Home   Forum   Help Search Calendar Links Login Register   **
Welcome, Guest. Please login or register.
Did you miss your activation email?
May 25, 2012, 09:16:33 AM

Login with username, password and session length
Program
EduWebTVLatih TubiLINUSManaging Challenging SchoolsGerakan Memperkasakan SekolahLDPICTL SMICTL SRMalaysian Grid for Learning (MyGfL)ProtimPPSMISIP
Recent
[Today at 07:56:42 AM]

[Yesterday at 11:56:50 PM]

[Yesterday at 10:23:08 PM]

[Yesterday at 09:45:39 PM]

[Yesterday at 08:34:38 PM]

[Yesterday at 05:51:30 PM]

[Yesterday at 11:53:44 AM]

[Yesterday at 09:14:15 AM]

[May 23, 2012, 09:30:31 PM]

[May 23, 2012, 08:37:00 PM]
 

Pages: [1]   Go Down
  Print  
Author Topic: WARKAH TERAKHIR ROSLI DHOBY  (Read 1988 times)
0 Members and 3 Guests are viewing this topic.
Rohana binti Bujang
SMK Kota Samarahan
Teacher
Senior Member
*

Fame: 59
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 300


bersederhana dalam semua perkara


« on: June 25, 2009, 09:42:49 PM »

Warkah terakhir Rosli Dhoby


Anda kenal siapa Rosli Dhoby? Rosli Dhoby ini adalah perjuang menuntut kemerdekaan Sarawak daripada British mati, di tali gantung pada 2 Februari, 1950. Dan berapakh usianya pada ketika itu? 17 tahun!! cuba anda bayangkan, umur semuda 17 tahun sudah berjuang.

Sedikit info yang boleh dikongsikan mengenai Rosli Dhoby, Anak muda Melanau yang dilahirkan pada 1932 di Sibu telah menganggotai Gerakan Pemuda Melayu Sarawak (GPMS) yang ditubuhkan bagi menentang penjajah British swasta, keluarga Sir Charles Vyner Brooke yang kalah di tangan Jepun dalam Perang Dunia Kedua tetapi mahu menyerahkan Sarawak kepada Pejabat Kolonial di London selepas Perang pada tahun 1945.

Beliau telah dipilih oleh Rukun 13, dimana Rukun 13 ini ditubuhkan untuk menikam Sir Duncan yang amat tidak popular di kalangan masyarakat bumiputera Sarawak kerana bersikap angkuh terhadap mereka. Beliau didapati bersalah menikam sampai mati Gabenor British kedua Sarawak Sir Duncan Stewart dengan menggunakan pisau beracun di Sibu pada 3 Disember, 1949. Pada jam 9.30 pagi di hari itu, Rosli telah menikam perut Sir Duncan dengan pisau tradisi Melanau yang dipanggil Badik.

Rosli menjerit: “Keluar dari sini atau kamu mati!”

Pada 15 Disember1949, Rosli telah dihukum gantung sampai mati di penjara Kuching tanpa batu nisan..namun beliau telah dikebumikan semual pada 2Mac 1996 di Sibu.Ini adalah isi kandungan warkah terakhir Rosli Dhoby kepada keluarganya sebelum dihukum gantung

Kepada ibu bapaku yang dimuliai dan ditaati serta dicintai siang dan malam. 1. Selamat berpisah anakanda ucapkan di atas kematian anakanda yang dahsyat. Janganlah diingat-ingat dan dirayukan kerana itu memang sudah nasib dan takdir anakanda yang tak dapat dielakkan dan dimungkirkan lagi.
2. Peliharakanlah adik dan kakak serta semua ahli kita - Berikan segala pelajaran sama ada `Sunat’ atau `Fardu’ kepada mereka.
3. Ampunilah dosa dan kesalahan anakanda dari merah tapak kaki dipelihara ayahanda dan bonda sehingga hari perpisahan anakanda. Dan halalkanlah makan minum anakanda.
4. Selimutilah jenazah anakanda dengan Panji Kebangsaan Sarawak.
5. Segala perkakas tulis menulis, buku dan pakaian anakanda itu, berikan semuanya kepada Adik Aini.
(Datuk Aini Dhoby adalah seorang pengasas Barisan Rakyat Jati Sarawak dalam tahun 1961 bersama dengan Tun Ahmad Zaidi, bekas Ketua Menteri Sarawak ketiga dan Yang Dipertua Negeri Sarawak keempat Tun Abdul Rahman Yaakub, dan Ketua Menteri Sarawak keempat Tan Sri Dr Abdul Taib Mahmud.
Barisan Rakyat Jati Sarawak atau BARJASA kemudian dinamakan Parti Bumiputra Sarawak dan akhirnya, Parti Pesaka Bumiputra Bersatu Sarawak atau PBB)
6. Sementara anak kecil Fatimah, berilah dengan nama ROSLI sempena memperingati anakanda.
7. Sampaikan salam hormat dan maaf serta selamat dari anakanda kepada ibu tua dan bapa saudara anakanda.
8. Ayahanda dan bonda serta ahli keluarga sekalian janganlah lupa mengamalkan kebajikan dan mendirikan sembahyang untuk bekalan istimewa ke alam yang kekal.
Salam sembah dari anakanda.
Rosli Dhoby
1 Mac, 1950.



« Last Edit: June 25, 2009, 09:51:15 PM by Rohana binti Bujang » Logged

SMK Kota Samarahan,
Jalan Datuk Muhammad Musa,
94300 Kota Samarahan,
Sarawak.
Rohana binti Bujang
SMK Kota Samarahan
Teacher
Senior Member
*

Fame: 59
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 300


bersederhana dalam semua perkara


« Reply #1 on: June 25, 2009, 09:46:32 PM »

TAHNIAH kepada ASTRO CITRA kerana menyiarkan kisah sejarah pejuang negeri Sarawak, insan istimewa bernama ROSLI DHOBY. Mudah-mudahan pengkisahan sejarah ini menyuntik nadi baru perjuangan dalam diri generasi muda kini.
Logged
Wan Zainal Abiddin B. Wan Hosen
SK Singat
Teacher
Full Member
*

Fame: 95
Offline Offline

Posts: 148



« Reply #2 on: June 25, 2009, 09:53:04 PM »

Can check trailer Rosly Dhoby at youtube.  Hopefully the history of Sarawak uols bangga. 

psst (tapi ada yang tak kena dengan cter tsbt kerana pelakon2 dan latar tempat ia dibuat yang patut/baiknya buat di Sibu)   

 Wink

Logged
Rohana binti Bujang
SMK Kota Samarahan
Teacher
Senior Member
*

Fame: 59
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 300


bersederhana dalam semua perkara


« Reply #3 on: June 25, 2009, 09:59:37 PM »

tak apa.
bagi saya yang penting, remaja sekarang menonton perjuangan para pejuang kita
saya nak jadikan episod ke-8 sebagai p&p sejarah tingkatan 3. episod ini terlalu meruntun hati
Logged
Wan Zainal Abiddin B. Wan Hosen
SK Singat
Teacher
Full Member
*

Fame: 95
Offline Offline

Posts: 148



« Reply #4 on: June 25, 2009, 10:07:32 PM »

Cg/Kak Ana

Kamek ada trailer Rosli Dhoby ya b4nya ditayangkan kat Astro.diberik oleh bapa kekawan yg bapanya one of the producer cter ya.

Anyway..good to see...

Arious..

Logged
Rohana binti Bujang
SMK Kota Samarahan
Teacher
Senior Member
*

Fame: 59
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 300


bersederhana dalam semua perkara


« Reply #5 on: June 25, 2009, 10:32:33 PM »

cg wan,
boleh kongsi2 dgn kamek sik trailer ya?
kamek tok fanatik sejarah sarawak
 Grin Grin Grin
Logged
Suraya Bt Srah
SK Semariang Kuching
Teacher
Full Member
*

Fame: 38
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 157


hanya TUHAN yg adil dlm mbuat pnilaian..


« Reply #6 on: June 25, 2009, 10:41:20 PM »

Tersentuh hati.. sayu membaca warkah tersebut. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Ammmmin.. Terlalu besar pengorbanan yang telah dilakukan oleh beliau dan sebagai generasi merdeka kita sepatutnya menghargai jerih payah perjuangan pejuang  sejati seperti Rosli Dhoby ini.
Logged

SK Semariang, Petra Jaya, Kuching.
-jangan bersedih jika manusia silap menilai kita, sbb salah satu sifat kekurangan manusia ialah bersikap KURANG ADIL-
Mazlan Bin Hj Mohamad Hanis
SK Bako
Headmaster
Full Member
*

Fame: 7
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 114



« Reply #7 on: June 25, 2009, 10:48:39 PM »

re:warkah Rosli Dhoby.

* Saya ada menulis sajak tentang Rosli Dhoby Dalam Antologi Suara-Suara Merdeka -2003.

* Tajuknya berbunyi ; Demi Bangsa dan Negara.

* Dalam sajak itu diselitkan  -Pesanan Terakhir Rosli Dhoby ( direka  sendiri -seolah - olah pesanannya).

* Saya akan cari sajak tersebut  dan  pamerkan untuk umum nanti.

                                     *** T.Q.***
Logged

MAZLAN B.M.H.M.
U.O.L. 2003
"VENI VIDI VINCI"
 ( I Came, I Saw, I Conquered ).
Sufian Bin Jubli
SK Singat
Teacher
Veteran Member
*

Fame: 107
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 585


Ingat 5 perkara..masa muda sebelum tua..etc


« Reply #8 on: June 25, 2009, 10:51:25 PM »

dulu saya ada buat kajian mengenai pejuang sarawak ni anak kelahiran sibu..tapi dah ilang dah....apa pun terima kasih diucapakan buat arwah yang banyak berjasa kepada bumi sarawak....semoga roh beliau dicucuri rahmat...Amin
Logged

Sufian Bin Jubli
Guru
SK Singat
Rohana binti Bujang
SMK Kota Samarahan
Teacher
Senior Member
*

Fame: 59
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 300


bersederhana dalam semua perkara


« Reply #9 on: June 25, 2009, 10:55:09 PM »

dulu saya ada buat kajian mengenai pejuang sarawak ni anak kelahiran sibu..tapi dah ilang dah....apa pun terima kasih diucapakan buat arwah yang banyak berjasa kepada bumi sarawak....semoga roh beliau dicucuri rahmat...Amin

pengkisahan sejarah tempatan perlu diteruskan dan tidak mati ditelan zaman
anak-anak muda sekarang dalam usia 17 tahun pun tidak kenal pejuang tempatan
Logged
Halianawatie Maliki
SK Nanga Dayu
Teacher
Novice Member
*

Fame: 2
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 48



« Reply #10 on: June 25, 2009, 10:57:24 PM »

Salam...
episod ke 8 Rosli Dhoby amat meruntun jiwa saya.... barulah saya tahu bahawa Rosli Dhoby merupakan seorang anak muda. Selama ini saya fikir bahawa beliau merupakan seorang pejuang yang berusia 30-an.. Alangkah butanya saya tentang sejarah Sarawak... tahniah kepada pihak2 yang memperrjuangkan kisah Rosli Dhobi...
Logged

SK Nanga Dayu
Sufian Bin Jubli
SK Singat
Teacher
Veteran Member
*

Fame: 107
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 585


Ingat 5 perkara..masa muda sebelum tua..etc


« Reply #11 on: June 25, 2009, 11:02:57 PM »

seharusn ya jiwa wira sebegini harus disemai dikalangan generasi muda masa kini...namun kemerdekaan yang dituntut pejuang kemerdekaan lampau hampir pudar jika dilihat pada situasi masa kini...adakah kita akan dijajah semula dan berapa ramai bilangan yang sanggup berkorban seperti mereka....
Logged
Hairul Niza binti Ahmad
SK Abang Haji Matahir
Teacher
Junior Member
*

Fame: 2
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 64


work smart don't work hard


« Reply #12 on: June 25, 2009, 11:06:29 PM »

Walaupun saya berasal dari semenanjung.Saya tersentuh dengan melihat episode akhir kisah Warkah Terakhir malam ini.Di sini saya sertakan juga surat yang pernah ditulis oleh rosly Dhoby yang pernah saya terjumpa dalam paparan di internet.

Sebelum menjalani hukuman ini juga, Rosli Dhoby sempat menulis surat ini diserahkan kepada seorang warden yang amat dipercayainya dan banyak menyimpan sejarah perjuangannya Sumarja Mohamad atau Pak S. Berikut ialah isi kandungan surat terakhirnya. tersebut;

Dengan secharek kertas ini dan se‑putung pensil untuk renungan sepanjang masa. Saya si‑penulis Rosli Dhobi dalam lindungan Permai. Saudara2 dan saudari2 sa‑perjuangan, saya ta’ lama lagi akan meninggalkan jejak tanah tumpah darakku yang ku chintai, dan utama sekali ayah bunda yang ku kasehi dan saudara2 semua, dengan nama Allah sifat pemurah dan pengampun saya menyusun 10 jari mohon ampun dan maaf atas kesalahan saya yang telah terjadi selama ini, saga sanggup berkorban nyawa untuk memperbaiki raayat yang telah di‑ budaki oleh penjajah, saya mengaku dan terima apa2 kesalahan di dunia ini saya ta’genter saya ta’takut mati, saya terima hukuman yang telah di jatohkan di‑mahkamah.

Saya berdoa kepada Allah s. w. t. Saudara2 saudari2 di‑akhir kelak balek ke‑pengkuan Ibu‑pertiwi. Sungguh begitu saya sudah sanggup menghapuskan orang putih yang berasing dan datang‑nya tetapi saya sudah tidak ada di dunia ini nama saya tetap harum seluroh Dunia sa‑genap plusuk. Akhir kata, hey! Saudara2 Saudari2 sekalian berjuanglah jangan mundur majulah ka hadapan

Amin ya rabbul alamin berkat do a laillahaitlahi Munamada rasululah. Dan saga uchapkan jutaan terima kasih kepada saudara Pa. S. Allah sahajalah yang akan membalas budi jasa‑nya dengan penuh layanan, nasiha yang belom pernah di‑dengar oleh saya dari awal hingga akhir.

Harapan ini surat jangan sekali di‑beri sesiapa pun. Simpan baik‑baik, barangkali di‑lain masa ada guna‑nya.

Ditulis pada 1‑3‑1950

Saya yang akan meninggalkan endah ini,

R.D.
Logged

Hairul Niza Bt. Ahmad,
Guru Akademik Biasa
SK Abang Haji Matahir
Rohana binti Bujang
SMK Kota Samarahan
Teacher
Senior Member
*

Fame: 59
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 300


bersederhana dalam semua perkara


« Reply #13 on: June 25, 2009, 11:07:32 PM »

Salam...
episod ke 8 Rosli Dhoby amat meruntun jiwa saya.... barulah saya tahu bahawa Rosli Dhoby merupakan seorang anak muda. Selama ini saya fikir bahawa beliau merupakan seorang pejuang yang berusia 30-an.. Alangkah butanya saya tentang sejarah Sarawak... tahniah kepada pihak2 yang memperrjuangkan kisah Rosli Dhobi...

pada pendapat saya, Cuma terdapat 2 kisah sejarah yang terkesan dalam jiwa saya sehinggakan sanggup menonton cerita tersebut berulang kali iaitu cerita BUKIT KEPONG dan yang terkini WARKAH TERAKHIR
Logged
Cosmas Smith@Amir Ridzwan
SMK Saribas
Teacher
Senior Member
*

Fame: 55
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 375



« Reply #14 on: June 25, 2009, 11:16:53 PM »

terima kasih.
Logged

saya kawan anda
Reduan Bin Kelinit
SK Sg Kut Tengah Dalat
Teacher
Junior Member
*

Fame: 36
Online Online

Gender: Male
Posts: 88


EXPERIENCE is a good TEACHER......


« Reply #15 on: June 25, 2009, 11:28:50 PM »

bangga sebab bersekolah di SMK Rosli Dhoby Sibu tahun 1998-1999...perjuanganmu tetap dikenang ke akhir hayat...2 minggu lepas menziarahi pusara Rosli Dhoby dan 3 orang kawan yang lain di perkarangan Masjid An-Nur di Sibu..sebelum sembahyang Jumaat...Rosli Dhoby..kebangaan Sarawak... Rosli Dhoby yang dibanggakan,nama sekolah berbilang bangsa...lagu sekolah SMKRD masih diingati....dan akan sentiasa diingati..
Logged

Reduan Bin Kelinit
PPPLD
SK Sg Kut Tengah Dalat

- Jangan anggap murid itu adalah murid kita,tetapi anggaplah kita adalah guru kepada murid kita.....
Azlina Mat Jamil
SMK DATO HARUN, JALAN BERNAM 8,
Teacher
Master Member
*

Fame: 59
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 1960


sentiasa ingin berada satu langkah di hadapan


WWW
« Reply #16 on: July 29, 2009, 10:48:32 AM »

terima kasih cikgu
Logged

SMK DATO HARUN,
JALAN BERNAM 8,
45500 TANJUNG KARANG,
SELANGOR DARUL EHSAN.
(Mulai 1 Disember 2009)
  RASIONAL TANPA EMOSI-KAKU... EMOSI TANPA RASIONAL-GILA...
Mohd Nor Bin Noh
SK Astana
Teacher
Senior Member
*

Fame: 7
Offline Offline

Posts: 208



« Reply #17 on: July 29, 2009, 11:35:23 AM »

Warkah terakhir Rosli Dhoby


Anda kenal siapa Rosli Dhoby? Rosli Dhoby ini adalah perjuang menuntut kemerdekaan Sarawak daripada British mati, di tali gantung pada . Dan berapakh usianya pada ketika itu? 17 tahun!! 2 Februari, 1950cuba anda bayangkan, umur semuda 17 tahun sudah berjuang.

Sedikit info yang boleh dikongsikan mengenai Rosli Dhoby, Anak muda Melanau yang dilahirkan pada 1932 di Sibu telah menganggotai Gerakan Pemuda Melayu Sarawak (GPMS) yang ditubuhkan bagi menentang penjajah British swasta, keluarga Sir Charles Vyner Brooke yang kalah di tangan Jepun dalam Perang Dunia Kedua tetapi mahu menyerahkan Sarawak kepada Pejabat Kolonial di London selepas Perang pada tahun 1945.

Beliau telah dipilih oleh Rukun 13, dimana Rukun 13 ini ditubuhkan untuk menikam Sir Duncan yang amat tidak popular di kalangan masyarakat bumiputera Sarawak kerana bersikap angkuh terhadap mereka. Beliau didapati bersalah menikam sampai mati Gabenor British kedua Sarawak Sir Duncan Stewart dengan menggunakan pisau beracun di Sibu pada 3 Disember, 1949. Pada jam 9.30 pagi di hari itu, Rosli telah menikam perut Sir Duncan dengan pisau tradisi Melanau yang dipanggil Badik.

Rosli menjerit: “Keluar dari sini atau kamu mati!”

Pada 15 Disember1949, Rosli telah dihukum gantung sampai mati di penjara Kuching tanpa batu nisan..namun beliau telah dikebumikan semual pada 2Mac 1996 di Sibu.Ini adalah isi kandungan warkah terakhir Rosli Dhoby kepada keluarganya sebelum dihukum gantung

Kepada ibu bapaku yang dimuliai dan ditaati serta dicintai siang dan malam. 1. Selamat berpisah anakanda ucapkan di atas kematian anakanda yang dahsyat. Janganlah diingat-ingat dan dirayukan kerana itu memang sudah nasib dan takdir anakanda yang tak dapat dielakkan dan dimungkirkan lagi.
2. Peliharakanlah adik dan kakak serta semua ahli kita - Berikan segala pelajaran sama ada `Sunat’ atau `Fardu’ kepada mereka.
3. Ampunilah dosa dan kesalahan anakanda dari merah tapak kaki dipelihara ayahanda dan bonda sehingga hari perpisahan anakanda. Dan halalkanlah makan minum anakanda.
4. Selimutilah jenazah anakanda dengan Panji Kebangsaan Sarawak.
5. Segala perkakas tulis menulis, buku dan pakaian anakanda itu, berikan semuanya kepada Adik Aini.
(Datuk Aini Dhoby adalah seorang pengasas Barisan Rakyat Jati Sarawak dalam tahun 1961 bersama dengan Tun Ahmad Zaidi, bekas Ketua Menteri Sarawak ketiga dan Yang Dipertua Negeri Sarawak keempat Tun Abdul Rahman Yaakub, dan Ketua Menteri Sarawak keempat Tan Sri Dr Abdul Taib Mahmud.
Barisan Rakyat Jati Sarawak atau BARJASA kemudian dinamakan Parti Bumiputra Sarawak dan akhirnya, Parti Pesaka Bumiputra Bersatu Sarawak atau PBB)
6. Sementara anak kecil Fatimah, berilah dengan nama ROSLI sempena memperingati anakanda.
7. Sampaikan salam hormat dan maaf serta selamat dari anakanda kepada ibu tua dan bapa saudara anakanda.
8. Ayahanda dan bonda serta ahli keluarga sekalian janganlah lupa mengamalkan kebajikan dan mendirikan sembahyang untuk bekalan istimewa ke alam yang kekal.
Salam sembah dari anakanda.
Rosli Dhoby
1 Mac, 1950.



Mohon ada sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai tarikh2 ini kerana saya agak keliru dengan tarikh beliau dihukum dengan tarikh surat ditulis..rujuk kepada yang dibold merah...salam info
Logged

TELUS DAN TRANSPAREN....TANPA HIPOKRIT
Ting Pin An
SJK Chung Hua 1
Teacher
Master Member
*

Fame: 376
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1296



WWW
« Reply #18 on: April 28, 2010, 12:33:32 PM »

satu blog Rosli Dhoby

http://galeripejuangsarawak.blogspot.com/
« Last Edit: April 28, 2010, 12:40:52 PM by Ting Pin An » Logged

Ting Pin An 
Master in Business Admin  
SJK Chung Hua 1 


Go! go to Campus to obtain degree.
Pages: [1]   Go Up
  Print  
 
Jump to:  

PIPPBahagian Pembangunan Kurikulume-Paymente-Hasil
Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1.16 | SMF © 2011, Simple Machines | Sitemap Valid XHTML 1.0! Valid CSS!
Page created in 0.605 seconds with 25 queries.