Ng Ai Fen
SMK Wira Penrissen
Teacher
Senior Member
Fame: 4
Offline
Gender: 
Posts: 236
org malas mencari alasan org rajin penyelesaian!
|
 |
« on: June 09, 2009, 05:57:25 AM » |
|
Soalan esei:
Seorang ibu yang baru sahaja hamil dua bulan telah menimpa maut akibat diancam oleh peragut. Isu peragut telah berlaku sejak dahulu tetapi dipandang remeh oleh masyarakat. Kini, kes ragut bukan sahaja melibatkan wang dan harta malahan nyawa yang tidak berdosa. Anda merupakan pegawai Kementerian Pembangunan Wanita telah ditugas untuk menyediakan laporan tentang punca-punca kes peragut dan langkah-langkah yang wajar diambil.
Sediakan laporan tersebut dengan selengkapnya.
5/24/09
Laporan tentang Punca-punca Kes Ragut dan Langkah-langkah Membendungnya
1.0 Pendahuluan ( Dalam bahagian ini anda huraikan kes-kes ragut yang berlaku baru-baru ini. -nyatakan kes ragut semakin serius jika dibanding dahulu -nyatakan gelagat peragut semakin berani dan bermaharajalela untuk melakukannya -nyatakan kehendak soalan, " Saya diberi tugas menyediakan suatu laporan tentang faktor-faktor kes ragut dan langkah-langkah membendunya.
2.0 Faktor-faktor
2.1 Peragut terdiri daripada penagih dadah -anda perlu huraikan peragut menagih dadah sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk mendapat dadah -peragut hilang kewarasan dalam pertimbangan -tindakan mungkin memudaratkan mangsa, nyawa terancam
2.2 Mangsa leka akan keselamatan diri dan tidak peka akan penjenayan di sekeliling mereka -nyatakan mangsa terutama wanita meletakkan diri dalam keadaan bahaya. -terutama pejalan kaki -memakai barang kemas yang menarik perhatian suspek
2.3 Kawasan tumpuan orang ramai yang amat strategik - nyatakan kawasan tumpuan orang ramai, mangsa sukar mengecam peragut - berlaku dengan pantas kerana mereka sudah mahir dengan kedudukan tempat tersebut - masyarakat yang bersikap individualistik, tanpa mengambil tahu kejadian yang berlaku di sekeliling mereka - sikap tidak menjaga tepi kain orang lain
3.0 Langkah-langkah membendungnya
3.1 Hukuman terhadap peragut perlu dikaji semula -nyatakan peragut memandang remeh terhadap hukuman yang bakal dikenakan kerana tidak cukup untuk menggerunkan mereka -peragut yang bukan sahaja meragut harta benda malahan mengancam nyawa yang diakhiri dengan maut perlu dikenakan hukuman yang berat agar setimpal dengan perbuatan mereka -hukuman dan undang-undang yang dikuatkuasakan perlu diproklamirkan melalui media massa agar diketahui umum 3.2 Masyarakat perlu peka terhadap jenayah -masyarakat perlu menjaga tepi kain orang lain -masyarakat perlu bertindak sebagai "Rakan Cops" ---melaporkan kejadian dengan segera -atau melakukan sesuatu yang boleh menakutkan peragut yang cuba meragut mangsa -mengamalkan ciri-ciri keselamatan
4.0 Kesimpulan
-kes ragut perlu dipandang serius -kes ragut merupakan penyakit sosial yang mudah merebak sekiranya vaksin menghalang masalah ini tidak disuntik dalam kalangan masyarakat -semua pihak menggembleng kudrat ---membendung masalah ini…
Laporan disediakan oleh, x Mei 2009.
______________________ (NAMA HURUF BESAR)
Nyatakan Jawatan anda.
MAKLUMAT AM UNTUK BACAAN ANDA!
ARTIKEL TENTANG KES RAGUT: SUMBER E-BERITA
ARKIB : 07/05/2009
Ajar peragut dengan hukuman berat
SUNGGUH sedih dan malang menimpa dua buah keluarga masing-masing di Johor dan Kelantan apabila dua wanita yang mengandung maut di tangan peragut. Begitu juga nasib warga emas di Pulau Pinang yang menjadi korban peragut.
Dalam hal ini, pihak berkuasa yang menjaga keselamatan dan ketenteraman rakyat perlu bertindak segera.
Untuk itu juga kerajaan kena mengambil pendekatan di luar daripada kebiasaan. Kita tidak mahu lagi mendengar apabila berlakunya kes-kes baru yang didedahkan oleh media massa, maka kita dibentangkan dengan pelbagai kaedah penyelesaian untuk menangani isu berkenaan.
Sebenarnya isu ragut hingga membawa maut sudah lama diperkatakan. Perbincangan ini bagaikan sekejap panas, sekejap sejuk.
Sehingga kini, kita masih belum berjaya menangani kedua-dua masalah ini.
Ke mana semua cadangan tentang penyediaan pendidikan agama, pusat-pusat didikan dan kaunseling dan pelaksanaan undang-undang yang lebih ketat yang heboh dibincangkan suatu masa dulu apabila masalah ini timbul.
Untuk menangani masalah ini dalam jangka pendek, tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan yang berkaitan perlu diteruskan dalam mengatasi jenayah ragut di negara kita.
Untuk pelan jangka panjang, kerajaan perlu memikirkan undang-undang lebih ketat sebagai langkah-langkah untuk membendung punca yang membawa kepada masalah ragut.
Kita menggesa kerajaan bertegas dan pastikan undang-undang yang ingin digubal atau dipinda meletakkan nilai denda atau hukumannya amat menggerunkan penjenayah atau pesalah.
ARKIB : 20/05/2009
Polis yakin selesai kes ragut wanita hamil JOHOR BAHRU 19 Mei - Polis yakin dapat menyelesaikan kes ragut yang mengakibatkan kematian seorang wanita hamil dua bulan, Jamilah Selamat (gambar), 31, di Taman Ayer Hitam, Batu Pahat, 3 Mei lalu. Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, keyakinan itu berikutan pihaknya telah mengenal pasti suspek dan seorang lagi rakannya yang membeli barang curi milik mangsa. "Suspek berusia 26 tahun ditahan di Behrang Jaya, Batu Pahat, empat hari selepas kejadian. "Ketika ditahan, suspek dalam keadaan khayal kerana mengambil dadah jenis Eramin 5 dan bersamanya turut ditemui sebuah motosikal curi," katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, hari ini. Mohd. Mokhtar berkata, suspek merupakan bekas banduan dan memiliki enam rekod jenayah berkaitan curi serta ragut sejak 2003 dan satu kes ceroboh rumah pada 2006.
********************************************************************** ARKIB : 22/06/2004
Elak jenayah - Wanita perlu memperkasakan(menguatkan) diri
Oleh Normala Hamzah
SEJAK dahulu masyarakat tidak ambil kisah tentangn kes ragut biarpun ada kalanya individu terbabit kehilangan sejumlah besar wang tunai dan barang kemas. Ketika itu, kes ragut masih dianggap sebagai terpencil dan tidak memudaratkan mangsa. Namun perubahan masa telah menyaksikan ragut sebagai satu jenayah serius yang akhir-akhir ini turut meragut nyawa manusia.
Kematian dua wanita, Chin Wai Fun, 38, yang koma 18 jam akibat terhantuk pada benda keras ketika bergelut dengan peragut beg tangannya di Brickfields dan seorang kerani akhbar Nanyang Siang Pau Chong See Cheng, 37, pada 14 Jun 2004 menyedarkan masyarakat bahawa jenayah ragut bukan lagi isu remeh sebaliknya jenayah yang harus diberi perhatian serius khususnya oleh kaum wanita.
Fenomena ini telah membawa satu lagi amaran kepada wanita supaya lebih berhati-hati dalam kehidupan seharian.
Banyak pihak apabila memperkatakan tentang jenayah ragut ini meletakkan kesalahan kepada wanita kerana leka dan tidak peka kepada jenayah yang akan dihadapi oleh mereka.
Menurut mereka peragut terpanggil melakukan jenayah kerana didorong oleh penampilan mangsa yang membawa beg tangan dengan penuh gaya tanpa memikirkan keselamatan atau memakai barang kemas yang tidak sepatutnya semasa berada di tempat awam.
``Wanita patut memulakan usaha melengkapkan diri dengan langkah-langkah keselamatan sewajarnya. Contohnya apabila hendak ke tempat meletak kereta, pastikan anda telah bersedia untuk melakukan sesuatu apabila diserang,'' ujarnya.
Pada masa yang sama, mereka harus peka kepada keadaan keliling serta mengawasi orang-orang yang mencurigakan di samping berusaha mendapatkan maklumat tentang cara-cara mengendong beg yang betul, cara berjalan dan elakkan daripada menghampiri kawasan yang tidak perlu.
``Contohnya apabila berjalan di kaki lima jalan, pastikan beg tangan yang dipegang atau dikendong berada pada sebelah kiri. Ini bagi menghalang peragut daripada menghampiri dengan mudah untuk merentap beg tangan yang sedang disandang atau dipegang itu,'' nasihatnya.
Sehubungan itu, beliau turut bersetuju wanita mempelajari seni mempertahankan diri untuk berdepan dengan peragut sekiranya mengalaminya. Mahmood turut menasihati wanita supaya tidak membawa dokumen penting dan wang tunai yang banyak di dalam beg tangan kerana peragut lebih gemar meragut beg tangan berbanding barang kemas.
``Sekiranya ternampak seakan-akan sesuatu yang buruk akan berlaku di kawasan anda berada, segeralah bertindak dan berusaha untuk menghalangnya. Jangan hanya menjadi pemerhati.
``Saya juga berharap undang-undang untuk pesalah kes ragut ini ditimbang semula dan perketatkan supaya mereka yang mungkin akan melakukan jenayah tersebut merasa takut dan berfikir banyak kali sebelum melakukannya,'' jelas Mahmood. peragut adalah mereka yang yang suka mencuri. Seperkara yang perlu diingati oleh wanita adalah bertindak bijak semasa diserang tetapi jangan melawan untuk keselamatan diri.
``Apabila diragut, elak diri daripada bergelut dan sebaik-baiknya lepaskan beg yang disentap kerana menjadi resam peragut akan berusaha mendapatkan apa-apa yang mereka ingini. Jika terus melawan, kemungkinan mangsa akan tercampak atau berpusing-pusing, langkah terbaik adalah sentiasa berhati-hati.
Berpeganglah kepada pepatah, berjimat sebelum habis, beringat sebelum kena.
Utusan Malaysia 01 Jun 2004 **********************************************************************
Rencana kes ragut Oleh Najibah Hassan (Wartawan Utusan) Membanteras jenayah ragut bukan satu perkara mudah. Ini kerana, modus operandinya berlaku terlalu pantas, hanya dalam beberapa saat saja si peragut `berjaya' melepaskan diri.
Jenayah ragut juga dikenali sebagai `jenayah oportunis' kerana mereka biasanya menyamun atau meragut mangsanya di tepi-tepi jalan.
``Peragut yang sinonim sebagai perompak di tepi-tepi jalan ini mempunyai identiti profil yang tersendiri.
``Ini kerana sebahagian besar daripada mereka ialah pengguna dadah (drug user),'' kata Pensyarah Kriminologi, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Pusat Pengajian Sains, Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. P. Sundramoorthy.
Menurut beliau, pengguna dadah berbeza dengan penagih. Pengguna dadah, ingin mendapatkan duit yang cepat, biasanya adalah golongan yang `terdesak'. Jadi, apabila seseorang dalam keadaan terdesak, mereka sanggup melakukan apa-apa saja, sekalipun hasil yang diperoleh tidak lumayan.
``Meragut bukanlah satu jenayah yang menghasilkan pendapatan lumayan, kerana adakalanya mereka memperoleh RM30 saja. Tetapi, jumlah tersebut sudah cukup untuk membeli apa-apa yang dihayati oleh mereka`'' jelasnya.
Biasanya, kata Sundramoorthy, dalam sebahagian besar kes-kes jenayah, mereka yang terlibat adalah lelaki yang berusia dalam lingkungan antara 20 hingga 40 tahun.
Mengulas berhubung kes-kes ragut lebih kerap berlaku di bandar-bandar, Sundramoorthy ketika dihubungi memberitahu, populasi di luar bandar yang lebih kecil dan si pelaku mudah dicam, tidak merangsang jenayah ini.
Berbeza dengan situasi di bandar, selain populasi yang ramai dan persekitaran kelam kabut, peragut berpeluang melakukan jenayah ini dengan mengelirukan mangsa. Malah, orang ramai yang menyaksikan insiden seperti ini sukar membantu mengecam si peragut.
Tambah beliau, di Kuala Lumpur juga banyak jalan dan simpang yang memudahkan peragut melarikan diri.
Dalam menangani jenayah ragut, setiap orang mungkin perlu mengamalkan budaya `menjaga tepi kain orang'.
Menangani jenayah, ialah urusan dan tanggungjawab semua orang. Hanya dengan meletakkan `beban' kepada pihak polis untuk menyelesaikannya, bukan cara yang berkesan. Ini kerana, jenayah ragut saling berkait antara si peragut, orang yang diragut, orang ramai yang melihat kejadian dan pihak polis.
Beliau percaya, gabungan kesedaran orang ramai, pelaksanaan undang-undang yang proaktif dan konsep bandar selamat antara jalan keluar yang membantu berdepan dengan dilema ini.
Dengan meletakkan papan tanda di kawasan-kawasan yang berisiko tinggi, sekurang-kurangnya dapat membantu orang ramai lebih berjaga-jaga dengan jenayah ini.
Memang mendukacitakan, apabila mereka yang pernah `menyaksikan' kes-kes ragut hanya mendiamkan diri dan enggan tampil memberi maklumat.
Sundramoorthy tidak menafikan, `sikap enggan ambil tahu' atau `bukan urusan aku' dalam kalangan masyarakat hari ini semakin membimbangkan.
Menurutnya, sekalipun mangsa menjerit meminta tolong, orang ramai yang berhampiran hanya melihat saja apa-apa yang berlaku, tanpa sebarang inisiatif.
``Semakin membangun sesebuah negara itu, semakin ketara perubahan sosialnya kerana masyarakat akan menjadi lebih individualistik.
************************************************************************
KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedang mengkaji pelbagai cadangan bagi mencegah jenayah ragut di kota raya, termasuk rancangan membanyakkan jejambat pejalan kaki, membangunkan banyak pokok renek untuk laluan motosikal, di samping menghadkan laluan buat motosikal.
Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Ahmad Fuad Ismail berkata beliau sudah mengarahkan pegawai DBKL membuat kajian dengan sebuah institusi berkaitan perkara itu.
Katanya bagi usaha penanaman pokok sebagai penghadang buat laluan motosikal, usaha ini sudah dilaksanakan di beberapa laluan di pusat bandar, dan langkah itu akan dilaksanakan di kawasan-kawasan lain jika ia didapati berkesan.
"Penanaman pokok renek dapat menghadang motosikal daripada masuk ke laluan pejalan kaki, dan secara tidak langsung ia dapat mengelak jenayah ragut daripada berlaku," katanya kepada Bernama ketika ditemui di pejabatnya di sini Rabu.
n BERNAMA
APAKAH LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN DARIPADA KENA RAGUT ?
• Selalu gunakan jalan dan lorong yang ramai orang lalui. Jangan berjalan atau bersiar-siar di tempat gelap. • Jika terpaksa keluar di waktu malam cuba bawa teman. • Jangan memakai barang-barang kemas dengan banyak. Elakkan daripada meletak beg duit anda di dalam raga membeli-belah atau di atas kaunter. • Silangkan beg tangan anda di bahu dan berjalan di sebelah kanan jalan bertentangan dengan laluan laulintas. • Hendaklah berwaspada selalu, andainya anda merasai seseorang yang mencurigakan mengekori anda, hendaklah dengan segera menuju ke tempat lain. • Semasa membeli-belah di tempat yang sibuk gengam beg duit dengan kuat atau sembunyi beg itu di tempat yang tidak terdedah. • Berjalan di atas kaki lima kedai supaya dapat mengelakkan diri dari diragut oleh pembonceng motosikal. • Jikalau membawa anak-anak kecil ke bandar, tanggalkan barang-barang kemas yang di pakai olehnya. • Jangan berasak-asak apabila menaiki / turun bas, keretapi, panggung wayang atau tempat sesak supaya dapat mengelak daripada kena ragut. • Bila menggunakan lif, pastikan ada orang bersama anda atau cari orang yang anda biasa. Jika ada orang mengekori anda dan anda mencurigai orang itu, keluar dari lif dengan segera.
Statistik jenayah ragut dalam enam bulan pertama tahun ini secara puratanya 26.33 kes sehari amat mengejutkan dan membimbangkan. Data ini diperolehi dari sejumlah 4,766 kes dalam tempoh yang sama. Jumlah ini direkodkan adalah berdasarkan laporan polis yang dibuat oleh mangsa jenayah ragut. Yang tidak melaporkan kepada polis tidak dinafikan banyak juga. Kesimpulannya jenayah ini meningkat saban tahun. Lebih menyedihkan jenayah ragut kini melibatkan pula jenayah kekerasan dan kematian. Sungguh sedih mendengar berita apabila mangsa ragut terbunuh akibat mempertahankan barangan miliknya dari diragut oleh penjenayah. Peragut kini seolah-olah sudah dirasuk hantu apabila sanggup membunuh walaupun diketahui barangan yang diragut tidak setimpal dengan "kerja" yang dilakukan. Mereka seolah-olah sudah terdesak sehinggakan sanggup membunuh kerana sebuah telefon bimbit dan wang seratus ringgit. Inilah yang terjadi kepada pelajar Kolej Tunku Abdul Rahman yang terbunuh selepas ditetak dengan parang.
|