Home   Forum   Help Search Calendar Links Login Register   **
Welcome, Guest. Please login or register.
Did you miss your activation email?
May 25, 2012, 08:24:59 AM

Login with username, password and session length
Program
EduWebTVLatih TubiLINUSManaging Challenging SchoolsGerakan Memperkasakan SekolahLDPICTL SMICTL SRMalaysian Grid for Learning (MyGfL)ProtimPPSMISIP
Recent
[Today at 07:56:42 AM]

[Yesterday at 11:56:50 PM]

[Yesterday at 10:23:08 PM]

[Yesterday at 09:45:39 PM]

[Yesterday at 08:34:38 PM]

[Yesterday at 05:51:30 PM]

[Yesterday at 11:53:44 AM]

[Yesterday at 09:14:15 AM]

[May 23, 2012, 09:30:31 PM]

[May 23, 2012, 08:37:00 PM]
 

Pages: [1]   Go Down
  Print  
Author Topic: satu set latihan tatabahasa untuk anda  (Read 743 times)
0 Members and 2 Guests are viewing this topic.
Ng Ai Fen
SMK Wira Penrissen
Teacher
Senior Member
*

Fame: 4
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 236


org malas mencari alasan org rajin penyelesaian!


« on: June 09, 2009, 05:19:00 AM »

Tatabahasa:

Aktiviti: menganalsisi ayat

1. Nyatakan jenis frasa yang bergaris dalam ayat-ayat di bawah ini, sama ada frasa nama, frasa kerja atau frasa adjektif

i) Mereka berkelah di tepi sungai.
ii) Pemuda itu kehujanan ketika pulang dari pejabat.
iii) Saya ke Hotel Nikko pada petang esok.
iv) Ibu saya akan pergi ke Makkah pada tahun ini.
v) Jika mereka ada, saya pun ada.
vi) Beliau amat gembira apabila memenangi Anugerah Karya Kencana 2004.


2.  Nyatakan jenis kata bagi perkataan yang bergaris dalam ayat-ayat di bawah ini, sama ada kata kerja transitif atau kata kerja tak transitif.

i) Kanak-kanak itu menangis kerana terlalu lapar.
ii) Ibu sedang menggulai ikan di dapur.
iii) Tumpahan kampur itu menyebabkan air sungai itu memutih.
iv) Dia sedang mengarang pantun.
v) Kapal terbang itu telah selamat mendarat di lapangan terbang Tawau.
vi) Mereka mempelawa kami untuk menyertai syarikatnya.

Aktivit: Memisahkan Ayat.

3.  Pisahkan ayat-ayat di bawah ini kepada lima ayat dengan mengekalkan maksud dan struktur asalnya.

Kemalangan di rumah dapat membunuh dan mencederakan mangsa. Kebanyakan mangsa terdiri daripada kanak-kanak yang mempunyai naluri ingin tahu serta mahu mencuba sesuatu yang baharu.


Aktiviti: Menyambungkan Ayat.

Sambungkan ayat-ayat tunggal di bawah ini supaya menjadi dua ayat majmuk.

Internet menjadi hos kepada berjuta-juta kandungan. Internet menjadi hos kepada berjuta-juta maklumat. Internet dianggap menjadi perangkap bahaya remaja. Internet menyediakan kemudahan untuk golongan ini. Golongan remaja mengakses kandungan. Kandungan itu tidak bersesuaian dnegan usia mereka.


Aktiviti: Peribahasa
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian, kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi terdapat dalam keadaan ini.

Setelah dia terlibat dalam kemalangan jalan raya, dia sering berwaspada semasa memandu. Sejak peristiwa itu, dia sentiasa mengingatkan rakan-rakannya supaya sentiasa berwaspada sebelum sesuatu  kesusahan melanda. Sekarang dia sedar bahawa sesuatu peristiwa yang berlaku akan membawa penyesalan yang berpanjangan.

Tips untuk anda

1. seperti lembu dicucuk hidung
2. sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna
3. harapkan pagar, pagar makan padi
4. menyelam sambil minum air
5. ingat sebelum kenal, jimat sebelum habis
6. biar berputih tulang, jangan berputih mata
7.   sudah terhantuk baru tengadah



Logged

Ng Ai Fen
SMK Wira Penrissen
Dorothy Yii Ai Hung
SMK Kapit
Teacher
Senior Member
*

Fame: 13
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 319



« Reply #1 on: June 20, 2009, 09:20:49 AM »

Tingkayu kawan... Cool
Logged

Dorothy Yii Ai Hung
Guru
SMK Kapit
Pages: [1]   Go Up
  Print  
 
Jump to:  

PIPPBahagian Pembangunan Kurikulume-Paymente-Hasil
Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1.16 | SMF © 2011, Simple Machines | Sitemap Valid XHTML 1.0! Valid CSS!
Page created in 0.536 seconds with 26 queries.