Home   Forum   Help Search Calendar Links Login Register   **
Welcome, Guest. Please login or register.
Did you miss your activation email?
May 25, 2012, 07:13:02 AM

Login with username, password and session length
Program
EduWebTVLatih TubiLINUSManaging Challenging SchoolsGerakan Memperkasakan SekolahLDPICTL SMICTL SRMalaysian Grid for Learning (MyGfL)ProtimPPSMISIP
Recent
[Yesterday at 11:56:50 PM]

[Yesterday at 10:23:08 PM]

[Yesterday at 09:45:39 PM]

[Yesterday at 08:34:38 PM]

[Yesterday at 05:51:30 PM]

[Yesterday at 11:53:44 AM]

[Yesterday at 09:14:15 AM]

[May 23, 2012, 09:30:31 PM]

[May 23, 2012, 08:37:00 PM]

[May 23, 2012, 07:47:07 PM]
 

Pages: [1]   Go Down
  Print  
Author Topic: Iklan kenaikan Pangkat ke DG44(Latest)  (Read 6213 times)
0 Members and 2 Guests are viewing this topic.
Samuel Ngieng
SMK Kwong Hua, Sibu
Teacher
Senior Member
*

Fame: 22
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 267



« on: March 31, 2009, 10:58:48 PM »







Ruj. Kami   :   KP(PP) SULIT 0063/103/(       )         )
Tarikh   :   27 Mac 2009

Semua Pengarah Bahagian,
Kementerian Pelajaran Malaysia

Semua Pengarah Pelajaran
Jabatan Pelajaran Negeri

Semua Agensi/ Jabatan Bagi Penempatan Pegawai Pinjaman/
Tukar Sementara/ Kader Pinjaman Pendidikan Siswazah


Y. Bhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan,


URUSAN PEMANGKUAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS) GRED DG41 KE GRED DG44 (BIDANG UMUM, BIDANG TEKNIKAL DAN BIDANG PENDIDIKAN ISLAM) TAHUN  2009 / 2010 DI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa saya telah diarah merujuk kepada                  perkara tersebut di atas.

2.   Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia akan mengadakan urusan pemangkuan bagi PPPS Gred DG41 ke Gred DG44 (Bidang Umum, Bidang Teknikal dan Bidang Pendidikan Islam). Urusan pemangkuan ini adalah bagi tujuan mengisi kekosongan jawatan-jawatan kenaikan pangkat Pentadbiran/ Pengurusan PPPS Gred DG44 pada tahun 2009/2010 di sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan Bahagian-bahagian di Kementerian Pelajaran Malaysia.

3.   Urusan pemangkuan ini adalah terbuka kepada semua PPPS Gred DG41 yang mempunyai kelayakan dalam Bidang Umum, Bidang Teknikal dan Bidang Pendidikan Islam serta telah memenuhi syarat-syarat umum dan syarat-syarat khusus urusan tersebut. Bagi tujuan ini PPPS Gred DG41 yang layak memohon adalah yang sedang berkhidmat di Organisasi berikut :-

   3.1   Sekolah Menengah dan Rendah;

   3.2   Jabatan Pelajaran Negeri (JPN);

   3.3   Pejabat Pelajaran Daerah (PPD);



   3.4   Bahagian-bahagian di Kementerian Pelajaran Malaysia; dan

3.5   Politeknik dan Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (PPPS yang tidak memilih opsyen ke skim Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (DH);


4.   Urusan ini juga adalah terbuka kepada semua PPPS Gred DG41 seperti berikut :


4.1   PPPS Gred DG41 yang sedang menyandang jawatan Gred DG44 secara Khas Untuk Penyandang (KUP);

4.2   PPPS Gred DG41 yang dipinjamkan atau tukar sementara    ke agensi-agensi lain;

4.3   PPPS Gred DG41 yang mengisi jawatan Kader di agensi-agensi/ Kementerian lain; dan

4.4   PPPS Gred DG41  yang sedang cuti belajar, cuti separuh gaji atau cuti tanpa gaji.


5.   Syarat-syarat umum dan khusus untuk menentukan kelayakan calon bagi urusan pemangkuan ini adalah seperti berikut :

   5.1   Syarat Umum;

5.1.1   Calon-calon yang ingin memohon perlu memenuhi syarat-syarat pemangkuan seperti yang ditetapkan dalam skim PPPS seperti berikut :

(a)      Disahkan dalam perkhidmatan;

(b)      Mencapai tahap prestasi yang ditetapkan berdasarkan    Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) tiga (3) tahun    terakhir 2006, 2007 dan 2008;

(c)      Bebas daripada tindakan tatatertib;

(d)      Telah mengisytiharkan harta;

(e)      Lulus tapisan keutuhan Suruhanjaya Pencegah Rasuah    Malaysia (SPRM);





(f)      Bebas daripada senarai Peminjam Tegar Institusi    Pinjaman Pendidikan:

(g)      Lulus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) yang ditetapkan    iaitu TK1 atau TK2 pada tahun 2003 hingga tahun 2008    dengan keputusan keseluruhan diaras III atau IV;  dan

(h)      Diperakukan oleh Ketua Perkhidmatan;


5.2   Syarat Khusus   

      5.2.1   Bidang Umum
      
a)   Tarikh dilantik ke Gred DG41 pada atau sebelum 1.1.2004 (Telah berkhidmat sekurang-kurangnya             5 tahun); dan

b)   Mempunyai kelulusan di peringkat Sarjana Muda dengan pengkhususan dalam bidang-bidang selain daripada Bidang  Pendidikan Islam dan Bidang Teknikal.
   
      5.2.2   Bidang Pendidikan Islam

a)   Tarikh dilantik ke Gred DG41 pada atau sebelum 1.1.2004 (Telah berkhidmat sekurang-kurangnya             5 tahun); dan

b)   Mempunyai  kelulusan  di  peringkat  Ijazah  Sarjana Muda dengan pengkhususan dalam Bidang Pendidikan Islam  (Pengajian  Al-Quran,  As-Sunnah, Syariah, Usuluddin, Bahasa Arab dan lain-lain).
      
      5.2.3   Bidang Teknikal

a)   Tarikh dilantik ke Gred DG41 pada atau sebelum 1.1.2004 (Telah berkhidmat sekurang-kurangnya             5 tahun); dan

b)   Mempunyai  kelulusan  di peringkat  Sarjana Muda dengan pengkhususan dalam bidang Teknikal iaitu Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Elektrik, Kejuruteraan  Mekanikal, Senibina, Ukur Bahan, Ukur Tanah, Teknologi Makanan dan Perakaunan.






6.   Untuk makluman Ketua Jabatan dan pegawai yang ingin memohon,  urusan pemangkuan ini tidak termasuk bagi pengisian jawatan PPPS Gred DG44 di organisasi seperti berikut :-

6.1   Jawatan pensyarah Gred DG44 di Institut Aminuddin Baki, Institut Pendidikan Guru dan Kolej Matrikulasi;
6.2   Jawatan Guru Akademik Tingkatan 6 Gred DG44 termasuk guru Kokurikulum, Guru Amali; dan
6.3   Jawatan Guru Penolong Kanan Tingkatan 6 Gred DG44.

7.   Pegawai-pegawai yang ingin dipertimbangkan dalam urusan pemangkuan ini hendaklah memohon dengan mengisi Borang DG44 mengikut bidang masing-masing (Bidang Umum, Bidang Teknikal dan Bidang Pendidikan Islam). Borang permohonan yang telah lengkap diisi dengan maklumat yang betul hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan melampirkan dokumen-dokumen seperti berikut:-


i)   Salinan Kad Pengenalan;

ii)   Surat lantikan dan sah jawatan Gred DG41;

iii)   Salinan kelulusan akademik di peringkat Sarjana Muda, Sarjana Kedoktoran dan salinan kelulusan ikhtisas;

iv)   Salinan surat kelulusan pengisytiharan harta mengikut peraturan yang sedang berkuatkuasa;

v)   Salinan slip keputusan PTK (TK1 @ TK2);

vi)   Borang Tapisan Keutuhan Suruhanjaya Pencegah Rasuah    Malaysia (SPRM) (Lampiran T1 – contoh borang disertakan); dan

vii)   Surat Akuan Pinjaman Pendidikan Institusi / Tabung Pendidikan (contoh format disertakan).

8.   Adalah diingatkan bahawa hanya pegawai-pegawai yang memenuhi syarat-syarat  umum dan khusus seperti dipara 5.1 dan 5.2 di atas sahaja yang layak memohon. Semua pemohon diingatkan supaya mengisi borang permohonan dengan lengkap dan betul dan disertakan dengan dokumen-dokumen seperti yang dikehendaki. Pemohon hendaklah memastikan permohonan mereka dikemukakan kepada Ketua Jabatan masing-masing pada atau sebelum 30 April 2009.







9.   Sehubungan dengan itu, dipohon kerjasama semua Ketua Jabatan untuk menghebahkan dan memaklumkan berkenaan urusan pemangkuan ini kepada semua pegawai di bawah penyeliaan masing-masing yang layak mengikut syarat-syarat yang ditetapkan di para 5.1 dan 5.2 di atas.


10.   Bagi tujuan penyediaan senarai calon untuk dikemukakan kepada Kementerian, apabila menerima permohonan daripada pegawai-pegawai berkenaan, kerjasama Ketua-ketua Jabatan adalah dipohon untuk melaksanakan perkara-perkara berikut:-


   10.1   Menyemak serta memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang       diberikan oleh calon-calon yang memohon;


10.2      Menentukan hanya permohonan calon-calon yang memenuhi kesemua syarat umum dan khusus seperti di para 5.1 dan 5.2 di atas sahaja dikemukakan ke BPSM  Kementerian Pelajaran Malaysia bersama-sama dengan dokumen calon seperti berikut;


      10.2.1   Salinan kad pengenalan; dan

      10.2.2   Salinan slip keputusan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) yang            disahkan.


   10.3   Mengemukakan senarai calon yang memohon mengikut format seperti di Lampiran A1 bagi Bidang Umum, Lampiran A2 bagi Bidang Teknikal dan Lampiran A3 bagi Bidang Pendidikan Islam menggunakan program MICROSOFT ACCESS dalam bentuk hard copy dan soft copy.


10.4   Mengemukakan senarai calon beserta dokumen  yang lengkap kepada urus setia Kementerian Pelajaran Malaysia seperti alamat  berikut  pada atau sebelum 31 Mei 2009.


Ketua Setiausaha,
Kementerian Pelajaran Malaysia,
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
Cawangan Naik Pangkat,
Aras 4, Blok E12, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 PUTRAJAYA
(u.p: Unit Naik Pangkat Siswazah 1)




11.   Bagi tujuan melancarkan urusan pemangkuan ini adalah diminta kerjasama semua Ketua Jabatan supaya mengemukakan senarai calon yang lengkap pada tarikh yang ditetapkan. Sekiranya senarai calon yang dikemukakan tidak lengkap atau lewat daripada tarikh tersebut ianya tidak akan dipertimbangkan.

12.   Kerjasama Ketua Jabatan juga di pohon supaya mengeluarkan surat akuan terima bagi permohonan yang dikemukakan oleh calon.

13.   Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau memerlukan penjelasan mengenai perkara ini bolehlah dirujuk kepada Puan Nir Miza binti Adnan Unit Naik Pangkat Siswazah 1, Cawangan Naik Pangkat, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia ditalian telefon  03-88847959.

14.   Di atas segala kerjasama Y. Bhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan berikan dalam melancarkan urusan  ini adalah sangat-sangat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,



(KHADIJAH BINTI KASSIM)
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
b.p. Ketua Setiausaha,
Kementerian Pelajaran Malaysia.














s.k :-

Edaran Dalaman

Y. Bhg. Tan Sri KSU

Y. Bhg. Dato’ KPPM

Y. Bhg. Datuk TKSU (P)

Semua TKPPM

SUB (SM)

Semua TSUB (BPSM)


Edaran Luar:

Ketua Pengarah,
Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti,
Kementerian Pengajian Tinggi,
Aras 4, Blok E14,
Kompleks Kerajaan Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 PUTRAJAYA

Setiausaha Bahagian,
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
Kementerian Pengajian Tinggi,
Aras 5, Blok E3, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62505 PUTRAJAYA
Logged

Ngieng Seng Hung
SMK Kwong Hua, Sibu.
PKHEM
Saifulbahri
SK Semenggok
Teacher
Senior Member
*

Fame: 12
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 281


Berusaha ,berbakti..


« Reply #1 on: April 01, 2009, 10:02:31 AM »

Tq..
Logged

Guru Akademik Biasa
Saifulbahri
SK Semenggok
Teacher
Senior Member
*

Fame: 12
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 281


Berusaha ,berbakti..


« Reply #2 on: April 01, 2009, 10:16:55 AM »

Di sini saya sertakan borang-borang permohonan kepada sesiapa yang berminat untuk memohon.

There are 1 attachment(s) in this post which you cannot view or download
2009_BTMK_53_7075_5311.zip
Logged
Haizan Abdul Karim
SK RPR Batu Kawa
Teacher
Full Member
*

Fame: 142
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 165


iboh lalek ...


« Reply #3 on: April 01, 2009, 10:26:31 AM »

Terima kasih cikgu samuel dan cikgu saifulbahri. Wink
Logged

SAYOTERS !!!
Kradi B. Sulkar
SK Bau
Teacher
Senior Member
*

Fame: 41
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 466



« Reply #4 on: April 01, 2009, 10:33:27 AM »

Terima kasih atas info yang dikongsikan
Logged

Kradi B. Sulkar
SK Bau
Pen.Kanan Kokurikulum
Nadziah
SK Dato Traoh Muara Tuang
Teacher
Novice Member
*

Fame: -1
Offline Offline

Posts: 15



« Reply #5 on: April 04, 2009, 01:27:06 AM »

first of all, thank u for posting this latest news.

interesting...
wpun sy belum layak lg memohon (belum sampai 5 tahun) tp nk tanya jugak.

x berapa phm dgn apa maksud 'URUSAN PEMANGKUAN PPPS DG41 KE GRED DG44.

jika permohonan ini masih ada tahun dpn, teringin jugak nk mohon.
tp masalahnya, sy masih sayang nk tinggalkan sekolah n bidang mengajar nie. still enjoyed it very much.

so kalau sy mohon, adakah sy akan dipindahkan 'keluar' dr sekolah/bidang pengajaran?


Logged

SK Dato Traoh Muara Tuang
Widea Angela Binti Takip
SK Sungai Duan
Teacher
Super Member
*

Fame: 473
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 3106


Love your enemies, for they tell you your faults.


« Reply #6 on: April 04, 2009, 05:41:53 AM »

Terima kasih atas perkongsian cikgu nie...Grin
Logged

Widea Angela Binti Takip
Guru Data Maklumat
SK Sungai Duan, Mukah
Lau Huai Ling
SMK Bandar Sarikei

Senior Member
*

Fame: 6
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 254



WWW
« Reply #7 on: April 26, 2009, 01:10:43 AM »

Terima kasih dengan kongsian maklumat cikgu. 
« Last Edit: May 03, 2009, 11:41:40 AM by Lau Huai Ling » Logged

Lau Huai Ling
SMK Bandar Sarikei
96100 Sarikei, Sarawak.
Tel: 084-651210 (O), 0198285107
Hipnee B. Piee
SMK Durin
Teacher
Senior Member
*

Fame: 49
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 415


anakbalau


WWW
« Reply #8 on: April 28, 2009, 10:24:21 AM »

terima kasih atas perkongsian ini. tapi saya belum faham benar.
Logged

Hipnee B. Piee
Ketua Bidang
SMK Durin Sibu
Guru Penjana Transformasi.   Berkhidmat demi Agama dan Negara
Lee Yang Ching
SMK Bukit Assek
Teacher
Newbie
*

Fame: 0
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 4



« Reply #9 on: April 30, 2009, 11:21:55 AM »

Terima kasih atas maklumat yang dikongsi oleh cikgu.  Merujuk kepada perkara 10.3 mengatakan kita perlu menghantar borang pemohonan dengan menggunakan program MICROSOFT ACCESS dalam bentuk hard copy dan soft copy.
Jadi persoalan saya sekarang bagaimanakah saya boleh mendapatkan program MS Access tersebut?  Adakah program tersebut dibekal oleh pihak kementerian atau dibuat sendiri oleh pihak sekolah?
Logged

Lee Yang Ching
SMK Bukit Assek
Haizan Abdul Karim
SK RPR Batu Kawa
Teacher
Full Member
*

Fame: 142
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 165


iboh lalek ...


« Reply #10 on: April 30, 2009, 02:03:45 PM »

Terima kasih atas maklumat yang dikongsi oleh cikgu.  Merujuk kepada perkara 10.3 mengatakan kita perlu menghantar borang pemohonan dengan menggunakan program MICROSOFT ACCESS dalam bentuk hard copy dan soft copy.
Jadi persoalan saya sekarang bagaimanakah saya boleh mendapatkan program MS Access tersebut?  Adakah program tersebut dibekal oleh pihak kementerian atau dibuat sendiri oleh pihak sekolah?

Setahu saya isi beberapa borang berserta dokumen yang dikehendaki dengan lengkap sahaja. Bagi guru di Sekolah Rendah mungkin perkara 10.3 ini akan diurus dan diambil tindakan susulan oleh pihak Jabatan. Wink
Logged
Azaharuddin
PPD Saratok

Senior Member
*

Fame: 6
Offline Offline

Posts: 241



« Reply #11 on: July 03, 2009, 07:47:49 PM »

Terima kasih di atas makluman tersebut...
Logged
Mohamad Rizuan Bin Sarbini
PPD Simunjan

Master Member
*

Fame: 39
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1186


smrizuan


WWW
« Reply #12 on: October 30, 2009, 08:21:37 PM »

Terima kasih atas maklumat yang diberikan cikgu.
Logged

MOHAMAD RIZUAN BIN SARBINI
Ketua Unit
Unit Pengurusan Akademik
PPD SIMUNJAN
Pages: [1]   Go Up
  Print  
 
Jump to:  

Members
Total Members: 21265
Latest: pycleCycletitQG
Stats
Total Posts: 254479
Total Topics: 21164
Online Today: 265
Online Ever: 718
(May 16, 2012, 08:58:21 PM)
Users Online
Users: 9
Guests: 148
Total: 157
PIPPBahagian Pembangunan Kurikulume-Paymente-Hasil
Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1.16 | SMF © 2011, Simple Machines | Sitemap Valid XHTML 1.0! Valid CSS!
Page created in 0.152 seconds with 26 queries.