Home   Forum   Help Search Calendar Links Login Register   **
Welcome, Guest. Please login or register.
Did you miss your activation email?
May 25, 2012, 08:38:04 AM

Login with username, password and session length
Program
EduWebTVLatih TubiLINUSManaging Challenging SchoolsGerakan Memperkasakan SekolahLDPICTL SMICTL SRMalaysian Grid for Learning (MyGfL)ProtimPPSMISIP
Recent
[Today at 07:56:42 AM]

[Yesterday at 11:56:50 PM]

[Yesterday at 10:23:08 PM]

[Yesterday at 09:45:39 PM]

[Yesterday at 08:34:38 PM]

[Yesterday at 05:51:30 PM]

[Yesterday at 11:53:44 AM]

[Yesterday at 09:14:15 AM]

[May 23, 2012, 09:30:31 PM]

[May 23, 2012, 08:37:00 PM]
 

Pages: [1]   Go Down
  Print  
Author Topic: SUKAN PRESTASI TINGGI SEKOLAH SUKAN MEMANAH (SPTS ) SUKAN MEMANAH  (Read 1471 times)
0 Members and 2 Guests are viewing this topic.
Jamil Bin Talip
SMK Tun Abdul Razak
Teacher
Newbie
*

Fame: 0
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 6



« on: June 13, 2009, 12:01:40 AM »

Assala-mu-alaikum dan Selamat Sejahtera..................

Sukan Prestasi Tinggi Sekolah ( SPTS ) telah dikembangkan ke Sarawak dengan Sukan memanah dan sepak takraw dijadikan sukan yang mula-mula dilaksanakan.

Bagi sukan Memanah di Sarawak, telahpun melantik 6 pusat di 6 bahagian untuk menjadi perintis kepada program Kementerian Pelajaran ini.

Sukan Prestasi Tinggi Sekolah ini merupakan sebuah program pembangunan bagi melatih pemanah-pemanah diperingkat awal. Pusat Latihan Daerah mencari dan melatih pemanah-pemanah di daerah masing-masing. Pemanah-pemanah di peringkat daerah dilatih sehingga dapat mewakili bahagian masing-masing di peringkat negeri. Ini akan mengambil masa 1 hingga 2 tahun maksimum. Apabila mereka berjaya menjadi empat pemanah terbaik dalam pertandingan di peringkat negeri, mereka akan diserapkan ke Sekolah Sukan Negeri. Di sini mereka akan dilatih sehingga dapat mencapai kedudukan empat pemanah terbaik kebangsaan. Selepas itu mereka akan diserapkan ke Sekolah Sukan Malaysia. Di Sekolah Sukan Malaysia mereka akan dilatih sehingga dapat terpilih untuk diserapkan kedalam pasukan pelapis Malaysia, mengikuti program SERANTAU dan mewakili Malaysia diperingkat antarabangsa.

Di Sarawak, sekolah-sekolah yang dipilih sebagai Pusat Latihan Daerah adalah:

   Kuching   -   SMK Tun Abdul Razak, Kuching
   Sibu      -   SMK Sibu Jaya, Sibu
   Miri      -   SMK Riam Taman Tunku, Miri
   Limbang   -   SMK Kubong, Limbang
   Sarikei      -   SMK Pakan, Sarikei
   Samarahan   -   SMK Kota Samarahan, Samarahan

Semuga sekolah yang dilantik ini berjaya menghasilkan pemanah-pemanah yang berpotensi besar dan dapat meneruskan impian mereka.
Logged

Jamil Bin Talip
Guru
SMK Tun Abdul Razak
Gilbert Lowrence
SMK Riam
Teacher
Newbie
*

Fame: 0
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 5



WWW
« Reply #1 on: July 15, 2009, 08:35:40 PM »

Terima kasih cikgu jamil...
nak menjadi pusat kecemerlangan memanah tu senang..janji ada budget..
ini budget pun tak ada...wawasan bukan main...
nak beli guna duit apa ?
duit cikgu sendiri...
di smk riam dah bertaun kelab memanah dibuka ... peralatan pun dah banyak rosak...nak latih bdk macam mana?

sekurang2nya sediakanlah budget untuk beli peralatan atau servis alatan..kita sedia maklum peralkatan memanah bukannya murah...
kalau guna peruntukan kk beli 2 - 3 bow sahaja dah habis duit kk....

pening2...
Logged

"Dalam Senyum Ada Duka"
"Dalam Duka Ada Tawa"
"Dalam Tawa Ada Gembira"
"Dalam Gembira Ada Aku Dan Dia"
Jamil Bin Talip
SMK Tun Abdul Razak
Teacher
Newbie
*

Fame: 0
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 6



« Reply #2 on: July 22, 2009, 01:04:34 AM »

Terima kasih cikgu kerana memberi respon.
Program SPTS adalah program Kementerian Pelajaran Malaysia. Untuk pengetahuan pemilihan SMK Riam adalah dari PPG Miri dengan mengambil kira kepakaran yang ada di sana. Peralatan memang menjadi masalah sekarang, tapi daripada maklumat yang didapati semasa mesyuarat SPTS yang lalu untuk PLD yang belum ada peralatan, akan diedarkan sebanyak 4 set pada akhir tahun ini. Untuk ini tender telah dibuka menurut En. Raymond Gai. Pada bila-bila masa dalam tahun 2010 SMK Riam termasuk Samarahan, Sibu, Sarikei dan Limbang akan menerima peruntukan peralatan SPTS yang berjumlah RM28,795.00 berbentuk waran.

Untuk tahun ini juga saya telah mencadangkan peralatan memanah untuk RMK9 yang dibekalkan kepada SMK Bintulu dipindahkan ke SMK Riam, memandangkan sekolah tersebut tiada kepakaran. Peralatan tersebut termasuklah 30 set bow, 10 terget butt dan beberapa assesori lain termasuklah arrow.

Kita mohon jalankan aktiviti dengan apa-apa saja yang ada termasuklah menggunakan getah seperti yang saya jalankan.

Moga-moga apa yang kita harapkan akan dapat dengan usaha yang gigih dari pihak tuan yang mempunyai kepakaran.
Logged
Pages: [1]   Go Up
  Print  
 
Jump to:  

PIPPBahagian Pembangunan Kurikulume-Paymente-Hasil
Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1.16 | SMF © 2011, Simple Machines | Sitemap Valid XHTML 1.0! Valid CSS!
Page created in 0.124 seconds with 25 queries.