Dorothy Yii Ai Hung
SMK Kapit
Teacher
Senior Member
Fame: 13
Offline
Gender: 
Posts: 319
|
 |
« on: May 01, 2009, 03:29:23 PM » |
|
Cerita Bayan Tidak Menurut Kata Ibu Bapanya
Sinopsis / ringkasan cerita
Burung bayan telah bercerita kepada Bibi Zainab hingga menyebabkannya terlupa untuk berjumpa dengan kekasihnya. Burung bayan bercerita tentang seekor bayan yang mempunyai tiga ekor anak tinggal di dalam sebuah lubang kayu. Anak-anak bayan bersahabat dengan anak cerpelai. Ibu bayan marah dan mengatakan bahawa anak cerpelai tidak setia. Perbuatan anak-anak bayan itu disifatkan seperti cerita anak kera yang bersahabat dengan anak saudagar. Bapa bayan pun bercerita tentang anak kera yang beramain catur dengan anak saudagar. Akibat kalah dalam permainan itu anak kera menghamburkan buah catur kepada anak saudagar. Anak saudagar berasa malu dan menghunus pisau lalu terkena anak kera. Anak kera melontarkan pisau itu semula lalu terkena anak saudagar. Apabila melihat keadaan anaknya itu, bapa kera menasihati anaknya supaya jangan bermain dengan anak saudagar lagi. Anak kera engkar akan nasihat bapanya. Apabila luka anak kera sudah sembuh, luka anak saudagar masih belum sembuh lagi. Menurut tabib, bagi menyembuhkan luka itu anak saudagar perlu memperoleh hati anak kera. Saudagar pun membunuh dan mengambil hati anak kera untuk mengubati anaknya. Menurut bayan, itulah balasan terhadap orang yang tidak menurut kata ibu bapanya. Anak bayan terus bersahabat dengan anak cerpelai. Pada suatu hari seorang kanak-kanak telah menangkap anak cerpelai. Cepelai amat sedih lalu pergi berjumpa dengan serigala. Serigala menasihatinya dengan memberi jalan supaya kanak-kanak itu turut menangkap anak bayan. Kanak-kanak yang sudah tahu akan tempat tinggal anak bayan. Selepas itu kanak-kanak itu pergi ke tempat anak bayan tinggal pada waktu malam untuk menangkapnya. Kanak-kanak itu menutup lubang pokok dan datang semula kesokannya untuk menangkap bayan yang terperangkap dalam batang pokok. Malangnya, bayan membuat helah dengan berpura-pura mati. Semua bayan yang disangka mati oleh kanak-kanak itu dicampak ke tanah. Sebaik-baik tercampak ke tanah, bayan-bayan itu pun terbang menyelamatkan diri kecuali bayan tua. Kanak-kanak itu hendak mengambil bayan tua, tetapi bayan tua membuat helah lagi. Bayan tua mengatakan bahawa tidak kenyang jika dagingnya dimakan. Bayan tua mencadangkan dirinya dijual kepada raja kerana menurut tabib, penyakit sopak pada kaki dan tangan raja boleh diubati oleh bayan. Kanak-kanak it uterus membawa bayan ke istana raja. Bayan dijual dengan harga empat ribu dinar. Penyakit raja akhirnya sembuh. Setelah beberapa lama, bayan memohon izin hendak pulang melihat bini dan anak-anaknya dan raja mengizinkannya. Bayan menamatkan cerita “Anak Bayan Tidak Menurut Kata Ibu Bapanya” itu kepada Siti (Bibi Zainab), isteri kepada saudagar Khojah Maimun yang sudah bersiap-siap hendak bertemu dengan kekasihnya. Ketika itu, hari sudah hampir siang. Apabila menjelang malam keesokan harinya, sambil memuji-muji kecantikan Siti, bayan menyambung ceritanya lagi. Siti pula mengatakan bahawa dia amat seronok mendengar cerita bayan. Bayan pun terus bercerita.
|