Home   Forum   Help Search Calendar Links Login Register   **
Welcome, Guest. Please login or register.
Did you miss your activation email?
February 09, 2012, 05:14:13 AM

Login with username, password and session length
Program
EduWebTVLatih TubiLINUSManaging Challenging SchoolsGerakan Memperkasakan SekolahLDPICTL SMICTL SRMalaysian Grid for Learning (MyGfL)ProtimPPSMISIP
Recent
[Today at 01:36:41 AM]

[Yesterday at 10:52:57 PM]

[Yesterday at 10:49:47 PM]

[Yesterday at 10:35:58 PM]

[Yesterday at 10:27:01 PM]

[Yesterday at 10:15:04 PM]

[Yesterday at 10:06:31 PM]

[Yesterday at 10:03:35 PM]

[Yesterday at 10:02:49 PM]

[Yesterday at 09:48:02 PM]
 

Pages: [1]   Go Down
  Print  
Author Topic: PERKATAAN CANGGIH UNTUK DIGUNAKAN DALAM KARANGAN  (Read 1880 times)
0 Members and 1 Guest are viewing this topic.
Zulkarnain Farihin Mustakim
SMK Sacred Heart Sibu
Teacher
Master Member
*

Fame: 119
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1350



« on: May 03, 2008, 03:42:00 PM »

MENDABIK DADA
Maksudnya: Kesombongan akibat kejayaan / keangkuhan

Pelajar itu mendabik dada kerana Berjaya memperoleh kejayaan dalam peperiksaan dengan cemerlang.


MENGKODIFIKASIKAN UNDANG-UNDANG
Maksudnya: Menyelaras undang-undang / peraturan

Peranan mahkamah adalah untuk mengkodifikasikan undang-undang negara.

KESTABILAN SPIRITUAL DAN FIZIKAL
Maksudnya: Keseimbangan rohani dan jasmani

Kestabilan spiritual dan fizikal penting diperoleh dahulu sebelum seseorang itu mampu menempa kejayaan

MEKANISME KAWALAN
Maksudnya: Alat / aspek yang mengawal sesuatu

Mekanisme kawalan yang lebih efektif perlu dilaksanakan untuk mengawal masalah harga barangan runcit.

PANDANGAN SARWA
Maksudnya: Pemikiran biasa / umum

Pandangan sarwa masyarakat terhadap isu itu menjadikan polemik itu sukar diselesaikan.

ANJAKAN PARADIGMA
Maksudnya: Perubahan demi kemajuan atau kebaikan

Anjakan paradigman penting berlaku dalam diri remaja dalam menongkah arus globalisasi.

RELEVAN DENGAN KEHENDAK ZAMAN
Maksudnya: Diterima dengan perubahan dari semasa ke semasa

Kemahiran diri harus diberi penekanan supaya menjadi relevan dengan kehendak zaman.


Landasan berfikir
Maksudnya: Cara berfikir

Landasan berfikir seseorang itu banyak ditentukan oleh tahap pendidikannya.

Masyarakat konvensional
Maksudnya: Masyarakat umum / biasa

Masyarakat konvensional memang mementingkan aspek kebendaan sahaja.

MENGAIBKAN DIRI
Maksudnya: Memalukan diri

Tindakan lelaki itu melakukan jenayah telah mengaibkan diri dan keluarganya.

ALMA MATER
Maksudnya: Sekolah / universiti / tempat pelajar

Dia telah kembali ke alma mater untuk memberi sumbangan kewangan.

KEMAPANAN FIKIRAN
Maksudnya: Keteguhan cara berfikir

Kemapanan fikiran remaja memastikan diri mereka bebas daripada masalah.
MELUASKAN HORIZON PEMIKIRAN
Maksudnya: Meluaskan pandangan / pemikiran

Remaja harus meluaskan horizon pemikiran mereka jika ingin bersaing dalam dunia yang serba moden ini.

MENGGABUNGJALINKAN ELEMEN
Maksudnya: Menggunakan pelbagai aspek

Kajian itu cuba menggabungjalinkan elemen yang menentukan kecacatan bayi dalam rahim ibunya.

MERANGSANG EKONOMI
Maksudnya: Mengaktifkan proses ekonomi

Langkah kerajaan mewujudkan taman industri itu bertujuan untuk merangsang ekonomi negara yang sedang merudum.

LEBIH INTELEKTUAL DAN BERKETERAMPILAN
Maksud: Lebih bijak dan berkebolehan

Pelajar era globalisasi ini harus lebih intelektual dan berketerampilan untuk menangani cabaran pendidikan.

SIMBIOSIS
Maksudnya: Dua benda yang ada hubungan atau kaitan yang rapat

Hubungan simbiosis antara Datuk Ali dengan Tan Sri Murah begitu menarik untuk dikaji oleh pemerhati politik.

MASIH BERMAIN DENGAN FANTASI
Maksudnya: Berkhayal / bermenung / tidak berfikiran matang

Budak itu masih bermain dengan fantasi setelah selesai menyaksikan filem berunsur sains fiksyen itu.

MENDABIK DADA
Maksudnya: Kesombongan akibat kejayaan / keangkuhan

Pelajar itu mendabik dada kerana Berjaya memperoleh kejayaan dalam peperiksaan dengan cemerlang.
Logged

Zulkarnain Farihin Mustakim @ Philip anak Seli
SMK Sacred Heart, Sibu, Sarawak
Geoffery Ranggu
SMK Bandar Bintulu
Student
Master Member
*

Fame: 1
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1712


Dilemma!!


« Reply #1 on: May 03, 2008, 10:50:13 PM »

Terima kasih, Cikgu Zulkarnian... Cheesy Wink
Logged

Dari mana hendak ke mana,
Dari sana hendak ke sini ,
Kalau sudah pergi ke sana,
Kenapa tidak pergi ke Sini,
Dayang Salmi
SMK Oya
Teacher
Junior Member
*

Fame: 1
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 57


komited,efisen dan efektif. ~putri~


« Reply #2 on: May 17, 2008, 09:10:01 PM »

Terima kasih cikgu Zulkarnain. Saya akan kongsi bahan ini dengan pelajar saya...boleh tak?
Logged

Dayang Salmi Binti Awg.Yahya
SMK Oya,
KM1 Jalan Oya-Mukah,
96410 Oya.
Zulkarnain Farihin Mustakim
SMK Sacred Heart Sibu
Teacher
Master Member
*

Fame: 119
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1350



« Reply #3 on: May 17, 2008, 09:33:25 PM »

Assalamualaikum Cikgu Dayang Salmi, kongsikanlah dengan pelajar-pelajar cikgu. semoga mereka akan dapat memanfaatkan bahan ini dengan sebaik-baiknya.
Logged
Onn Ibrahim
Teacher
Master Member
*

Fame: 1
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1090



« Reply #4 on: May 17, 2008, 10:00:54 PM »

perkataan sebegini memang dapat menampakkan kematangan pelajar di dalam penulisan karangan mereka.... sehingga saya pernah terdengar pelajar di sekolah saya membincangkan perkataan "melayur"....... dan salah satu ayat yang mereka hasilkan ialah "Tidak dibenarkan melayur di sini"
Logged

Onn Ibrahim Othman
SMK Bukit Damar
Suhaimi Ismail
SMK DPHA Gapor
Teacher
Newbie
*

Fame: 0
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 9


kejor yeob kejor


« Reply #5 on: May 17, 2008, 10:56:39 PM »

bagus dan tahniah kerana berkongsi ilmu
Logged

Mohammad Suhaimi B. Ismail
SMK Datuk Patinggi Haji Abdul Gapor, Kuching
Omar Alli Othman
SMK Oya Mukah
Teacher
Master Member
*

Fame: 4
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1204


sotugau


« Reply #6 on: May 19, 2008, 06:28:22 PM »

Saya mengajar BM Tingkatan 4 dan 5. Saya memberitahu murid saya jangan suka menggunakan perkataan canggih jika tidak tahu maknanya. Saya khuatir jika ayat yang mereka bina salah. Adakah penggunaan perkataan canggih ini dapat menambah markah murid; misalnya markah bonus. Apa pendapat Cikgu Zul?
Logged

Omar Alli Othman
SMK DALAT
Zulkarnain Farihin Mustakim
SMK Sacred Heart Sibu
Teacher
Master Member
*

Fame: 119
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1350



« Reply #7 on: May 19, 2008, 06:35:53 PM »

Penggunaan perkataan ini dalam penulisan karangan akan menjadikan karangan pelajar lebih berviariasi dan mempamerkan kematangan mereka dalam berbahasa. Secara tidak langsung aspek ini akan mempengaruhi pemeriksa untuk memberi markah kepada pelajar. Namun jika pelajar tidak tahu menggunakan perkataan tersebut, elok jangan digalakkan menggunakannya. Cukuplah sekadar menggunakan bahasa yang betul, ayat yang gramatis dan pengolahan karangan yang teratur. Sebenarnya, pelajar tidak dituntut menggunakan terlalu banyak perkataan baharu/canggih dalam karangan mereka. Cukuplah setakat 5 hingga 10. Di sekolah saya pelajar dilatih dan diberi pendedahan secukupnya mengenai setiap perkataan yang telah mereka pilih untuk menulis karangan. Teknik ini amat berkesan untuk pelajar-pelajar yang pandai.

Terima kasih cikgu kerana bertanya.
Cikgu lain yang berpengalaman pun akan menjawab pertanyaan cikgu selepas ini.
Logged
Omar Alli Othman
SMK Oya Mukah
Teacher
Master Member
*

Fame: 4
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1204


sotugau


« Reply #8 on: May 19, 2008, 06:39:08 PM »

Thanks Cikgu Zul,
Kita akan dedahkan penggunaan perkataan canggih ini untuk murid yang benar-benar bersedia dan tahu menggunanya. memang akan kita awasi penggunaannya. Thanks sekali lagi.
Logged
Dayang Salmi
SMK Oya
Teacher
Junior Member
*

Fame: 1
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 57


komited,efisen dan efektif. ~putri~


« Reply #9 on: May 20, 2008, 11:10:24 AM »

Assalamualaikum Cikgu Dayang Salmi, kongsikanlah dengan pelajar-pelajar cikgu. semoga mereka akan dapat memanfaatkan bahan ini dengan sebaik-baiknya.


Terima kasih cikgu...
Logged
Hasiah binti Pukim
SMK Rosli Dhoby
Teacher
Full Member
*

Fame: 3
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 177


hasiahpukim smkrd sibu


« Reply #10 on: August 07, 2008, 12:16:00 PM »

terima kasih zul
saya dah ambil dan beri kepada pelajar saya sebagai bahan tambahan dalam P & P.
terima kasih kerana berkongsi ilmu.
Logged

SMK Rosli Dhoby

bukan senang nak senang, tidak susah nak susah
Rabbilah Ayup
SK Senadin
Teacher
Senior Member
*

Fame: 14
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 211


U say the same, u stay the same...


« Reply #11 on: August 28, 2009, 01:44:44 PM »

Terima kasih cikgu Zul...

Ada lagi tak?Postlah lagi...
Terima kasih, daun keladi...
Logged

Rabbilah Binti Ayup
Guru Penolong Agama
SK Senadin, Miri
my_rafiq@yahoo.com.my
Awg Farhan B. Awg Ali
SMK Bako
Teacher
Junior Member
*

Fame: 2
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 69


kalau ayam pandai bersilat,ular sawa lari ke hutan


« Reply #12 on: August 28, 2009, 01:52:16 PM »

terima kasih ya.
Logged

g.d SMK Bako


hanzdeep@gmail.com
Abu Hasnal
SK Ulu Ranan
Teacher
Senior Member
*

Fame: 50
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 276


'Everything I Do I Do IT For U'


« Reply #13 on: August 28, 2009, 01:54:13 PM »

Terima kasih Cikgu Zul..
Logged

Abu Hasnal Bin Sherkawi
Guru ICT
JU Dunia Muzik
JU MBM Pedagogi
Kanowit
Asha Shahmimi Abdullah
SK Rampangi
Teacher
Full Member
*

Fame: 77
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 137



« Reply #14 on: August 28, 2009, 02:13:13 PM »

Saya suka menggunakan perkataan yang canggih semasa P&P saya dengan harapan murid-murid akan faham setiap perkataan yang digunakan dan boleh menggunakan perkataan tersebut semasa mereka menulis karangan.Dan memang terbukti apabila kebanyakan murid saya boleh menggunakan perkataan yang canggih di dalam karangan mereka...
Logged

miaamasshh
Guru,
SK Rampangi
Abu Hasnal
SK Ulu Ranan
Teacher
Senior Member
*

Fame: 50
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 276


'Everything I Do I Do IT For U'


« Reply #15 on: August 28, 2009, 10:21:22 PM »

Saya suka menggunakan perkataan yang canggih semasa P&P saya dengan harapan murid-murid akan faham setiap perkataan yang digunakan dan boleh menggunakan perkataan tersebut semasa mereka menulis karangan.Dan memang terbukti apabila kebanyakan murid saya boleh menggunakan perkataan yang canggih di dalam karangan mereka...

Betul tu cikgu,murid2 perlu didedahkan dengan perkataan2 yang kurang atau tidak pernah didengar.
Logged
Azlina Mat Jamil
SMK DATO HARUN, JALAN BERNAM 8,
Teacher
Master Member
*

Fame: 59
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 1960


sentiasa ingin berada satu langkah di hadapan


WWW
« Reply #16 on: September 18, 2009, 02:04:15 PM »

terima kasih atas perkongsian cikgu.bukan sekadar untuk kegunaan pelajar,malah ia boleh digunakan oleh guru yang kurang mahir dalam bahasa. Grin
Logged

SMK DATO HARUN,
JALAN BERNAM 8,
45500 TANJUNG KARANG,
SELANGOR DARUL EHSAN.
(Mulai 1 Disember 2009)
  RASIONAL TANPA EMOSI-KAKU... EMOSI TANPA RASIONAL-GILA...
Jame Anap
SK Merambut
Teacher
Super Member
*

Fame: 734
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 3843


Iban Bidayuh Serian Balai Ringin


« Reply #17 on: September 18, 2009, 02:12:32 PM »

Terima kasih cikgu Zul atas perkongsian info ini. Saya suka perkataan canggih ini untuk memperbaiki penggunaan BM saya. Jelas dan nampak pemikiran yang menjurus kepada peningkatan dalam penguasaan ilmu pengetahuan dalam pendidikan. Terima kasih.
Logged

Jame  Anap
Penolong Kanan Kokurikulum
SK Merambut Limbang
Pages: [1]   Go Up
  Print  
 
Jump to:  

Members
Total Members: 19142
Latest: NaignancE
Stats
Total Posts: 249465
Total Topics: 20096
Online Today: 325
Online Ever: 637
(January 04, 2012, 10:05:22 PM)
Users Online
Users: 0
Guests: 159
Total: 159
PIPPBahagian Pembangunan Kurikulume-Paymente-Hasil
Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1.16 | SMF © 2011, Simple Machines | Sitemap Valid XHTML 1.0! Valid CSS!
Page created in 0.141 seconds with 27 queries.