Home   Forum   Help Search Calendar Links Login Register   **
Welcome, Guest. Please login or register.
Did you miss your activation email?
May 25, 2012, 03:52:19 PM

Login with username, password and session length
Program
EduWebTVLatih TubiLINUSManaging Challenging SchoolsGerakan Memperkasakan SekolahLDPICTL SMICTL SRMalaysian Grid for Learning (MyGfL)ProtimPPSMISIP
Recent
[Today at 03:24:16 PM]

[Today at 11:36:49 AM]

[Today at 11:07:06 AM]

[Today at 07:56:42 AM]

[Yesterday at 11:56:50 PM]

[Yesterday at 10:23:08 PM]

[Yesterday at 08:34:38 PM]

[Yesterday at 05:51:30 PM]

[Yesterday at 11:53:44 AM]

[Yesterday at 09:14:15 AM]
 

Pages: [1]   Go Down
  Print  
Author Topic: Apakah Sekolah Kluster?  (Read 3808 times)
0 Members and 1 Guest are viewing this topic.
Geoffery Ranggu
SMK Bandar Bintulu
Student
Master Member
*

Fame: 1
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1712


Dilemma!!


« on: April 25, 2008, 10:36:15 PM »

Apakah sebenarnya maksud sekolah Kluster?
dan Apakah kebaikkanya? Huh
Logged

Dari mana hendak ke mana,
Dari sana hendak ke sini ,
Kalau sudah pergi ke sana,
Kenapa tidak pergi ke Sini,
Geoffery Ranggu
SMK Bandar Bintulu
Student
Master Member
*

Fame: 1
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1712


Dilemma!!


« Reply #1 on: April 25, 2008, 11:18:41 PM »

Anyone..... Huh
Logged
Zulkarnain Farihin Mustakim
SMK Sacred Heart Sibu
Teacher
Master Member
*

Fame: 119
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1352



« Reply #2 on: April 25, 2008, 11:29:05 PM »

SEKOLAH KLUSTER
 
LATARBELAKANG - Penubuhan Sekolah Kluster terkandung dalam Bab 9 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang telah dilancarkan pada  16 Januari 2006. Pewujudan Sekolah Kluster adalah berdasarkan pendekatan kedua PIPP iaitu untuk mengembangkan sepenuhnya potensi sekolah dalam kluster kecemerlangan yang mekanismenya dinyatakan dalam Teras Strategik Ke-6, Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan. Tinjauan literatur menunjukkan bahawa amalan mengelompokkan sekolah dilaksanakan di luar negara untuk peningkatan kualiti pendidikan. Pengelompokan yang dilaksanakan di luar negara adalah berasaskan lokaliti ataupun kecemerlangan.

DEFINISI

Sekolah kluster ialah satu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti cemerlang dalam klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid. Pewujudan sekolah kluster bertujuan melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia dan membangun sekolah yang boleh dicontohi oleh sekolah dalam kluster yang sama dan sekolah lain di luar klusternya.

TUJUAN

Sekolah Kluster diwujudkan bagi melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia.


PELAKSANAAN

Terdapat tiga jawatankuasa yang ditubuhkan bagi melaksanakan konsep sekolah kluster. Jawatankuasa tersebut ialah; Jawatankuasa Pemilihan Sekolah - dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Panel Penasihat -dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr. Abdul Rahman Arshad. Jawatankuasa Pelaksana – dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Jabatan Sekolah) Pelaksanaan sekolah kluster adalah berasaskan kepada proses desentralisasi yang melibatkan pengupayaan sekolah menerusi pemberian autonomi terpimpin. Pandangan stakeholder seperti PIBG, Alumi, pemimpin sekolah dan guru turut diambil kira dalam pelaksanaan sekolah kluster. Mereka telah terlibat secara langsung dalam Bengkel  Autonomi Sekolah Kluster Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah diadakan pada 19-20 Mac 2007. Panel Penasihat Sekolah Kluster pula akan membantu menyumbangkan kepakaran mereka bagi memastikan pelaksanaan sekolah kluster dapat berjalan dengan jayanya. 

KRITERIA PEMILIHAN SEKOLAH KLUSTER

Pemilihan sekolah kluster akan dibuat berdasarkan kepada kluster berikut:

Sekolah Rendah yang terdiri daripada Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dan Sekolah Orang Asli.
Sekolah Menengah yang terdiri daripada Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Harian, Sekolah Premier, Sekolah Seratus Tahun, sekolah dalam persekitaran Putrajaya dan Cyberjaya, dan Sekolah Model Khas.
Sekolah Rendah Pendidikan Khas (SPK) dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas (SMPK), dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional (SMPKV).
Sekolah Antarabangsa dan Sekolah Swasta
Institusi lepas menengah seperti Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru (IPG) (PIPP, 2006, ms. 119 dan 121)


Pemilihan sekolah tersebut perlu memenuhi prasyarat dan syarat berikut:

Prasyarat Pertama

Pengukuran Standard Sekolah:
Sekolah mestilah mencapai sekurang-kurangnya Taraf Cemerlang berdasarkan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM)


Prasyarat Kedua

Kecemerlangan Kurikulum (Sekolah Menengah)
Gred Purata Sekolah (GPS) untuk peperiksaan awam PMR dan SPM 3 tahun berturut-turut:
SBP (GPS 2.5 dan ke bawah)
SMKA (GPS 3.0 dan ke bawah)
SMT (GPS 4.0 dan ke bawah)
SM Harian (GPS 4.0 dan ke bawah)


Kecemerlangan Kurikulum (Sekolah Rendah):
Sekolah Rendah Harian : 80% dan ke atas murid lulus semua mata pelajaran dalam UPSR, atau
Peratus kelulusan menunjukkan peningkatan; atau
GPS UPSR : 2 dan ke bawah

c. Syarat Pemilihan

Kecemerlangan murid dalam aspek:

Akademik
Kokurikulum
Sahsiah
Pengurusan sekolah berwawasan dan berkesan.
Pembangunan sumber terurus dan digunakan secara optimum.
Pemimpin sekolah mengamalkan kepimpinan berkualiti.
Pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. 
Iklim sekolah kondusif untuk pembangunan modal insan.
Keberkesanan pelaksanaan program KPM
Sekolah berwatak


Sekolah yang memenuhi prasyarat dan syarat yang ditetapkan di atas boleh mengemukakan permohonan dan prosedur pemilihan adalah seperti berikut:

Langkah 1:     Penerimaan pencalonan
Langkah 2:     Penilaian menggunakan instrumen SKPM dan Annex.
Langkah 3:     Penentuan standard (standard fixing) oleh JK Pelaksana Sekolah Kluster
Langkah 4:     Kesahan calon dalam Mesyuarat Hal-hal Profesional
Langkah 5:     Calon dimaklumkan kepada Lembaga Penasihat
Langkah 6:     Pengumuman oleh YB Menteri Pelajaran


PENGURUSAN SEKOLAH KLUSTER
Pemimpin sekolah kluster ialah:

Pengetua/Guru Besar (DG52/DGA 36)
Pemimpin yang terpilih memenuhi syarat pemimpin cemerlang
Jawatan: school-based post   


Guru-guru sekolah kluster pula:

Memenuhi kriteria Guru Cemerlang
Prestasi mereka akan menentukan sama ada mereka kekal mengajar di Sekolah Kluster.
Boleh mendapatkan perkhidmatan pakar mengikut niche areas sekolah dalam bidang kokurikulum secara kontrak atau sambilan
Nisbah kelas: guru  ialah 1:2


Kaedah pemilihan pelajar sekolah kluster:

Kluster  SBP, SMT dan SMKA kekal seperti amalan sedia ada
Kluster lain, pengetua/guru besar diberi kuasa mengambil sejumlah kecil murid baru untuk bidang kebitaraan sekolah
Ujian saringan sekolah



Akauntabiliti Pemimpin Sekolah:
Berpandukan:
Key Performance Indicator (KPI)
pengurusan sumber manusia dan fizikal
sumber kewangan
pembangunan profesionalisme staf
program kurikulum dan kokurikulum berkesan
lulusan sekolah berkualiti:  pencapaian akademik, kokurikulum dan sahsiah.


TOR Sekolah Kluster
Autonomi Sekolah:
Jenis Autonomi yang diberikan kepada sekolah berbentuk:

Umum (untuk semua sekolah)
Khusus (mengikut keperluan sekolah berlandaskan kepada jenis sekolah, pengajiannya dan niche areas).
Autonomi yang diberikan juga merupakan autonomi terpimpin yang memerlukan kepada:

Pematuhan piawai yang berikut:
Akta Pendidikan 1996
Sistem Pendidikan Kebangsaan
Akta Tatacara Kewangan 1957, Pekeliling Perbendaharaan dan Garis Panduan dan Surat-surat Siaran
SKPM
Senarai Bidang Autonomi:

Pengurusan Sekolah
Pengurusan Sumber Manusia
Pengurusan Sumber Kewangan dan Sumber Fizikal
Pengurusan dan Pelaksanaan Kurikulum
Pengurusan dan Pelaksanaan Kokurikulum
Jaminan kualiti:
 
Bagi memastikan sekolah kluster sentiasa mempertingkatkan standard kualiti, jaminan kualiti di sekolah kluster akan menggunakan mekanisme kawalan luaran dan kawalan dalaman.

Peranan Agensi Lain

Sekolah Kluster akan memperluas peranan yang boleh dimainkan oleh PIBG, Lembaga Pengelola, Alumni dan NGO dalam aspek:

Biasiswa
Kewangan/Dana
Program Kecemerlangan Akademik
Program Kecemerlangan Kokurikulum
Program Kerjaya
IMPAK SEKOLAH KLUSTER

Sekolah kluster akan memberi impak yang positif kepada pendidikan negara dari segi:

Program Kecemerlangan Kokurikulum

Program Kerjaya
Pelajar sekolah cemerlang secara keseluruhan (holistic) dalam sistem: 5.8%  daripada 5.2 juta pelajar 
Lepasan sekolah kluster diterima masuk universiti ternama luar negara
Badan korporat dan agensi kerajaan berkeyakinan menaja pengajian   lepasan sekolah kluster
Menyediakan asas kukuh melahirkan peneraju utama agen perubahan
Sebanyak 300 buah sekolah diiktiraf antarabangsa (3.1% daripada 9663 sekolah)
Model piawaian kepada sekolah dalam dan luar negara
Pemimpin berkualiti (3.1% daripada 9663 sekolah) dan guru yang cemerlang
(6.9% daripada 350,000 guru)
Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan di Malaysia
« Last Edit: November 04, 2008, 10:46:43 PM by Cikgu Zulkarnain » Logged

Zulkarnain Farihin Mustakim @ Philip anak Seli
SMK Sacred Heart, Sibu, Sarawak
Geoffery Ranggu
SMK Bandar Bintulu
Student
Master Member
*

Fame: 1
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1712


Dilemma!!


« Reply #3 on: April 25, 2008, 11:31:41 PM »

o....akhirnya.....dari tadi Aku menunggua akhirnya ada jawapan juga......
jadi sekolah ni ada matlamatnya lah...o.....
terima kasih Cikgu Zulkarnian...... Cheesy Wink Grin
Logged
Leander Lim

Super Member
*

Fame: 58
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 3306



WWW
« Reply #4 on: April 26, 2008, 02:14:10 AM »

Terima kasih banyak-banyak kepada Cikgu Zulkarnian. Maklumat yang begutu lengkap.  Boleh dijadikan bahan rujuk selamanya di sini.

Sebenarnya saya juga menunggu jawapan tadi.
Logged

Leander Lim Hock Kiong
Assistant Director (ICT & Computing)
Academic Management Sector
Sarawak Education Department
Tkt 4-5, Bangunan R.T.M
Jln P. Ramlee, 93614 Kuching
082247050(O) 082414599(F)
Geoffery Ranggu
SMK Bandar Bintulu
Student
Master Member
*

Fame: 1
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1712


Dilemma!!


« Reply #5 on: April 26, 2008, 05:57:34 AM »

Adakah Sarawak mempunyai sekolah Kluster? Huh
Logged
Habsah Ibrahim

Ultimate Member
*

Fame: 286
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 5769


Kuching


« Reply #6 on: April 26, 2008, 08:15:04 AM »


Sekolah cikgu Zulkarnain juga terpilih dalam dalam kelompok sekolah kluster kan, kalau tak silap saya.
Logged
Anwar Che Seman
SMK Sematan Lundu
Teacher
Full Member
*

Fame: 1
Offline Offline

Posts: 118



« Reply #7 on: June 15, 2008, 02:50:01 PM »

Adakah Sarawak mempunyai sekolah Kluster? Huh

Yang terkini ada 2 buah lagi sekolah menengah di sarawak yang mendapat pengiktarafan sekolah kluster iaitu Sekolah Menengah Sains Kuching dan Kolej Abdillah
Logged

Anwar Che Seman
SMK Sematan Lundu
Veronnica Malaya Changie
SK Abg. Abd. Kadir
Teacher
Newbie
*

Fame: 0
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 4



« Reply #8 on: August 24, 2008, 01:05:08 AM »

Thank you,Cikgu Zulkarnain for the informations given. Hope to gain more informations regarding the Education Master Plan from cikgu or other teachers as well...
Logged

Veronnica Malaya Changie
SK Abg. Abd. Kadir, Betong
Azrulazlan
SMK Santubong
Teacher
Senior Member
*

Fame: 10
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 458


Friendship Through Airwave!!


WWW
« Reply #9 on: August 24, 2008, 07:57:43 AM »

Terima kasih di atas penerangan cikgu yang panjang lebar tu
Logged

Azrulazlan bin Haji Ahad
Guru Kanan Teknik & Vokasional
SMK Bako, Kuching (Disember 2010)
My Callsign : 9W8GAZ
Ting Pin An
SJK Chung Hua 1
Teacher
Master Member
*

Fame: 376
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1297



WWW
« Reply #10 on: November 04, 2008, 12:51:54 AM »

Terima kasih banyak-banyak kepada Cikgu Zulkarnian
Logged

Ting Pin An 
Master in Business Admin  
SJK Chung Hua 1 


Go! go to Campus to obtain degree.
Syed Syahril Izaham Syed Ederus
SMK Seri Patiambun
Teacher
Newbie
*

Fame: 0
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 9


Salam Perkenalan


« Reply #11 on: November 04, 2008, 10:34:26 PM »

di bahagian limbang ade satu skolah rendah kluster SK ULU LUBAI.
Logged

SMK Seri Patiambun, Limbang
Abd Rahman
SK Madrasah Datuk Hj. Abdul Kadir Hasan
Teacher
Hero Member
*

Fame: 199
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 2588



« Reply #12 on: January 08, 2009, 06:54:11 PM »

Terima kasih dia atas penerangan yang panjang lebar tentang sekolah kluster ini, kerana dua orang anak saya bersekolah di Sekolah Kluster ini.
« Last Edit: January 08, 2009, 07:06:16 PM by Abd Rahman » Logged
Siti Fadhlina Harmy
SK Asyakirin
Teacher
Novice Member
*

Fame: 25
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 39


life is short


« Reply #13 on: January 08, 2009, 07:00:04 PM »

terima kasih atas informasi tersebut..mudahlah saya menjawab jika ada orang bertanyakan pasal sekolah kluster
Logged

SK Asyakirin
Smile alwayzzzz
Mohamad Rizuan Bin Sarbini
PPD Simunjan

Master Member
*

Fame: 39
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1186


smrizuan


WWW
« Reply #14 on: January 13, 2009, 10:39:49 PM »

Tq cikgu
Logged

MOHAMAD RIZUAN BIN SARBINI
Ketua Unit
Unit Pengurusan Akademik
PPD SIMUNJAN
Azlina Mat Jamil
SMK DATO HARUN, JALAN BERNAM 8,
Teacher
Master Member
*

Fame: 59
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 1960


sentiasa ingin berada satu langkah di hadapan


WWW
« Reply #15 on: September 30, 2009, 10:00:00 PM »

terima kasih atas penerangan cikgu
Logged

SMK DATO HARUN,
JALAN BERNAM 8,
45500 TANJUNG KARANG,
SELANGOR DARUL EHSAN.
(Mulai 1 Disember 2009)
  RASIONAL TANPA EMOSI-KAKU... EMOSI TANPA RASIONAL-GILA...
Jame Anap
SK Merambut
Teacher
Super Member
*

Fame: 734
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 3846


Iban Bidayuh Serian Balai Ringin


« Reply #16 on: September 30, 2009, 10:14:29 PM »

Terima kasih cikgu Zulkarnain atas perkongsian info ini. Dah faham apa sebenarnya kriteria sekolah kluster. PPD Limbang hanya SK Ulu Lubai sekolah kluster.
Logged

Jame  Anap
Penolong Kanan Kokurikulum
SK Merambut Limbang
Pages: [1]   Go Up
  Print  
 
Jump to:  

Members
Total Members: 21282
Latest: IphoneapmruIN
Stats
Total Posts: 254485
Total Topics: 21167
Online Today: 302
Online Ever: 718
(May 16, 2012, 08:58:21 PM)
Users Online
Users: 11
Guests: 250
Total: 261
PIPPBahagian Pembangunan Kurikulume-Paymente-Hasil
Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1.16 | SMF © 2011, Simple Machines | Sitemap Valid XHTML 1.0! Valid CSS!
Page created in 3.497 seconds with 27 queries.