Ng Ai Fen
SMK Wira Penrissen
Teacher
Senior Member
Fame: 4
Offline
Gender: 
Posts: 236
org malas mencari alasan org rajin penyelesaian!
|
 |
« on: June 09, 2009, 05:24:45 AM » |
|
Karangan bahagian A: isu tentang PENGANJURAN SUKAN ANTARABANGSA
Berdasarkan bahan rangsangan di bawah, anda perlu membincangkan kebaikan penganjuran sukan antarabangsa di negara kita. Jumlah patah perkataan anda dalam lingkungan 200 sehingga 250 patah perkataan.
Cara-cara anda menghuraikan 3 isi tersebut:
1. -meningkatkan imej negara… -merupakan wadah untuk memperkenalkan negara kita …. -mencapai kecemerlangan dalam penganjuran sukan antarabangsa secara langsung meningkatkan imej negara di persada dunia -anda perlu huraikan pencapaiaan sukan negara di negara kita: -Contohnya. pencapaian sukan badminton dan 'skuasy'
2. meningkatkan ekonomi negara… -penganjuran sukan antarabangsa… -hotel dan infrastruktur yang disediakan untuk pelancong domestik dan pelancong antarabangsa -penyokong bukan sahaja datang untuk menyokong pasukan mereka malahan dapat melancong destinasi negara kita -pengaliran wang masuk ke negara kita -pendapatan negara kita juga bertambah
3…meningkatkan hubungan diplomatik antara negara -penganjuran sukan antarabangsa di negara kita melibatkan negara asing yang datang dari pelosok dunia -anda huraikan jenis sukan antarabangsa negara yang ada -anda huraikan negara yang menyertai sukan antarabangsa -mengeratkan hubungan diplomatik, berupaya mengekang persengketaan antara negara -rusuhan antara negara dapat dielakkan. -sudah tentu sesebuah negara tidak akan menyertai sukan yang dianjurkan oleh sesebuah negara sekiranya negara tersebut dalam keadaan porak-peranda/huru-hara
Bacaan Umum Untuk Anda: Penganjuran Sukan Antarabangsa Di Negara
Jenis-jenis sukan antarabangsa yang ada di dunia ini:
Penganjuran sukan antarabangsa
Jenis-jenis sukan antarabangsa
Sukan Olimpik ialah sukan antarabangsa yang diadakan setiap empat tahun. Sukan ini bermula dari Yunani Purba, dihidupkan semula oleh seorang bangsawan Perancis bernama Pierre de Coubertin pada akhir abad ke-19. Sukan ini yang turut dikenali sebagai Olimpik Musim Panas telah diadakan setiap empat tahun sejak 1896 kecuali ketika Perang Dunia. Pada tahun 2004, Sukan Olimpik ke-28 telah kembali diadakan di tempat asalnya di Athens, Greece. Menjelang 2010, Sukan Olimpik telahpun dihoskan oleh 41 buah bandar dari 22 negara. Pada 2012, London akan menjadi bandar yang pertama yang menjadi tuan rumah kepada Sukan Olimpik sebanyak tiga kali.
Sukan Komanwel acara pelbagai jenis sukan. Dilangsungkan setiap empat tahun sekali, melibatkan atlet elit dari negara-negara Komanwel. Kehadiran di Sukan Komanwel biasanya lebih kurang 5,000 atlet. Commonwealth Games Federation (CGF) ialah organisasi yang bertanggungjawab untuk hala tuju dan kuasa Sukan Komanwel. Mulanya acara yang dikenali sebagai Sukan Empayar British diadakan pada 1930 di Hamilton, Ontario, Kanada. Kemudian nama ditukar kepada Sukan Komanwel dan Empayar British pada 1954, kepada Sukan Komanwel British pada 1970 dan nama semasa sekarang Sukan Komanwel pada 1978. Seperti jumlah acara sukan Olimpik, Sukan ini turut mengandung beberapa sukan yang dimain meluas di negara Komanwel, seperti lawn bowl, ragbi dan bola jaring. Hanya enam negara yang menyertai setiap Sukan Komanwel yang diadakan: Australia, Kanada, England, New Zealand, Scotland dan Wales. Kebaikan penganjuran sukan antarabangsa kepada sesebuah negara
Sukan Asia juga dipanggil Asiad, adalah acara pelbagai sukan yang diadakan setiap empat tahun dalam kalangan atlet dari seluruh benua Asia. Sukan Asia dikawal oleh Majlis Olimpik Asia (OCA) di bawah pengawasan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC). Pingat akan dianugerahkan dalam setiap acara dengan emas untuk tempat pertama, perak untuk tempat kedua dan gangsa untuk tempat ketiga, suatu tradisi bermula sejak tahun 1951. Atlet perlu didaftarkan oleh Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan (NOC) mengikut kewarganegaraan atau kerakyatan. Lagu kebangsaan dan bendera mengiringi upacara pemberian pingat dan angka yang diatur mengikut sistem pemberian pingat setiap negara yang memungut pingat. Secara umumnya, negara berdaulat sahaja dibenarkan mengambil bahagian.
Hal yang istimewa ialah apabila Taiwan dibenarkan turut serta dan namanya digelar China Taipei berdasarkan status politik Taiwan yang belum tetap. Sukan ini telah didominasikan oleh atlet dari Jepun, Republik Rakyat China, dan Korea Selatan. Pada asalnya, Sukan Asia Tenggara diberi nama Sukan Semenanjung Asia Tenggara atau Sukan SEAP. Pada 22 Mei 1958, semua delegasi dari negara semenanjung Asia Tenggara menghadiri Sukan Asia ke-3 di Tokyo, Jepun untuk melakukan perjumpaan dan telah disetujui banyak pihak untuk mengadakan pertubuhan sukan ini. Sukan SEAP dibentuk konsepkan oleh Laung Sukhumnaipradit iaitu Naib Presiden Komiti Olimpik Thailand. Cadangan ini diterima dan sukan ini dipromosikan untuk negara semenanjung Asia Tenggara. Thailand, Burma (kini; Myanmar), Malaya (kini; Malaysia), Laos, Vietnam Selatan, dan Kemboja (juga Singapura menyertai kemudiannya) dijadikan sebagai anggota sukan ini. Kebanyakan negara menyetujui temasya ini diadakan secara dwi-tahunan. Sukan Komiti Persekutuan SEAP mula dibentuk selepas itu.
Sukan SEAP pertama diadakan di Bangkok, Thailand dari 12-17 Disember 1959 dan disertai seramai 527 atlet dan pegawai rasmi dari Thailand, Burma, Malaysia, Singapura, Vietnam Selatan, dan Laos mengambil bahagian dalam 12 jenis sukan. Sukan SEAP ke-8 pada 1975, Persekutuan SEAP membawa masuk kontinjen negara dari Indonesia dan Filipina. Dua negara itu diterima pada 1977, tahun yang sama yang mana Persekutuan SEAP menukar nama kepada Pertubuhan Sukan Asia Tenggara (SEAGF) dan temasya dwi-tahunan ini dikenali sebagai Sukan Asia Tenggara. Brunei diterima masuk pada Sukan SEA ke-10 di Jakarta, Indonesia, dan Timor-Leste pada Sukan SEA ke-22 di Hanoi, Vietnam. Sukan SEA ke-23 diadakan di Filipina, yang diadakan bermula 27 November dan berakhir 5 Disember 2005, yang menjadi hos temasya dwi-tahunan ini buat kali ketiga.
Tokoh sukan yang Terkenal di Malaysa
DATUK LEE CHONG WEI lahir pada 21 Oktober 1982) seorang pemain badminton professional dari Malaysia. Beliau merupakan pemenang pingat perak bagi acara perseorangan lelaki dalam Sukan Olimpik 2008, mengakhiri kemarau pingat kontinjen Malaysia di Olimpik sejak 1996, dan Najib Tun Razak menganggap beliau sebagai hero nasional melalui kejayaan beliau dalam temasya itu.[1]
Chong Wei telah bermain badminton di Sukan Olimpik 2004 bagi perseorangan lelaki dengan menewaskan Ng Wei dari Hong Kong pada pusingan pertama. Pada pusingan kedua, Chong tewas kepada pemain dari Republik Rakyat China, Chen Hong. Lee Chong Wei tidak pernah tewas dalam Terbuka Malaysia untuk 3 tahun berturut-turut dimenanginya. Pada tahun 2005, buat pertama kalinya Lee bermain dalam kejohanan bertaraf 5 bintang iaitu Terbuka Danish. Beliau berjaya menjuarai terbuka Malaysia dan memungut pingat gangsa dalam kejohanan dunia. Kemuncak kariernya ialah pada tahun 2006 dimana ketika beliau berjaya merangkul gelaran ranking nombor satu dunia. Pesaing utama Lee Chong Wei ialah Lin Dan, Taufik Hidayat, Bao Chunlai, Sony Dwi Kuncoro dan Peter Gade.
DATUK NICOL ANN DAVID DB, DSPN, AMN, PJK (23 Ogos 1983) ialah seorang pemain skuasy Malaysia dan merupakan pemain skuasy wanita Nombor 1 dunia sekarang, dan juara (mulai 2005) "Terbuka British" dan "Kejohanan Dunia". Beliau ialah orang Asia pertama memenangi gelaran itu. Dilahirkan di Pulau Pinang, Nicol ialah anak perempuan kepada Desmond David dan Ann Marie David. Ayahnya seorang jurutera manakala ibunya seorang guru. Beliau mempunyai dua orang adik-beradik lain yang bernama Liane dan Cheryl. Nicol juga satu-satunya pemain skuasy yang menjuarai Kejohanan Remaja Dunia sebanyak dua kali. Nicol berlatih di Amsterdam, Belanda selepas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 2000, dan mendapat 9A. Beliau juga menjuarai Kejohanan Skuasy Asia sebanyak lima kali (1998, 2000, 2002, 2004, 2006). Pada 4 Disember 2005, beliau menewaskan Rachael Grinham dari Australia untuk menjadi juara termuda yang memenangi Kejohanan Dunia. Nicol memenangi Terbuka Dunia 2006 di Belfast mengalahkan Natalie Grinham dari Australia 1-9, 9-7, 3-9, 9-5, 9-2 dalam masa 95 minit. Pada hari sebelumnya Nicol telah mengalahkan Rachael Grinham dengan 9-7, 9-1, 9-1 dalam masa 46 minit. Nicol menjadi penerima pertama anugerah Darjah Bakti (D.B) di Malaysia sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin pada Jun 2008.
|