Home   Forum   Help Search Calendar Links Login Register   **
Welcome, Guest. Please login or register.
Did you miss your activation email?
May 25, 2012, 12:11:49 PM

Login with username, password and session length
Program
EduWebTVLatih TubiLINUSManaging Challenging SchoolsGerakan Memperkasakan SekolahLDPICTL SMICTL SRMalaysian Grid for Learning (MyGfL)ProtimPPSMISIP
Recent
[Today at 11:36:49 AM]

[Today at 11:07:06 AM]

[Today at 10:11:32 AM]

[Today at 07:56:42 AM]

[Yesterday at 11:56:50 PM]

[Yesterday at 10:23:08 PM]

[Yesterday at 08:34:38 PM]

[Yesterday at 05:51:30 PM]

[Yesterday at 11:53:44 AM]

[Yesterday at 09:14:15 AM]
 

Pages: [1]   Go Down
  Print  
Author Topic: Sajak untuk guru: merenung keikhlasan guru mendidik anak bangsa agar cukup ajar.  (Read 2695 times)
0 Members and 1 Guest are viewing this topic.
Annie Lungei
SMK Bako
Teacher
Novice Member
*

Fame: 0
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 23



WWW
« on: May 07, 2009, 04:15:14 PM »


JANGAN  BERDUKA CIKGU
(AZMI YUSOF)

jangan  berduka cikgu,
jika budi yang kau tabur,
tiada yang menyanjungnya.
cukuplah sesekali ada muridmu
rasa terhutang kepadamu,
setiap kali bersua di majlis reunion.
         jangan bersedih cikgu
         jika jasa yang kau cucur,
         tiada yang mengenangnya.
         cukuplah sesekali ada muridmu
         tiba-tiba bertanya khabarmu,
                        setiap kali tiba sambutan ' Hari Guru".
jangan berhiba cikgu
jika bakti yang kaucurahkan,
tiada siapa yang menghargainya.
cukuplah sesekali ada muridmu
terpanggil menziarahimu
setiap kali berkunjung ke alma-mater.
                       jangan bermurung cikgu
                       jika khidmat yang kauhulur,
                       tiada siapa yang menguar-uarkan.
                       cukuplah sesekali jika ada muridmu
                       mendoakan agar kau sejahtera
                       setiap kali menghantar anak ke sekolah.
jangan terkilan cikgu ,
jika tiada gelar menghias namamu
cukupah sekadar panggilan cikgu
kekal terukir dalam plak perkhidmatan
di bawa bersemadi ke liang lahad.
Logged

SMK Bako
Guang Amba
SK Ulu Poi
Teacher
Full Member
*

Fame: 92
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 198


Warisan Nenek Moyang


WWW
« Reply #1 on: May 07, 2009, 04:33:12 PM »

Ku titipkan salam buat cikgu
agar menghias seharian
agar mengiringi semalaman
pagi esok akan ku utuskan sebuah janji
janji untuk kehidupan tulus
senyuman untuk keabadian
agar kau ukir namamu
di persada kemuncak gading aku
mengharung titisan rindu
melawan arus duka
lupakan segala sengketa
wujudkan satu jaya.
Maniskan satu harapan....
Logged

Guru Data
Science Head's Panel
SK Ulu Poi, Kanowit
Sufian Bin Jubli
SK Singat
Teacher
Veteran Member
*

Fame: 107
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 585


Ingat 5 perkara..masa muda sebelum tua..etc


« Reply #2 on: May 07, 2009, 05:13:57 PM »

Ku titipkan salam buat cikgu
agar menghias seharian
agar mengiringi semalaman
pagi esok akan ku utuskan sebuah janji
janji untuk kehidupan tulus
senyuman untuk keabadian
agar kau ukir namamu
di persada kemuncak gading aku
mengharung titisan rindu
melawan arus duka
lupakan segala sengketa
wujudkan satu jaya.
Maniskan satu harapan....

Guru
dikau penyeri dikala sunyi
memecah keheningan senja
nan tidak kenal erti penat lelah
mendidik anak nusa dan bangsa
Guru
di dalam tubuhmu mengalir segumpal darah
tidak lentur dimamah masa
membela nasib anak bangsa
agar menjadi insan sempurna
Guru
saban harimu berhadapan pelbagai tomahan
namun disambut dengan senyuman
siapa yang tahu terlukanya hati guru
pasti tanggungjawab terus ditunaikan
Guru
tidak akan gugur segala jasamu
bagai dedaun gugur kekeringan
selagi hayat dikandung tanah
selagi badan masih bernyawa
selagi itu kudratmu terus bersinar
Guru
usah kau tangisi nasibmu
kerana itu hanya dugaan bagimu
kerana dirimu dilahirkan sebagai guru
sambutlah ia dengan rasa kesyukuran

Selamat Hari Guru


Logged

Sufian Bin Jubli
Guru
SK Singat
Guang Amba
SK Ulu Poi
Teacher
Full Member
*

Fame: 92
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 198


Warisan Nenek Moyang


WWW
« Reply #3 on: May 07, 2009, 05:27:50 PM »

Membara semangat waja seorang pendidik
menjaga wasiat untuk anak bangsa
agar gemilang masa akan datang
supaya sempurna kerjaya
ketika waktu itu bersujud memamah usia
namun kemanisan menjanjikan sebuah harapan
menyempurnakan rukun yang pernah dilemparkan
walau tomahan dan cacian sering berlagu
menyinsing halwa telinga
guru itu tidak mengeriutkan dahi
malah senyuman yang dilemparkan
telah dia tahu cuma secebis kenangan yang akan
menjadi teman tika sendirian
berulam dengan sebuah pengalaman
tidak pernah untuk hati melihat
tugu anak bangsa robek kerana
buta mata
buta hati
itu semua cuma hiasan
kini guru menjulang antara insan paling manis
antara karya yang paling terbilang.
Logged
Dominic Tan Kuan Yew
SMK Deshon
Teacher
Veteran Member
*

Fame: 61
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 540


Be happy


« Reply #4 on: May 09, 2009, 11:12:15 AM »

Mengajar tak kira masa
mengajar tak kira bangsa
mengajar tak kira agama
mengajar tak kira balasan
asalkan mereka berjaya
asalkan mereka lulus
asalkan mereka dapat berdikari
asalkan mereka dapat segala ilmu yang diperlukan
selepas beberapa tahun
, bila tahu anak murid kita
lebih pandai dari kita
gaji lebih dari kita
kejayaan lebih dari kita
mendapat A lebih dari kita
tiada perasaan iri hati
kita rasa puas hati dan senyum dengan gembira
kerana kita telah mengajar dengan ikhlas
Logged

God Love Us. Protect us from all evil
God bless U. May u be happy today.
Mohd. Asrulfarid B. Alias
SK Singat
Teacher
Senior Member
*

Fame: 60
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 387


Saya Orang KL


WWW
« Reply #5 on: May 09, 2009, 11:15:28 AM »

Kuajar lembut salah
kuajar kasar silap

kudidik mesra tersalah duga
kudidik ramah disalah tafsir

jadi ku didik mereka seperti mana ku terdidik dahulu

sekian sajak ringkas dr saya
Logged

Muhamad Asrulfarid Bin Alias
Guru Prasekolah, SK Singat (P1)

Kod Tempat Aku Berasal
Lat       (DMS)    3° 7' 04.67" N
Long     (DMS)    101° 49' 12.17" E
Altitude (Feet)    195
Mohd. Asrulfarid B. Alias
SK Singat
Teacher
Senior Member
*

Fame: 60
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 387


Saya Orang KL


WWW
« Reply #6 on: May 09, 2009, 12:56:31 PM »

suka dgn sajak dr sape ye lupa pula nama

sajak dia ada di PKG Sibu aduhai lupa...tak salah bunyi mcm ni pemimpin peguam doktor semua tu adalah hasil dr seorang guru,lbh kurang la,lembab pula tgh hari ni ingatan...sape ingat tlg ckp tq
Logged
Syahrul Ramdzani bt. Hj Ahmad Sharkawi
SK Sg Kem Batu 18
Teacher
Senior Member
*

Fame: 47
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 277


Tangan Yang Memberi Lebih Baik Dari Yang Menerima


« Reply #7 on: May 30, 2009, 02:41:30 PM »

Kuajar lembut salah
kuajar kasar silap

kudidik mesra tersalah duga
kudidik ramah disalah tafsir

jadi ku didik mereka seperti mana ku terdidik dahulu

sekian sajak ringkas dr saya

Saya suka dengan sajak ringkas dari cikgu Asrul...terkenangkan kembali bagaimana saya dididik dahulu oleh guru guru yang penuh kesabaran dalam menghadapi karenah masa sekolah dulu...walaubagaimanapun sekarang zaman dah berubah dan kita perlu mendidik anak murid kita sejajar dengan perkembangan semasa...
Logged

Syahrul Ramdzani Binti Haji Ahmad Sharkawi,
Guru Penyelaras Bestari,
Sek.Keb.Kem Batu 18, Bintulu
Helenor Lengat
SMK Kidurong
Teacher
Novice Member
*

Fame: 0
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 25


Guru Kaunseling


« Reply #8 on: June 16, 2009, 07:25:58 AM »

Kuajar lembut salah
kuajar kasar silap

kudidik mesra tersalah duga
kudidik ramah disalah tafsir

jadi ku didik mereka seperti mana ku terdidik dahulu

sekian sajak ringkas dr saya


sajak ringkas tapi penuh dengan makna...
Logged

Helenor
SMK Kidurong
Wilter Hawell
PPD Kanowit

Super Member
*

Fame: 534
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 3790


Sebuah kebenaran kadangkala mengandungi kesilapan


« Reply #9 on: June 16, 2009, 09:17:40 PM »

makna yang penuh dengan keikhlasan
Logged

Wilter Hawell
UPA, PPD Kanowit
"Manusia mampu mengemukakan 1000 alasan mengapa mereka gagal tetapi mereka sebenarnya hanya perlukan satu sebab yang kukuh untuk berjaya"
Hipnee B. Piee
SMK Durin
Teacher
Senior Member
*

Fame: 49
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 415


anakbalau


WWW
« Reply #10 on: June 17, 2009, 10:13:07 AM »

ayat yang sungguh gramatis dengan diksi yang tepat. sungguh puitis
Logged

Hipnee B. Piee
Ketua Bidang
SMK Durin Sibu
Guru Penjana Transformasi.   Berkhidmat demi Agama dan Negara
Wilter Hawell
PPD Kanowit

Super Member
*

Fame: 534
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 3790


Sebuah kebenaran kadangkala mengandungi kesilapan


« Reply #11 on: June 18, 2009, 05:38:52 AM »

Bila menghayati setiap bait-bait sajak ni..rasa terharu pulak...heee
Logged
Aziah Ripin
Sk Beladin
Teacher
Novice Member
*

Fame: -1
Offline Offline

Posts: 13



« Reply #12 on: June 18, 2009, 07:01:25 AM »

 Roll Eyes harap2 lah nanti ada murid yang akan ingat n kenang jasa kita....jumpa tepi jalan and tegur bagi salam tu pun cukup tok buat cikgu rasa di ingati.... Wink
Logged

_aR_
Azlina Mat Jamil
SMK DATO HARUN, JALAN BERNAM 8,
Teacher
Master Member
*

Fame: 59
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 1960


sentiasa ingin berada satu langkah di hadapan


WWW
« Reply #13 on: August 05, 2009, 04:13:21 AM »

suka dengan sajak dr sape ye lupa pula nama

sajak dia ada di PKG Sibu aduhai lupa...tak salah bunyi macam ni pemimpin peguam doktor semua tu adalah hasil dr seorang guru,lbh kurang la,lembab pula tgh hari ni ingatan...sape ingat tolong ckp tq

mungkin sajak ini yang cikgu maksudkan...

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

Logged

SMK DATO HARUN,
JALAN BERNAM 8,
45500 TANJUNG KARANG,
SELANGOR DARUL EHSAN.
(Mulai 1 Disember 2009)
  RASIONAL TANPA EMOSI-KAKU... EMOSI TANPA RASIONAL-GILA...
Azlina Mat Jamil
SMK DATO HARUN, JALAN BERNAM 8,
Teacher
Master Member
*

Fame: 59
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 1960


sentiasa ingin berada satu langkah di hadapan


WWW
« Reply #14 on: August 05, 2009, 04:16:14 AM »

Tema Hari Guru

2009 Guru Pembina Negara Bangsa
2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
2007
2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
1997 Guru Bestari Sekolah Bestari
1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang
1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1988 Guru Pengasas Budaya Membaca
1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
1986 Pendidikan Teras Nasionalisme
1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara
1979 Murid Sejahtera Negara Jaya
1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
1975 Guru dan Pembangunan Negara
1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara


Logged
Azlina Mat Jamil
SMK DATO HARUN, JALAN BERNAM 8,
Teacher
Master Member
*

Fame: 59
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 1960


sentiasa ingin berada satu langkah di hadapan


WWW
« Reply #15 on: August 05, 2009, 04:22:12 AM »

http://istimewa2u.blogspot.com/2008/05/puisi-janji-cikgu.html
Logged
Jame Anap
SK Merambut
Teacher
Super Member
*

Fame: 734
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 3846


Iban Bidayuh Serian Balai Ringin


« Reply #16 on: August 05, 2009, 06:39:28 AM »

Terima kasih cikgu atas perkongsian maklumat ini. Info yang perlu direnungi kita sebagai warga pendidik. Terima kasih.
Logged

Jame  Anap
Penolong Kanan Kokurikulum
SK Merambut Limbang
Abd Rahman
SK Madrasah Datuk Hj. Abdul Kadir Hasan
Teacher
Hero Member
*

Fame: 199
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 2588



« Reply #17 on: November 18, 2009, 09:19:25 PM »


Terima kasih di atas perkongsian laman blog tersebut.
Logged
Rabiahtun Basariah
SMK Sultan Abdullah Perak
Teacher
Senior Member
*

Fame: 3
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 246


have a nice day!(^_^)


« Reply #18 on: November 21, 2009, 09:33:56 AM »



Keringatmu diperah sehari-hari
Jasamu diingati setahun sekali
Andai guru berpatah hati
Kesannya semua pasti merasai
Walau berganda dugaan diberi
Takkan menyerah walau sekali
Umpama lilin membakar diri
Itulah Guru harapan kami

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA Grin
Logged

Rabiahtun Basariah
SMK Sultan Abdullah Perak
Pages: [1]   Go Up
  Print  
 
Jump to:  

Members
Total Members: 21273
Latest: diN94
Stats
Total Posts: 254483
Total Topics: 21167
Online Today: 267
Online Ever: 718
(May 16, 2012, 08:58:21 PM)
Users Online
Users: 12
Guests: 252
Total: 264
PIPPBahagian Pembangunan Kurikulume-Paymente-Hasil
Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1.16 | SMF © 2011, Simple Machines | Sitemap Valid XHTML 1.0! Valid CSS!
Page created in 5 seconds with 26 queries.