Home   Forum   Help Search Calendar Links Login Register   **
Welcome, Guest. Please login or register.
Did you miss your activation email?
May 25, 2012, 06:39:32 AM

Login with username, password and session length
Program
EduWebTVLatih TubiLINUSManaging Challenging SchoolsGerakan Memperkasakan SekolahLDPICTL SMICTL SRMalaysian Grid for Learning (MyGfL)ProtimPPSMISIP
Recent
[Yesterday at 11:56:50 PM]

[Yesterday at 10:23:08 PM]

[Yesterday at 09:45:39 PM]

[Yesterday at 08:34:38 PM]

[Yesterday at 05:51:30 PM]

[Yesterday at 11:53:44 AM]

[Yesterday at 09:14:15 AM]

[May 23, 2012, 09:30:31 PM]

[May 23, 2012, 08:37:00 PM]

[May 23, 2012, 07:47:07 PM]
 

Pages: [1]   Go Down
  Print  
Author Topic: contoh karangan pelajar (Februari): Cara pengguna menghadapi kegawatan ekonomi  (Read 1037 times)
0 Members and 2 Guests are viewing this topic.
Dorothy Yii Ai Hung
SMK Kapit
Teacher
Senior Member
*

Fame: 13
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 319



« on: March 24, 2009, 02:52:48 PM »

Pada tahun 2008, suatu krisis ekonomi sedunia dikatakan sedang melanda di seluruh dunia. Kegawatan ekonomi merangkumi harga minyak yang semakin tinggi dan berterusan. Masalah ini menyebabkan harga makanan juga melambung tinggi. Contohnya, harga barang kawalan seperti tepung gandum, minyak masak, dan gula dinaikkan ekoran kenaikan harga minyak petroleum. Selain itu, fenomena "kehilangan stok" turut berlaku sehingga menyebabkan kadar inflasi semakin melambung tinggi. Krisis kredit juga semakin serius dan mengakibatkan bank-bank pelaburan dan komersial terlingkup. Di samping itu, kadar pengangguran juga turut meningkat sejajar dengan kadar inflasi. Kemelesetan ekonomi sudah membawa impak yang amat ketara di seantero dunia. Oleh itu, pengguna perlu mengorak ikhtiar yang sewajarnya untuk mengharungi cabaran kegawatan ekonomi.

   Pengguna perlu berjimat cermat dalam kehidupan seharian. Pengguna perlu membuat perancangan perbelanjaan supaya tidak membazir. Kita seharusnya membeli sesuatu yang diperlukan sahaja seperti keperluan asas supaya dapat hidup dengan selesa dan selamat. Tabiat "beraja di mata bersultan di hati" perlu dibuang kerana berbelanja mengikut nafsu sudah tentu membawa beban kepada seseorang pada suatu hari nanti. Pengguna harus mengamalkan amalan menabung.  Hal ini disebabkan  seseorang yang mengamalkan amalan menabung sudah tentu menggunakan separuh daripada wang perbelanjaan yang tidak dibelanjakan untuk ditabung sama ada di dalam bekas tabung atau disimpan di bank untuk digunakan pada masa hadapan atau semasa menghadapi kesukaran dan kecemasan, bak kata pepatah "sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit". Amalan menabung memupuk kita supaya lebih berjimat cermat pada bila-bila masa. Dengan adanya amalan ini, hasil tabungan boleh digunakan untuk pembiayaan pendidikan anak-anak di menara gading tanpa bergantung kepada pihak kerajaan atau mana-mana pihak. Selain itu, pengguna juga tidak mudah terjerat dengan hutang dikeliling pinggang dan meminjam wang daripada lintah darat amat bahaya. Keadaan ini boleh digambarkan seseorang yang menyediakan payung sebelum hujan. Hal ini disebabkan kita tidak mungkin dapat memperoleh sejumlah wang yang banyak dengan segera jika kita tidak ada wang tabungan.

   Bekas Perdana Menteri negara kita telah menyeru rakyat agar memupuk semangat cinta akan negara semasa kegawatan ekonomi. Tentu antara kita tidak memahami hasrat murni yang diseru oleh bekas Perdana Menteri negara kita. Sebenarnya, semasa kegawatan ekonomi, pengguna memainkan peranan penting untuk mengurangkan pengaliran mata wang ke negara asing. Pengguna haruslah membeli barang buatan tempatan. Hal ini disebabkan pembelian barang import hanya merugikan pendapatan negara kita. Oleh itu, rakyat perlu sedar bahawa pembelian barang tempatan juga berupaya menyuntik semangat cinta akan negara. Kerelaan pengguna berkorban dan berkhidmat untuk negara dan membantu negara menyelesaikan masalah yang sedia ada demi kesejahteraan negara. Kita perlu mempercayai bahawa barang buatan tempatan berkualiti dan bertahan lama serta mencapai taraf yang sama dengan negara asing, iaitu 'berdiri sama tinggi, duduk sama rendah'  dengan negara gergasi. Alat-alat elektronik yang berjenama PENSONIC telah mendapat pasaran bukan sahaja pasaran domestik malahan di merata dunia. Oleh itu, rakyat Malaysia seharusnya membeli dan menggunakan barangan buatan Malaysia tanpa rasa was-was.
Di samping itu, pengguna boleh mengamalkan pertanian sara diri untuk menghadapi kegawatan ekonomi. Isi rumah boleh bekerjasama untuk mengusahakan pertanian sara diri. Aktiviti-aktivi yang boleh dijalankan termasuk penanaman sayur dan buah serta memelihara ternakan di pekarangan rumah dengan cara yang sistematik. Usaha ini dikatakan serampang dua mata kerana bukan sahaja mengurangkan perbelanjaan keluarga malahan mencergaskan tubuh badan. Penduduk Jepun walaupun menghadapi kekurangan tanah tetapi rakyatnya yang berinovasi telah memperkenalkan cara penanaman secara hidroponik. Kaedah penanaman hidroponik dapat diamalkan oleh warga bandar yang dihimpit oleh kesesakan tempat tinggal. Tanaman ini bukan sahaja menjimatkan ruang malahan mudah dijaga dan bersih.

Pengguna kendiri perlu kreatif dan berinovasi untuk mempelbagaikan ekonomi yang sedia ada. Contohnya, nelayan bukan sahaja mencari rezeki di laut malahan mereka boleh menjual ikan, cencaluk dan ikan masin di pasar raya untuk memperoleh rezeki. Kebergantungan terhadap satu pekerjaan perlu dielakkan kerana seseorang mungkin akan kehilangan pekerjaan semasa kegawatan ekonomi. Apabila krisis ekonomi berlaku, seseorang itu akan dipecat kerana dasar pengurangan kos buruh. Oleh itu, sediakan payung sebelum hujan menimpa ke atas diri kita. Jika seseorang berdaya untuk menceburi pelbagai bidang dan membawa rezeki halal, sudah tentu seseorang mempunyai kedudukan ekonomi yang kukuh serta gentar menghadapi krisis ekonomi ini.

Dewasa ini, kita sering melihat paparan media massa yang memaparkan produk secara talian maya. Usaha ini sebenarnya membuktikan corak perniagaan sudah mengalamai transformasi ke arah digital.  Oleh  itu, pengguna boleh mencipta perniagaan yang baru. Seseorang perlu bersikap inovatif dan kreatif serta berani mencuba sesuatu yang luar biasa. Perniagaan melalui talian maya telah mendapat sambutan yang hangat dalam kalangan rakyat negara kita.  Hal ini disebabkan corak perniagaan baru ini bukan sahaja menjimatkan kos, sewaan premis dan birokrasi. laman web yang sering menjadi pilihan orang ramai ialah www.ebay.com atau www.lelong.com. Laman-lawan web digunakan sebagai wahana untuk menjual produk yang beraneka ragam.

Kesimpulannya, kegawatan ekonomi yang melanda di dunia sudah semakin hangat dirasai oleh masyarakat. Semua pihak perlu memainkan peranan penting untuk menempuh cabaran tersebut. Cabaran yang bakal dihadapi bukan terletas di atas pundak pemimpin sahaja tetapi melibatkan kesedaran rakyat untuk mengubah hidup yang sedia ada agar membawa kesejahteraan kepada diri dan orang lain. Penggemblengan kudrat daripada semua pihak akan membawa kejayaan yang menakjubkan jika dibandingkan usaha seorang. Oleh itu, "berat sama dipikul, ringan sama dijinjing". Semangat inilah diperlukan untuk mengharungi cabaran krisis ekonomi.

« Last Edit: March 24, 2009, 03:24:01 PM by Dorothy Yii Ai Hung » Logged

Dorothy Yii Ai Hung
Guru
SMK Kapit
Ng Ai Fen
SMK Wira Penrissen
Teacher
Senior Member
*

Fame: 4
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 236


org malas mencari alasan org rajin penyelesaian!


« Reply #1 on: March 24, 2009, 02:59:45 PM »

sorry yea! hari itu u pergi rumah i online, u lupa sign out. i pun tak tau. Apabila i post baru i ternampak i tersilap guna nama u. hehehhe jadi ada dua esei lah dalam ruangan ini. ingat baca lah.
Logged

Ng Ai Fen
SMK Wira Penrissen
Hasri bin Ariff
SK Lutong
Teacher
Senior Member
*

Fame: 50
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 438


Majulah untuk bangsa & agama


« Reply #2 on: March 24, 2009, 03:04:28 PM »

Salam Perpaduan...

Cikgu,
Ini adalah sebuah karangan yang baik dan memuaskan. Boleh beri markah 80 % ke atas/gred A.


Harap maklum.
Terima kasih.  Grin
Logged

Hasri bin Ariff
Guru Akademik Biasa
Sekolah Kebangsaan Lutong
Pages: [1]   Go Up
  Print  
 
Jump to:  

Members
Total Members: 21265
Latest: pycleCycletitQG
Stats
Total Posts: 254479
Total Topics: 21164
Online Today: 265
Online Ever: 718
(May 16, 2012, 08:58:21 PM)
Users Online
Users: 6
Guests: 157
Total: 163
PIPPBahagian Pembangunan Kurikulume-Paymente-Hasil
Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1.16 | SMF © 2011, Simple Machines | Sitemap Valid XHTML 1.0! Valid CSS!
Page created in 1.812 seconds with 26 queries.