #4 on: March 15, 2009, 12:19:29 PM »

dia sedar dia datang dari keluarga susah.. dia sedar akan kebaikan ilmu dan kepentingan memilikinya sebelum dewasa. dia sedar ilmu boleh merubah hidup. tu yang dapat belajar. malah kebanyakkan dari kita guru ni pun sedar akan kepentingan belajar. jadi mari kita sama-sama sedarkan pelajar kita. mereka tu yang belum sedar-sedar lagi...
Logged

Roy Bin Ahsan
Guru
SK Tunku Abdul Malik,Jalan Kilang Lama, 09000, Kulim, Kedah

melangkah mencari kata...sekali terjatuh bangkit semula...jika tersilap maaf dipinta...
Agnes Molly
SMK Kota Samarahan
Teacher
Veteran Member
*

Fame: 119
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 547


...duduk tisi Keling Ati...


« Reply #5 on: March 15, 2009, 12:27:02 PM »

dia sedar dia datang dari keluarga susah.. dia sedar akan kebaikan ilmu dan kepentingan memilikinya sebelum dewasa. dia sedar ilmu boleh merubah hidup. tu yang dapat belajar. malah kebanyakkan dari kita guru ni pun sedar akan kepentingan belajar. jadi mari kita sama-sama sedarkan pelajar kita. mereka tu yang belum sedar-sedar lagi...


kenapa perkara sebegini selalu terjadi kepada pelajar @ orang yang datang dari keluarga susah?? Yang datang dari keluarga kaya tak sedar-sedar lagi ke?? .....im in a big question mark!!  Roll Eyes
Logged

Agnes ME Saga
SMK Kota Samarahan
Jln Dato Muhd Musa
94300 Samarahan
Sarawak
Roy Bin Ahsan
SK Tunku Abdul Malik, Kulim, Kedah
Teacher
Master Member
*

Fame: 51
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1253


Every man will die, but not every man really live.


« Reply #6 on: March 15, 2009, 12:36:24 PM »

cikgu agnes...
orang susah lebih menghargai kesenangan dan mereka berani mencuba
orang yang lemah lebih menghargai kekuatan kerana mereka sering ditindas
orang miskin memang menghargai rezeki kerana mereka kesempitan

bak kata orang..bila kita dibawah ni kita tahu macamana bernilainya hidup di atas. macam kita guru juga..kita mengajar dan faham kehendak peperiksaan jadi kita lebih hendak murid kita berjaya berbanding mereka sendiri. tu yang sanggup berkorban (korban lagi...) untuk kejayaan mereka
Logged
Agnes Molly
SMK Kota Samarahan
Teacher
Veteran Member
*

Fame: 119
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 547


...duduk tisi Keling Ati...


« Reply #7 on: March 15, 2009, 12:43:59 PM »

cikgu agnes...
orang susah lebih menghargai kesenangan dan mereka berani mencuba
orang yang lemah lebih menghargai kekuatan kerana mereka sering ditindas
orang miskin memang menghargai rezeki kerana mereka kesempitan

bak kata orang..bila kita dibawah ni kita tahu macamana bernilainya hidup di atas. macam kita guru juga..kita mengajar dan faham kehendak peperiksaan jadi kita lebih hendak murid kita berjaya berbanding mereka sendiri. tu yang sanggup berkorban (korban lagi...) untuk kejayaan mereka


oooo takan nak kata orang yang berada tu tak berani mencuba, tak menghargai kekuatan mereka dan tak menghargai rezeki??? hmmm....kesian lagi orang yang berada kalau begitu lah makna yang tersurat dan tersiratnya....
Logged
Ibnu Hisyam Ibrahim
SK Kg Tanam
Teacher
Veteran Member
*

Fame: 497
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 516



« Reply #8 on: March 15, 2009, 01:06:34 PM »

JazakAllah saudaraku Zulkarnain, satu paparan yang sangat menginsafkan dan penuh ilmiah.

Apa yang saya perolehi dari paparan ini:
Untuk sebuah kejayaan, perlu menitik beratkan beberapa perkara:

1. Hubungan dengan Allah
   

kakak menjadikan ibadah itu sebagai rutin pada setiap hari Khamis dan Isnin sejak berumur 12 tahun

, kadang-kadang paksa dia suruh berhenti sebab sudah masuk Maghrib

Seorang anak yang membuat hubungan dengan Allah dengan beribadah kepada Allah dan seorang ayah yang tahu mana yang lebih utama, sebab dalam kesibukan manusia mengejar kejayaan ramai yang lupa akan keutamaan mendahului Allah dalam setiap perkara.

2.  Sifat syukur, sabar dan rajin

. Tetapi saya bersyukur,

melalui semua kepayahan itu dengan tabah dan menerimanya sebagai cabaran untuk berusaha dengan lebih keras

Semua ini memang elemen yang sangat penting untuk berjaya.

3.  Kuat membaca

gemar membaca buku

reading is fundamental

4. Kuat makan roti ….. hehehehe jokin’ jak ........but maybe


Kejayaan yang melibatkan banyak pihak, ahli keluarga, guru-guru mungkin rakan-rakannya juga.




Wallahu’alam
Logged
Mohamad Ali Bin Mohd Hanafia
SK. Kampung Baru, Sandakan Sabah
Teacher
Veteran Member
*

Fame: 301
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 608


Tak Hidup Dek Puji, Tak Mati Dek Keji!!


WWW
« Reply #9 on: March 15, 2009, 01:14:54 PM »


bak kata orang..bila kita dibawah ni kita tahu macamana bernilainya hidup di atas. macam kita guru juga..kita mengajar dan faham kehendak peperiksaan jadi kita lebih hendak murid kita berjaya berbanding mereka sendiri. tu yang sanggup berkorban (korban lagi...) untuk kejayaan mereka

Perlu diingat.. tak semua guru macam ni Cikgu Roy oii.. ada kes yang berlaku hampir dengan saya... murid pandai baca... pandai tulis... sudah cukup!! x pandai kira tak apa.. x lulus tak apa.. hah.. ini realiti ye...


oooo takan nak kata orang yang berada tu tak berani mencuba, tak menghargai kekuatan mereka dan tak menghargai rezeki??? hmmm....kesian lagi orang yang berada kalau begitu lah makna yang tersurat dan tersiratnya....

orang yang tak berapa nak berada ni berani mencuba dan tak takut gagal.. maka mereka asyik mencuba, mencuba dan terus mencuba... gagal, gagal dan terus gagal... cuba lagi.. gagal lagi.. cuba lagi... sampai berjaya.  Yang agak tak berapa nak hidup susah nie.. mencuba... dan terus mencuba.. dan gagal... dan terus berhenti mencuba.. (maaf.. tidak menggunakan kuantitatif anova dan t-test)
Logged

Misteri Itu Aku, Aku Itu Misteri.. Kau Gentar Menghadap Aku... Sila Undur Diri!!
Zulkarnain Farihin Mustakim
SMK Sacred Heart Sibu
Teacher
Master Member
*

Fame: 119
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1352



« Reply #10 on: March 15, 2009, 03:32:06 PM »

Harap-harap perjalanan hidup mereka sekeluarga akan terus bersinar terang selepas ini.
Logged
Jasmin Binti Hussaini
SMK Sri Aman
Teacher
Full Member
*

Fame: 55
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 127


SAMAriang


« Reply #11 on: March 15, 2009, 08:22:34 PM »


Tahniah atas kecekalan adik Nur Madihah.Kecemerlangan anda, akan dijadikan iktibar kepada pelajar miskin mahupun kaya.



Mara tawar Nik Nur Madihah lanjut pelajaran ke London


KUALA LUMPUR: Mara menawarkan pinjaman penuh secara automatik kepada Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal, 18, pelajar cemerlang yang memperoleh 20A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), untuk melanjutkan pelajaran peringkat A Level di London.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar, berkata Mara akan berikan tawaran secara automatik tanpa perlu melalui proses temuduga atau mengisi borang.

"Kita berikan kes istimewa untuk adik ini dengan terus menghantar beliau ke luar negara untuk membuat A Level dahulu," katanya selepas melancarkan kempen satu keluarga satu syarikat/perniagaan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini. "Bagi pihak kementerian kita ucap tahniah. Saya sendiri dah bercakap dengan Nik Nur Madihah, dah cakap dengan ayah dia dan pagi tadi saya bercakap pula dengan guru yang mengajar pelajar ini. "Pelajar ini kita lihat datang dari keluarga yang miskin dan saya tengok pelajar ini cemerlang. Masa dia UPSR (Ujian Pencapaian Sekolah Rendah), dia mendapat 5A, PMR (Penilaian Menengah Rendah) 9A, dan SPM 20A," katanya.

Nik Nur Madihah, anak seorang nelayan, adalah pelajar Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi, Kota Bharu, Kelantan, mencipta sejarah memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM yang diumumkan Jumaat lalu dengan mendapat 19 1A dan satu 2A. Beliau pernah menjadi antara pelajar terbaik PMR peringkat kebangsaan 2006 selepas mencatatkan keputusan 9A. Noh berkata, surat tawaran itu akan diserah kepada Nik Nur Madihah minggu depan. Beliau berkata, mengikut sistem yang digunakan Mara, seseorang pelajar itu perlu mengikuti kursus A Level di dalam negara terlebih dahulu sebelum membolehkan mereka layak melanjutkan pelajaran ke luar negara. "Tetapi oleh kerana adik Madihah (ini) pintar, yang luar biasa (dan sudah) terbukti daripada dia kecil sampai besar, jadi dia mesti diberikan kelebihan. Sebab itu untuk adik Madihah saya bagi kelulusan khas untuk hantar terus ke London sebab dia kata dia minat nak belajar di United Kingdom. "Kita akan usaha carikan dia tempat untuk buat A Level. Kita akan uruskan tempat dia belajar dan kita juga akan bagi pinjaman Mara untuk Madihah,"katanya.

Noh berharap kejayaan Nik Nur Madihah itu akan menjadi contoh terbaik untuk adik-adiknya sekaligus membolehkan keluarga itu keluar dari kepompong kemiskinan. - Bernama

Logged

Menurut biar berakal, tunduk biar berisi.
Ismail B. Suhai
SK Sg Paku
Teacher
Veteran Member
*

Fame: 33
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 808


apa yang ku ada, sekiranya mampu akan ku sampaikan


« Reply #12 on: March 18, 2009, 07:38:46 PM »

tahniah.,.... semoga pelajar kita terus berjaya dan berjaya
Logged

SK Sg Paku
Boleh Mendengar Tetapi Pekak,
Boleh Melihat Tetapi Buta
Boleh Bercakap Tetapi Bisu


:: |Mulakan Harimu Dengan Senyuman, Sempurnakan Harimu :: |
Lester Kalum
SK Lepong Ajai
Teacher
Super Member
*

Fame: 234
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 3069


最もよいのそこに、最もよいのそこにあった、最もよいのそこにあるある。


« Reply #13 on: March 18, 2009, 09:11:40 PM »

Syabas.Saya amat terharu dan tersentuh perasaan membaca berita tersebut.
Logged

Have a nice day!
열등한 저와 흩뜨리지 말라
Mohd Zahari Bin Ariffin
SMK Seri Kota, Melaka
Teacher
Senior Member
*

Fame: 20
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 318


Salam Perpaduan untuk semua


WWW
« Reply #14 on: March 19, 2009, 12:25:15 AM »

Cerita yang dipaparkan sedikit-sebanyak ada persamaan dengan saya. Walaubagaimanapun keluarga saya sederhana saja. Tetapi sedikit sebanyak pengalaman yang dilalui oleh "KakaK" mengingatkan saya pada kehidupan yang lepas.

Seakan-akan mahu menitis air mata ini setiap kali melihat anak-anak yang dari keluarga susah mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Terasa macam lihat diri sendiri.

Tetapi saya sentiasa bersyukur dengan kesenangan dan kehidupan yang Tuhan takdirkan untuk saya; kini bergelar pendidik ... berkat doa ayah, ibu dan guru-guru yang pernah mendidik saya.
Logged

Mohd Zahari Bin Ariffin
Guru Akademik
SMK Seri Kota, Melaka
Intan Farizalaila
SK Tanjung Batu
Teacher
Veteran Member
*

Fame: 112
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 915



« Reply #15 on: March 19, 2009, 12:33:24 AM »

Semoga kakak tidak lupa diri dan berterusan menempa kejayaan~
Logged
Muzalfah Bt Khalek
SK Salah Kechil
Teacher
Junior Member
*

Fame: 5
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 91



« Reply #16 on: March 19, 2009, 04:50:55 PM »

perjuangan "kakak" belum berakhir...
hidup "kakak" perlu diteruskan...
semoga "kakak" bijak menangani cabaran mendatang...
semoga kisah ini menjadi iktibar yang berguna..for all of us...

Logged

SK Salah Kechil, Daro
Zubaidah bt Zainudin
SK RPR
Teacher
Novice Member
*

Fame: 0
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 12



« Reply #17 on: March 21, 2009, 08:06:26 AM »

Tahniah dan syabas kepada 'kakak' semoga segala cabaran dan rintangan yang lalu membawa kebahgiaan di hari-hari mendatang. Bagi kita ni biarlah sebagai contoh untuk anak-anak didik kita yan haus mencari pengetahuan dan didikan dari guru-guru yang mereka sayangi. Terima kasih.
Logged

SK Rancangan Perumahan Rakyat 'RPR'
Syahrul Ramdzani bt. Hj Ahmad Sharkawi
SK Sg Kem Batu 18
Teacher
Senior Member
*

Fame: 47
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 277


Tangan Yang Memberi Lebih Baik Dari Yang Menerima


« Reply #18 on: March 21, 2009, 08:13:33 AM »



kenapa perkara sebegini selalu terjadi kepada pelajar @ orang yang datang dari keluarga susah?? Yang datang dari keluarga kaya tak sedar-sedar lagi ke?? .....im in a big question mark!!  Roll Eyes
tu sebab diaorang rasa dah senang, jadi tak perlu belajar kot...tapi ada jugak yang hidup susah tapi masih jugak malas nak belajar...masih jugak tak sedar diri...
Logged

Syahrul Ramdzani Binti Haji Ahmad Sharkawi,
Guru Penyelaras Bestari,
Sek.Keb.Kem Batu 18, Bintulu
Ibnu Hisyam Ibrahim
SK Kg Tanam
Teacher
Veteran Member
*

Fame: 497
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 516



« Reply #19 on: March 21, 2009, 08:15:03 AM »

tu sebab diaorang rasa dah senang, jadi tak perlu belajar kot...tapi ada jugak yang hidup susah tapi masih jugak malas nak belajar...masih jugak tak sedar diri...

Hehehehe ini kes berat nih
Logged
Pages: [1] 2   Go Up
  Print  
 
Jump to:  

Members
Total Members: 21265
Latest: pycleCycletitQG
Stats
Total Posts: 254479
Total Topics: 21163
Online Today: 265
Online Ever: 718
(May 16, 2012, 08:58:21 PM)
Users Online
Users: 6
Guests: 166
Total: 172
PIPPBahagian Pembangunan Kurikulume-Paymente-Hasil
Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1.16 | SMF © 2011, Simple Machines | Sitemap Valid XHTML 1.0! Valid CSS!
Page created in 3.859 seconds with 26 queries.