Home   Forum   Help Search Calendar Links Login Register   **
Welcome, Guest. Please login or register.
Did you miss your activation email?
May 25, 2012, 02:30:04 PM

Login with username, password and session length
Program
EduWebTVLatih TubiLINUSManaging Challenging SchoolsGerakan Memperkasakan SekolahLDPICTL SMICTL SRMalaysian Grid for Learning (MyGfL)ProtimPPSMISIP
Recent
[Today at 12:14:58 PM]

[Today at 11:36:49 AM]

[Today at 11:07:06 AM]

[Today at 07:56:42 AM]

[Yesterday at 11:56:50 PM]

[Yesterday at 10:23:08 PM]

[Yesterday at 08:34:38 PM]

[Yesterday at 05:51:30 PM]

[Yesterday at 11:53:44 AM]

[Yesterday at 09:14:15 AM]
 

Pages: 1 [2] 3 4 5 6 7 8 9 10   Go Down
  Print  
Author Topic: Gagal Dalam Peperiksaan? : untuk berjaya kita harus selalu jatuh  (Read 11658 times)
0 Members and 3 Guests are viewing this topic.
Lester Kalum
SK Lepong Ajai
Teacher
Super Member
*

Fame: 234
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 3069


最もよいのそこに、最もよいのそこにあった、最もよいのそこにあるある。


« Reply #20 on: December 09, 2008, 09:43:50 AM »

saya bersetuju. Kita perlu bangun dengan tabah untuk menghadapi cabaran seterusnya agar tidak jatuh lagi di masa akan datang
Logged

Have a nice day!
열등한 저와 흩뜨리지 말라
Mohd Sabli b Hj Badi
PPD Kapit

Hero Member
*

Fame: 152
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 2634


kapitboy


« Reply #21 on: December 09, 2008, 09:54:08 AM »

Apabli gagal sekali tak semestinya gagal selamanya... tetapi ada juga yang gagal sampai mati. Walaubagaimanapun kehendak seseorang itu untuk lulus memang tinggi. Seperti saya hendak dapat IV,IV dalam PTK dari DGA29 sehingga DGA34 sekarang ni pun tak dapat...dapat.. Ni gagal sampai mati nak dapat PTK IV,IV Grin Grin
Logged

Mohd Sabli b Hj Badi
Guru Besar,
SK Ulu Yong, Kapit,
Pejabat Pelajaran Daerah Kapit
Abd Rahman
SK Madrasah Datuk Hj. Abdul Kadir Hasan
Teacher
Hero Member
*

Fame: 199
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 2588



« Reply #22 on: December 14, 2008, 09:14:17 PM »

Nak berjaya dalam sesuatu peperiksaan memerlukan pengorbanan. Kalau tak nak berkorban seperti menelaah buku dan sebagainya, peluang untuk gagal tu memang besar. Macam PTK juga, orang PTK kita PTK. Orang belajar kita tidak. Orang  datang test kita datang juga, Orang lulus kita gagal... Grin Grin Grin Cheesy Cheesy Cheesy
Logged
Teoh Say Beng
SMK Kapit
Teacher
Master Member
*

Fame: 58
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1319


Aspire to Inspire Before You Expire


« Reply #23 on: December 14, 2008, 09:21:57 PM »

Tak lengkap tu.... 'Untuk berjaya, tidak penting berapa kali kita terjatuh tetapi berapa kali kita terus bangun semula setelah terjatuh.... Bangun semula lebih penting daripada terjatuh sebabnya bila dah jatuh kadang-kadang kita gagal atau lambat bangun semula....  Grin
Logged

Teoh, SMK Kapit
Haimisah Sherbini
SK Agama Miri
Teacher
Senior Member
*

Fame: 45
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 329


Have a sense of urgency..


« Reply #24 on: December 24, 2008, 05:37:15 PM »

Terdapat empat kategori pelajar gagal:

1. Pelajar yang memang rajin belajar dan berusaha tetapi gagal. Biasanya mereka gagal untuk dapat ‘Straight A’. Itulah istilah gagal bagi mereka.

2. Pelajar yang memang tidak berusaha dan malas belajar lalu gagal. Malah ada yang telah menjangkakan kegagalan mereka dari awal lagi. Ini berlaku kerana masalah sikap, pergaulan, terlalu mahu berseronok, masalah keluarga dsb. Mereka perlu dikaunseling dan perlu ikuti program motivasi atau pemulihan.

3. Pelajar yang gagal sebab tidak berkemampuan untuk cemerlang dalam akademik. Ini disebabkan kebolehan dan potensinya adalah dalam bidang dan jurusan yang lain. Ada pelajar yang telah berusaha tetapi memang kemampuannya setakat itu sahaja. Janganlah kita marah dan paksa anak untuk lakukan sesuatu di luar batas kebolehan mereka. Sedari potensi anak yang lain seperti dalam bidang sukan, kemahiran tangan, kebolehan komputer dan ICT, seni, keusahawanan, dan sebagainya. Dengan cara itu anak-anak tetap akan berjaya dalam hidup mereka satu hari nanti.

4. Pelajar yang sengaja menggagalkan dirinya atas alasan-alasan peribadi seperti tidak mahu duduk di asrama, tidak mahu bersekolah di sekolah aliran agama, sebagai tanda protes atas masalah yang wujud antara ibu bapa kononnya padan dengan muka mereka. Kumpulan pelajar sebegini memang perlu dibantu melalui sesi kaunseling. Ibu bapa juga perlu sedar kalau anak benar-benar tidak mahu ke asrama maka tidak perlu paksa. Nur Amalina Che Bakri pun mampu dapat 17A1 melalui sekolah harian biasa sahaja.

Untuk bangkit dari kegagalan ini, pelajar perlu jujur dan ikhlas menganalisa diri mereka sebab-sebab dan punca kegagalan itu.

Kalau memang sudah berusaha tetapi gagal maka:

- Mungkin terlalu ‘overconfident’ hingga menyebabkan berlaku kecuaian ketika menjawab soalan. Oleh itu pelajar perlu belajar dari pengalaman ini dan perlu semak jawapan banyak kali. Pelajar perlu ingat kesilapan memang boleh berlaku dalam peperiksaan.

- Gagal sebab tidak tahu teknik dan strategi peperiksaan peperiksaan. Pelajar perlu ikuti program Motivasi dan Kemahiran Belajar.

- Pelajar perlu Belajar Cara Jatuh. Ada pelajar yang ambil tindakan di luar akal fikiran yang waras hingga dulu ada kes pelajar yang bunuh diri disebabkan gagal dalam peperiksaan. Gagal dalam peperiksaan bukannya gagal dalam kehidupan. Sebab itu pelajar perlu belajar cara jatuh dengan cara:

o Terima hakikat tidak semua orang mampu dapat semua A

o Terima hakikat bakat dan kebolehan kita ada ditempat lain

o Ingat manusia hanya mampu berusaha keputusan tetap di tangan Tuhan

o Jadikan kegagalan itu sebagai ‘Stepping Stone’ bukannya ‘Stopping Stone’.

o Tanam azam untuk buat lebih baik dalam peperiksaan yang akan datang. Ada pelajar 5A dalam UPSR tetapi tidak mendapat semua A dalam PMR. Ada pula yang tidak semua A masa UPSR tetapi 8A dan 9A dalam PMR. Oleh itu kegagalan hari ini tidak ada kaitan dengan keputusan kita dimasa akan datang. The past is never equal to the future.

o Mula belajar dari awal tahun dan jangan tangguh menyelesaikan setiap perkara yang tidak difahami.






Berani untuk gagal...
Logged

Haimisah Sherbini
SK ST Columba, Miri
GPK (1) Pentadbiran
Erwina Awg Sauni
SK Batu Tellingai
Teacher
Senior Member
*

Fame: 7
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 213


smile wiewie


« Reply #25 on: December 24, 2008, 05:40:52 PM »

Sekali gagal tidak semestinya gagal selamanya
Untuk berjaya kita harus berusaha....
Logged

Erwina Awg Sauni
SK Batu Tellingai, Suai
D/A Pejabat Pelajaran Daerah Subis,
98150 Bekenu,Miri.
Banyuk Bin Muhi
SK Encik Buyong
Teacher
Novice Member
*

Fame: 0
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 47


Dari mana kita datang kemana kita akan kembali


« Reply #26 on: December 24, 2008, 07:30:34 PM »

Assalamualaikum rakan guru,
Bercakap mengenai kejayaan dan kegagalan kedua-duanya akan memberikan kesan yang positif dan negatif bergantung kepada pembawaan individu yang terlibat. Tidak semestinya kegagalan itu menyebabkan seseoarng itu terus rebah dan tidak semestinya kejayaan itu akan terus menjulang kita ke aras puncak. Sebab antara kedua titik gagal dan jaya ada bahaya dan risiko yang tersendiri. Kalau sudah dipuncak kita lalai maka kita akan lebih teruk jika jatuh dan jika rebah jika terus tersembam kita akan lemas maka jalan sederhana adalah paling baik.

Selalunya sejarah kejayaan dan kegagalan adalah garapan daripada beberapa perkara. Ianya amat berkait rapat dengan motivasi. Motivasi pula ada 2 iaitu motivasi intrinsik(dalaman) dan motivasi ekstrinsik(luaran). Selalunya pelajar yang bermotivasi intrinsik ini selalu cepat maju dan berjaya kerana ada kekauatan dan keinginan kendiri yang ampuh berbanding dengan individu yang bermotivasi ekstrinsik.

Terdapat tiga karakteristik berkaitan dengan isu kejayaan dan kegagalan bagi seseorang individu. Diantara faktornya ialah :
1. Diri - dalaman dan luaran seseorang.
2. Kestabilan memikiran - stabil atau tidak stabil
3. Boleh dikawal atau tidak
Selalunya kejayaan tidak jauh dari usaha tapi untuk lebih berjaya sebenarnya kita hendaklah banyak menolong orang. Contohnya jika kita tahu kita selalu menolong orang maka kita semakin pandai. Terbuka menerima pandangan terutamanya berunsurkan ilmu. Contohnya melalui ilmu kita bertambah maju, manakala ilmu itu dalam bentuk teori[pengetahuan] dan praktikal[pengalaman]. Taat dalam menuntut ilmu, taat menyebabkan kita sabar, akur, mudah menerima, sentiasa bersedia, selalu peka,perihatin.

Unsur Illahi adalah unsur yang amat penting, hendaklah sentiasa melakukan perkara berkat, maka Allah akan memberi rahmat. Sebab itu dalam Islam kita dituntut untuk berusaha, berikhtihar dan bertawakal kepada Allah. Berusaha itu adalah kudrat kita, Ikhtihar pula adalah melakukan perkara berkat contohnya menambah ilmu melalui perbincangan,internet,menghormati ibu bapa & guru dan banyak lagi. Bertawakal pula adalah menyerahkan kejayaan dan kegagalan kepada Allah sebab dengan hal sedemikian jika kita berjaya kita tidak lupa diri dan jika gagal kita tidak berputus asa.

Diharap adik-adik ambil ikhtibar setiap apa yang berlaku kepada kita ada ibrahnya. Renung-renungkanlah secara menaakul tetang kehidupan sebab kehidupan itu adalah ujian sebenarnya bagi setiap manusia. Ujian yang kita sedar akan kehadirannya seperti peperiksaan ini boleh kita bersedia untuk menghadapinya. Sebaliknya ujian tentang kehidupan adalah ujian yang terkadang kita sendiri pun tidak menyedari yang kita telah terlibat secara langsung dalam kancah ujian tersebut.


Logged

SK Encik Buyong
Teoh Say Beng
SMK Kapit
Teacher
Master Member
*

Fame: 58
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1319


Aspire to Inspire Before You Expire


« Reply #27 on: December 25, 2008, 12:30:30 PM »

Keputusan PMR 2008 akan diumumkan Selasa akan datang....
Bagi yg mendapat keputusan cemerlang nanti.... sekalung tahniah....
Bagi yg kurang berjaya.... Jangan putus harapan... Usaha lagi dlm Ting. 4 dan 5.... Masih ada SPM dan juga STPM utk anda buktikan kehebatan anda...
Logged
Lester Kalum
SK Lepong Ajai
Teacher
Super Member
*

Fame: 234
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 3069


最もよいのそこに、最もよいのそこにあった、最もよいのそこにあるある。


« Reply #28 on: December 25, 2008, 06:50:33 PM »

ya betul tu cikgu Teoh. Jangan mudah putus asa. Masih ada ruang dan masa untuk memperbaiki kelemahan diri
Logged
Teoh Say Beng
SMK Kapit
Teacher
Master Member
*

Fame: 58
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1319


Aspire to Inspire Before You Expire


« Reply #29 on: January 07, 2009, 11:37:39 AM »

Keputusan PMR 2008 akan diumumkan Selasa akan datang....
Bagi yg mendapat keputusan cemerlang nanti.... sekalung tahniah....
Bagi yg kurang berjaya.... Jangan putus harapan... Usaha lagi dlm Ting. 4 dan 5.... Masih ada SPM dan juga STPM utk anda buktikan kehebatan anda...

Selain utk pelajar, bagi guru yg mengajar exam class, usahlah putus harapan jika target tak kesampaian...  Tabahkan hati.... Yang dikejar pasti akan dapat... Yang dikendong takkan berciciran....  Yakin Boleh Grin
Logged
Lester Kalum
SK Lepong Ajai
Teacher
Super Member
*

Fame: 234
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 3069


最もよいのそこに、最もよいのそこにあった、最もよいのそこにあるある。


« Reply #30 on: January 07, 2009, 06:14:52 PM »

bagi saya, harus berani dan tabah untuk bangkit semula selepas gagal. Lakukan refleksi dan cari punca kegagalan dan cuba untuk tidak lakukan kesilapan yang sama lagi Smiley
« Last Edit: March 14, 2009, 04:27:29 PM by Lester Kalum » Logged
Habsah Ibrahim

Ultimate Member
*

Fame: 286
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 5769


Kuching


« Reply #31 on: January 07, 2009, 06:56:25 PM »

bagi saya, harus bernai dan tabanh untuk bangkit semula selepas gagal. Lakukan refleksi dan cari punca kegagalan dan cuba untuk tidak lakukan kesilapan yang sama lagi Smiley

Cikgu Lester.....

Kenapalah banyak ejaan tersasul ni? Sekali baca tak dapat agak perkataan apa..... kena baca kali kedua baru tahu. Apa-apa pun jangan kecil hati. Cuma sekadar teguran membina....haha.... 
Logged
Zulkiflee b. Sebli
SK Semerah Padi
Teacher
Master Member
*

Fame: 58
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1401


moga dapat sesuatu yang bermakna di engkabang.net


« Reply #32 on: January 07, 2009, 07:17:24 PM »

Saya tabik kepada rakan sekolah saya dahulu yang pernah mengulang tingkatan lima semata-mata untuk mendapat keputusan yang terbaik dalam SPM. Tiada sifat malu beliau memandang rakan-rakan sekelas sebelum ini berada di tingakatn enam rendah dan beliau masih kekal dalam tingkatan lima di sekolah yang sama. Hasilnya, beliau sudah berjaya dalam perkhidmatan kerajaan (bukan guru).
Logged

SK Semerah Padi,
Kuching
Smile always....dehhh...
Lester Kalum
SK Lepong Ajai
Teacher
Super Member
*

Fame: 234
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 3069


最もよいのそこに、最もよいのそこにあった、最もよいのそこにあるある。


« Reply #33 on: January 07, 2009, 07:24:09 PM »

Cikgu Lester.....

Kenapalah banyak ejaan tersasul ni? Sekali baca tak dapat agak perkataan apa..... kena baca kali kedua baru tahu. Apa-apa pun jangan kecil hati. Cuma sekadar teguran membina....haha.... 

Terima kasih kerana teguran membina dari Kak. Hahahahaha.....itulah nak cepat sangat menaip.....
Logged
Teoh Say Beng
SMK Kapit
Teacher
Master Member
*

Fame: 58
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1319


Aspire to Inspire Before You Expire


« Reply #34 on: January 08, 2009, 09:44:43 AM »

Saya tabik kepada rakan sekolah saya dahulu yang pernah mengulang tingkatan lima semata-mata untuk mendapat keputusan yang terbaik dalam SPM. Tiada sifat malu beliau memandang rakan-rakan sekelas sebelum ini berada di tingakatn enam rendah dan beliau masih kekal dalam tingkatan lima di sekolah yang sama. Hasilnya, beliau sudah berjaya dalam perkhidmatan kerajaan (bukan guru).

Saya pula memiliki beberapa keping sijil STPM... dari berlainan negeri pula tu...
Hasil daripada hasrat dan usaha utk memiliki yg lebih baik....  Grin
Logged
Abg Nazaruddin Abg Noh
SK Gemuan
Teacher
Senior Member
*

Fame: 19
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 276


Be cool,stay cool and keep cool.


« Reply #35 on: January 22, 2009, 06:45:07 PM »

Lama dah tak berengkabang....rasanya saya ketinggalanlah! Terimakasih di atas tips-tips yang diberikan oloeh rakan-rakan.
Logged

Abg Nazaruddin Abg Noh
SK Gemuan
Guru Akademik
Zati Bayani
SMK Bekenu
Teacher
Novice Member
*

Fame: 8
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 49



« Reply #36 on: March 14, 2009, 11:40:28 AM »

Keputusan SPM baru sahaja keluar. Teringat masa zaman saya muda dulu. (ehem..sekarang ni masih muda lagi hehehe..).Ada seorang pelajar di sekolah saya yg baru sahaja mengambil keputusan SPM hari tu. Matematik dia agak teruk juga dan diluar jangkaan kerana selama ini dia agak bagus dlm subjek itu. Dia membuat keputusan untuk ambil semula paper tersebut. Saya tabik pada dia. Yang seorang ni pula beberapa hari sebelum SPM keluar telah pun selamat menjadi pengantin baru..hehehe..saya tabik juga sebab mendahului saya dalam bab tu..hihhiihhihiihihi...
Logged

SMK Bekenu
Lester Kalum
SK Lepong Ajai
Teacher
Super Member
*

Fame: 234
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 3069


最もよいのそこに、最もよいのそこにあった、最もよいのそこにあるある。


« Reply #37 on: March 14, 2009, 04:26:54 PM »

Banyak sudah pengalaman suka duka , gembira sedih didalam thread ini. Semoga akan menjadi pembakar semangat untuk meneruskan perjuangan. Jangan mudah putus asa.
Logged
Widea Angela Binti Takip
SK Sungai Duan
Teacher
Super Member
*

Fame: 473
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 3106


Love your enemies, for they tell you your faults.


« Reply #38 on: March 14, 2009, 04:48:05 PM »

kalau kita tak pernah gagal...ertinya kita tak pernah belajar apa-apa...Grin
Logged

Widea Angela Binti Takip
Guru Data Maklumat
SK Sungai Duan, Mukah
Lester Kalum
SK Lepong Ajai
Teacher
Super Member
*

Fame: 234
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 3069


最もよいのそこに、最もよいのそこにあった、最もよいのそこにあるある。


« Reply #39 on: March 14, 2009, 04:49:36 PM »

Juga akan menyebabkan kekecewaan yang teramat sangat pada kegagalan pertama.......
Logged
Pages: 1 [2] 3 4 5 6 7 8 9 10   Go Up
  Print  
 
Jump to:  

Members
Total Members: 21276
Latest: michael kors handbagsPI
Stats
Total Posts: 254484
Total Topics: 21167
Online Today: 267
Online Ever: 718
(May 16, 2012, 08:58:21 PM)
Users Online
Users: 9
Guests: 256
Total: 265
PIPPBahagian Pembangunan Kurikulume-Paymente-Hasil
Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1.16 | SMF © 2011, Simple Machines | Sitemap Valid XHTML 1.0! Valid CSS!
Page created in 2.144 seconds with 25 queries.