Awangku Merali
Engkabangian
Full Member
Fame: 23
Offline
Gender: 
Posts: 116
Knowledge w/out integrity is dangerous & dreadful.
|
 |
« Reply #22 on: May 10, 2009, 09:23:04 AM » |
|
Jika hendak kebebasan, kena buka sekolah sendiri. Mengapa tak boleh bebas? Kerana pendidikan adalah agenda strategik sesebuah kerajaan. Tak ada kerajaan di dunia pun yang memberi kebebasan ibu bapa memilih dalam hal pendidikan, jika ada pun dalam hal-hal yang tertentu sahaja. Pilih sekolah boleh. Piliha mata pelajara boleh. Pilih dasar tak boleh!
Ada sekolah yang nak berdiri sendiri sebelum ini yang disebut sekolah bantuan modal, akhirnya minta bantuan kerajaan juga. Malah ada yang tutup, dan banyak pelajar yang tercicir. Ada sekolah yang menekankan hendak gunakan bahasa tertentu, tapi 80% pelajarnya tidak menguasai bahasa itu. Jika sekolah sedar, kegagalan akan menyebabkan % pencapaian mereka turun, pelajar itu dipindahkan ke SK. Perkara ini berlaku dan ini realiti!
Ada sekolah swasta yang dibina dengan wang sendiri, tapi sampai kepada Kurikulum Kebangsaan kena ikut kurikulum kebangsaan juga. Saya sendiri yang daftarkan.
Jika diberi kebebasan: Malaysia mahu jadi negara apa jka tak ada visi, tak ada misi, dan tak ada harga diri? Nama merdeka, tapi bahasa dan budaya pun tak ada! Mungkin ada sekolah yang akan menggunakan teks negara lain, seperti sebelum merdeka, dan sekolah menjadi sarang komunis!
Saya hairan mengapa seseorang guru masih tak faham tentang dasar pendidikan yang perlu dikawal oleh Kerajaan.
Saya nasihatkan banyaklah membaca. Kalau profesion sendiri pun tak tahu, gambaran masyarakat sudah tentulah memandang rendah terhadap kita. Jika kita tak tahu, lebih baik diam saja. Jika nak berkongsi tentang idea P&P tak apa, itu bagus.
Jadi, tak payang pening-pening kepala cikgu. [Sebenarnya, dalam BM "pening" saja, tak perlu tambah kepala, kerana selain kepala tak ada yang pening!] Kita ada peranan masing-masing. Biarlah dasar pendidikan ditentukan oleh Kerajaan dan kita sebagai guru melaksanakan dasar itu sebaik-baiknya. PPSMI kurang menyerlahl kerana SEBAHAGIANNYA oleh guru juga. Ini juga satu realiti.
Saya harap posting ini ditutup.
|