Home   Forum   Help Search Calendar Links Login Register   **
Welcome, Guest. Please login or register.
Did you miss your activation email?
May 25, 2012, 11:17:33 AM

Login with username, password and session length
Program
EduWebTVLatih TubiLINUSManaging Challenging SchoolsGerakan Memperkasakan SekolahLDPICTL SMICTL SRMalaysian Grid for Learning (MyGfL)ProtimPPSMISIP
Recent
[Today at 11:07:06 AM]

[Today at 10:11:32 AM]

[Today at 07:56:42 AM]

[Yesterday at 11:56:50 PM]

[Yesterday at 10:23:08 PM]

[Yesterday at 08:34:38 PM]

[Yesterday at 05:51:30 PM]

[Yesterday at 11:53:44 AM]

[Yesterday at 09:14:15 AM]

[May 23, 2012, 09:30:31 PM]
 

Pages: [1]   Go Down
  Print  
Author Topic: KENAPA DAN MENGAPA?  (Read 679 times)
0 Members and 1 Guest are viewing this topic.
Sain Anak Akong
SK Tan Sri Datuk Haji Mohamed
Teacher
Senior Member
*

Fame: 47
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 348



« on: July 14, 2009, 04:08:31 PM »

Saya ingin mengetahui kenapa ada ruangan seperti free chat, humor & jokes, melting pot, hobbies, sports dan sebagainya.. yang dikatakan open forum where members are encouraged to discuss non education related topics.

Mengapa members hanya digalakkan memberi topics yang berbentuk ilmiah, pendidikan dan P & P sahaja dan dilarang berbincang dan menghantar posts atau topics yang tidak ada berkaitan dengan ilmiah, pendidikan dan P & P ?  

Pernahkah member diberi notis atau amaran untuk tidak menghantar atau menghadkan posts atau new topics ?

YANG MANA SATU YANG BETUL INI? TOLONG JELASKAN....
« Last Edit: July 14, 2009, 04:21:03 PM by Sain Anak Akong » Logged
Elsie Theng
SJK Sacred Heart chinese, Sibu
Teacher
Master Member
*

Fame: 77
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 1049


Strike the iron while it is hot!


« Reply #1 on: July 14, 2009, 04:17:04 PM »

Pernahkah member diberi notis atau amaran untuk tidak menghantar  atau menghadkan posts atau topics baru ?


My dear, so far I have never seen any warning and notice saying we can not send or limit the post or new topics.
Logged

SJK Sacred Heart Chinese, Sibu
Joseph Huo
SMK Lake

Master Member
*

Fame: 106
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1697


SMK Lake, 94000 Bau Sarawak


« Reply #2 on: July 14, 2009, 04:22:37 PM »

FREE tidak bermakna kita boleh buat apa sahaja. ianya masih terikat dengan peraturan-peraturan yang telah dijelaskan dalam rules dan regulation. sebagai pendidik seharusnyalah kita berfikir dengan rasional sebelum nak buat post. apa yang kita post akan dilihat masyarakat siapa kita sebagai pendidik. janganlah kita diibarat ketam mengajar anaknya berjalan betul sedangkan diri masih dengan pelbagai perkara yang remeh-remeh dan perkara yang kurang sesuai untuk ditonjolkan di forum ini.

fikir-fikirkan. renung-renungkan.
Logged

Joseph (joransarawak)
SMK Lake Bau,
Sarawak
Guru Akademik Biasa
Sain Anak Akong
SK Tan Sri Datuk Haji Mohamed
Teacher
Senior Member
*

Fame: 47
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 348



« Reply #3 on: July 14, 2009, 04:43:22 PM »

FREE tidak bermakna kita boleh buat apa sahaja. ianya masih terikat dengan peraturan-peraturan yang telah dijelaskan dalam rules dan regulation. sebagai pendidik seharusnyalah kita berfikir dengan rasional sebelum nak buat post. apa yang kita post akan dilihat masyarakat siapa kita sebagai pendidik. janganlah kita diibarat ketam mengajar anaknya berjalan betul sedangkan diri masih dengan pelbagai perkara yang remeh-remeh dan perkara yang kurang sesuai untuk ditonjolkan di forum ini.

fikir-fikirkan. renung-renungkan.

Terima kasih dengan penjelasan ini. Saya amat bersedih menerima posts yang berbentuk provocative atau mencabar seseorang untuk berdebat dan mempermainkan perasaan orang lain. Saya sedia menerima teguran secara terbuka dan saya ingin memohon maaf sekiranya ada rakan guru atau para pembaca yang tidak senang hati dengan pendapat dan pandangan rakan-rakan dalam forum ini.

Saya harap dengan penjelasan yang diberikan oleh rakan-rakan yang lain nanti kita dapat mempelajari dari kesilapan dan cuba memperbaiki kelemahan. Di samping itu kita boleh mempertingkatkan diri dari segi pengetahuan dan pengalaman rakan-rakan yang lain.

 
i
Logged
Raizal Hj Zaine
PPD Bau

Master Member
*

Fame: 26
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1227


Membujur lalu, melintang patah !!!


WWW
« Reply #4 on: July 14, 2009, 04:45:34 PM »

Mengapa members hanya digalakkan memberi topics yang berbentuk ilmiah, pendidikan dan P & P sahaja dan dilarang berbincang dan menghantar posts atau topics yang tidak ada berkaitan dengan ilmiah, pendidikan dan P & P ?  

Jawapan : Ini kerana engkabang.net merupakan forum pendidikan. Members digalakkan berkongsi ilmu / bahan ilmiah untuk manfaat bersama.

Pernahkah member diberi notis atau amaran untuk tidak menghantar atau menghadkan posts atau new topics ?

Jawapan : Kenapa perlu diberi amaran sekiranya post tersebut memang bagus dan bermanfaat untuk semua. Cuma sekiranya ada post / topik yang sama pihak PT akan gabung / merge ke topik yang sama...
Logged

Raizal Hj Zaine
Penyelia Pembangunan, Perolehan & ICT
PPD Bau.
Mohd Sabli b Hj Badi
PPD Kapit

Hero Member
*

Fame: 152
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 2634


kapitboy


« Reply #5 on: July 14, 2009, 04:48:50 PM »

Terima kasih Cikgu Sain kerana bersikap positif dan memberi kesedaran kepada semua kita di sini dan nasihat saya jangan campur adukkan personal dan profesion ( Perasaan dan tanggungjawab kami sebagai PT yang berkhidmat secara sukarela untuk memastikan E.Net ini berkembang tanpa kontroversi )
Logged

Mohd Sabli b Hj Badi
Guru Besar,
SK Ulu Yong, Kapit,
Pejabat Pelajaran Daerah Kapit
Ibnu Hisyam Ibrahim
SK Kg Tanam
Teacher
Veteran Member
*

Fame: 497
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 516



« Reply #6 on: July 14, 2009, 05:15:41 PM »

Salam sejahtera,

Sekali lagi saya ingin memohon maaf ke atas kejadian tempoh hari jika ia menimbulkan tidak kesenangan hati yang berpanjangan. Sebelum ini saya ada juga memohon maaf tetapi mungkin tidak disedari, terima kasih kerana post ini mungkin peluang untuk meminta maaf itu ada lagi. Permohonan maaf itu saya ada letak dalam thread http://forum.engkabang.net/index.php/topic,32039.msg288715.html#msg288715
Saya tidak berkeinginan perasaan tidak senang hati di dalam e.net ini berpanjangan. Harap jelas. Terima kasih Cheesy
Logged
Martin Dian
SMK Belaga

Veteran Member
*

Fame: 34
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 863



« Reply #7 on: July 15, 2009, 09:06:53 AM »

Saya ingin mengetahui kenapa ada ruangan seperti free chat, humor & jokes, melting pot, hobbies, sports dan sebagainya.. yang dikatakan open forum where members are encouraged to discuss non education related topics.

Ruangan Free Chat dibuat supaya para guru kita ada ruang yang khas untuk berbincang dan "berbual" dengan rakan-rakan. Guru pun merupakan manusia biasa yang mempunyai minat yang berbeza (ada yang minat bola sepak, memasak, berjenaka, dan sebagainya). Jadi ruangan ini dibuat khas untuk tujuan itu. Kata kuncinya di sini ialah "encouraged to discuss". Discuss bermaksud secara aman dan friendly. Dan masih perlu mengikut guideline yang diberi tentang etika berforum.

Mengapa members hanya digalakkan memberi topics yang berbentuk ilmiah, pendidikan dan P & P sahaja dan dilarang berbincang dan menghantar posts atau topics yang tidak ada berkaitan dengan ilmiah, pendidikan dan P & P ? 

Ayat ini ada betul ada salahnya. Members BUKAN hanya digalakkan berkongsi pendapat atau bahan berbentuk ilmiah tetapi juga berkongsi bahan-bahan lain yang berguna. Kita selalu kata yang guru seharusnya kreatif dan inovatif. Jadi dengan berkongsi bahan-bahan lain (yang berfaedah) rakan-rakan guru kita yang lain akan dapat memanfaatkannya untuk membantu mereka menjadi lebih efisyen dan inovatif.

Tetapi, memang betul juga, members HANYA digalakkan berkongsi pendapat dan bahan berbentuk ilmiah, pendidikan dan P&P di ruangan (board) berbentuk akademik seperti STPM, SPM, PMR dan UPSR. Tujuannya ialah supaya ahli-ahli lain yang ingin mencari bahan untuk P&P mereka tidak "distracted" (maaf, saya tak dapat fikirkan perkataan BMnya) dengan post-post yang tidak berkaitan.

Pernahkah member diberi notis atau amaran untuk tidak menghantar atau menghadkan posts atau new topics ?

Saya kurang faham dengan soalan ini. Maksud cikgu, adakah ahli diberi amaran kerana tidak post topik yang baru atau kerana tidak menghantar post (maksudnya jadi ahli tidur)? Kalau berdasarkan pemahaman saya dengan soalan cikgu ini (betulkan kalau silap) cikgu bertanya sekiranya ahli diberi amaran kalau tidak post topik baru atau memulakan topik baru.

Pertama sekali, kita elakkan penggunaan perkataan "amaran". Amaran terlalu keras dan terlalu kasar. Tidak ada orang yang suka diberi amaran. Kami ada menghantar peringatan kepada mana-mana ahli yang terlupa sekejap tentang peraturan forum ini. Kita semua boleh menjadi pelupa sebab itu kami tidak memberi amaran kepada mana-mana ahli. Kurang adil sekiranya kita dimarahi semata-mata kerana terlupa sesuatu. Sama seperti kita dengan pelajar kita, kita mengingatkan pelajar kita, "Jangan lupa siapkan kerja rumah kamu malam ni dan hantar esok pagi pukul 7". Kita tidak memberi amaran kepada mereka seperti "Siapkan kerja rumah kamu! kalau tidak, siap kamu esok pagi!"

Jadi sama seperti dalam engkabang ni, kita saling mengingatkan satu sama lain. kalau cikgu lihat dalam thread-thread yang ada, ramai ahli kita yang saling mengingatkan. Terutamanya kalau ada yang tersilap cakap, terlepas cakap atau terkasar bahasa. Apa yang kami pohon ialah, tolong jangan ambil secara negatif. Kalau diberi peringatan, bukan bermaksud kita dicop sebagai bermasalah atau kita ni tidak cukup layak berforum. Kita lebih seronok kalau banyak jumpa kawan baru.

Harap penerangan ini menjawab soalan cikgu.
Logged

Martin Dian Anak Andrew Siddle   
SMK Belaga, Kapit
-Life is too short to be pissed all the time. So..... cheers!-
Sain Anak Akong
SK Tan Sri Datuk Haji Mohamed
Teacher
Senior Member
*

Fame: 47
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 348



« Reply #8 on: September 02, 2009, 09:12:26 PM »

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada PT dan rakan-rakan di atas jawapan dan penerangan yang jelas kepada persoalan-persoalan yang diutarakan dalam post ini atau post-post yang lain. Saya mengemukakan soalan-soalan ini bukan untuk menunjukkan ketidakpuasan hati saya tetapi ingin mendapatkan kepastian tentang persoalan-persoalan atau ketidakfahaman saya dan rakan-rakan yang lain tentang etika dan peraturan berforum. Kita berforum kerana ingin memberi pandangan dan berkongsi pendapat atau maklumat-maklumat yang berguna dan isu-isu semasa yang lain yang berbentuk positif walaupun amatlah digalakkan memberi info pendidikan dan bahan-bahan berbentuk ilmiah.

Seterusnya saya ingin bertanya mengapa ada topic-topic tertentu yang dipadamkan atau dikunci tanpa memberi alasan-alasan seperti topic-topic yang lain. Maksud saya ialah ada topic dipadamkan atau dikunci dengan penerangan atau alasan mengapa dipadam atau dikunci... tapi ada topic yang dipadamkan ( hilang begitu sahaja walaupun dicari dalam "show own post" ) atau dikunci tanpa apa-apa penerangan. Kalau topic tersebut sudah tidak dibaca atau outdated dalam tempoh yang ditetapkan....perkara ini sudah pasti kita sudah maklum tapi sebaliknya ada topic yang masih relevan tetapi dikunci dan tiada alasan yang diberi untuk tindakan itu.

Soalan saya yang kedua ialah mengapa post atau reply yang ringkas ( berbentuk sms dan pendek seperti OK, TQ,  Cheesy Cheesy ...) tidak dipadamkan sahaja? Saya lihat post atau reply macam ini tak nampak "memperkasakan profesion perguruan atau MBMMBI.."

Akhir sekali soalan saya ialah kenapa post atau reply yang provocative, menghina atau boleh menjatuhkan maruah atau menyinggung perasaan individu tertentu juga tidak dipadamkan?



Logged
Pages: [1]   Go Up
  Print  
 
Jump to:  

PIPPBahagian Pembangunan Kurikulume-Paymente-Hasil
Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1.16 | SMF © 2011, Simple Machines | Sitemap Valid XHTML 1.0! Valid CSS!
Page created in 13.295 seconds with 26 queries.