Home   Forum   Help Search Calendar Links Login Register   **
Welcome, Guest. Please login or register.
Did you miss your activation email?
February 08, 2012, 03:11:30 AM

Login with username, password and session length
Program
EduWebTVLatih TubiLINUSManaging Challenging SchoolsGerakan Memperkasakan SekolahLDPICTL SMICTL SRMalaysian Grid for Learning (MyGfL)ProtimPPSMISIP
Recent
[Today at 01:13:53 AM]

[Yesterday at 11:05:41 PM]

[Yesterday at 11:01:54 PM]

[Yesterday at 10:37:23 PM]

[Yesterday at 09:50:54 PM]

[Yesterday at 09:20:17 PM]

[Yesterday at 08:52:01 PM]

[Yesterday at 08:47:15 PM]

[Yesterday at 08:31:44 PM]

[Yesterday at 07:52:52 PM]
 

Pages: [1]   Go Down
  Print  
Author Topic: Ruangan Memantapkan karangan  (Read 1086 times)
0 Members and 1 Guest are viewing this topic.
Geoffery Ranggu
SMK Bandar Bintulu
Student
Master Member
*

Fame: 1
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1712


Dilemma!!


« on: May 02, 2008, 10:45:46 PM »

Ruangan ini adalah ruangan di mana semua orang termasuk pelajar atau guru-guru boleh menghantar karangan anda. Guru-guru atau pelajar-pelajar boleh memberi komen atau cadangan untuk memantapkan lagi karangan yang dihantar. Kerjasama guru-guru dan pelajar-pelajar adalah amat dihargai. Wink Cheesy

Terima kasih kepada En. Lim,
Logged

Dari mana hendak ke mana,
Dari sana hendak ke sini ,
Kalau sudah pergi ke sana,
Kenapa tidak pergi ke Sini,
Geoffery Ranggu
SMK Bandar Bintulu
Student
Master Member
*

Fame: 1
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1712


Dilemma!!


« Reply #1 on: May 02, 2008, 10:56:50 PM »

Komen atau cadangan boleh meliputi apa sahaja seperti hendak menambah beberapa peribahasa, komen tentang kesalahan struktur ayat dan banyak lagi. Saya mengharapkan respon terutamanya dari guru Bahasa Malaysia ataupun ahli engkabang.net yang boleh membantu. Wink Cheesy Grin
Logged
Marson Sullong
SK St Patrick
Teacher
Hero Member
*

Fame: 373
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 2111


ביןמעדתש גרןכאקר כרםצ לבי-נקאםמע_לבי (וךו ךשטשר נ


« Reply #2 on: May 03, 2008, 12:11:07 AM »

Komen atau cadangan boleh meliputi apa sahaja seperti hendak menambah beberapa peribahasa, komen tentang kesalahan struktur ayat dan banyak lagi. Saya mengharapkan respon terutamanya dari guru Bahasa Malaysia ataupun ahli engkabang.net yang boleh membantu. Wink Cheesy Grin

waduh, waduh.... sudah engak ada guru BM nya lagik di sekolah ya... kalo guru BM u tgok nanti dia tersinggung bah..  Grin Grin Grin...

Anyway u should consult ur BM teacher's regarding this... For me it is not d appropriate way to use this as ur "spoon feeding" to do ur homework.... Shocked Shocked Shocked
Logged

'קךבםצק אם קמעלשנשמעץמקא
Kuching לוביןמע
“Buah dikelala ari langgu, Bansa dikelala ari jaku, Basa dikelala ari penyiru"נושי גןלקךשךש שרן ךשמעעות נשמדש גןלקךשךש שרן חשלות נשמדש גןלקךשךש
Geoffery Ranggu
SMK Bandar Bintulu
Student
Master Member
*

Fame: 1
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1712


Dilemma!!


« Reply #3 on: May 03, 2008, 09:41:55 AM »

waduh, waduh.... sudah engak ada guru BM nya lagik di sekolah ya... kalo guru BM u tgok nanti dia tersinggung bah..  Grin Grin Grin...

Anyway u should consult ur BM teacher's regarding this... For me it is not d appropriate way to use this as ur "spoon feeding" to do ur homework.... Shocked Shocked Shocked
engga apa lah....
dia juga boleh belajar memantapkan karangan dari guru-guru lain ma..he2...
lepas tu kalau di sekolah dia boleh/bisa tanya pada guru dia untuk memantapkan lagi karangannya...
jadi kesimpulannya, karangan mantap guru pun tak di abaikan, mungkin di sini boleh belajar perkara baru..... Grin Cheesy Wink
jangan marah.....
Tujuan sebenar saya membuat ruangan ini ialah supaya semua orang dapat belajar memantapkan lagi karangan mereka...bukan menyiapkan kerja rumah dengan senang lenang...ok.. Cheesy Wink takda "udang di sebalik batu"....di sini...
Logged
Geoffery Ranggu
SMK Bandar Bintulu
Student
Master Member
*

Fame: 1
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1712


Dilemma!!


« Reply #4 on: May 03, 2008, 11:18:06 PM »

SoalanKementerian Pelajaran Malaysia telah mewujudkan sekolah kluster sebagai salah satu langkah untuk melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan. Bincangkan kebaikan-kebaikan mewujudkan sekolah kluster di Negara kita.

   Sekolah kluster ialah satu jenama yang diberikan kepada sekolah yang dikenal pasti cemerlang dalam klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid. Penubuhan sekolah kluster terkandung dalam Bab 9 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang telah dilancarkan pada 16 Januari 2006. Pewujudan Sekolah Kluster adalah berdasarkan pendekatan kedua PIPP iaitu mengembangkan sepenuhnya potensi sekolah dalam kluster kecemerlangan yang mekanismenya dinyatakan dalam Teras Strategik Ke-6 iaitu” Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan”.

   Kesan positif mewujudkan sekolah kluster di negara kita ialah program ini mempertingkatkan standard kualiti sekolah di Malaysia.Sekolah kluster menggunakan mekanisme kawalan luaran dan kawalan dalaman. Dengan menggunakan dua mekanisme ini, kualiti sekolah kluster boleh mengatasi sekolah-sekolah lain. Ini adalah kerana kualiti sekolah kluster sentiasa dipertingkatkan dari semasa ke semasa dengan melakukan pantauan.

   Selain itu, sekolah kluster diiktiraf oleh universiti ternama luar negara. Ini jelas terbukti apabila kebanyakan lepasan sekolah kluster diterima di universiti ternama luar negara. Bahkan,lepasan sekolah kluster berpeluang besar untuk menyambung pengajian ke luar negara dan ini boleh membantu mereka dalam usaha untuk mencapai cita-cita mereka. Mengikut statistik, sebanyak 300 buah sekolah kluster diiktiraf antarabangsa iaitu 3.1% daripada 9663 buah sekolah. Tambahan pula, badan korporat dan agensi kerajaan berkeyakinan untuk menaja pengajian lepasan kluster.

   Pemimpin berkualiti dan guru cemerlang kebanyakannya dihasilkan daripada sekolah kluster. Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran, pemimpin berkualiti yang dihasilkan daripada sekolah kluster ialah 3.1% daripada 9663 mankala guru yang cemerlang ialah 6.9% daripada 350 000 guru. Mereka ini menjadi masyarakat yang berguna pada negara dan menjadi perintis kecemelangan sekolah-sekolah di Malaysia. Sekolah kluster juga menyediakan asas kukuh untuk melahirkan peneraju utama agen perubahan.

   Penubuhan sekolah kluster adalah bertujuan meningkatkan sistem pendidikan di Malaysia. Sekolah kluster mempunyai keputusan yang cemerlang dari segi akademik dan kokurikulum. Sekolah kluster bukan sahaja cemerlang, tetapi pada masa yang sama berjaya melahirkan banyak pelajar contoh. Pelajar contoh ini tidak hanya dinilai dari segi kecemerlangan akademik dan kokurikulum sahaja tetapi juga dari segi tingkah laku mereka. Mereka juga menjadi contoh kepada pelajar-pelajar lain mahupun di dalam dan luar negara.




   Kebaikan mewujudkan sekolah kluster ialah  sekolah ini memiliki infrastruktur yang lengkap. Kemudahan yang disediakan di sekolah kluster adalah lengkap dan mempunyai kualiti yang lebih baik daripada sekolah lain. Antara kemudahan tersebut ialah bilik komputer, makmal sains, padang sukan dan gelanggang sukan. Dengan adanya semua kemudahan ini, pelajar dapat belajar dengan selesa dan efektif. Proses pengajaran dan pembelajaran juga akan berjalan dengan lancar.

   Kesimpulannya, kewujudan sekolah kluster di Malaysia membawa banyak kebaikan kepada negara dan masyarakat. Oleh itu, kewujudan sekolah kluster patut diperluas agar kita dapat mewujudkan institusi pendidikan yang berkualiti dari segi akademik dan ko-kurikulum.Pendidikan negara dapat diperbaiki dengan menubuhkan banyak sekolah kluster.Hal ini kerana,sekolah kluster adalah sekolah cemerlang yang dapat meningkatkan martabat sistem pendidikan di persada dunia.

Logged
Geoffery Ranggu
SMK Bandar Bintulu
Student
Master Member
*

Fame: 1
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1712


Dilemma!!


« Reply #5 on: May 03, 2008, 11:19:25 PM »

Apakah yang perlu dilakukan untuk memantapkan lagi karangan ini? Huh
Logged
Lucy Jonie
SMK St Anthony
Student
Novice Member
*

Fame: 0
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 37


it's me...


« Reply #6 on: May 04, 2008, 10:50:25 PM »

Tak ada peribahasa....
mungkin boleh tambah peribahasa....
saya tak tahu contohnya, saya sedang kebuntuan idea ni...
Minta lah bantuan guru2 BM.... Wink Cheesy Grin
Pendahuluan tu tak terlalu banyak ke?Huh
nanti  markah pendahulan lebih besar dari isi... Cheesy Grin
Logged

Lucy Jonie
4A
SMK St Anthony
Geoffery Ranggu
SMK Bandar Bintulu
Student
Master Member
*

Fame: 1
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1712


Dilemma!!


« Reply #7 on: May 04, 2008, 10:56:20 PM »

Tak ada peribahasa....
mungkin boleh tambah peribahasa....
saya tak tahu contohnya, saya sedang kebuntuan idea ni...
Minta lah bantuan guru2 BM.... Wink Cheesy Grin
Pendahuluan tu tak terlalu banyak ke?Huh
nanti  markah pendahulan lebih besar dari isi... Cheesy Grin
Terima kasih, Lucy.
Ya lah, saya lupa nak letak peribahasa....he2... Grin
Logged
Geoffery Ranggu
SMK Bandar Bintulu
Student
Master Member
*

Fame: 1
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1712


Dilemma!!


« Reply #8 on: May 04, 2008, 11:00:39 PM »

Boleh berikan contoh peribahasa yang sesuai?Huh
Logged
Hasiah binti Pukim
SMK Rosli Dhoby
Teacher
Full Member
*

Fame: 3
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 177


hasiahpukim smkrd sibu


« Reply #9 on: August 07, 2008, 12:09:20 PM »

salam,
cikgu baru buka ruangan ini. nanti ckg perbetulkan semua karangan yang awak bagi menjadi karangan yang mantap dengan peribahasa dan kosa kata yang menarik. ckg tolong setakat mampu ya. malam nanti ckg buat dan apabila sudah siap, ckg akan pos kan. kita bandingkan dengan karangan asal dan karangan yang sudah dibaiki
Logged

SMK Rosli Dhoby

bukan senang nak senang, tidak susah nak susah
Pages: [1]   Go Up
  Print  
 
Jump to:  

Members
Total Members: 19071
Latest: KermornolveNN
Stats
Total Posts: 249421
Total Topics: 20083
Online Today: 307
Online Ever: 637
(January 04, 2012, 10:05:22 PM)
Users Online
Users: 1
Guests: 170
Total: 171
PIPPBahagian Pembangunan Kurikulume-Paymente-Hasil
Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1.16 | SMF © 2011, Simple Machines | Sitemap Valid XHTML 1.0! Valid CSS!
Page created in 0.131 seconds with 27 queries.