Home   Forum   Help Search Calendar Links Login Register   **
Welcome, Guest. Please login or register.
Did you miss your activation email?
May 25, 2012, 09:43:31 AM

Login with username, password and session length
Program
EduWebTVLatih TubiLINUSManaging Challenging SchoolsGerakan Memperkasakan SekolahLDPICTL SMICTL SRMalaysian Grid for Learning (MyGfL)ProtimPPSMISIP
Recent
[Today at 07:56:42 AM]

[Yesterday at 11:56:50 PM]

[Yesterday at 10:23:08 PM]

[Yesterday at 09:45:39 PM]

[Yesterday at 08:34:38 PM]

[Yesterday at 05:51:30 PM]

[Yesterday at 11:53:44 AM]

[Yesterday at 09:14:15 AM]

[May 23, 2012, 09:30:31 PM]

[May 23, 2012, 08:37:00 PM]
 

Pages: [1] 2   Go Down
  Print  
Author Topic: MINTA SENARAI TUGAS WADEN TERKINI.  (Read 2417 times)
0 Members and 1 Guest are viewing this topic.
Charles Bayang Albert Nyawin
SK Ng Klassen
Teacher
Veteran Member
*

Fame: 73
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 628


http://charlez77.blogspot.com/


WWW
« on: June 30, 2009, 09:49:29 AM »

Salam ceria dan salam penuh perpaduan...satu pertanyaan?...Apakah senarai dan tugas waden asrama yang terkini?..Minta sesiapa yang ada senarai dan tugas waden yang terkini,bolehlah dikongsi bersama.Adakah ada pekeliling terbaru tentang senarai dan bidang tugas waden yang terbaru selepas wujudnya jawatan PPMA di sekolah..Minta penjelasan..terima kasih.
Logged

Charles Bayang Albert,
JU Sains/Guru Data
SKNK

Dare To Dream...
Abd. Rahman Hj. Putit
SM Teknik, Sibu
Teacher
Novice Member
*

Fame: 3
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 18


aku orang sebuyo..


« Reply #1 on: June 30, 2009, 02:02:07 PM »

Salam ceria dan salam penuh perpaduan...satu pertanyaan?...Apakah senarai dan tugas waden asrama yang terkini?..Minta sesiapa yang ada senarai dan tugas waden yang terkini,bolehlah dikongsi bersama.Adakah ada pekeliling terbaru tentang senarai dan bidang tugas waden yang terbaru selepas wujudnya jawatan PPMA di sekolah..Minta penjelasan..terima kasih.
pekeliling tidak ada cgu...atas kertas tugas waden ialah menjaga pelajar asrama...disipilin pelajar asrama...makan minum pelajar asrama..pendidikan pelajar asrama..
Logged

Abdul Rahman B. Haji Putit,
Guru,
SM Teknik, Sibu
Charles Bayang Albert Nyawin
SK Ng Klassen
Teacher
Veteran Member
*

Fame: 73
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 628


http://charlez77.blogspot.com/


WWW
« Reply #2 on: July 15, 2009, 09:42:33 PM »

pekeliling tidak ada cikguu...atas kertas tugas waden ialah menjaga pelajar asrama...disipilin pelajar asrama...makan minum pelajar asrama..pendidikan pelajar asrama..

terima kasih cikgu atas penerangan itu,tetapi kalau dapat,kita nak yang lebih rasmi lagi,seperti kalau ada pekeliling terbaru tentang tugas-tugas waden terutamanya di SK selepas wujudnya jawatan PPM ini.Minta kepada sesiapa rakan guru yang yang berita terkini tentang bidang dan skop tugas waden yang dalam bentuk hitamputih( black n white ) ,bolehlah berkongsi bersama maklumat kalau ada...terima kasih..

saya yang menurut perintah... Cheesy Grin
Logged
Charles Bayang Albert Nyawin
SK Ng Klassen
Teacher
Veteran Member
*

Fame: 73
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 628


http://charlez77.blogspot.com/


WWW
« Reply #3 on: July 18, 2009, 06:05:10 AM »

Kalau ada senarai tugas warden yang terkini, boleh muatkan dalam engkabang.Biar tugas warden dan PPM tidak betindih.

betul tu  cikgu..jangan ada pertindihan tugas di antara waden dan PPM...pihak yang berkenaan...tolong  ambil tindakan yang untuk menyelesaikan masalah ini.
« Last Edit: July 18, 2009, 07:24:23 PM by Charles Bayang Albert Nyawin » Logged
Azaharuddin
PPD Saratok

Senior Member
*

Fame: 6
Offline Offline

Posts: 241



« Reply #4 on: July 19, 2009, 12:59:53 PM »

Betul tu... nanti berlaku pertindihan tugas...
Logged
Jame Anap
SK Merambut
Teacher
Super Member
*

Fame: 734
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 3846


Iban Bidayuh Serian Balai Ringin


« Reply #5 on: July 19, 2009, 01:10:00 PM »

Saya yakin sememangnya tugas warden adalah amat berat. Seandainya cikgu adalah warde di sekolah, tentu cikgu dah tahu tugas dan tanggungjawab. Uruskan lah pelajar cikgu sebaik mungkin. Terima kasih
Logged

Jame  Anap
Penolong Kanan Kokurikulum
SK Merambut Limbang
Charles Bayang Albert Nyawin
SK Ng Klassen
Teacher
Veteran Member
*

Fame: 73
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 628


http://charlez77.blogspot.com/


WWW
« Reply #6 on: July 19, 2009, 07:10:46 PM »

Saya yakin sememangnya tugas warden adalah amat berat. Seandainya cikgu adalah warde di sekolah, tentu cikgu dah tahu tugas dan tanggungjawab. Uruskan lah pelajar cikgu sebaik mungkin. Terima kasih

saya adalah waden dilantik rasmi dan PPM dilantik menjadi waden dalaman atas budibicara GB,masalahnya PPM kadang2 ..saya pun tidak tahu samada mereka tahu atau tidak bidang dan skop tugas mereka.,itu yang menjadikan tugas PPM sekarang kebanyakannya adalah tugas waden dahulu..ini menyebabkan berlakunya percanggahan arahan semasa bertugas... Huh
Logged
Jame Anap
SK Merambut
Teacher
Super Member
*

Fame: 734
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 3846


Iban Bidayuh Serian Balai Ringin


« Reply #7 on: July 19, 2009, 07:15:32 PM »

Saya rasa lebih baik Cikgu Charles ambil warden dalaman guru dan bukannya PPM. Warden dengan tugasnya dan PPM pula dengan tugasnya, maka mungkin tidak timbul percanggahan tugas. Ini yang diamalkan di sekolah saya..setakat ini tidak ada masalah.
Logged
Zaidi bin Othman
SK Agama Sri Aman
Teacher
Senior Member
*

Fame: 7
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 259



« Reply #8 on: October 08, 2009, 05:39:32 PM »

mungkin berguna
http://www.scribd.com/doc/3227091/Bidang-Tugas-staff-asrama
Logged

Zaidi bin Othman
SK Agama Sri Aman
95007, Sri Aman,
Sarawak
Zaidi bin Othman
SK Agama Sri Aman
Teacher
Senior Member
*

Fame: 7
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 259



« Reply #9 on: October 08, 2009, 05:50:03 PM »

mungkin ini boleh membantu

TUGAS KETUA WARDEN ASRAMA:

1. Mewakili Pengetua dalam asrama dan dalam Lembaga Warden Asrama. Oleh itu bertanggungjawab mengenai dasar dan tatatertib Warden Asrama.
2. Bertugas sebagai pegawai kerja yang menentukan segala tugas Warden Asrama dilaksanakan dengan memuaskan.
3. Memeriksa buku laporan harian Warden Asrama dan melaporkannya kepada Pengetua.
4. Mengadakan mesyuarat dengan Warden Asrama sekurang-kurangnya sebulan sekali dan merekodkan mesyuarat tersebut untuk dikemukan kepada Pengetua.

TUGAS WARDEN ASRAMA:

1. Menguruskan kemasukan penghuni-penghuni asrama.
2. Menyediakan Jadual Harian Asrama dan menentukan penghuni-penghuni mematuhinya.
3. Bertanggungjawab atas disiplin asrama dan menentukan penghuni-penghuni mematuhi peraturan-peraturan asrama.
4. Bertanggungjawab atas kelakuan penghuni-penghuni.
5. Mengawas keluar masuk penghuni-penghuni pada masa cuti, hujung minggu dan pada masa tertentu seperti bermalam di luar.
6. Bertanggungjawab atas semua soal makanan, termasuk menu asrama, sekiranya tiada Penyelia Asrama.
7. Mengawas kemajuan pelajaran penghuni-penghuni seperti memeriksa kad laporan dan mengelola kelas persediaan dan kelas tambahan jika ada.
8. Merancang dan mengawas kegiatan-kegiatan yang sesuai untuk pertumbuhan rohani, jasmani dan sosial yang sihat di kalangan penghuni-penghuni.
9. Mengambil tindakan yang sesuai untuk mendapatkan rawatan bagi penghuni-penghuni yang sakit.
10. Mengawas kebersihan diri penghuni dan seluruh bangunan dan kawasan asrama.
11. Menjalankan latihan api (fire drill) sekurang-kurangnya 2 kali dalam satu penggal bagi penghuni asrama.
12. Mengawas keselamatan diri dan barang-barang penghuni.
13. Bertanggungjawab atas keselamatan bangunan dan alatan asrama dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk membaiki sebarang kerosakan.
14. Mengawas penggunaan air dan elektrik oleh penghuni-penghuni supaya tidak melebihi had yang telah ditentukan.
15. Bertanggungjawab atas pemungutan yuran asrama dan perkara berkaitan kewangan asrama dan menyelenggarakan rekod-rekod berhubung dengannya seperti Buku Kira-Kira, Buku Resit dan buku Stok, jika tiada Penyelia Asrama.
16. Mengawas kerja kakitangan asrama.
17. Mengawas keluar masuk pelawat-pelawat dan menentukan tidak ada pelawat-pelawat yang tidak diingini datang ke asrama.
18. Menyediakan laporan harian asrama untuk dikemukakan kepada Pengetua pada tiap-tiap hujung minggu. Sekiranya berlaku sesuatu kecemasan, Pengetua hendaklah dihubungi dengan serta merta. (Di asrama yang mempunyai Ketua Warden, tugas ini hendaklah dijalankan oleh beliau).

TUGAS HARIAN WARDEN:

1. Berada dalam kawasan asrama/ sekolah pada hari bertugas dari jam 6.00 pagi hingga 6.00 pagi berikutnya.
2. Memastikian perjalanan jadual harian asrama serta peraturan asrama dilaksanakan.
3. Memeriksa bahan mentah pada hari bertugas bersama pembantu penyelia makanan.
4. Memberi perhatian pada kebersihan dan disiplin pelajar-pelajar.
5. Memeriksa keadaan kamar supaya berada dalam keadaan bersih dan kemas pada setiap masa.
6. Melawat kelas-kelas prep pada waktu prep sebagaimana yang telah ditetapkan bagi memastikan pelajar hadir dan belajar.
7. Menguruskan rawatan pelajar yang sakit dengan kerjasama penyelia kesihatan.
8. Menentukan semua pelajar meninggalkan asrama pada waktu permainan dan bersurai daripada bermain jam 6.30 petang.
9. Menentukan semua pelajar pergi ke surau untuk solat berjemaah.
10. Makan bersama pelajar di dewan makan untuk menilai mutu makanan serta mengawasi peraturan di dewan makan pada setiap waktu makan.
11. Memastikan lampu kamar dipadam pada jam 12.00 malam dan kamar berada dalam keadaan tenteram.
12. Melawat bilik-bilik bacaan asrama untuk menentukan prep lanjutan selepas 11.30 malam dalam keadaan tenteram.
13. Mengambil tindakan sesuai apabila timbul sesuatu masalah seperti disiplin, kemalangan, keselamatan, kebakaran dan lain-lain.
14. Membuat pemeriksaan kamar pada hari Ahad mulai jam 7.30 pagi hingga 9.00 pagi.
15. Memeriksa menu mengikut jadual yang telah ditetapkan.
16. Menghantar laporan tuigas warden setiap hari bertugas kepada Tuan Pengetua/ PK HEM.
17. Bermalam di Bilik Gerakan Warden setiap hari giliran bertugas.
18. Menyelia asrama pada jam 7.00 pagi hingga 7.15 pagi untuk memastikan pelajar mengosongkan asrama untuk ke kelas dan melihat pelajar yang ada di Sick Bay.
19. Melaporkan segala masalah disiplin kepada PK HEM atau Pengetua.
20. Menerima dan menjalankan arahan daripada Tuan Pengetua dari semasa ke semasa.


PEMERIKSAAN ASRAMA.

1. Pemeriksaan asrama akan dijalankan pada setiap hari Sabtu mulai jam 7.30 pagi hingga 9.00 pagi.
2. Semua warden wajib hadir bertugas memeriksa asrama setiap hari Sabtu.
3. Perkara-perkara yang perlu dilihat semasa pemeriksaan adalah seperti berikut;
3.1 Kamar
3.1.1 Susunan katil, almari sesuai sebagaimana yang telah ditetapkan.
3.1.2 Kebersihan lantai, cermin tingkap, jendela dan siling tidak bersawang.
3.1.3 Susunan kasut teratur, cadar bersih dan kemas serta di hujung katil ada selimut. Terdapat bantal yang bersarung bersih.
3.1.4 Susunan pakaian di dalam almari tersusun dengan kemas dan tidak terdapat pakaian yang dilarang seperti seluar jeans, baju T yang tidak sesonoh.
3.1.5 Setiap kamar ada satu tong/ bakul sampah.
3.1.6 Pakaian tidak bergantungan dalam kamar.
3.1.7 Nama pelajar dilekat pada hujung katil dan almari serta satu senarai nama pelajar.

3.2 Peralatan Pelajar.
3.2.1 Semua jenis kad dipamirkan (Kad pelajar, kad kebenaran keluar)
3.2.2 Buku Undang-Undang/ Peraturan sekolah.
3.2.3 Berus gigi, ubat gigi, sabun, minyak rambut, sikat (Dipamir di hujung katil).

3.3 Pakaian semasa pemeriksaan.
3.3.1 T shirt rasmi, seluar hitam.

3.4 Kekemasan Diri.
3.4.1 Lelaki: Berambut pendek, tidak berkuku panjang, pakaian bersih dan kemas, tidak menyimpan misai dan janggut.
3.4.2 Perempuan: Rambut tidak diwarna, berkuku pendek, pakaian bersih dan kemas, tidak memakai peralatan kemas yang tidak dibenarkan.

3.5 Hal-hal lain
3.5.1 Pastikan pelajar tidak menyimpan benda-benda yang dilarang seperti gunting, pisau dan alatan lain yang merbahaya.
3.5.2 Pastikan pelajar mempunyai songkok hitam dan sampin sekolah.

TUGAS PENYELIA ASRAMA

1. Mempastikan makanan disediakan baik, bersih dan mengikut menu.
2. Menyelia kebersihan dapur, dewan makan dan bangunan asrama.
3. Melaporkan segala kerosakan di asrama kepada Pengetua/ Guru Besar.
4. Bertanggungjawab tentang kebersihan, keceriaan dan persekitaran kawasan asrama.
5. Menentukan alatan asrama sentiasa baik dan selamat.
6. Mempastikan kesihatan penghuni sentiasa baik dan melaporkan kepada Pengetua/ Guru Besar jika terdapat kes-kes yang bahaya.
7. Menyediakan rekod murid-murid sakit.
8. Menyelia dan mengadakan kemudahan di bilik sakit.
9. Bertanggungjawab bersama tentang keselamatan di asrama.
10. Menyelia kerja-kerja yang dijalankan oleh pekerja-pekerja lain.
11. Mempastikan makan malam atau ‘supper’ disediakan oleh pembekal makanan.
12. Lain-lain tugas yang diarah oleh Pengetua/ Guru Besar.



Logged
Zaidi bin Othman
SK Agama Sri Aman
Teacher
Senior Member
*

Fame: 7
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 259



« Reply #10 on: October 08, 2009, 05:54:15 PM »

PEMBANTU PENGURUSAN MURID GRED N17

(A) Pengurusan Sekolah
(i) Membantu guru kelas pra sekolah dalam hal ehwal pengurusan/ pentadbiran kelas;
(ii) Membantu guru kelas prasekolah dalam semua aktiviti bimbingan dan pembelajaran/ penjanaan murid-murid; dan
(iii) Melaksanakan tugas-tugas berkaitan penyediaan makanan, mengurus dan membersihkan serta menjaga keselamatan murid kelas prasekolah.

(B) Pengurusan Murid di Asrama
(i) Menjaga hal ehwal murid-murid istimewa/ murid-murid peringkat sekolah rendah daripada semua aspek pengurusan diri di asrama;
(ii) Membimbing / melatih/ mengasuh kanak-kanak istimewa/ murid-murid peringkat sekolah rendah mengenai semua aspek yang berkaitan dengan tata kelakuan, akhlak diri, menjaga kebersihan diri/ kawasan sekitar;
(iii) Melayan keperluan murid-murid yang sakit atau bermasalah emosi; dan
(iv) Mengawal keselamatan murid.

PENYELIA ASRAMA GRED N17
(a) Menguruskan urusan penghuni asrama seperti menjaga kebajikan dan kesihatan penghuni, memberi rawatan ringan,menyelia kebersihan asrama dan persekitaran;
(b) Menyelia kantin atau dewan makan seperti menentukan menu makanan, membuat perbelanjaan pembelian barang keperluan dewan makan, membuat pemeriksaan terhadap bekalan dan kebersihan dewan makan;
(c) Menyelia tukang masak seperti membuat jadual kerja, jadual cuti, membuat penilaian prestasi, mengawal disiplin dan memberi kaunseling jika perlu;
(d) Menjalankan tugas perhubungan awam seperti berhubung dengan ibu bapa, kakitangan sekolah dan pembekal;
(e) Memastikan keadaan bangunan asrama baik dan selamat;
(f) Mengadakan buku stok dan inventori barang- barang asrama; dan
(g) Memastikan pelajar dan pelawat mematuhi peraturan asrama.

link http://www.spp.gov.my/senarai_tugas.htm
« Last Edit: October 08, 2009, 05:56:37 PM by Zaidi bin Othman » Logged
Zaidi bin Othman
SK Agama Sri Aman
Teacher
Senior Member
*

Fame: 7
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 259



« Reply #11 on: October 08, 2009, 06:02:53 PM »

PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 9 TAHUN 2003
SKIM PERKHIDMATAN PEMBANTU PENGURUSAN MURID

http://www.jpa.gov.my/pekeliling/pp03/bil09/ppbil09.pdf
Logged
Azlina Mat Jamil
SMK DATO HARUN, JALAN BERNAM 8,
Teacher
Master Member
*

Fame: 59
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 1960


sentiasa ingin berada satu langkah di hadapan


WWW
« Reply #12 on: October 08, 2009, 06:09:20 PM »

terima kasih atas perkongsian cikgu di E net
Logged

SMK DATO HARUN,
JALAN BERNAM 8,
45500 TANJUNG KARANG,
SELANGOR DARUL EHSAN.
(Mulai 1 Disember 2009)
  RASIONAL TANPA EMOSI-KAKU... EMOSI TANPA RASIONAL-GILA...
Mohamad Rizuan Bin Sarbini
PPD Simunjan

Master Member
*

Fame: 39
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1186


smrizuan


WWW
« Reply #13 on: October 18, 2009, 07:51:00 PM »

Terima kasih atas sumbangan ilmiah yang amat berguna ini.
Logged

MOHAMAD RIZUAN BIN SARBINI
Ketua Unit
Unit Pengurusan Akademik
PPD SIMUNJAN
Changgai Anak Beti
SK Sg. Seputi
Teacher
Senior Member
*

Fame: 14
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 299



« Reply #14 on: February 10, 2010, 11:15:55 AM »





PENYELIA ASRAMA GRED N17
(a) Menguruskan urusan penghuni asrama seperti menjaga kebajikan dan kesihatan penghuni, memberi rawatan ringan,menyelia kebersihan asrama dan persekitaran;
(b) Menyelia kantin atau dewan makan seperti menentukan menu makanan, membuat perbelanjaan pembelian barang keperluan dewan makan, membuat pemeriksaan terhadap bekalan dan kebersihan dewan makan;
(c) Menyelia tukang masak seperti membuat jadual kerja, jadual cuti, membuat penilaian prestasi, mengawal disiplin dan memberi kaunseling jika perlu;
(d) Menjalankan tugas perhubungan awam seperti berhubung dengan ibu bapa, kakitangan sekolah dan pembekal;
(e) Memastikan keadaan bangunan asrama baik dan selamat;
(f) Mengadakan buku stok dan inventori barang- barang asrama; dan
(g) Memastikan pelajar dan pelawat mematuhi peraturan asrama.

link http://www.spp.gov.my/senarai_tugas.htm

Saya sudah link ke alamat tersebut, tetapi apabila saya hendak muat turun, ia tidak menjadi. Ada tak sesiapa yang dapat memberikan senarai penuh tugas-tugas Penyelia Asrama. Saya lihat tugas dia hanya memesan barang/makanan asrama sahaja, tak ada kerja lain. Bahkan dia suruh PPMA untuk menaip dan mencetak surat-surat untuk dia.
« Last Edit: February 10, 2010, 11:18:02 AM by Changgai Anak Beti » Logged

SK Sg. Seputi, Miri
Macduff Ak Goyang
SK Ng Menyebat
Teacher
Veteran Member
*

Fame: 5
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 513


give da best to get da best....GBU


« Reply #15 on: February 10, 2010, 11:23:48 AM »

terima kasih atas perkongsian info yang telah dikongsikan...GBU
Logged

SK Ng Menyebat
Donny Ak Machan
SK Ng Menyebat
Teacher
Novice Member
*

Fame: 1
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 41


agi idup agi ngelaban enti lelak ngetu dulu


« Reply #16 on: February 10, 2010, 11:35:49 AM »

tq
Logged

assapai
SK Ng Menyebat
Kelvin Lisah Anyie
SK Long Teran Kanan
Teacher
Novice Member
*

Fame: 0
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 46


ORAIT......


« Reply #17 on: February 11, 2010, 06:55:28 PM »

tq atas information
Logged

DOSEN'T MATTER HOW.. DOSEN'T MATTER WHY...
Charles Bayang Albert Nyawin
SK Ng Klassen
Teacher
Veteran Member
*

Fame: 73
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 628


http://charlez77.blogspot.com/


WWW
« Reply #18 on: February 12, 2010, 10:52:42 AM »

selamat pagi semua...salam 1 Malaysia...

Ada tak sesiapa yang ada contoh jadual bertugas waden di sekolah rendah,jika ada bolehlah kongsikan bersama..

Terima kasih.
Logged
Edmund Anak Amis
SK Daha
Teacher
Full Member
*

Fame: 20
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 139


Strive for excellent


WWW
« Reply #19 on: February 15, 2010, 12:00:38 PM »

Saya sudah link ke alamat tersebut, tetapi apabila saya hendak muat turun, ia tidak menjadi. Ada tak sesiapa yang dapat memberikan senarai penuh tugas-tugas Penyelia Asrama. Saya lihat tugas dia hanya memesan barang/makanan asrama sahaja, tak ada kerja lain. Bahkan dia suruh PPMA untuk menaip dan mencetak surat-surat untuk dia.

Info yg dipaparkan dalam format PDF. Oleh itu, cikgu hanya perlu klik pada ikon save (macam save mO word). Harap dpt membantu.
Logged

SK Daha
bAkA pErAu bEsAuM sEnGaYuh
bAkA rUmaH bEsAmBuNg pElAbUh....
 *Link Removed*
Pages: [1] 2   Go Up
  Print  
 
Jump to:  

PIPPBahagian Pembangunan Kurikulume-Paymente-Hasil
Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1.16 | SMF © 2011, Simple Machines | Sitemap Valid XHTML 1.0! Valid CSS!
Page created in 0.812 seconds with 26 queries.