Pagi tadi telah dilangsungkan forum pendidikan untuk mengupas tema hari guru 2009 iaitu Guru Pembina Negara Bangsa. Forum ini diadakan di SMK SRI AMAN. Saya tertarik dengan kata-kata yang diungkapkan oleh KETUA SEKTORj PENGURUSAN AKADEMIK ENCIK AWANGKU MERALI yang berbunyi: 'guru mesti minat mengajar, guru mesti suka belajar, guru mesti sayang pelajar'. Cuba cikgu beri ulasan dan pandangan mengenai ungkapan tersebut.
'Guru mesti minat mengajar': Tak kira di mana guru itu ditempatkan sama ada dekat di kampung sendiri atau di tempat orang lain. Tak kira di bandar atau jauh nun di pedalaman. Tak kira kelas terbaik atau kelas tercorot. Tak kira subjek yang diberi itu major kita atau bukan langsung major kita .
'Guru mesti suka belajar': Guru perlu menjadi contoh 'live' kepada pelajar mereka dengan meneruskan pembelajaran secara pengajian kendiri atau jarak jauh sambil mengajar. Ini akan menunjukkan kepada pelajar bahawa pembelajaran itu suatu proses yang berterusan dan tidak berkesudahannya (Life long Learning).
'Guru mesti sayang pelajar': Tak kira pelajar itu anak siapa, cantik ke tidak, pandai ke tidak, kaya atau miskin, pelajar kita atau pelajar cikgu lain, anak kita sendiri atau anak orang lain.
Sekadar pandangan. Terima kasih.