Home   Forum   Help Search Calendar Links Login Register   **
Welcome, Guest. Please login or register.
Did you miss your activation email?
February 09, 2012, 04:03:05 PM

Login with username, password and session length
Program
EduWebTVLatih TubiLINUSManaging Challenging SchoolsGerakan Memperkasakan SekolahLDPICTL SMICTL SRMalaysian Grid for Learning (MyGfL)ProtimPPSMISIP
Recent
[Today at 03:39:49 PM]

[Today at 03:15:07 PM]

[Today at 02:22:10 PM]

[Today at 02:21:07 PM]

[Today at 01:46:11 PM]

[Today at 01:14:40 PM]

[Today at 01:08:36 PM]

[Today at 12:27:13 PM]

[Today at 09:46:02 AM]

[Today at 09:32:15 AM]
 

Pages: [1]   Go Down
  Print  
Author Topic: FORUM GURU PEMBINA NEGARA BANGSA  (Read 511 times)
0 Members and 1 Guest are viewing this topic.
Zulkarnain Farihin Mustakim
SMK Sacred Heart Sibu
Teacher
Master Member
*

Fame: 119
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1350



« on: May 20, 2009, 11:26:56 PM »

Pagi tadi telah dilangsungkan forum pendidikan untuk mengupas tema hari guru 2009 iaitu Guru Pembina Negara Bangsa. Forum ini diadakan di SMK SRI AMAN.         

Saya tertarik dengan kata-kata yang diungkapkan oleh KETUA SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK ENCIK AWANGKU MERALI yang berbunyi: 'guru mesti minat mengajar, guru mesti suka belajar, guru mesti sayang pelajar'.

Cuba cikgu-cikgu sekalian yang bijak bestari beri ulasan dan pandangan mengenai ungkapan tersebut.
« Last Edit: May 21, 2009, 12:26:53 PM by Zulkarnain Farihin Mustakim » Logged

Zulkarnain Farihin Mustakim @ Philip anak Seli
SMK Sacred Heart, Sibu, Sarawak
Widea Angela Binti Takip
SK Sungai Duan
Teacher
Super Member
*

Fame: 473
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 3106


Love your enemies, for they tell you your faults.


« Reply #1 on: May 21, 2009, 06:13:49 AM »

1. Guru mesti minat mengajar...kalau tak minat mana-mana kerja pun akan dibuat dengan rasa terpaksa bukan atas rasa kerelaan hati...

2. Guru mesti suka belajar...mengajar juga satu proses belajar...sebab sambil kita menyampaikan ilmu kepada murid dalam masa yang sama kita belajar sesuatu dari murid kita...selain daripada kita menambah ilmu dengan membaca dan melanjutkan pelajaran kita.

3. Guru mesti sayang pelajar...kalau tak ada pelajar masakan ada guru. begitu juga disebaliknya...kalau guru tak sayang pelajar, penyampaian ilmu pun tak akan sampai. Kucing pun dapat rasa kalau manusia tak suka akan kehadirannya...inikan pula manusia sesama manusia...Sayangilah pelajar kita walaupun pelajar kita tidaklah seberapa...terimalah mereka seadaanya seperti mana sekolah menerima guru dengan seadanya juga. Sifat kasih sayang teramat besar nilainya. Dengan kasih sayanglah kesedaran kemanusian sesama kita akan wujud.

Itu sekadar pandangan biasa dari saya seorang guru biasa sahaja...Grin Grin Grin
ikut fahaman dan sudut pandangan biasa saya sahaja...
Logged

Widea Angela Binti Takip
Guru Data Maklumat
SK Sungai Duan, Mukah
Hipnee B. Piee
SMK Durin
Teacher
Senior Member
*

Fame: 49
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 408


anakbalau


WWW
« Reply #2 on: May 21, 2009, 06:45:00 AM »

pada zaman pintar ini, guru dituntut untuk menambahkan ilmu pengetahuan yang sedia ada. penambahbaikan ini akan memberikan manfaat kepada guru dan juga para pelajar.
guru juga perlu menyemai rasa sayang dlm diri masing-masing supaya minat untuk menjalankan tugas sentiasa ada.
Logged

Hipnee B. Piee
Ketua Bidang
SMK Durin Sibu
Guru Penjana Transformasi.   Berkhidmat demi Agama dan Negara
Teoh Say Beng
SMK Kapit
Teacher
Master Member
*

Fame: 58
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1317


Aspire to Inspire Before You Expire


« Reply #3 on: May 21, 2009, 08:30:07 AM »

Pagi tadi telah dilangsungkan forum pendidikan untuk mengupas tema hari guru 2009 iaitu Guru Pembina Negara Bangsa. Forum ini diadakan di SMK SRI AMAN.         Saya tertarik dengan kata-kata yang diungkapkan oleh KETUA SEKTORj PENGURUSAN AKADEMIK ENCIK AWANGKU MERALI yang berbunyi: 'guru mesti minat mengajar, guru mesti suka belajar, guru mesti sayang pelajar'. Cuba cikgu beri ulasan dan pandangan mengenai ungkapan tersebut.


'Guru mesti minat mengajar': Tak kira di mana guru itu ditempatkan sama ada dekat di kampung sendiri atau di tempat orang lain. Tak kira di bandar atau jauh nun di pedalaman. Tak kira kelas terbaik atau kelas tercorot. Tak kira subjek yang diberi itu major kita atau bukan langsung major kita .

'Guru mesti suka belajar': Guru perlu menjadi contoh 'live' kepada pelajar mereka dengan meneruskan pembelajaran secara pengajian kendiri atau jarak jauh sambil mengajar. Ini akan menunjukkan kepada pelajar bahawa pembelajaran itu suatu proses yang berterusan dan tidak berkesudahannya (Life long Learning).

'Guru mesti sayang pelajar': Tak kira pelajar itu anak siapa, cantik ke tidak, pandai ke tidak, kaya atau miskin, pelajar kita atau pelajar cikgu lain, anak kita sendiri atau anak orang lain.

Sekadar pandangan. Terima kasih.
Logged

Teoh, SMK Kapit
Duane Anak Reggie
SMK Sematan
JU MyGfL
Master Member
*

Fame: 180
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1041


Upholding discipline ... Always!


« Reply #4 on: May 21, 2009, 03:18:45 PM »

Pagi tadi telah dilangsungkan forum pendidikan untuk mengupas tema hari guru 2009 iaitu Guru Pembina Negara Bangsa. Forum ini diadakan di SMK SRI AMAN.         

Saya tertarik dengan kata-kata yang diungkapkan oleh KETUA SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK ENCIK AWANGKU MERALI yang berbunyi: 'guru mesti minat mengajar, guru mesti suka belajar, guru mesti sayang pelajar'.

Cuba cikgu-cikgu sekalian yang bijak bestari beri ulasan dan pandangan mengenai ungkapan tersebut.

Pada pandangan saya ...

Guru minat mengajar - Mengajar pelajar2 dengan keikhlasan dari hati, semangat yang kuat untuk memberikan yang terbaik kepada pelajar2 kita.  Selain itu, jadikan mengajar itu satu ibadat ... kerana ibadat itulah yang akan diberkati oleh Tuhan

Guru suka belajar - Unlearn and learn new things that will benefit your teachings.  Do not let ego get in the way ....

Guru sayang pelajar - Saya hukum pelajar dengan kasih sayang kerana saya mau pelajar saya menjadi pelajar yang baik dan dihormati semua orang ... siapa yang akan untung nanti kalau bukan pelajar2 itu sendiri.
Logged

JU EMIS
SMK Sematan
94100 Sematan, Lundu
Sarawak

"Percayalah kepada Tuhan dan jangan bersandar kepada pengertianmu sendiri ... Run towards the heavenly prize"
Wan Zainal Abiddin B. Wan Hosen
SK Singat
Teacher
Full Member
*

Fame: 95
Offline Offline

Posts: 148



« Reply #5 on: May 21, 2009, 04:02:43 PM »

Menurut saya,,

Minat mengajar mmg sudah ada pada diri mana-mana guru yg sudah bergelar Guru.  Cuma minat berlajar mendalami ilmu dan berkongsi ilmu dunia dan ilmu akhirat MESTILAH ditambah kerana minda dan daya fikir pelajar/anak bangsa semakin maju dan semakin canggih.  Bekalan ilmu dan semangat hendak mempertingkatkan kerjaya melalui pembelajaran berterusan sehingga mencapai apa yang dicita perlu di masa-masa kini.

Biasanya secara tidak langsung ketika sesi P N P tingkah laku dari segi perlakuan sopan santun dan daya keintelektualan dan bersahaja menjawab apa-apa perkembangan terkini dan berkongsi dengan pelajar ini akan membuat anda dihormati dan disayangi.
Logged
Asri Rizal
SK Singat
Teacher
Senior Member
*

Fame: 105
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 307


Dan Sebenarnya...


« Reply #6 on: May 22, 2009, 01:04:34 AM »

Guru mesti minat mengajar = bagi memastikan agar semangat dan komitmen tidak akan luput semasa menjalankan tugas
Guru mesti suka belajar = sentiasa menambahkan ilmu pengetahuan dan kemahiran bagi memantapkan diri
Guru mesti sayang pelajar = mendidik, membimbing dan menyampaikan ilmu di samping memastikan pelajar menjadi modal insan yang berguna
               
Logged

Satelit...
Harvard Anak Nupe
SK Singat
Teacher
Master Member
*

Fame: 101
Offline Offline

Posts: 1040


Respect, Serve, Love


« Reply #7 on: May 24, 2009, 06:46:28 PM »

Sungguh rugi dah ketinggalan, ini adalah sumber perbincangan yang baik.
Logged

Looks Can Be Deceiving, Words Can Be Intriguing, Feelings Are Unpredictable.
Dominic Tan Kuan Yew
SMK Deshon
Teacher
Veteran Member
*

Fame: 61
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 537


Be happy


« Reply #8 on: June 05, 2009, 06:34:23 AM »

saya setuju bahawa guru mesti ada minat untuk mengajar baru pelajar itu ada minat belajar
Logged

God Love Us. Protect us from all evil
God bless U. May u be happy today.
Pages: [1]   Go Up
  Print  
 
Jump to:  

PIPPBahagian Pembangunan Kurikulume-Paymente-Hasil
Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1.16 | SMF © 2011, Simple Machines | Sitemap Valid XHTML 1.0! Valid CSS!
Page created in 0.122 seconds with 27 queries.